You are on page 1of 8

MINIT DAN LAPORAN MAKLUM BALAS

MESYUARAT MINGGUAN PENGURUSAN TERTINGGI DBKL

TARIKH : 21 JUN 2021 (ISNIN)

TEMPAT : PEJABAT DATUK BANDAR KUALA LUMPUR


TINGKAT 28, MENARA DBKL 1
CABUTAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI
BIL TINDAKAN MAKLUM BALAS
DBKL

A. PERUTUSAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR


1. PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK DARI BANDAR RAYA Makluman
LAIN
Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat inisiatif-inisiatif
bandar raya lain yang menuju ke arah menjadikan bandar raya
yang lebih mampan dan lestari.

i. Tokyo (Walkable Neighbourhood)


Semua kejiranan di Tokyo memudahkan jaringan pejalan
kaki, menjaga kebersihan, penyelenggaran, untuk
memastikan persekitaran infrastruktur pejalan kaki adalah
selesa dan selamat. Gaya hidup yang positif membuatkan
penduduk gembira, sihat dan panjang umur.

ii. Lisbon (New Parks)


Kawasan di Lisbon membawa pendekatan membuka lebih
banyak taman-taman kepada penduduk. Bandar Lisbon
menyediakan taman-taman awam bagi memberikan ruang
kepada penduduk sebagai tempat berehat dan
melapangkan fikiran.

iii. Seoul (City Rejuvenation)


Saliran sungai yang kotor dahulunya telah ditutup dengan
pembinaan jalan raya. Walau bagaimanapun, Seoul telah
menghidupkan semula saliran sungai tersebut dengan

2
CABUTAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI
BIL TINDAKAN MAKLUM BALAS
DBKL
menggantikan jalan raya kepada saliran sungai yang asal.
Projek Seoullo 7017 juga antara projek rejuvenasi yang
menukar fungsi lebuhraya bertingkat kepada laluan pejalan
kaki bertaman. Usaha-usaha ini dilaksanakan untuk
menarik tarikan penduduk berasa seronok di dalam bandar.

iv. New York (Tempat basikal dan Pejalan Kaki)


Sama fungsinya seperti Seoullo 7017, New York High Line
juga menyediakan pejalan kaki bertingkat dan bertaman
daripada landasan keretapi elektrik untuk menarik
penduduk New York membudayakan budaya berjalan kaki.

v. Bangkok (Tema: Bandar lebih sejuk)


Di antara railway LRT ada laluan pejalan kaki. Banyakkan
green shades. Setiap tempat duduk di taman-taman akan
ade pokok-pokok. Di antara tangga pun ada pokok. 250
kawasan yang dikenalpasti untuk urban renewal project.
Gerai tepi jalan dihiasi dengan pokok atau tumbuhan dalam
pasu.

vi. Melbourne
Semua lane ways di tepi dan belakang di jadikan tempat
untuk makan-makan dicatkan murals di dinding. Bandar
nampak hidup dan vibrant. Kiosk-kiosk penuh dengan
kanopi.

3
CABUTAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI
BIL TINDAKAN MAKLUM BALAS
DBKL
vii. Copenhagen
41% penduduknya menaiki basikal dan encourage students
duduk di dalam bandar kerana campus atau universiti
berada di dalam bandar. Public spaces yang menggalakkan
aktiviti membawa elemen seronok dan menggembirakan
“joyous”.

viii. London
Memberi keutamaan kepada peningkatan kualiti hidup
untuk semua. Banyak menggunakan public plaza dan
tempat-tempat berbasikal. London juga terkenal dengan
pengurusan “affordable housing”. Kejayaan di London
merupakan kejayaan kolaborasi 3 pihak iaitu, kerajaan
pusat, kerajaan tempatan dan pihak swasta. Rakyat sendiri
menyokong usaha pembangunan kerana konsep
engagement bersama rakyat dan penduduk dilaksanakan
oleh pihak yang professional.

ix. Moscow (makeover)


Terdapat banyak naiktaraf fan renovation dilaksanakan.
Moscow tidak berkira dengan kos pembinaan sekiranya ia
dapat menarik perhatian dan penglibatan orang ramai.

x. Singapura (public housing)


Merupakan bandar pioneer dalam pengurusan public
housing. Bandar ini juga menjadikan pokok sebagai
4
CABUTAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI
BIL TINDAKAN MAKLUM BALAS
DBKL
keutamaan dalam bandar.

xi. Sao Paolo


Tanah ditutup daripada aktiviti tertentu dan meningkat
kawasan hijau. Beberapa kawasan industri ditutup dan
kerajaan mengubah kegunaannya menjadi kawasan hijau.

xii. Bucharest
Setiap bulan Jun ditutup selama 3 hari untuk penduduk
jalan di dalam bandar. Artisan dan pemusik memenuhi
jalan-jalan tersebut bagi menarik penduduk.

xiii. Zurich
Sungai dan tasik dijadikan tempat tarikan penduduk.

