You are on page 1of 2

Perjumpaan kali ke-1

Puasa Pada Hari Syak

Hukum melakukan puasa pada hari syak menimbulkan perselisihan di kalangan


fuqaha, ada yang menghukumkannya sebagai haram dan ada pula yang
menghukumkannya sebagai harus. Dimaksudkan sebagai hari syak ialah pada hari
30 Sya’ban, di mana anak bulan tidak kelihatan, disebabkan terhalang oleh
mendung dan lain-lain.

Rasulallah saw pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Ammar bin Yasir ra yang
bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada hari syak, sesungguhnya telah
menderhaka kepada Abu al-Qasim saw”.1

Dalil umum yang digunakan oleh ulama ,azhab al-Syafie ialah umum hadith
Ammar ra di atas dan hadith lain yang diriwayatkan menerusi Abu Hurairah ra yang
bermaksud: “Jangan ada seseorang di kalangan anda, mendahului Ramadhan
dengan berpuasa satu atau dua hari kecuali bagi seseorang lelaki yang sudah biasa
berpuasa, boleh berpuasa pada hari itu”.2

Ulama mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat tidak harus kepada seseorang
berpuasa pada hari syak, kerana kemungkinan hari itu sudahpun masuk ke dalam
bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, ulama mazhab Hanafi menyatakan, jika
seseorang berpuasa sunat atau bertembung dengan satu hari yang sudah biasa
beliau berpuasa, puasanya sah, kerana sebab diharamkan puasa dalam hadith di
atas ialah dilakukan sebagai tambahan pada bulan Ramadhan dan ini hanya berlaku
apabila seseorang qasad puasa pada hari syak yang melibatkan bulan Ramadhan,
sebaliknya jika berpuasa dengan niat puasa sunat, tidak timbul soal larangan.

Ulama mazhab al-Syafie berpendapat, haram berpuasa pada hari syak, malah
tidak sah puasa sunat pada hari itu, kerana berdasarkan kepada hadith Ammar bin
Yasir ra di atas. Hikmah diharamkan berpuasa pada hari itu, bagi golongan ini ialah
untuk membolehkan orang Islam mengumpulkan kekuatan bagi menjalani ibadah
puasa pada bulan Ramadhan dan menjaga masa puasa dan menyatukannya di
kalangan manusia tanpa sebarang tambahan. Begitu juga haram berpuasa satu atau
dua hari sebelum Ramadhan, sebagaimana yang terdapat di dalam hadith riwayat
Abu Hurairah ra. Walau bagaimanapun, harus berpuasa pada hari itu, jika puasa itu
puasa qada’ nazar dan juga kaffarah atau puasa yang menjadi kebiasaannya.

Bagi Imam Ahmad berdasarkan kepada pendapat yang terpilih, apabila terdapat
mendung yang meghalang penglihatan anak bulan Ramadhan, wajib melakukan
puasa pada hari itu dan puasa itu dihukumkan sebagai sah, walaupun hari itu
telahpun masuk bulan Ramadhan. Golongan ini berdalilkan hadith yang diriwayatkan
menerusi ibn Umar yang bermaksud: “Apabila melihat anak bulan, hendaklah
1
Al-Bukhari, Abu Daud, al-Nasai.
2
Al-Bukhari, 1781.

1 Rumah Sahabat 2021


berpuasa dan apabila melihat anak bulan Syawal, hendaklah anda berbuka, tetapi
jika dihalang oleh mendung, hitungkanlah”.

Walau bagaimanapun, dengan berhujahkan hadith riwayat Ammar di atas,


kebanyakan ulama berpendapat, puasa sunat pada hari syak, adalah makruh.
Antara tokoh ulama yang berpandangan seperti ini ialah; Sufyan al-Thawri, Malik bin
Anas, Abdullah bin al-Mubarak, al-Syafie, Ahmad dan Ishak.

Menurut al-Khattabi di dalam Ma’alim al-Sunan, satu golongan ulama


berpendapat larangan melakukan puasa pada hari syak, ditujukan kepada
seseorang yang meniatkan puasa pada hari itu sebagai puasa Ramadhan,
sebaliknya jika diniatkan sebagai puasa Sya’ban, hukumya harus. Inilah pendapat
Imam Malik, al-Awza’i, Abu Hanifah dan murid-muridnya. Juga merupakan pendapat
al-Imam Ahmad di dalam satu pendapat dan juga Ishak bin Rahawaih.

Kesimpulannya, puasa pada hari syak, adalah makruh bagi majoriti ulama, dan
haram bagi ulama mazhab al-Syafie.

Nama:________________________________ No IC:_____________

Soalan:

1. Apakah hukum berpuasa pada hari syak menurut mazhab al-Syafie?

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. Apakah yang dimaksudkan dengan hari syak?

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2 Rumah Sahabat 2021

You might also like