You are on page 1of 6

SKEMA UJIAN BAB 1

1. Takrif barangan dan perkhidmatan beserta contoh ialah


a. barangan
- berbentuk fizikal atau bersifat ketara yang boleh disentuh atau dilihat
- contohnya, kereta dan meja

b. perkhidmatan
- barangan yang bersifat tidak ketara, tidak boleh disentuh dan dilihat
- contohnya, perkhidmatan perbankan.

2. Tiga kepentingan untung kepada sebuah syarikat penerbitan buku ialah

a. Sumber modal/ modal tambahan


- Merupakan salah satu sumber modal yang boleh digunakan untuk mengembangkan
syarikat dan mengekalkan kestabilan syarikat penerbitan buku.

b. Ganjaran
- Keuntungan membolehkan perniagaan memberikan pulangan kepada pemilik syarikat
penerbitan buku/ mengisytihar pembahagian dividen kepada pemegang saham

c. Sumber motivasi kepada pengusaha


- Keuntungan sebagai faktor dorongan/galakan/semangat kepada pemilik syarikat
penerbitan buku untuk terus menjayakan perniagaan.

3. Empat faktor pengeluaran ialah:


i. Bahan mentah
ii. Modal
iii. Modal insan
iv. Teknologi

4. Dua langkah proses perniagaan untuk syarikat pengeluaran kerepek pisang ialah

a. Input
- Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran atau
menyediakan perkhidmatan seperti modal insan, sumber kewangan, jentera dan
bahan mentah
- Contohnya, Syarikat pengeluaran kerepek pisang memerlukan pisang yang tua
sebagai bahan utama, garam, gula, minyak, kuali, mesin pemotong dan peralatan-
peralatan lain untuk menghasilkan kerepek pisang

1
b. Proses Tambah Nilai
- Aktiviti tambah nilai dalam proses perniagaan yang menukarkan input kepada output
dengan menggunakan input seperti modal insan dan teknologi
- Pisang diproses oleh pekerja dengan memotong, mengupas kulit, menyagat pisang
mengikut bentuk yang ditetapkan, merendam pisang dalam air masin, menggoreng
pisang, menimbang, membungkus, melabelkan keluaran dengan menggunakan
peralatan atau mesin yang membantu memudahkan proses tambah nilai

5. Empat cabaran perniagaan pada masa hadapan ialah


i. Kekurangan sumber yang ketara
ii. Perubahan teknologi
iii. Peningkatan system perniagaan islam
iv. Kewujudan blok-blok perdagangan

6. Perbezaan antara perniagaan milikan tunggal dan syarikat sendirian berhad dari aspek
bilangan pemilik dan agihan untung rugi ialah
Dimensi Perniagaan Bukan Perniagaan
Bilangan pemilik Seorang sahaja [1] 2 – 50 orang [1]
Agihan untung rugi Untung rugi adalah dimiliki oleh Untung diagihkan dalam bentuk
pemilik [1] dividen berdasarkan jumlah
saham yang dimiliki [1]

7. Tiga pihak berkepentingan terhadap industri makanan segera ialah

a. Pembiaya
- Pembiaya mempengaruhi keupayaan industri makanan segara untuk meneruskan
operasi melalui dana yang diberikan

b. Pelanggan
- Merupakan individu atau pihak yang membeli produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh industri makanan segera/

c. Pekerja
- individu yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam aktiviti industri makan
segera

8. Dua jenis perkhidmatan di negara kita ialah


a. Perkhidmatan peruncitan
- Aktiviti menjual barang dalam kuantiti yang keci kepada pengguna akhir
- Contoh: KK Mart, Mcdonalds,7-eleven.

b. Perkhidmatan pemborongan

2
- Aktiviti yang melibatkan pembelian barang dengan kuantiti yang banyak/pukal oleh
pemborong dan kemudian menjualkan semula kepada peruncit atau pelanggan
dalam kuantiti yang lebih kecil
- Contohnya, peniaga pasar borong membeli sayur daripada petani di Cameron
Highlands dan menjualnya kepada peruncit

9. Dua peranan badan berkanun di negara kita ialah:-

a. Mengawal selia aktiviti perniagaan[1]


