You are on page 1of 10

JABATAN PENGAIRAN & SALIRAN

PASIR PUTEH, KELANTAN.

DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM


AHMAD AIMAN BIN AMINUDIN
- 04DKA20F1092 -
PENGENALAN
• Jabatan Pengairan Dan Saliran yang dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Parit dan Taliair
(JPT), telah ditubuhkan pada tahun 1932 dan diberi tanggungjawab untuk menyediakan
infrastruktur tanaman padi.
• Sejak tahun 1986, kejuruteraan pinggir laut juga telah menjadi fungsi tambahan bagi JPT.
Penjenamaan semula Jabatan Parit dan Taliair (JPT) kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
berlaku pada tanggal 15 Mac 1989. JPS juga telah berpindah kementerian dari Kementerian
Pertanian dan Asas Tani ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 27 Mac 2004. Kini
tugas-tugas utama JPS termasuklah pengurusan sumber air dan hidrologi, pengurusan lembagan
sungai dan zon pantai dan saliran mesra alam.
LATAR BELAKANG
• Pada tahun 1982, Jabatan Pengairan dan Saliran Pasir Puteh (JPSPP) telah ditubuhkan. JPS Pasir
Puteh mempunyai keluasan 830 m2 dan terletak 40 kilometer dari pusat pentadbiran JPS Negeri
Kelantan di Kota Bharu. Jajahan Pasir Puteh mempunyai 42,302.0 hektar.
• Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising merupakan empat konstituen dalam kawasan Parlimen
Pasir Puteh. Tanah jajahan Pasir Puteh mempunyai ciri fizikal yang tersendiri iaitu keadaan tanah
berbukit dan tanah pamah. The settlement’s focal point is the fertile Jelapang Padi basin in Sungai
Rasau and Sungai Semerak. Pasir Puteh juga terkenal dengan pantainya yang bersih di seberang
Laut China Selatan, terutamanya Pantai Bisikan Bayu, Semerak, dan Pantai Tok Bali.
OBJEKTIF
• Memberi perkhidmatan cemerlang dalam pembangunan dan pengurusan sumber air dan hidrologi
sebagai sumbangan kepada kemajuan sektor pertanian,peningkatan kualiti hidup penduduk,
pemuliharaan alam sekitar.
• Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi melaksanakan pengurusan sumber air melalui
pendekatan Integrated Water Resources Management (IWRM) yang merangkumi perkara-perkara
berikut selaras dengan "Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969" Perintah Menteri-Menteri Kerajaan
Persekutuan 2009 P.U (A) 222. Menyediakan khidmat perancangan dan pelaksanaan dasar jabatan
dan kerajaan, memantau prestasi program pembangunan, menyelaras maklumat yang berkaitan
dengan kerja servis, menyelaras aduan pelanggan dan meningkatkan imej jabatan bagi memastikan
perkhidmatan JPS memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan
VISI & MISI
• Visi
- Peneraju Perkhidmatan Kepakaran Kejuruteraan dan Pengurusan Sumber Air Negara.
• Misi
- Menyediakan perkhidmatan kepakaran kejuruteraan dan pengurusan sumber air merangkumi
pengurusan lembangan sungai, zon pantai serta pengurusan banjir dan kemarau secara bersepadu bagi
meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan memastikan sekuriti air dan kelestarian alam sekitar.
KERJA UTAMA JPS
• Aduan Awam

Terima aduan awam melalui


orang awam yang masuk ke
pejabat, e-mel, panggilan,
surat dan lain-lain.

Memaklumkan kepada pegawai


bertugas untuk memastikan kawasan
terbabit berada di bawah seliaan JPS.
Menjalankan lawatan tapak untuk
mengenal pasti masalah daripada aduan
yang telah difailkan. Kemudian,
pemantauan dilakukan dengan mengambil
gambar di lokasi sebagai bukti.

Aduan akan dikemukakan kepada pihak atasan


untuk mendapatkan kelulusan dana bagi
melaksanakan projek pemulihan berkaitan.
• Mengukur di tapak projek

Setelah terima aduan oleh penduduk kampung, JPS akan menyelesaikan masalah yang telah
diaduankan oleh penduduk kampung. Kebanyakkan aduan diterima ialah untuk membina jalan-
jalan pertanian seperti (marris) dan tebing runtuh. Setelah siap membina dan diselenggara, pihak
JPS akan memantau pada projek yang telah siap samada telah mengikuti spesifikasi JPS ataupun
tidak. Pihak JPS akan lihat kelebaran, panjang dan kedalaman jalan yang telah siap. Sekiranya
jalan itu telah mengikut spesifikasi, maka projek tersebut dikira lulus dan tidak gagal.
• Jika kami menerima aduan daripada penduduk untuk membina jalan, kami
seharusnya melawat dahulu kawasan tapak projek. Dengan ini, setelah siap
projek kami akan membuat pemamtauan dengan melihat projek dijalankan
telah mengikut spesifikasi seperti kelebaran, panjang dan kedalam jalan.
KESIMPULAN
• Kesimpulannya, saya dapat memerhati, mempelajari, dan menimba ilmu yang begitu menarik
dalam sektor pekerjaan. Saya dapat mengumpul pengalaman berguna untuk digunakan pada masa
hadapan. Sebagai contoh, dapatkan pengalaman dari segi mengurus projek dan aduan awam
semasa lawatan tapak, menyertai program yang dianjurkan, dan mengendalikan hal ehwal
pentadbiran. Supaya, saya dapat menyedari kelemahan saya dan berusaha untuk memperbaiki diri
yang lebih baik seperti dari segi kerjasama, hormat-menghormati, tanggungjawab, dan disiplin.
Saya berharap latihan industri yang telah saya jalankan di Jabatan Pengairan dan Saliran Pasir
Puteh (JPSPP) dapat memberi impak yang positif kepada semua pihak

You might also like