Professional Documents
Culture Documents
Linguistik Terapan Dan Sifat Bahasa
Linguistik Terapan Dan Sifat Bahasa
LINGUISTIK TERAPAN
Hajah Ainah bt Julhee
JPM
IPGKS
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Disebut juga sebagai Linguistik Gunaan
dan merupakan sebagai suatu disiplin
ilmu bidang linguistik
Linguistik Terapan digunakan untuk
mengkaji bidang pengajaran dan
pembelajaran bahasa, mengkaji kaedah
mengajar bahasa , menguji kemahiran
bahasa, membentuk bahan mengajar
dan seumpamanya.
Linguistik Terapan berguna kepada guru
yang mengajar ilmu tatabahasa.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Bahasa
-Merupakan satu sistem bunyi yang terdiri
daripada lambang-lambang yang diujarkan
oleh manusia dengan menggunakan alat-alat
artikulasi .
- lambang-lambang yang diujarkan mempunyai
makna yang tertentu berdasarkan masyarakat
yang menuturkannya.
-Satu sistem ujaran dan tulisan konvensional
yang digunakan oleh manusia untuk berkongsi
budaya dan berkomunikasi.
-Sesuatu bahasa menjadi semakin berbeza jika
penuturnya terasing daripada penutur bahasa
yang lain.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Bahasa
-bahasa mempunyai struktur yag kompleks tetapi
boleh dianalisis dan diperlihatkan secara
sistematik.
-Semua bahasa bermula dengan lisan sebelum
wujudnya sistem bahasa tulisan.
-Bahasa mempunyai struktur ayat yang berbeza-
beza untuk menyampaikan makna.
-Kandungan bahasa terdiri daripada bentuk,
susunan perkataan, struktur sintaksis dan intonasi
ujaran.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
a.Bahasa Mempunyai Sistem
- iaitu aturan-aturan atau rumus-rumus tertentu.
-Bahasa bersistem boleh dipelajari dan digunakan
dengan mantap.
-Mempunyai sejumlah unit bahasa seperti fonem,
morfem, kata, frasa, klausa dan ayat dan berlaku
percantuman antaranya. Percantuman antaranya
berlaku berdasarkan peraturan – peraturan
mengenainya.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
b.Bahasa Mengandungi Simbol
-simbol-simbol atau lambang-lambang ialah
setiap kata atau bentuk ucapan yang
mewakili atau dihubungkan dengan benda,
tindakan atau konsep tertentu.
- Contohnya perkataan ‘meja’ dalam bahasa
Melayu dihubungkan dengan sesuatu benda
tertentu.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
c.Bahasa Terdiri Daripada Bunyi-Bunyi
-bunyi-bunyi yang diucapkan atau melalui
mulut manusia ( termasuk rongga hidung,
kerongkong dan tenggorakan.
-Walau bagaimanapun, tidak semua bunyi yang
diucapkan atau melalui mulut manusia itu
dapat dianggap sebagai simbol bahasa, seperi
bunyi siulan, berdehem.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
d.Bahasa Dilambangkan Secara Struktur
-bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi
satu, atau sekelompok sejajar dengan
pergerakan alat-alat pertuturan satu
mengiktui yang lain.
-Contohnya, apabila disebut ‘baju’ ,bunyi-
bunyi yang dihasilkan ialah ‘b’, diikuti oleh
‘a’, ‘j’, ’u’.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
d.Bahasa Dilambangkan Secara Struktur
-Begitu juga pengucapan yang lebih panjang
seperti ‘ Wanita itu sangat cantik’ . ‘Wanita’
merupakan kelompok bunyi yang mendahului ‘itu’
dan kedua-duanya mendahului pula kelompok
bunyi ‘sangat cantik’.Inilah yang dikatakan
struktur dalam bahasa.
-Jikasatu susunan itu dapat menggambarkan pula
struktur bentuk pengujaran , maka terhasil pula
apa yang dikatakan pola-pola dalam bahasa.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
e. Bahasa Bersifat Arbitrari
- bermaksud konsep rujukan yang tiada hubungan
mutlak antara bunyi atau perkataan dengan makna
atau benda,’rumah’ yang disebut sebagai (rumah)
dalam bahasa Melayu, (haus) dalam bahasa Inggeris,
(ngomah) dalam bahasa Jawa dan (bait) bahasa Arab.
Hal ini menunjukkan bahawa simbol dan bunyi bahasa
bersifat sewenang-wenangnya, iaitu tiada perkaitan
antara bunyi dengan simbol secara tetap bagi bahasa-
bahasa di dunia.Manusia yang berbeza budaya
menggunakan bunyi bahasa yang berbeza-beza untuk
sesuatu simbol
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
f. Bahasa Sebagai Alat Komunikasi
-bahasa sebagai alat komunikasi dan boleh
berlaku dalam dua cara iaitu lisan dan tulisan.
-Komunikasi lisan bermaksud penutur
mengujarkan bunyi-bunyi bahasa untuk
didengari dan difahami oleh pendengar.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
f. Bahasa Sebagai Alat Komunikasi
-Komunikasi tulisan - catatan menggunakan
tanda-tanda yang dapat dilihat atau dibaca
bagi menyampaikan idea atau perkara.
-Penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi
menitikberatkan ciri-ciri konteks komunikasi
yang erdiri daripada penutur, pendengan, topik
perbicaraan,latar belakang dan tujuan.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
g. Bahasa Bersifat Sejagat
-Bahasa bersifat sejagat – boleh dituturkan dan
dipelajari oleh sesiapa sahaja.
-Bahasa berbeza dan beraneka namun bersifat
universal kerana, sifat bahasa yang paling asas ialah
bunyi, semua bahasa terdiri daripada bunyi-bunyi
bahasa yang terhasil daripada alat artikulator.
-Setiap bahasa yang dituturkan juga mempunyai makna
yag difahami oleh penutur dan pendengarnya.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
h. Bersifat Dinamis
-Bahasa berpotensi untuk berkembang,
membuat penyesuaian dan menerbitkan
pembaharuan.
-Pertembungan kebudayaan menambahkan
perbendaharaan kata bagi sesuatu bahasa.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
i. Bahasa Bersifat Bervariasi
-Terdapat kepelbagaian bagi sesuatu bahasa.
-Bahasa mempunyai pelbagai dialek yang
diujarkan oleh satu-satu kumpulan penutur dan
laras bahasa.
FUNGSI BAHASA MELAYU
1. BAHASA KEBANGSAAN
Sewaktu penjajahan British di Tanah Melayu,
Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa
pendidikan dan pentadbiran.
BAHASA ILMIAH
- Bahasa yang bersifat ilmu (secara)
pengetahuan, keilmuan, akademik.
FUNGSI BAHASA MELAYU
CIRI-CIRI BAHASA ILMU
I. Keintelektualan bahasa
- perbendaharaan kata
- struktur kata
- pengimbuhan
I. KEINTELEKTUALAN BAHASA
Kumpulan 2
Jelaskan ciri-ciri bahasa Melayu dan bincangkan ciri-ciri
Yang boleh dikongsi oleh bahasa lain di dunia.
Kumpulan 3
Bincangkan fungsi Bahasa Melayu.