You are on page 1of 21

PUSAT TUISYEN BSM

Bahasa Malaysia Tingkatan Empat

Nota Novel : Di Sebalik Dinara

1. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,

a) huraikan temanya. (7m)

b) jelaskan tiga persoalan di dalamnya. (8m)

Jawapan contoh

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, tema yang jelas dipaparkan ialah cabaran dan
rintangan yang dihadapi oleh para saintis dalam menjalankan penyelidikan serta menyelamatkan ciptaan sains
mereka. Sebagai contoh, Karl yang merupakan seorang saintis menghadapi cabaran untuk menyelamatkan perisian
sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkannya iaitu Dinara. Akibat perasaan dendam, Dinara telah dicerobohi oleh
musuh-musuhnya dan mereka telah memasukkan virus bagi memusnahkan Dinara. Hanya Farisha (anak perempuan Karl)
yang mampu membantu menyelamatkan Dinara. Hal ini adalah kerana pada tubuh Farisha telah ditanam dengan
pelbagai implan bagi menjadikan Farisha gadis yang istimewa. Oleh itu, Karl telah cuba menjejaki Farisha dan meminta
bantuannya untuk menyelamatkan projek Dinara.

b) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, persoalan yang jelas dipaparkan ialah kasih sayang
yang terjalin sesama anggota keluarga. Sebagai contoh, Farisha tetap menyayangi Medina dan Karl (ibu bapanya)
walaupun dirinya dipergunakan untuk kepentingan Soft Lab. Sebagai abang angkat, Azraai tetap menyayangi Farisha dan
sanggup melindungi keselamatannya serta membantunya ketika dalam kesusahan. Beliau telah memasang “retinal
scanner” di rumah sewa Farisha agar tidak diganggu oleh orang lain.

Selain itu, persoalan yang digambarkan dalam novel ini ialah sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan
sesuatu perkara. Sebagai contoh, Azraai dan Rosman bertanggungjawab mencari Farisha yang telah diculik oleh orang
Medina dan dibawa menghala ke utara tanah air. Aqram juga bertanggungjawab kepada ketuanya iaitu Karl yang
mengarahkannya menjejaki Farisha sehingga berjaya dan meminta Farisha menyelamatkan projek Dinara. Farisha
bertanggungjawab terhadap tugas dan kerjayanya sebagai jurutera keselamatan sistem komputer di bawah Syarikat
Secured Shell Sdn. Bhd. Beliau berusaha membongkar rahsia di sebalik projek Dinara.

Seterusnya, persoalan yang dipaparkan ialah sikap gigih berusaha dalam menghadapi sesuatu cabaran atau
risiko. Sebagai contoh, Karl gigih mempertahankan Dinara daripada diceroboh oleh musuh-musuhnya lalu mengarahkan
kakitangan Soft Lab menyelamatkannya. Farisha dan Rosman juga gigih bekerjasama di bawah Syarikat Secured Shell Sdn.
Bhd. dan berusaha untuk membongkar rahsia di sebalik projek Dinara.
2. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, 1

a) huraikan perwatakan watak utama. (7m)

b) jelaskan tiga nilai murni (moral, kemanusiaan, nilai positif) di dalamnya. (8m)

Jawapan contoh

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, watak utama ialah Farisha. Farisha digambarkan
sebagai seorang yang bersikap penyayang. Contohnya, Farisha menangis apabila mendapat tahu bahawa abang
angkatnya iaitu Azraai menghidap penyakit jantung. Farisha tetap menyayangi ibunya iaitu Medina (Marilyn) walaupun
baru bertemu dengan ibunya setelah sekian lama terpisah. Ketika ayahnya (Karl) nazak, Farisha pergi melawatnya dan
berasa sedih kerana inilah kali pertama dan terakhir beliau dapat menatap wajah ayah kandungnya.