- Badan berkanun mewakili pihak kerajaan untuk menjalankan aktiviti kawal selia
terhadap sektor swasta bagi memastikan perniagaan mematuhi segala undang-
undang dan peraturan yang telah ditetapkan[1]

b. Memelihara kewibawaan sektor swasta[1]


- Badan berkanun juga bertindak sebagai organisasi yang bertanggungjawab untuk
memenuhi keperluan masyarakat tempatan dan membangunkan ekonomi
negara[1]

10.
Contoh : pengeluaran perabot
Hubungan antara sektor primer, sekunder dan tertiar.ialah
Primer : bahan mentah – kayu balak, tiada proses
Sekunder : proses, barang siap-perabot, separuh siap-papan
Tertiar : perkhidmatan, pengagihan perabot, pemborongan, peruncitan

11. Persekitaran umum dan persekitaran tugas yang mempengaruhi perniagaan Bio-life
Sdn. Bhd. ialah
Fakta Huraian Kaitan Kes(KK)
Persekitaran Merujuk kepada hubungan KK1: Sebab itu, selepas mendapat
Pesaingan dan formal atau tidak formal yang maklumat menerusi iklan di media
jaringan dibentuk oleh perniagaan tempatan mengenai tawaran Institut
dengan pembekal, Penyelidikan Perhutanan Malaysia
pengilang, pesaing atau (FRIM) bagi membangunkan
pengedar untuk usahawan tempatan menerusi konsep
menghasilkan produk atau perkongsian menggunakan
memasarkannya di pasaran. kemudahan dan kepakaran agensi
tersebut, Jurina tidak menunggu lama.

KK2: BNF yang didaftarkan pada 26


Disember 2008 dengan jumlah
pelaburan sebanyak RM 1,169,000
daripada Malaysia Technology
Development Corporation (MTDC) iaitu

3
sebuah agensi kerajaan yang
ditubuhkan untuk pembangunan
teknologi perniagaan.

KK3: Beliau menggunakan jenama


Forestra bagi menghargai nilai
tumbuhan herba dan mengabadikan
sumbangan FRIM yang mana teras
penyelidikannya adalah bahan asas
hutan dan juga selaku pembekal
teknologi.

KK4: Menurut Jurina, BNF diterajui


oleh tiga individu iaitu beliau dan
Dayang Filidia Abang Ahmad
Bolhassan serta seorang penyelidik
FRIM yang pakar berkaitan teknologi
minyak pati dan formulasi iaitu Dr. Nor
Azah Mohamad Ali yang juga pengurus
teknologi untuk syarikat terbabit.

KK5: Forestra juga bekerjasama


dengan syarikat-syarikat swasta
termasuk Nutraherbs Sdn. Bhd., dan
badan-badan kerajaan yang lain.

KK6: Dalam pada itu, BNF mendapat


Kerjasama daripada penduduk
kampung sebagai pembekal bahan
mentah menerusi pendekatan kontrak
perladangan terutama bagi limau purut
dan lengkuas.

Persekitaran Kaedah atau peralatan yang KK7: BNF yang didaftarkan pada 26
teknologi digunakan untuk Disember 2008 dengan jumlah
melaksanakan aktiviti pelaburan sebanyak RM 1,169,000
perniagaan. daripada Malaysia Technology
Development Corporation (MTDC) iaitu
sebuah agensi kerajaan yang
ditubuhkan untuk pembangunan
teknologi perniagaan.

KK8: Beliau menggunakan jenama


Forestra bagi menghargai nilai
tumbuhan herba dan mengabadikan
sumbangan FRIM yang mana teras
penyelidikannya adalah bahan asas
hutan dan juga selaku pembekal
teknologi.

KK9: Menurut Puan Jurina, BNF


diterajui oleh tiga individu iaitu beliau
dan Dayang Filidia Abang Ahmad
Bolhassan serta seorang penyelidik
FRIM yang pakar berkaitan teknologi

4
minyak pati dan formulasi iaitu Dr. Nor
Azah Mohamad Ali yang juga pengurus
teknologi untuk Forestra.

KK10: Ketika ini, semua penyelidikan


yang diterajui oleh Dr. Nor Azah
dijalankan di makmal FRIM di Kepong.