B. CADANGAN / ARAHAN PENGERUSI YANG MEMERLUKAN TINDAKAN


1. KAJIAN LALUAN PEJALAN KAKI Makluman
i. Pengerusi meminta Pengarah Eksekutif Perancangan untuk
mengkaji kebolehupayaan untuk membuat laluan pejalan
kaki dari Bandar Malaysia ke Bangsar South dan masuk ke
Universiti Malaya.

ii. Pengerusi memaklumkan IKRAM akan membuat kajian


pejalan kaki bertingkat menghubungkan Bukit Tunku - Jalan
Duta – Bukit Damansara – Jalan Mahameru – Wisma Tani
5
CABUTAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI
BIL TINDAKAN MAKLUM BALAS
DBKL
– Jalan Parlimen – Lake Garden – jalan biasa – Brickfields
– Jalan Travers – Jalan Maarof – Bukit Damansara
2. PENJAJA DI LORONG TUANKU ABDUL RAHMAN JPPPB
Sesi engagement seperti yang disarankan oleh YB Menteri wajib
diteruskan dan mengambil kira untuk memastikan pengurusan
lebih teratur dan struktur lebih kontemporari dengan design terkini
di kawasan yang baru refurbished.

3. MICRO-HOUSING DAN RUMAH-RUMAH SEWAAN DBKL JPPPB

i. Pengerusi menyarankan untuk mengajak universiti-


universiti dan kolej di dalam Kuala Lumpur untuk
mempromosikan tempat projek Micro-Housing kepada
pelajar universiti untuk didiami.

ii. Pengerusi juga memaklumkan perlu membuat ubahsuai


terhadap design micro-housing ini untuk menarik pelanggan
berdasarkan survey yang telah dilaksanakan.

iii. Pengerusi bersetuju membuat penambahbaikan dengan


meletakkan partition. Beliau juga bersetuju untuk membuat
penambahbaikan di sebelah tingkat atas.
4. KAJIAN LALUAN BERBASIKAL JPB
Pengerusi memaklumkan kajian Jabatan Pengangkutan Bandar Pengerusi memaklumkan kajian Jabatan Pengangkutan
bersama MIROS sedang dilaksanakan bagi memastikan laluan Bandar bersama MIROS sedang dilaksanakan bagi
berbasikal selamat dan convenient, dengan kurang halangan. memastikan laluan berbasikal selamat dan selesa, dengan

6
CABUTAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI
BIL TINDAKAN MAKLUM BALAS
DBKL
Mesti ada shade dari bangunan, pokok-pokok, di tepi dan tidak kurang halangan. Mesti ada tempat teduh dari bayangan
mengikut jalan besar. bangunan, pokok-pokok, di tepi dan tidak mengikut jalan
besar.

Pihak Jabatan telah mengadakan beberapa sesi


perbincangan bersama MIROS mengenai aspek
keselamatan jalan raya berdasarkan piawaian, garis
panduan dan juga kaedah yang terbaik untuk keselamatan
jalan raya khususnya di kawasan sekitar Jalan Tun
Sambanthan dan Jalan Sultan Abdul Samad di Brickfields
pada bulan April yang lalu dan mesyuarat terkini pada
25.06.2021.

Sesi perbincangan Jabatan telah meminta MIROS


merancang untuk memulakan tinjauan dengan beberapa
kaedah secara fizikal, data melalui CCTV itis dan juga
scanning view melalui drone pada awal bulan Julai 2021
hingga Ogos 2021 (bergantung keadaan semasa PKP).

Melalui kajian kaedah ini nanti MIROS akan menganalisa


dan mengesyorkan rekabentuk infrastruktur yang sediada
kepada orang awam termasuk golongan OKU bagi
kegunaan kepada laluan pejalan kaki, laluan basikal, zon
landskap, objek sculpture, bebas halangan, lintasan
pejalan kaki, bangunan perniagaan, penggunaan jejantas,
laluan lorong2 sekitar, laluan bas dan kenderaan awam,
7
CABUTAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI
BIL TINDAKAN MAKLUM BALAS
DBKL
kawasan tempat letak kereta serta laluan menuju ke
pengangkutan awam seperti bas & stesen LRT.

Pihak MIROS akan memastikan standard infrastruktur


jalan di kawasan Brickfields DBKL masih mengekalkan ciri-
ciri keselamatan jalan raya dengan adanya beberapa
elemen-elemen penggunaan estetik di kawasan tersebut.

5. PASAR BUNGA-BUNGAAN JPLR


Pengerusi mengesyorkan untuk mengadakan satu program untuk
mengeksihibit bunga dan pokok-pokok dan terdapat jualan bunga-
bungaan, mencontohi konsep ‘carboot-sale’.
6. PROJEK UNTUK TAHUN 2022 Makluman
Pengerusi meminta semua Pengarah Eksekutif membuat
perancangan untuk projek yang boleh menjadi trademark kepada
Kuala Lumpur untuk tahun 2022. Projek perlulah projek yang
membuat Bandaraya Kuala Lumpur lebih liveable dengan menarik
minat lebih ramai penduduk duduk di Kuala Lumpur.
C. HAL-HAL LAIN

Tiada.

You might also like