Selain itu, Farisha juga merupakan seorang gadis yang pintar (genius). Contohnya, Farisha memiliki kemahiran
yang mendalam tentang komputer dan bekerja sebagai perunding keselamatan sistem komputer di Syarikat Secured
Shell Sdn. Bhd. Disebabkan kepintaran yang dimilikinya maka Farisha mendapat tawaran kontrak bernilai 1.5 juta
daripada Soft Lab untuk menyelamatkan projek Dinara. Karl (ayah Farisha) yang mengetahui kepintaran anaknya telah
meminta kakitangan Soft Lab untuk menjejaki Farisha agar dapat membantu menggodam projek Dinara.

Seterusnya, Farisha merupakan seorang gadis yang tidak suka berdendam. Contohnya, Farisha tidak menyimpan
perasaan dendam terhadap ayahnya (Karl) yang telah banyak merencanakan kehidupannya dengan menanam implan ke
dalam badannya sejak kecil. Ketika ayahnya sedang nazak, Farisha tetap melawatnya serta berasa sedih dan menangis
apabila ayahnya meninggal dunia. Walaupun Farisha tahu bahawa ibu kandungnya (Medina/Marilyn) sangat taasub akan
sains dan sanggup mengorbankan anaknya sendiri demi sains namun Farisha tetap menyayangi ibunya dan langsung
tidak berdendam terhadapnya.

[Perhatian : calon boleh mengemukakan mana-mana dua isi]

b) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, nilai murni yang jelas dipaparkan ialah nilai
bekerjasama. Contohnya, Rosman dan Farisha yang merupakan rakan kongsi syarikat perunding keselamatan sistem
komputer iaitu Secured Shell Sdn. Bhd. bekerjasama untuk menjayakan projek Dinara yang ditawarkan oleh Soft Lab
dengan tawaran harga sebanyak RM 1.5 juta. Aqram, Dr. Maxi dan kakitangan Soft Lab juga bekerjasama untuk
menyelamatkan Dinara daripada menghadapi kemusnahan akibat diceroboh oleh musuh-musuh Karl yang telah
memasukkan virus ke dalamnya.

Selain itu, nilai murni yang digambarkan ialah nilai kasih sayang. Sebagai contoh, Farisha tetap menyayangi
Medina dan Karl (ibu bapanya) walaupun dirinya dipergunakan untuk kepentingan Soft Lab. Sebagai abang angkat, Azraai
tetap menyayangi Farisha dan sanggup melindungi keselamatannya serta membantunya ketika dalam kesusahan. Beliau
telah memasang “retinal scanner” di rumah sewa Farisha agar tidak diganggu oleh orang lain.

2
Seterusnya, nilai murni yang ditonjolkan dalam novel ini ialah nilai kegigihan. Sebagai contoh, Karl gigih
mempertahankan Dinara daripada diceroboh oleh musuh-musuhnya lalu mengarahkan kakitangan Soft Lab untuk
menyelamatkannya. Farisha dan Rosman juga gigih bekerjasama di bawah Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. dan berusaha
untuk membongkar rahsia di sebalik projek Dinara.

Di samping itu, nilai murni yang terdapat dalam novel ini ialah nilai bertanggungjawab. Sebagai contoh, Azraai
dan Rosman bertanggungjawab mencari Farisha yang telah diculik oleh orang Medina dan dibawa menghala ke utara
tanah air. Aqram juga bertanggungjawab kepada ketuanya iaitu Karl yang mengarahkannya menjejaki Farisha sehingga
berjaya dan meminta Farisha menyelamatkan projek Dinara. Farisha bertanggungjawab terhadap tugas dan kerjayanya
sebagai jurutera keselamatan sistem komputer di bawah Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. Beliau berusaha membongkar
rahsia di sebalik projek Dinara.

Selanjutnya, nilai murni yang digambarkan dalam novel ini ialah nilai amanah. Sebagai contoh, Azraai berpegang
pada janji dan surat amanah arwah ayahnya iaitu semua mikrocip mesti kekal dalam badan Farisha dan mesti berkhidmat
di Soft Lab apabila diperlukan. Azraai juga bersikap amanah apabila memberitahu Farisha tentang statusnya sebagai
anak angkat arwah ayahnya.

