You are on page 1of 1

9.

Rumusan

Rumusan yang dapat saya katakan di sini ialah terdapat tiga jenis migrasi
dalaman yang berlaku Simpang Empat, Hutan Melintang iaitu migrasi dalaman
luar bandar ke bandar, migrasi bandar ke luar bandar dan migrasi luar bandar ke
luar bandar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman
yang wujud Simpang Empat, Hutan Melintang.Antaranya ialah melanjutkan
pelajarandi IPT di bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di sektor industri,
bersara selepas berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta dan
mendapatkan kemudahan asas yang selesa seperti rumah teres dan
pengangkutan yang cekap. Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif dan
kesan negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan penduduk,
taraf hidup penduduk meningkat, pasaran bertambah, komposisi penduduk
berubah, masalah sosial dan juga masalah pengangguran. Seterusnya di dalam
kajian ini juga saya mencadangkan langkah mengurangkan masalah migrasi
dalaman seperti mewujudkan peluang pekerjaan, wujudkan rukun tetangga dan
meningkatkan kemudahan kesihatan.

Penerapan Unsur Patriotisme

Setelah melihat kajian ini dengan rasional saya berbangga kerana dapat tinggal
di Malaysia yang stabil dari segi politik, pembangunan yang pesat dan
mempunyai kepelbagaian ekonomi yang subur sekaligus menjadikan malaysia
sebuah negara yang terkenal di mata dunia.

You might also like