You are on page 1of 1

Terima kasih tuan pengerusi majlis

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Yang berusaha Pn Siti Nizma binti Mohd Razali, Guru Besar SK Taman Universiti 4, yang dihormati,
barisan – barisan pentadbir, yang diraikan Cikgu Dorahim dan Cikgu Najib serta rakan-rakan yang
disayangai sekalian.

Hadirin sekalian

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dapat kita bersama – sama dalam majlis
perpisahan secara online buat kali kedua pada tahun ini. Saya tidaklah hendak bercakap panjang.

Pertama sekali, Saya mewakili Kligs SK Taman Universiti 4 mengucapkan tahniah kepada Cikgu
Dorahim dan Cikgu Najib atas perlantikan jawatan yang sekarang. Cikgu Najib dilantik sebagai
Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid manakala Cikgu Dorahim pula dilantik sebagai GPK HEM di
sekolah barunya SK Tanjung Kupang.Tahniah diucapkan kepada kedua –duanya. Semoga mereka
terus melakarkan kecemerlangan mereka di mana saja mereka berada.

Rakan – rakan sekalian

Kita tahu Cikgu Najib dan Cikgu Dorahim merupakan orang kuat koko.. sebelum ini Cikgu Balqis,
kemudian Cikgu Mazuan, kini Kita kehilangan lagi dua tunjang Koko. Sudah tentu kita akan rasa
kehilangan yang besar dalam bahagian koko kita. Sudah tentu sekolah akan terasa kehilangan dua
insan hebat koko ini.

Akhir sekali saya berharap rakan – rakan guru yang diraikan untuk terus kekalkan kecemerlangan
mereka dimana saja mereka berada. Harap mereka tidak melupakan kita.

Sebelum saya akhiri ucapan saya, izinkan saya menyampaikan beberapa rangkap pantun. Cikgu
Najib suka berpantun ni. Nanti Cikgu Najib boleh balas pantun saya

Bila Tidak Dikeranakan Unggas


Tidaklah Rosak Padi di Sawah
Jika tidak kerana Tugas
Tidaklah Kita dapat Berpisah

Kalau ada Sumur di ladang


Bolehlah kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi

Sekian terima kasih

You might also like