[Perhatian : calon boleh pilih mana-mana tiga isi]

3. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,

a) huraikan unsur pengajaran (mesej, perutusan, amanat, unsur didaktik) yang terdapat di dalamnya. (7m)

b) jelaskan latar (gambaran, citra) masyarakat di dalamnya. (8m)

Jawapan contoh

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, unsur pengajaran yang jelas dipaparkan ialah kita
hendaklah sentiasa menyayangi antara satu sama lain (atau kita hendaklah menyayangi anggota keluarga sepanjang
masa). Sebagai contoh, Farisha tetap menyayangi Karl dan Medina (Marilyn) walaupu dia merupakan anak yang tidak sah
taraf. Farisha berasa sedih apabila berjumpa dengan ayahnya buat kali pertama dan terakhir sebelum ayahnya meninggal
dunia. Sebagai abang angkat, Azraai tetap menyayangi Farisha dan sanggup melindungi keselamatannya serta
membantunya ketika dalam kesusahan. Beliau telah memasang “retinal scanner” di rumah sewa Farisha agar tidak
diganggu oleh orang lain.

Selain itu, kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu perkara yang telah diamanahkan
kepada kita. Sebagai contoh, Azraai dan Rosman bertanggungjawab mencari Farisha yang telah diculik oleh orang
Medina dan dibawa menghala ke utara tanah air. Aqram juga bertanggungjawab kepada ketuanya iaitu Karl yang
mengarahkannya menjejaki Farisha sehingga berjaya dan meminta Farisha menyelamatkan projek Dinara. Farisha
bertanggungjawab terhadap tugas dan kerjayanya sebagai jurutera keselamatan sistem komputer di bawah Syarikat
Secured Shell Sdn. Bhd. Beliau berusaha membongkar rahsia di sebalik projek Dinara.

Seterusnya, kita hendaklah gigih berusaha dalam menghadapi sesuatu cabaran ataupun risiko kehidupan.
Sebagai contoh, Karl gigih mempertahankan Dinara daripada diceroboh oleh musuh-musuhnya lalu mengarahkan
kakitangan Soft Lab untuk menyelamatkannya. Farisha dan Rosman juga gigih bekerjasama di bawah Syarikat Secured
Shell Sdn. Bhd. dan berusaha untuk membongkar rahsia di sebalik projek Dinara.

3
Di samping itu, kita janganlah mempunyai perasaan berdendam terhadap seseorang kerana perbuatan
sebegini dilarang dalam agama. Sebagai contoh, Karl tidak dapat menerima kenyataan bahawa Marilyn (Medina) lebih
hebat daripadanya dalam mencipta rekaan sains seperti cyborg. Oleh itu, Karl dan Marilyn saling bersaing untuk
menunjukkan kehebatan masing-masing dalam bidang sains. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi gila.
Marilyn pula kemudiannya mendendami Karl dan telah menyuntik beberapa virus yang mampu memusnahkan sistem
Dinara yang telah dicipta oleh Karl.

[Perhatian : calon boleh pilih mana-mana dua isi]

b) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, latar masyarakat yang jelas dipaparkan ialah
masyarakat yang bersikap penyayang. Sebagai contoh, Farisha tetap menyayangi Karl dan Medina (Marilyn) walaupun
dia merupakan anak yang tidak sah taraf. Farisha berasa sedih dan menangis apabila berjumpa dengan ayahnya buat kali
pertama dan terakhir sebelum ayahnya meninggal dunia. Sebagai abang angkat, Azraai tetap menyayangi Farisha dan
sanggup melindungi keselamatannya serta membantunya ketika dalam kesusahan. Beliau telah memasang “retinal
scanner” di rumah sewa Farisha agar tidak diganggu oleh orang lain.

Selain itu, novel ini menggambarkan masyarakat yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu perkara
yang diamanahkan kepada mereka. Contohnya, Azraai dan Rosman bertanggungjawab mencari Farisha yang telah
diculik oleh orang Medina dan dibawa menghala ke utara tanah air. Aqram juga bertanggungjawab kepada ketuanya iaitu
Karl yang mengarahkannya menjejaki Farisha sehingga berjaya dan meminta Farisha menyelamatkan projek Dinara.
Farisha bertanggungjawab terhadap tugas dan kerjayanya sebagai jurutera keselamatan sistem komputer di bawah
Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. Beliau berusaha membongkar rahsia di sebalik projek Dinara.

