You are on page 1of 8

PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PEMBELAJARAN AKTIF

(SC-001) your reference number


Noor Indon binti Abd. Samad1, Intan Shafinaz binti Abd. Razak2, dan Azniza binti Zainul3
1
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah, Malaysia
2
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah, Malaysia
3
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra Kedah, Malaysia
*e-mail of corresponding author: noorindon@ptsb.edu.my

ABSTRAK
Pembelajaran aktif merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang semakin diberi perhatian kini dan ia
menjurus kepada Pembelajaran Berasaskan Hasil (Outcome Based Education). Kajian ini tertumpu kepada 3 aspek,
iaitu persepsi pensyarah terhadap pendekatan pembelajaran aktif, faktor bilangan dan sikap pelajar di dalam kelas
dalam perlaksanaan pendekatan pembelajaran aktif. Seramai 56 pensyarah di Jabatan Kejuruteraan
Elektrik,PTSB telah dipilih menjadi responden. Instrumen kajian yang mengandungi 24 item, dibina berasaskan
skala pemeringkatan Likert. Nilai Alpha Cronbach bagi soal selidik ialah 0.78 dan data mentah diperolehi dianalisis
menggunakan SPSS Version 13. Dapatan menunjukkan penerimaan pensyarah terhadap pembelajaran aktif dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sederhana.
Kata kunci: pembelajaran aktif, persepsi pensyarah, bilangan pelajar yang ramai, sikap pelajar.

1. PENGENALAN

Pembelajaran aktif adalah sebarang kaedah yang berkaitan dengan penglibatan pelajar secara maksima
dalam memastikan isi pelajaran dapat diterima oleh pelajar [11]. Pendekatan ini adalah satu kaedah baru
berbanding cara konvensional yang berpusatkan pensyarah. Ia mempunyai banyak kelebihan seperti
meningkatkan kebolehan komunikasi pelajar, keupayaan berfikir secara kritis, memberi pendedahan
terhadap cara mengatasi konflik dan secara tidak lansung ia juga memberikan pendedahan kepada situasi
sebenar alam pekerjaan [11, 12].

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pensyarah berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran pensyarah dalam menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Ini bermakna, pensyarah boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan
teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu,
selain berpotensi merangsangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu
menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik minat pelajar serta dapat menghasilkan
pembelajaran yang lebih bermakna.
Semasa sesi pembelajaran aktif, pensyarah akan berperanan sebagai fasilitator dan akan menyerahkan
sebahagian daripada kuasa mengawal kelas kepada pelajar. Pelajar pula akan memikul tanggungjawab
bukan hanya untuk apa yang dipelajari tetapi juga cara mempelajari sesuatu yang diajar [1]. Terdapat
beberapa kaedah pembelajaran aktif yang digunapakai dalam memastikan strategi pengajaran yang
berbeza seperti think-pair-share, sumbangsaran, kajian kes, soalan formatif, kerja kumpulan, debat, role
playing, cooperative learning, collaborative learning, berhenti seketika (clarification pauses) dan
pembentangan pelajar [2,13]. Pensyarah perlu beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif
dalam yang memerlukan inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar
bilik kuliah untuk melaksanakan satu set aktiviti pembelajaran aktif [3,10].

