You are on page 1of 4

Kod Kertas IKBN.A1.11.04.

1(T) Page 1 of 4

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

TAHAP A1

DUTI 11. PAPAN SUIS

TASK 11.04 BANK KAPASITOR

SUB TASK 11.04.01 PENGIRAAN FAKTOR KUASA

MEMBERI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BERKAITAN


NILAI FAKTOR KUASA SUPAYA DAPAT MEMASTIKAN
OBJEKTIF PEPASANGAN DALAM KEADAAN YANG MEMUASKAN
PENCAPAIAN PIAWAI MENGIKUT PERATURAN YANG DITETAPKAN SERTA
MEMAHAMI PRINSIP KENDALIAN ALAT PEMBETULAN
FAKTOR KUASA

TAJUK PENGIRAAN FAKTOR KUASA

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN


TUJUAN
Pengiraan Faktor kuasa

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.04.1(T) Page 2 of 4

PENGENALAN

FAKTOR KUASA.

1. Kuasa regangan.
Penyerapan tenaga yang aktif ( diukur di dalam kW ) yang boleh itukar kepada tenaga
yang boleh digunakan, seringkali disertai oleh penyerapan sedikit tenaga regangan. Motor,
pengubah dan pita pada amnya sebarang peralatan elektrik yang digerakkan mengikut prinsip
medan elektromagnet, menyimpan tenaga regangan untuk medan magnetnya.

Kuantiti yang terlibat adalah seperti berikut :-


V

I = Aktif ( P ),
kW
ø
I = Regangan ( Q ), kVAr

I = Ketara ( S ).
kVA.

Rajah 1

1.1. Kuasa Aktif ( P ) yang diukur di dalam kW menghasilkan tenaga berguna, mewakili arus
aktif yang diserap oleh beban.
1.2. Kuasa Regangan ( Q ) diukur di dalam kVAr, yang tidak menghasilkan tenaga berguna, dan
mewakili arus regangan yang tersimpan di dalam beban.
1.3. Kuasa Ketara ( S ) diukur di dalam kVA, yang merupakan kadar peredaran kuasa daripada
punca kepada beban dan diwakili oleh jumlah arus, iaitu jumlah secara vektor arus aktif dan
arus regangan.

Hubungan penting yang diperolehi dari rajah 1 ialah :

Cos ø = kW / kVA
Sin ø = kVAr / kVA
Tan ø = kVAr / kW

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.04.1(T) Page 3 of 4

2. Kesan dari Faktor Kuasa Rendah.


Kesan dari faktor kuasa yang rendah akan menyebabkan :-
a. Denda tambahan kepada bil eleltrik.
b. Kehilangan yang tinggi kepada kabel masukan.
c. Susut voltan yang ketara kepada kabel.
d. Susut kepada keberkesanan kabel.
e. Susutan nilai kuasa yang diperolehi dari pengubah.
f. Susutan voltan di bahagian sekunder pengubah.
g. Kehilangan yang ketara di dalam pengubah.

3. Pembaikan & Pembetulan Faktor Kuasa.


Pembaikan dan pembetulan faktor kuasa tentunya dapat memberikan kesan yang berbeza
dengan faktor kuasa yang rendah. Dengan faktor kuasa yang baik, iaitu tidak kurang dari 0.85
sebagaimana yang ditetapkan ;
a. tiada denda dikenakan kepada pengguna.
b. Penjimatan tenaga.
c. Beban yang rendah kepada pengubah.
d. Peningkatan paras voltan.
e. Beban keseluruhan yang berkurangan.

Pembetulan atau pembaikan faktor kuasa tentunya memerlukan pemasangan satu


peralatan yang mempunyai ciri-ciri pemampasan kepada tenaga regangan yang terdapat di dalam
sistem elektrik yang sedia ada.

Pada asasnya terdapat tiga jenis peralatan yang dapat membaiki atau membetulkan faktor
kuasa sesuatu pemasangan elektrik iaitu :-
a. Pemaju fasa.
b. Motor segerak.
c. Pemuat statik.

Untuk pemasangan elektrik biasa, kos modal yang tinggi untuk memasangkan pemaju fasa
dan motor segerak menjadikannya tidak ekonomi kerana kos penyelenggaraan alat-alat ganti pada
bahagian yang bergerak dalamnya terlalu tinggi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.04.1(T) Page 4 of 4

Pemuat pula sebaliknya memerlukan kos modal yang agak rendah, penyelenggaraan yang
sederhana dan yang lebih penting dapat memberikan kecekapan yang agak tinggi untuk kadar
penggunaan yang berbagai. Ianya padat, boleh diharap dan mudah dipasang dan merupakan satu
peralatan yang baik untuk dijadikan sebagai pembaik faktor kuasa.
Susunan dan tempat letaknya pemuat ini bergantung kepada tugas sesuatu pemuat
tersebut, sama ada ianya membaiki faktor kuasa untuk satu peralatan atau keseluruhan
pemasangan elektrik.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)

You might also like