You are on page 1of 3

BAHASA MELAYU TAHUN 4 (PdPR)

Tarikh : 29 Julai 2021 (Jumaat)

TATABAHASA : IMBUHAN APITAN


Imbuhan apitan ialah imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan pada belakang kata dasar.
imbuhan + kata dasar + imbuhan

1. meN......-kan dan meN............-i


 Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada:
a.    sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain :
Contoh : Ali memberikan hadiah kepada kawannya.

b.  perbuatan :
Contoh : Syah telah menyanyikan sebuah lagu sempena majlis hari lahirnya.

 2.  ke-..... –an
Boleh membawa beberapa maksud:
(a)    menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar : 
Contoh ; Keadaan mangsa kemalangan itu semakin stabil.
(b)   tempat:
Contoh ; Kediaman hartawan itu dikawal ketat oleh pihak polis.  
(c) sifat :
Contoh: Sifat kebudakan pemuda itu terserlah.

3. peN-....-an
Merujuk kepada tempat dan perbuatan serta keadaan:
(a)    menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
Contoh ; Alia mengetuai perbarisan kawad kaki.
(b)   tempat
2. AKTIVITI KUMPULAN
 Membina ayat berdasarkan imbuhan apitan yang diberi kepada setiap kumpulan.

-menyayangi
-mengakui
-menghadiahi
-mengemaskan
-mempamerkan
-kekalahan
-kesenangan
-kemalangan
-perpustakaan
-permohonan
-pembunuhan

3. AKTIVITI INDIVIDU
Menjawab soalan kefahaman.

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.


Keberanian       bertanyakan      menghadiahi      menanggalkan                           permohonan             penggunaan  
                  membincangkan      
        kesunyian                  kesultanan                   membaiki

1.      ____________ komputer dapat mempercepat segala urusan khususnya dalam penyimpanan data.
2.      Asmat berusaha ____________ basikalnya  yang rosak.
3.      Mesyuarat yang diadakan akan ____________masalah pencemaran.
4.      ___________Zaini untuk melanjutkan pelajaran telah diluluskan oleh majikannya.
5.      Adik __________ kasut sebelum masuk kedalam rumah.
6.      Ayah ___________ saya sebuah buku cerita.
7.  Pihak polis telah memberikan pingat ___________kepada Amar kerana telah membantu mereka menangkap
perompak itu tempoh hari.
8.      Seorang pemuda __________ arah ke rumah Encik Zahari.
9.      Sejak anak-anaknya berpindah ke bandar, Makcik Ani hidup dalam ____________.
10.  Salah seorang sultan pada zaman _______________Melayu Melaka ialah Sultan Mahmud Syah.

You might also like