Pembelajaran aktif sewajarnya berlaku dalam sebarang situasi sama ada dalam kumpulan kecil, besar
mahupun secara individu, disinilah keupayaan pensyarah untuk menentukan kaedah terbaik dalam
memastikan pembelajaran aktif dapat dilaksanakan [11]. Kajian [14] menyenaraikan lima faktor yang
menjadi penghalang perlaksanaan pembelajaran aktif ialah kekangan masa untuk menghabiskan silibus
yang padat bagi memenuhi kehendak kurikulum, bilangan pelajar yang ramai, kekurangan bahan atau alat
bantu yang sesuai untuk pembelajaran aktif, keengganan pensyarah untuk menukarkan kaedah pengajaran
setelah memperolehi kaedah yang sesuai dengan keupayaan dan pengalaman mereka dan juga tahap meta
kognitif dan motivasi pelajar yang rendah. Ini seterusnya menyebabkan pensyarah lebih cenderung untuk
menggunakan kaedah tradisional .
Berdasarkan situasi di sekolah menengah, terdapat segelintir guru tidak mengamalkan kaedah pengajaran
aktif disebabkan oleh faktor bilangan pelajar yang ramai iaitu dalam lingkungan empat puluh lima orang.
Walaupun ada dikalangan guru yang menjalankan pembelajaran aktif namun ia dilaksanakan
menggunakan kaedah yang kurang tepat [15].
Selain itu faktor penghalang yang dikenalpasti juga adalah perubahan menukarkan kuasa kelas untuk dari
pensyarah kepada pelajar, merekabentuk isi kandungan yang menjurus peningkatan pengetahuan
berterusan (life long learning), menukarkan pensyarah yang memberi syarahan kepada fasilitator,
menukarkan tangungjawab belajar itu kepada pelajar bukannya kepada pensyarah dan menukarkan bentuk
pentaksiran dan penilaian yang baru seperti peer assessment, one minute paper dan sebagainya yang lebih
menekankan penglibatan pelajar [12].
Pensyarah aktif percaya bahawa ada kemungkinan untuk pelajar yang ramai menjadi aktif dan mengambil
bahagian dalam proses pembelajaran melalui pecahan kumpulan kecil. Sesi perbincangan boleh
digunakan untuk membimbing pelajar dan seterusnya membentuk kumpulan perbincangan yang aktif
[14]. Pendapat ini disokong oleh pendekatan yang dijalankan di Jabatan Aeronautik di Universiti
Cambridge, sesi yangdinamakan recitation membenarkan setiap 20 hingga 30 pelajar bagi satu sesi untuk
berbincang dan bersoaljawab dengan pengajar mengenai masalah pembelajaran mereka [16].
Namun begitu pensyarah juga mengakui bahawa walaupun diadakan perbincangan kumpulan, tunjuk ajar
secara perbadi juga dapat diadakan [14]. Antara kelebihan kerja berkumpulan adalah meningkatkan
prestasi, hubungan interpersonal, menggalakkan interaksi antara pelajar dan seterusnya sikap positif
pelajar itu sendiri [11]. Selain itu, kerjasama berkumpulan memberikan pelajar suasana sebenar alam
pekerjaan di mana pelajar akan mempelajari kemahiran bersosial melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan
berbanding persaingan antara individu pelajar.
Walau begitu banyak kelebihan pembelajaran aktif, sikap pelajar dikenalpasti sebagai faktor penghalang
utama. Sikap didefinisikan sebagai kebolehan untuk bertindak dalam cara yang tersendiri terhadap
sesuatu keadaan [20]. Maka pensyarah perlu mengetahui dan mendalami sikap para pelajar dalam proses
melaksanakan pembelajaran aktif. Pelajar yang aktif dapat berinteraksi dengan berkesan terhadap
persekitarannya. Menurut [21] terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa
pendekatan secara pembelajaran aktif mempunyai kesan positif terhadap sikap pelajar.
Oleh yang demikian kajian ini akan menumpukan kepada aspek-aspek seperti berikut:
i. Apakah persepsi pensyarah terhadap kaedah pengajaran yang menggunakan pendekatan
pembelajaran aktif?
ii. Apakah persepsi pensyarah terhadap bilangan pelajar di dalam kelas yang ramai dalam
perlaksanaan pembelajaran aktif?
iii. Apakah persepsi pensyarah terhadap sikap pelajar dalam perlaksanaan pembelajaran
aktif?
2. METODOLOGI
Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data yang diperolehi secara terus daripada responden
dan meningatkan kesahan dan ketepatan kerana tiada faktor pengaruh daripada pengkaji [17,18]. Analisis
mata skor berasaskan markah minimum satu item ialah 1 dan markah maksimum adalah 5, perkaitan
dengan skala Likert kemudiannya ditafsir menggunakan analisis tafsiran min yang dilakukan ialah seperti
yang ditunjukkan di dalam Jadual 2 [18,19].
Jadual 2: Jadual Tahap Kecenderungan Min.
Kod Kumpulan Skor Min Tahap
1 1.00 – 1.80 Sangat rendah
2 1.81 – 2.61 Rendah
3 2.62 – 3.41 Sederhana
4 3.42 – 4.21 Tinggi
5 4.22 – 5.00 Sangat tinggi

3. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan persepsi pensyarah terhadap kaedah
pengajaran, bilangan dan sikap pelajar terhadap pembelajaran aktif.
3.1 Persepsi pensyarah terhadap kaedah pengajaran pembelajaran aktif.

Bahagian ini mengandungi 11 item yang berkaitan dengan aspek persepsi pensyarah terhadap kaedah
pengajaran pembelajaran aktif. Item-item ini digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang pertama
iaitu Apakah persepsi pensyarah terhadap kaedah pengajaran yang menggunakan pendekatan
pembelajaran aktif? Item-item ini ditunjukkan di dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Analisis Deskriptif Aspek Kaedah Pengajaran dalam Pembelajaran Aktif.
Bil Item Min Tahap
Saya berpendapat perbincangan dan perkongsian ilmu di dalam
1 4.34 Tinggi
kelas amat membantu pelajar.
Saya berpendapat dengan meminta wakil pelajar membuat dulu
2 demonstrasi di hadapan sebelum pelajar lain membuatnya 3.64 Sederhana
pembelajaran akan lebih berkesan.
3 Saya berpendapat pembentangan berkumpulan sangat berkesan. 3.63 Sederhana
4 Saya berpendapat pembentangan individu sangat berkesan. 3.73 Sederhana
Saya berpendapat dengan berhenti sebentar di tengah pengajaran
5 dan meminta pelajar menyenaraikan perkara yang di pelajari dapat 4.29 Tinggi
mengalakkan pembelajaran.
Saya hanya bertindak sebagai fasilitator di kelas kerana saya mahu
6 3.55 Sederhana
pelajar menyelesaikan masalah pembelajarannya sendiri.
Saya dapat memberikan soalan supaya pelajar boleh
7 4.02 Tinggi
menghubungkaitkan pelajaran dengan situasi sebenar.
Saya dapat memberikan soalan yang memerlukan pelajar
8 3.95 Tinggi
menjawab berdasarkan hujah, fakta dan rujukan yang tepat.
Saya berpendapat dengan mengadakan lawatan bersama-sama
9 4.27 Tinggi
pelajar dapat meluaskan pemikiran pelajar.
Saya berpendapat dengan mengadakan slot permainan ia dapat
10 4.29 Tinggi
menggalakkan penyertaan pelajar.
Saya berpendapat dengan meminta pelajar membuat rumusan di
11 akhir pengajaran dapat membuat refleksi pelajaran yang telah 4.29 Tinggi
dipelajari.
Purata 4.00 Tinggi