Seterusnya, latar masyarakat yang diketengahkan dalam novel ini ialah masyarakat yang berusaha gigih dalam
menghadapi sesuatu cabaran atau risiko kehidupan. Sebagai contoh, Karl gigih mempertahankan Dinara daripada
diceroboh oleh musuh-musuhnya lalu mengarahkan kakitangan Soft Lab untuk menyelamatkannya. Farisha dan Rosman
juga gigih bekerjasama di bawah Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. dan berusaha untuk membongkar rahsia di sebalik
projek Dinara.

Selanjutnya, novel ini juga memaparkan masyarakat yang bersikap berdendam terhadap orang lain. Sebagai
contoh, Karl tidak dapat menerima kenyataan bahawa Marilyn (Medina) lebih hebat daripadanya dalam mencipta rekaan
sains seperti cyborg. Oleh itu, Karl dan Marilyn saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam
bidang sains. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi gila. Marilyn pula kemudiannya mendendami Karl dan
telah menyuntik beberapa virus yang mampu memusnahkan sistem Dinara yang telah dicipta oleh Karl.

[Perhatian : calon boleh memilih mana-mana tiga isi]

4
4. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,

a) huraikan latar masa. (7m)

b) jelaskan latar tempat. (8m)

Jawapan contoh

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, latar masa yang jelas dipaparkan adalah pada waktu
pagi. Sebagai contoh, Farisha terpaksa menunggu kedatangan Rosman (rakan kongsi). Mereka berjanji untuk bersama-
sama ke simposium di Hotel Renaissance. Ketika itu jam menunjukkan 8.15 pagi. Simposium akan bermula pada jam 9
pagi. Pada waktu 10.30 pagi, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram (adik Karl) di Hotel Renaissance. Aqram telah
menawarkan projek mini di Soft Lab untuk mereka berdua. Farisha menyalin alamat e-mel Aqram. (Perhatian : pelajar
boleh memilih salah satu peristiwa)

Selain itu, latar masa yang digambarkan dalam novel ini adalah pada waktu petang. Sebagai contoh, pada jam
4.30 petang Shida (rakan serumah Farisha) bertemu dengan Dr. Maxi. Shida disoal oleh Dr. Maxi tentang penyakit Farisha
yang tiba-tiba pengsan di tempat kerja. Rosman (rakan kongsi Farisha) dan Shida melawat Farisha di wad 2B pada waktu
petang. Mereka mendapati Farisha masih lemah lalu meminta diri untuk pulang dan berjanji akan datang pada keesokan
harinya. (Perhatian : pelajar boleh memilih salah satu peristiwa)

Seterusnya, latar masa yang terdapat dalam novel ini adalah pada waktu malam. Sebagai contoh, Farisha sampai
di pintu apartmennya pada pukul 10 malam. Farisha cuba membuka pintu dengan mengimbas kad pintar miliknya tetapi
gagal. Beliau kemudian menekan interkom untuk meminta bantuan teman serumahnya iaitu Shida untuk membuka
pintu. Peristiwa lain ialah Karl meninggal dunia pada jam 7 malam. Ketika itu semua yang terlibat dalam projek Dinara
ada di rumah agam Karl. Alia meraung manakala Medina menangis teresak-esak. (Perhatian : pelajar boleh memilih
salah satu peristiwa)

Di samping itu, latar masa yang dipaparkan ialah 26 tahun yang lalu. Sebagai contoh, Karl telah memberikan
beberapa suntikan ubat-ubatan dan memasukkan implan untuk meningkatkan kecerdasan akal Farisha agar menjadi
genius (pintar).

(Perhatian : pelajar boleh memilih mana-mana dua isi)

b) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, latar tempat yang jelas dipaparkan ialah Lapangan
Terbang Senai di Johor. Sebagai contoh, Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Semasa berada di
sana, Farisha menyaksikan sikap manusia yang mementingkan diri seperti bercakap melalui telefon dengan kuat sehingga
mengganggu orang lain.

