You are on page 1of 2

AKTIVITI PENGUKUHAN

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

SOALAN 1 : MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kenal pasti dan nyatakan dua kata nama dan dua kata kerja yang
terdapat dalam petikan. Kemudian, bina dua ayat daripada setiap kata nama dan kata kerja untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Kecekapan pihak polis dalam membanteras kegiatan jenayah di Malaysia seharusnya dipuji.
Kesungguhan pasukan polis ini dapat dilihat apabila kadar jenayah berjaya dikurangkan pada setiap tahun.
Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakan undang-undang di negara ini, pelbagai
cabaran perlu dihadapi oleh mereka demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
Sumber : BMSPM.net
Soalan SPMU 2016

[8 markah]
SOALAN 2 : SINTAKSIS

Nyatakan pola ayat dalam petikan di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama+Frasa Nama
(FN+FN), Frasa Nama+Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama+Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama+Frasa
Sendi Nama (FN+FSN).
Terompah tempurung ialah permainan sukan rakyat yang masih popular pada masa ini. Cara
bermainnya adalah dengan cara meletakkan kaki di atas tempurung. Ibu jari kaki menyepit tali dan tangan pula
perlu mengawal tali ketika kaki digerakkan. Permainan ini sangat seronok dan menyihatkan tubuh badan serta
meningkatkan kekuatan fizikal. Pemain harus bersabar dan terus mengawal keseimbangan badan ketika berdiri
dan melangkahkan kaki sedikit demi sedikit demi sedikit sehingga tiba di garisan penamat.
Dipetik daripada ‘Sukan dan Rekreasi’,
Terompah Tempurung, Buku Teks Tingkatan 5.
[5 markah]
SOALAN 3 : PENYUNTINGAN

Dalam petikan di bawah, terdapat 10 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap petikan andaDipetik
tidak boleh menyenaraikan
dan diubah lebih‘Semua
suai daripada daripada jumlah
Pihak yang dinyatakan
Membantu dalam
Kanak-kanak arahan
Membaca’
soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Pendidik, Bil. 18, 2006.
Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia telah memulakan berbagai kajian sainstifik
dalam bidang pertanian. Di samping menghasilkan buah-buahan yang bermutu, hasil kajian ini juga
mempunyai nilai komersil. Piawaian rasmi yang dapat memenuhi kehendak pengguna harus diujudkan yang
memastikan pengguna mampu nikmati kualiti buah-buahan secara optimum. Selain itu, kawalan mutu bagi
barang asas tani termasuklah keseragaman kualiti juga dapat menggalakan pertarungan sihat dalam pemasaran
global.
Sumber : BMSPM.net
Soalan SPM 2018.

[10 markah]
SOALAN 4 : BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun memakai pakaian yang indah-indah dan memakai bau-bauan
yang harum lalu masuk ke dalam kota, dalam hatinya, “Pada malam ini aku masuk membakar dan mengamuk,
kerana harta orang Melaka itu pun habis aku curi.”
Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun berjalan-jalanlah.
Pada malam itu kelam-kabut dan hujan rintik-rintik.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

[6 markah]

SOALAN 5 : PERIBAHASA

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan
negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid
di samping bekerjasama bagai _______________________.
(i)
Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana
(ii)
______________. Sebagaimana yang diketahui, resipi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara
guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam
(iii)
akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana __________________.

[6 markah]

Disediakan oleh;
Meganathan Lachimanan
SMK Sungai Karangan

You might also like