Persepsi pensyarah dalam kajian ini merujuk kepada pandangan pensyarah terhadap beberapa aspek
mengenai pendekatan pembelajaran aktif. Analisis data yang dilakukan terhadap pendekatan
pembelajaran aktif, memberikan nilai skor min 4.00 iaitu berada pada tahap tinggi. Nilai ini
menunjukkan tahap persepsi pensyarah terhadap pendekatan pembelajaran aktif adalah positif. Dalam
erti kata lain, pensyarah di JKE sudah terdedah dengan situasi pembelajaran aktif. Secara tidak langsung
mereka mengakui bahawa kaedah pembelajaran aktif ini dapat menarik minat ramai pelajar untuk
terlibat secara aktif dalam sesi P&P. Ini selaras dengan pernyataan daripada Omardin[4]yang
mengatakan bahawa minat pelajar dapat diwujudkan dan dipertingkatkan dengan menggunakan pelbagai
pendekatan dalam pengajaran.
Perbincangan dan perkongsian ilmu di dalam kelas telah memberikan nilai min yang tinggi iaitu 4.34. Ini
menunjukkan bahawa para pensyarah di JKE memberikan persepsi yang positif mengenai aktiviti
perbincangan kumpulan. Terdapat dapatan [5] yang mengatakan bahawa kaedah pengajaran secara
perbincangan menggalakkan pelajar-pelajar meninjau pendapat-pendapat mereka, berinteraksi dan
menilai idea-idea pelajar lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apa pun
objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum
pengajaran dijalankan. Sesi perbincangan adalah satu aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar untuk
mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Sesi perbincangan yang dirancang
dengan rapi akan mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis di kalangan pelajar. Aktiviti seperti
ini akan menghasilkan pelajar yang mahir berkomunikasi dan yakin dalam menyampaikan buah
fikirannya kepada orang lain. Ahmad Fadzli [6], juga menyatakan bahawa perbincangan berkumpulan
juga menolong pelajar memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan membantu pensyarah mengesan
sejauh mana kefahaman mereka.
Dapatan juga menunjukkan pensyarah banyak menggunakan kaedah penyoalan di dalam kelas sebagai
salah satu kaedah pembelajaran aktif. Penggunaan soalan di dalam kelas merupakan salah satu cara
pensyarah menyampaikan pengajaran dan ia merupakan salah satu kaedah yang paling mudah untuk
dilaksanakan [4] . Kemahiran menyoal merupakan sebahagian daripada kemahiran komunikasi lisan.
kemahiran komunikasi lisan dapat mengukur keupayaan dan kebolehan seseorang pelajar itu
berkomunikasi dengan baik ataupun sebaliknya. Ini bermakna dalam sesi pengajaran dan pembelajaran,
penyoalan akan menggalakkan interaksi pensyarah dan pelajar secara berkesan [7]. Soalan-soalan yang
dikemukakan akan dapat mencungkil pengetahuan pelajar dan mengukuhkan pelajaran yang disampaikan.