Persekitaran Kepercayaan, pegangan KK11: Menurut Jurina, BNF


sosiobudaya agama, adat atau nilai mementingkan kualiti dengan membuat
masyarakat yang kajian secara terperinci mengenai isi
mempengaruhi keputusan kandungan produk syarikat supaya
syarikat dalam menawarkan selamat, berkesan dan halal.
produk dan perkhidmatan

Persekitaran Merujuk kepada faktor-faktor KK12: Pada masa sama, BNF juga
antarabangsa yang wujud dalam menerapkan elemen warna dan bentuk
perniagaan yang melibatkan semula jadi dan sesuai untuk pasaran
dua buah negara atau lebih. luar negara.

Pemodal Pihak yang melabur dalam KK13: BNF yang didaftarkan pada 26
syarikat. Disember 2008 dengan jumlah
pelaburan sebanyak RM 1,169,000
daripada Malaysia Technology
Development Corporation (MTDC) iaitu
sebuah agensi kerajaan yang
ditubuhkan untuk pembangunan
teknologi perniagaan.

Pekerja Tenaga pekerja yang KK14: Menurut Jurina, BNF diterajui


memberi sumbangan fizikal oleh tiga individu iaitu beliau dan
dan mental kepada syarikat Dayang Filidia Abang Ahmad
Bolhassan serta seorang penyelidik
FRIM yang pakar berkaitan teknologi
minyak pati dan formulasi iaitu Dr. Nor
Azah Mohamad Ali yang juga pengurus
teknologi untuk syarikat terbabit.

masyarakat Merupakan komuniti yang KK15: Menurut Jurina, syarikat BNF


mempunyai kepentingan dan mementingkan kualiti dengan membuat
pengaruh secara langsung kajian secara terperinci mengenai isi
ke atas sesebuah kandungan produk syarikat supaya
perniagaan selamat, berkesan dan halal.

pelanggan Merupakan individu atau KK16: Mengenai kapasiti pengeluaran


pihak yang membeli produk syarikat, Jurina memberitahu BNF
dan perkhidmatan yang setakat ini mampu mengeluarkan
ditawarkan oleh firma. sebanyak 10, 000 unit setiap bulan
untuk setiap produk.

KK17: Mengenai sambutan pelanggan


Jurina berkata, pengguna semakin
mempercayai Forestra atas kualiti dan
keberkesanaan yang ditawarkan dalam

5
setiap produk dengan harga yang
berpatutan.

pembekal Pihak yang membekalkan KK18: Dalam pada itu, BNF mendapat
bahan mentah/input kepada Kerjasama daripada penduduk
perniagaan kampung sebagai pembekal bahan
mentah menerusi pendekatan kontrak
perladangan terutama bagi limau purut
dan lengkuas.

12. Lima aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran ialah


i. Ekstraktif
- Aktiviti pengeluaran sumber bahan mentah yang boleh didapati dari proses alam
semula jadi
- Contohnya, perlombongan, pertanian, perikanan dan pembalakan.

ii. Barangan Konsumer


- Barang yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan sendiri, keluarga atau kegunaan
organisasi
- Contoh, pisang dibuat kek untuk dimakan sendiri oleh ahli keluarga.

iii. Barangan Industri


- Perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barang/keluarannya kepada
pembuat/syarikat lain dan barangan tersebut diproses seterusnya/transformasi /
tambah nilai bagi dijual semula/ menghasilkan produk.
- Contoh, Pisang dibuat kek untuk dijual semula.

iv. Pembuatan
- Aktiviti untuk menghasilkan produk dengan memproses dan menggunakan sumber-
sumber seperti bahan mentah, manusia, mesin dan teknologi untuk memenuhi
kehendak pelanggan.
- Contoh, getah digunakan untuk penghasilan tayar dan sarung tangan.

v. Pemasangan
- Aktiviti yang mencantumkan beberapa bahagian atau komponen produk untuk
menghasilkan barangan siap untuk dipasarkan.
- Contoh, komponen-komponen enjin,tayar, kerusi, cermin, radio dipasang untuk
menghasilkan kereta.

You might also like