You are on page 1of 3

Perancangan Strategik Program Keceriaan

#Mengenal pasti kawasan sekolah dan kelas yang perlu


diperindah dan diceriakan.
#Memberi tumpuan terhadap taman yang kurang ceria .
#Membahagikan tugas menceriakan kawasan dan taman kepada
persatuan dan badan
beruniform.
#Menceriakan kawasan persekitaran sekolah dengan
menambahkan pokok-pokok hiasan.
#Menyediakan kemudahan kepada pelajar terutama pondok ilmu,
tempat istirahat , wakaf
diskusi dan laluan pelajar dengan lebih banyak.
#Mewujudkan dana keceriaan sekolah daripada pelbagai pihak.
#Memberi tumpuan kepada kawasan padang yang perlu
diceriakan dan meningkatkan
kemudahan untuk keselesaan pelajar.
#Meminta nasihat dan bantuan daripada konsultan atau pihak
luar yang lain yang
berpengalaman bagi meningkatkan keceriaan landskap kawasan
sekolah.
#Memberi tumpuan kebersihan kawasan sekolah dengan
menanam sikap atau menghayati
slogan seperti “Sekolahku Rumahku” , “Cintailah Sekolah Kita”
dan sebagainya dalam
kalangan warga sekolah.
#Membaiki dan menceriakan kawasan pembuangan sampah ,
tapak pelupusan dan kawasan
pembersihan dengan lebih baik.
#Menambahkan bilangan pokok bunga yang sesuai untuk
memperindah kawasan sekolah.
#Menambah kerusi batu di tempat-tempat yang sesuai bagi
tempat rehat pelajar.
#Menjaga kesuburan pokok bunga supaya kelihatan segar.
#Mengadakan kempen keceriaan secara berterusan termasuk
aktiviti gotong royong
membersih kawasan sekolah dalam kalangan warga sekolah
seperti kempen sumbangan
pokok dalam kalangan warga sekolah,membina papan kenyataan
berinformasi di setiap
taman, mengecat pasu bunga, tiang larit dan sebagainya di
kawasan sekolah, membina arca
di kawasan taman,membina menara jam, membina kolam dan air
terjun dan membina laluan
berbumbung di kawasan taman dan membina taman herba baru.
Keceriaan Bilik Darjah Atau Kelas
#Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
adalah berkait rapat dengan
iklim dan suasana dalam bilik darjah. Untuk mencapai
kecemerlangan , sekolah mestilah
memastikan bahawa bilik darjah atau kelas sentiasa dalam
keadaan yang bersih dan ceria.
#Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan
malah dipertingkatkan dari
masa ke masa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik
darjah bersih dan ceria amat
sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar
sentiasa berada dalam keadaan
yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan
baik.
#Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil
daripada kerjasama dan
pertandingan yang sihat antara pelajar tentunya akan
menghasilkan kecemerlangan dalam
akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang
mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan
intelek.

You might also like