3.2 Persepsi pensyarah terhadap bilangan pelajar di dalam kelas.


Bahagian ini mengandungi enam item yang berkaitan dengan aspek persepsi pensyarah terhadap bilangan
pelajar yang ramai dalam perlaksanaan pembelajaran aktif. Item-item yang dinyatakan adalah bagi
menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu apakah pendapat pensyarah terhadap bilangan pelajar di
dalam kelas yang ramai dalam perlaksanaan pembelajaran aktif. Item-item ini ditunjukkan di dalam
Jadual 3.2.
Jadual 3.2: Analisis Deskriptif Aspek Bilangan Pelajar dalam Pembelajaran Aktif.
Bil Item Min Tahap
Faktor kebisingan dalam kelas yang besar meningkatkan Sangat
12 1.50
proses pembelajaran. rendah
Belajar dalam kelas yang besar meningkatkan kebolehan Sangat
13 1.64
pelajar menerima pelajaran. rendah
Belajar dalam kelas yang besar dapat membolehkan
14 3.77 Tinggi
kerja berkumpulan dijalankan.
Peluang untuk mengadakan perbincangan lebih terbuka
15 3.41 Sederhana
di dalam kelas yang besar.
16 Kebisingan menunjukkan penyertaan pelajar yang baik. 2.66 Sederhana
Semasa kerja berkumpulan, saya berpeluang untuk
17 3.51 Tinggi
memberikan tunjuk ajar secara peribadi.
Purata 2.75 Sederhana
Berdasarkan dapatan, faktor kebisingan dalam kelas yang besar meningkatkan proses pembelajaran
tafsiran min adalah pada tahap sangat rendah menunjukkan pensyarah tidak mengemari suasana kelas
yang bising. Ia bertepatan dengan kajian [14] yang menyatakan majoriti pensyarah juga cenderung untuk
mengatakan bahawa sesi perbincangan hanya akan menjadikan suasana kelas bising dan sukar dikawal,
juga tidak memberikan kesan yang sepatutnya terhadap pembelajaran pelajar itu sendiri dan masalah yang
bersangkutan dengan bilangan pelajar yang ramai juga adalah meningkatkan masalah disiplin.
Pelajar sememangnya suka untuk berinteraksi bersama rakan sekelas dan interaksi yang baik dapat
menjadi faktor utama yang mendorong penglibatan pelajar dalam perbelajaran aktif [10]. Dapatan
menunjukkan penerimaan pensyarah terhadap faktor kebisingan kelas adalah sederhana (min 2.66) dan
kebisingan adakalanya menjadi petunjuk kepada penyertaan pelajar yang baik, namun perlulah pada tahap
kebisingan yang minima dalam sesi pembelajaran. Interaksi tanpa kawalan akan membuatkan suasana di
dalam kelas tidak kondusif terhadap pembelajaran. Ia disokong oleh kajian [8] yang menunjukkan
pencapaian kumpulan pelajar yang berada pada kebisingan yang rendah adalah lebih baik berbanding
kumpulan pelajar yang berada pada tahap kebisingan yang tinggi. Ia bertepatan dengan dapatan kajian ini
yang menyatakan belajar dalam kelas yang besar meningkatkan kebolehan pelajar menerima pelajaran
dengan nilai min 1.64 berada pada tahap sangat rendah.
Walaupun pensyarah berhadapan dengan situasi pelajar yang ramai di dalam kelas, pesnyarah tidak
menolak kelebihan bilangan pelajar dalam kelas yang besar dapat membolehkan kerja berkumpulan
dijalankan. Dapatan terhadap persoalan ini menunjukkan min 3.77 berada pada tahap tinggi ia sama
seperti kajian [9] juga bersetuju terhadap kelebihan kerja berkumpulan terhadap kemahiran berfikir dapat
diterapkan dalam kerja berkumpulan dimana disinilah bermulanya pendedahan terhadap alam pekerjaan
akan berlaku.
Bersesuaian dengan dapatan yang mendapati pensyarah juga menyatakan peluang untuk mengadakan
