You are on page 1of 1

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan

pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya,


peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu
kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan dengan itu,
pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan
sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita selari
dengan era moden yang penuh kecanggihan ini.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang
paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat
menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat
yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan
perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS). Selain itu, kamera serta pemain
muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin
canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan
perkhidmatan 3G.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana
mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai
telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai
telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke
mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja
hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan
membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit di sekolah boleh


mendatangkan kemudaratan. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke
sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan
menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap
materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih setahun jagung itu. Pelajar
yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak
ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit.

You might also like