You are on page 1of 1

Ringkasan.

1. Banyak kejayaan telah diperoleh pelajar lepasan KV dengan menjadi usahawan yang
berjaya ataupun bekerja dalam bidang yang diceburi dengan gaji yang agak
lumayan.
2. Salah satu nilai tambah di KV adalah dengan memberi pendedahan kepada murid
tentang keusahawanan.
3. Alumni KV mempunyai hubungan yang kuat dengan KV yang mana didapati ramai
alumni yang bersama-sama membantu KV dalam memberi pendedahan /
pengalaman/ peluang bekerja kepada murid berkenaan bidang yang diceburi.
4. BPLTV dalam usaha untuk menambah KV dan memperluaskan PVMA di sekolah
harian kerana permohonan untuk kemasukan dan kecenderungan kepada
Pendidikan TVET kian meningkat. Sebagai contoh, permohonan kemasukan ke KV
telah menjangkau 60,000 namun kemampuan KPM untuk menyediakan
penempatan ke KV hanya sekitar 14,000 -16,000 orang.
5. BPLTV melaksanakan upskilling dan reskilling guru dalam mengukuhkan
pembangunan pendidikan TVET.
6. BPLTV dalam usaha untuk mempromosi dan menyebarluas berkenaan KV kepada
seluruh masyarakat Malaysia. Ini adalah salah satu kaedah untuk membuang stigma
masyarakat terhadap KV.
7. Dengan menggunakan data pada ujian psikometrik pada murid di sekolah harian,
kaunselor sekolah boleh mengenalpasti murid yang mempunyai kecenderungan
kepada bidang TVET. Kaunselor digalakkan untuk membantu dalam memberi
pendedahan kepada murid-murid berkenaan berkenaan peluang pendidikan TVET di
Malaysia seperti dengan mengadakan lawatan ke KV.

You might also like