perbincangan lebih terbuka di dalam kelas yang besar. Barraket [12] menyatakan dengan wujudnya
perbincangan ia amat membantu pelajar dalam memahami masalah dari pelbagai perspektif berbeza,
berfikiran lebih kritis dan keupayaan pelajar untuk melontarkan pendapat apabila diminta juga akan
meningkat.
Walaupun pembelajaran aktif diterapkan dalam pengajaran, kepentingan pensyarah dalam menjadi
sumber ilmu pengetahuan tidak dapat disangkal. Ini membuktikan pensyarah juga perlu untuk mendekati
pelajarnya secara individu walupun aktiviti berkumpulan diadakan. Ini bersesuaian dengan pendapat [11]
yang menyatakan pengajaran pensyarah adalah tidak berkurangan sama sekali walaupun pendekatan
pembelajaran aktif di jalankan di dalam kelas. Peranan pensyarah dalam memberi maklumat kepada
pelajar terutamanya tunjuk ajar peribadi amat membantu dalam pembelajaran aktif [12].
Soalan mengenai semasa kerja berkumpulan, pensyarah berpeluang untuk memberikan tunjuk ajar secara
peribadi, menunjukkan pensyarah tidak mempunyai masalah untuk berinteraksi dan memberikan
maklumbalas mahupun tunjuk ajar peribadi walaupun berada dalam kelas besar. Nilai min yang dicatakan
adalah 3.51 berada pada tahap tinggi.
Secara keseluruhannya min bagi aspek bilangan pelajar yang ramai dalam pembelajaran aktif berdasarkan
enam item tersebut mencatatkan tahap min yang sederhana iaitu pada nilai 2.75, menunjukkan bilangan
pelajar yang ramai mempunyai kelebihan dan kekurangan terhadap pembelajaran aktif dari persepsi
pensyarah.
3.3 Persepsi pensyarah terhadap sikap pelajar di dalam kelas.
Bahagian ini mengandungi tujuh item yang berkaitan dengan aspek persepsi pensyarah terhadap sikap
dalam perlaksanaan pembelajaran aktif. Item-item yang dinyatakan adalah bagi menjawab persoalan
kajian yang ketiga iaitu apakah persepsi pensyarah terhadap sikap dalam perlaksanaan pembelajaran aktif.
Item-item ini ditunjukkan di dalam Jadual 3.3.
Jadual 3.3: Analisis Deskriptif Aspek Sikap Pelajar dalam Pembelajaran Aktif.
Bil Item Min Tahap
18 Pelajar saya aktif di dalam kelas. 3.39 Sederhana
Pelajar saya mempunyai pemikiran kritis (critical Sederhana
19 2.91
thinkers)
Pelajar saya cepat bertindak balas apabila disoal Sederhana
20 3.02
(action and reflection)
Pelajar saya dapat membuat perkaitan teori dan Sederhana
21 2.77
amali (knowledge integration)
Pelajar saya dapat berinteraksi dengan baik Sederhana
22 3.38
(effective communicator)
Pelajar saya berkemampuan untuk menjawab Sederhana
23 2.95
soalan yang sukar (complex thinkers)
Pelajar saya mahu berkongsi ilmu dengan rakan
24 lain bukan hanya untuk dirinya sendiri(not self 3.71 Tinggi
directed achiever)
Purata 3.16 Sederhana
Jadual menunjukkan dapatan bagi persepsi pensyarah terhadap sikap pelajar. Min keseluruhan yang
diperolehi iaitu 3.16 bermaksud persepsi pensyarah terhadap sikap pelajar berada pada tahap sederhana.
Terdapat tiga item yang mempunyai min melebihi daripada min keseluruhan dan empat item lagi
mempunyai min yang kurang dari min keseluruhan.
Nilai min tertinggi iaitu 3.71 menunjukkan bahawa para pelajar bersedia untuk berkongsi segala ilmu
yang dipelajari daripada pensyarah bersama-sama dengan rakan-rakan mereka. Perkongsian ilmu adalah
