You are on page 1of 2

Ruj. Kami : SMKDMT.

HK2 /1 (1)
Tarikh : 17 Februari 2020

___________________________
___________________________
___________________________
___________________________

Tuan,
PAMERAN KERJAYA SEMPENA PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha akan mengadakan
Pameran Kerjaya sempena Penyerahan Keputusan SPM seperti ketetapan berikut:

Tarikh : Mac 2020 (Tarikh SPM diumumkan)


Masa : 10.00 pagi – 1.20 petang
Tempat : Dewan SMK Dato’ Mohd Taha, Gemencheh, Negeri Sembilan

3. Tujuan utama program ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para
pelajar mengenai prospek kursus-kursus pengajian yang ditawarkan di Institut Pengajian Tinggi
Awam/ Swasta, syarat-syarat kemasukan dan bidang kerjaya khusus untuk pelajar tingkatan 4, 5 dan 6
seramai 450 orang. Di samping itu, program ini juga diadakan bertujuan bagi membantu para pelajar
lepasan SPM untuk menerima input-input bidang pengajian yang ditawarkan oleh Institut Pengajian
Tinggi Awam/Swasta.

4. Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati menjemput 2 orang wakil dari pihak tuan untuk
membuat pameran yang berkaitan dengan agensi dari pihak tuan.

5. Bersama-sama ini disertakan borang jawapan yang perlu dikembalikan kepada pihak kami
sebelum atau pada 10 Mac 2020. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn Aisyah binti Abdullah di
019-5481168.

6. Kerjasama dari pihak tuan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih. Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


BORANG JAWAPAN

PAMERAN KERJAYA SEMPENA PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM

PENGETUA,
SMK Dato Mohd Taha,
73200, Gemencheh,
Negeri Sembilan.
(u.p : Unit Bimbingan & Kaunseling)

Tuan,

Saya ……………………………………… dari Agensi Kerajaan/Universiti/Kolej


……………………………………… *berminat / tidak berminat untuk menyertai Hari Kerjaya
sempena Penyerahan Keputusan SPM.

Yang benar,

………………………….
Nama :
Jawatan :
Tarikh :

*potong mana yang tidak berkaitan

*fakskan kepada 06-4319188 atau emelkan kepada ubktaha@gmail.com

You might also like