You are on page 1of 4

MIB

TARIAN ASLI BRUNEI


SOALAN:

1) NYATAKAN NAMA-NAMA TARIAN ASLI BRUNEI.

 Alus jua dendang


 Adai-adai
 Samalindang
 Tamarok
 Anding
 Aduk-aduk

2) NAMA-NAMA PUAK JATI BRUNEI BAGI TARIAN ASLI


BRUNEI.

 Tamarok bagi Puak Dusun


 Anding bagi Puak Kedayan
 Alai Sekap bagi Puak Belait
 Alus Jua Dendang bagi Puak Melayu Brunei
 Tarian 'Busak Bakui' atau 'Tarian Umak Ruma bagi Puak Murut

3) JELASKAN TENTANG TARIAN ASLI BRUNEI.


Tarian asli brunei merupakan warisan budaya Brunei sejak zaman
dahulu lagi. Setiap tarian asli brunei mempunyai perkaitan dengan
cerita masyarakat Melayu Brunei dan setiap tarian asli brunei ini
mempunyai berbeza tarian yang mengikut adat puak masing-masing
Tarian asli brunei juga merupakan salah satu khazanah warisan
kebudayaan negara yang berharga dan perlu dikekalkan supaya
tidak pupus ditelan zaman.
4) BERIKAN PENDAPAT MENGAPA REMAJA TIDAK BEGITU
MINAT DENGAN TARIAN ASLI BRUNEI.

Pada zaman moden ini semakin ramai remaja yang cenderung kepada
tarian-tarian moden dan mereka tidak berapa mengenali dengan tarian
asli brunei dan ini menyebabkan mereka kurang minat dengan tarian asli
brunei. Selain itu juga, Masyarakat Brunei terhadap kebudayaan masih
kurang jelas, sehingga ada yang mentakrifkannya semata-mata
NYANYIAN, MUZIK dan TARIAN. Sekiranya kefahaman tersebut terus-
menerus gagal dilihat atau dimengertikan dari perspektif yang betul,
sudah pasti ianya akan menjejaskan sistem kehidupan kita.

5) BAGAIMANA CARA UNTUK MEMPERKEMBANGKAN


BUDAYA TARIAN ASLI BRUNEI KEPADA GOLONGAN
REMAJA?

• Dengan mengadakan tarian-tarian di setiap acara


besarbesaran
• Mempromosikan tarian asli brunei ke dalam radio dan
sebagainya
• Mengadakan pertandingan tarian asli brunei bagi setiap
puak
• Membuat satu poster mengenai tarian asli brunei
6) PERBEZAAN ANTARA TARIAN ASLI BRUNEI
DENGAN TARIAN MODEN PADA MASA KINI.
Perbezaan diantara tarian asli brunei dengan tarian moden
pada masa kini ialah kedua tarian ini mempunyai irama
yang berbeza. Tarian Asli Brunei memberikan lebih
banyak aksen pada suasana hati dan emosi untuk membuat
rutinitas yang tersendiri. Tarian modenpula melampaui
batas dengan mengembangkan gaya pergerakan yang agak
baru, penekanan pada gerakan yang belum dipraktikkan
secara universal.

7) TARIAN ALUS JUA DENDANG

Tarian alus jua dendang termasuk dalam salah satu tarian asli brunei.
Tarian ini mempunyai kisah disebaliknya.
Tarian alus jua dendang ini dari puak jati melayu brunei.
Tarian Alus Jua Dendang mengisahkan tentang pertemuan sepasang
pengantin dengan perasaan gembira di Majlis Malam Berambil-ambilan.
Tarian ini menggambarkan perasaan malu dan pujuk memujuk di antara
pengantin.

You might also like