penting kerana setiap individu mempunyai kelebihan yang berbeza. Melalui kaedah perkongsin ilmu ini,
pelajar dapat membantu menyelesaikan masalah rakan-rakan yang lain [22]. Dengan berkongsi ilmu juga
menunjukkan para pelajar tidak mementingkan diri sendiri.
Daripada hasil dapatan juga, memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar-pelajar memberikan
tindakbalas secara sederhana apabila disoal dan diminta untuk membuat refleksi terhadap pelajaran yang
telah dipelajari. Interaksi yang terhasil semasa proses pembelajaran akan mewujudkan kerjasama yang
positif kerana perkongsian ilmu pengetahuan dilakukan bersama-sama secara aktif [23]. Interaksi dua hala
adalah penting bagi memastikan pelajar benar-benar faham isi kandungan ilmu pengetahuan yang
disampaikan oleh pensyarah. Setelah memahami isi kandungan yang diajarkan barulah pelajar dapat
membuat refleksi tentang keseluruhan pelajaran dalam masa yang singkat bagi membuktikan mereka
benar-benar faham dan elemen untuk pembelajaran aktif adalah mendengar, menulis, membaca dan
membuat refleksi [24].
Namun para pensyarah rata-ratanya berpandangan bahawa pelajar mereka kurang berkebolehan untuk
menjawab soalan-soalan yang agak sukar dan kompleks. Pelajar masih bergantung kepada pensyarah bagi
tujuan menjawab soalan-soalan yang memerlukan mereka membuat analisis dan sintesis. Ini turut
berkaitan dengan pernyataan 19 apabila pelajar kurang berkemampuan menjawab persoalan yang sukar
dan tidak berfikir secara kritis. Kajian [25] juga menyatakan pelajar akan menjadi lebih berdikari dan
berfikiran kritis dengan pembelajaran yang lebih berpusatkan kepada pelajar. Selain daripada itu, para
pelajar juga kurang berkebolehan membuat perkaitan antara teori dan juga amali. Ini dibuktikan dengan
min 2.77 iaitu nilai min yang terendah.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar memerlukan pensyarah untuk membuat perkaitan
antara teori yang dipelajari dengan amali yang dijalankan di makmal mahu pun bengkel. Seterusnya
segala yang dipelajari dapat dikaitkan dengan dunia sebenar mereka di luar. Pendapat ini disokong oleh
[26] yang menyatakan bahawa konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat
berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat baru. Maka ilmu yang dipelajari
perlu diolah kembali oleh pelajar bagi memperolehi mahupun menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif
dan inovatif.
4. RUMUSAN
Kesimpulan dapatan kajian yang dapat dibuat adalah aspek persepsi pensyarah terhadap pembelajaran
aktif adalah sangat menggalakkan. Ini menunjukkan pensyarah mempunyai pandangan yang amat positif
terhadap kaedah yang berkaitan dengan pembelajaran aktif. Walaupun bilangan pelajar yang ramai,
pensyarah mengakui bahawa aktiviti berkumpulan dapat dilakukan, namun begitu kebolehan menerima
pelajaran adalah rendah dan kesukaran pelajar mengintergrasikan maklumat menjadi faktor penghalang
kepada perlaksanaan pembelajaran aktif. Oleh yang demikian adalah menjadi tangunggjawab pensyarah
untuk menjadi pelaksana pendekatan pembelajaran aktif ini dengan menggunakan pelbagai kaedah
dengan menggunakan kreativiti dan inovasi, disamping bantuan pihak berkaitan dalam menyediakan
kemudahan sewajarnya dalam memastikan kelestarian sistem pendidikan.

