You are on page 1of 1

TAFAQQUH FIDDIN

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK BANGSAR
TAJUK : PUASA (BAHAGIAN 2)
DISEDIAKAN OLEH : SHARIFAH MADIHAH BINTI
S ALWI
Adakah batal puasa apabila
melakukan swab test?
Terdapat 2 kaedah swab test:
1) Kaedah Nasopharyngeal swab ialah alat swab akan dimasukkan ke dalam rongga hidung individu
sehingga ke kawasan nasopharynx (rongga hidung paling atas) dengan kedalaman 18. lebih kurang 4.8
cm bagi kanak-kanak dan 8-12 cm bagi orang dewasa untuk mengambil sampel mukus.
2)kaedah Oropharyngeal swab pula ialah alat swab dimasukkan ke dalam mulut hingga ke kawasan
oropharynx iaitu di belakang anak tekak bagi mengambil sampel mucus.

Ibn Al-Naqib Al-Misri menyatakan:

(Antara yang membatalkan puasa itu adalah) Sampai sesuatu


benda ke dalam rongga melalui saluran yang terbuka walaupun
sedikit.”

Sheikh Zakariya Al-Ansari menyebut :


“Orang yang berpuasa terbatal puasanya dengan sampainya sesuatu benda
walaupun sedikit seperti bijan dan walaupun yang masuk itu kebiasaannya benda
yang tidak dimakan seperti batu kecil. Yang mana ianya masuk melalui saluran
yang terbuka dengan sengaja. Ini kerana ianya sampai kepada apa yang
dinamakan sebagai rongga yang terbuka.”

Saluran yang terbuka itu termasuklah telinga, hidung, mulut, dubur dan kemaluan.
Perkara ini dijelaskan oleh Ibn Al-Muqri’:

“Piawaian had zahir dihadkan dengan makhraj huruf Ha’, kemudian dalam mulut
dan hidung sehingga penghujung anak tekak dan juga rongga hidung.”

Menurut mazhab Al-Syafi’i,


Apa sahaja yang masuk melalui saluran tersebut boleh
menyebabkan puasa seseorang terbatal. Tambahan lagi, jika
prosedur swab test yang dijalankan masuk jauh ke dalam rongga
hidung. Ia dikira boleh membatalkan puasa seseorang.

Sheikh Zakariya Al-Ansari menyatakan hal ini :


“Kemudian halkum dan di sebalik rongga hidung yang mana ia
adalah pangkal hidung merupakan bahagian rongga. Apa-apa yang
masuk ke dalam kedua-dua bahagian tersebut boleh menyebabkan
puasa terbatal.”

Mazhab Maliki
Berpendapat bahawa puasa hanya terbatal jika ada sesuatu yang masuk ke
dalam rongga melalui mulut. Apa-apa yang masuk melalui bahagian yang lain,
maka ianya tidak membatalkan puasa.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Sheikh Abu Abdullah Al-Maliki menyebut :


“Puasa terbatal dengan sampai sesuatu ke dalam rongga atau tali perut
melalui mulut.”

Sheikh Abu Al-Barakat Al-Dardir juga menyebut :

“Adapun selain cecair maka ia tidak membatalkan puasa


melainkan jika ia sampai ke perut melalui mulut.”

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI kali ke 3 tahun 2020,
mesyuarat menetapkan :
“Prosedur saringan bagi mengesan penyakit COVID-19 adalah dengan mengambil sampel lender
(mukus) yang berada di dalam rongga hidup sehingga ke kawasan nasopharynx (rongga hidung
paling atas) dan rongga mulut sehingga ke kawasan oropharynx (anak tekak) adalah TIDAK
MEMBATALKAN PUASA. Ianya selaras dengan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-87 pada 23 hingga 25
Jun 2009 yang telah memperakukan Panduang Berpuasa bagi Pesakit.”
Justeru, swab test atau ujian saringan COVID-19 yang menggunakan kaedah Nasopharyngeal
swab (melalui hidung) dan Oropharyngeal swab (melalui mulut) yang dijalankan ketika sedang
berpuasa adalah tidak membatalkan puasa. Ini kerana calitan yang dijalankan melalui kedua-
dua proses tersebut tidak sampai ke kawasan rongga dalam.

Sumber Rujukan: Laman Web Rasmi : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

You might also like