5. RUJUKAN

[1] Vishalache B. Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Moral: Inovasi dan Kreativiti Guru Jabatan Asas
Pendidikan dan Kemanusiaa. Universiti Malaya. Retrieved on 15 June 2011 from
http://ppdhl.net/kssrmoral/Pembelajaran%20Aktif%20dalam%20Pendidikan%20Moral.doc
[2] Jauharah Hj.Tak (1995). Penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif dalam pendidikan.KualaLumpur
:Dewan Bahasa dan Pustaka.
[3] Salmon,G. (2002) E-tivities. The key to active online learning , London .Kogan Page
[4] Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
& Pustaka.
[5] Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2001). “ Kursus Berfikir Untuk Kolej Dan Universiti.” Kuala
Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
[6] Ahmad Fadzli Yusof (2004). Mengurus Kerja Berpasukan. Pahang: PTS Publications & Distributors
Sdn.Bhd.
[7] M. Mojibur Rahman. (2010). Teaching oral communication skills: A task base approach. ESP World
Issue,1(27): 1-11. Retrieved on 15 June 2011 from http://www.esp.world.info.
[8] Shield, B.M., dan Dockrell, J.E., (2008), The Effects of Environmental and Classroom Noise on the
Academic Attainments of Primary Children, Journal of Acoustic of America. 20 Julai 2011 dari
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/1817745
[9] Odom, S., Glenn, B., Sanner, S., Cannella K.A.S. (2009), Group Peer Review as an Active Learning
Strategy in a Research Course, International Journal of Teaching and Learning in Higher
Education,Vol. 21, No. 1. Diakses pada 20 Julai 2011 dari http://www.isetl.org/ijtlhe/
articleView.cfm?id=481
[10] Borich, G. D. (2004). Effective Teaching Methods. New Jersey: Pearson Merril Prentice Hill.
[11]Prince, M. (2004). Does Active Learning Work? A Review of the Research, Journal of Engineering
Education, Julai 2004. Diakses pada 12 Jun 2011 dari
www.citeseer.ist.psu.edu/viewdoc/download/jsessioniddoi/10.1.1.167.6544[1].pdf
[12]Barraket, J., Teaching Research Method using a Student-centered Approach? Critical Reflection on
Practice, Journal of University Teaching and Learning Practice, University of Melbourne. 1 Jun 2011
dari http://www.jutlp.uow.edu.au/2005_v02_i02/pdf/barraket_004.pdf
[13] Samina Malek dan Fauzia Janjua, (2011), Active Lecturing: An Effective Pedagogic Approach,
International Journal of Academic Research, Vol.3, No. 2, Part III, March 2011. 12 Jun 2011 dari
www.ijar.lit.az/pdf/10/2011(10-152).pdf
[14] Pundak, D. dan Herscovitz, O.(2009), Instructor’s Attitude toward Active Learning, Interdisciplinary
Journal of E-Learning and Learning Objects, Vol. 5. Diakses pada 12 Jun 2011 dari
ijello.org/Volume5/IJELLOv5p215-232Pundak669.pdf.
[15]Khoo Yin Yin (2008), Keberkesanan Kaedah Penyelesaian Masalah Secara Kolaboratif Dalam
Kalangan Pelajar Ekonomi Tingkatan Enam diakses pada 12 Jun 2011 dari
http://eprints.usm.my/10296/1/KEBERKESANAN_KAEDAH_PENYELESAIAN_MASALAH_SEC
ARA.pdf
[16] Hall, S.R., Waitz, I, Broduer, D.R., Soderholm, D.H. dan Nasr, R. (2002). Adoption of Active
Learning in a Lecture-Based Engineering Class. 32nd ASEE/IEEE Frontiers in Education Conference,
November 2002. Diakses pada 21 Jun 2011 dari http://www.citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?
doi=10.1.1.20.6452.pdf
[17] Tuckman, Bruce W. (1999). Conducting Educational Research. United States: Harout Brace Collage
Publishers.
[18]Mohamad Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai, Johor
: Universiti Teknologi Malaysia.
[19] Wan Nurul Hekmah Wan Mokhtar (2002). Latar Belakang Pendidikan Pensyarah dan Persepsi
Pelajar Terhadap Pensyarah dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Politeknik Ungku Omar,
Perak. Tesis Sarjana KUiTTHO.
[20] Anastasi, C. (1957) Attitude of in-service and pre-service primary school teachers Journal Of
Education Psychology 36, 3, 1-5, July.
[21] Marbach-Ad G., Seal O., Sokolove P. Student attitudes and recommendations on active learning:
student-led survey gauging course effectiveness. J. Coll. Sci. Teach. 2001;30:434–438
[22] Nik Noordini Nik Abdul Malik, et.al. Kesan Aktiviti Pelajar Terhadap Pencapaian Akademin:
Pelajar Melayu dan Bukan Melayu Satu Perbandingan.Universiti Teknologi Malaysia.
[23] Bonwell, C.C. (1995). Active Learning: Creating excitement in the classroom. Center for Teaching
and Learning, St. Louis College of Pharmacy.
[24]Jonassen D, Mayes T & Mc Alesse R. (tanpa tarikh). A Manifesto for Constructivist
Approachto Technology in Higher Education. (atas talian)
http://www.led.gcal.ac.uk/cltipapaers/Tmpaper11.html (27 Julai)
[25] Bransford JD, Vye N, Kinzer C and Risco V 1990, 'Teaching thinking and content knowledge:
Toward an integrated approach', in Dimensions of thinking and cognitive instruction, Jones BF and
Idol L (eds.), pp.381-413, Lawrence Erlbaum Associates.
[26]Jones, D. 1997. Designing instruction: enter the constructivism.
http://www.cabrillo.cc.ca.us/thinking/constructivism.html (9 Julai 2001).

You might also like