5
Selain itu, latar tempat yang digambarkan ialah bilik kerja Farisha di Soft Lab. Sebagai contoh, Farisha
ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di situ, Farisha juga mendapat
penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi yang boleh
juga digunakan sebagai “touch screen”.

Seterusnya, latar tempat yang ditonjolkan ialah rumah agam Karl di Puchong. Farisha dan Rosman dibawa untuk
berjumpa dengan Karl. Beliau sedang nazak kerana menghidap penyakit kanser usus tahap keempat. Karl dirawat di
rumahnya yang dilengkapi oleh doktor dan jururawat.

Di samping itu, latar tempat yang dipaparkan ialah di rumah Azraai. Sebagai contoh, Farisha telah ke rumah
Azraai untuk makan malam. Ketika berada di rumah Azraai, Farisha telah menerima khabar yang tidak baik iaitu rahsia
penyakit jantung Azraai dan berita bahawa dia hanya merupakan anak angkat kepada keluarga Azraai.

[Perhatian : pelajar boleh memilih mana-mana tiga isi]

5.Berdasarkan sebuah novel yang and kaji,

a) huraikan perwatakan watak sampingan. (7 m)

b) jelaskan tiga kritikan sosial (kepincangan masyarakat, kelemahan masyarakat) di dalamnya. (8 m)

Jawapan Contoh

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, Karya Dayang Noor watak sampingan yang di paparkan ialah Azraai
iaitu abang angkat Farisha. Azraai digambarkan sebagai seorang yang bersikap penyayang. Beliau sangat
menyayangi Farisha walaupun Farisha bukan adik kandungnya. Azraai mengambil berat tentang keselamatan dan
kesihatan Farisha.Beliau telah memasang “retinal Scanner” dan interkom di apartmen Farisha untuk menjamin
keselamatan adiknya apabila berada di rumah.Ketika Farisha sakit dan dirawat di hospital, beliau segera melawat
adik kesayangannya itu.

Selain itu,Azraai merupakan seorang yang bersikap amanah (jujur). Sebagai contoh, Azraai berpegang pada
janji dan surat amanah ayahnya iaitu semua mikrocip mesti kekal dalam badan Farisha dan dia mesti berkhidmat
di Soft Lab apabila diperlukan. Azraai juga bersikap amanah apabila memberitahu Farisha tentang status
sebenarnya iaitu merupakan anak angkat kepada arwah bapanya.

Seterusnya, Azraai juga seorang yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, Azraai bertanggungjawab menjaga
keselamatan Farisha daripada segala ancaman. Azraai telah melarikan dan menyembunyikan Farisha sebaik-baik
sahaja dia mendapat tahu bahawa ibu kandungnya telah dapat berkomunikasi dan cuba menjejakinya. Azraai tidak
mahu Farisha menderita lagi apabila dijadikan bahan uji kaji oleh ibu bapanya.

[Perhatian : calon boleh memilih mana-mana 2 isi]

6
b) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, kritikan sosial yang jelas di paparkan ialah
masyarakat yang bersikap pendendam. Sebagai contoh, Karl tidak dapat menerima kenyataan bahawa Marilyn (Medina)
lebih hebat daripadanya dalam mencipta rekaan sains seperti cyborg. Oleh itu, Karl dan Marilyn saling bersaing untuk
menunjukkan kehebatan masing-masing dalam bidang sains. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi gila.
Marilyn pula kemudiannya mendendami Karl dan telah menyuntik beberapa virus yang mampu memusnahkan sistem
Dinara yang telah dicipta oleh Karl.

Selain itu , kritikan sosial yang dipaparkan ialah masyarakat yang terlalu taasub akan ciptaan teknologi
moden. Sebagai contoh, Karl dan Medina berusaha mencipta pelbagai rekaan sains semata-mata untuk bersaing
dan mencari kepuasan diri mereka tanpa memikirkan risikonya. Karl telah berjaya mencipta sistem Dinara dan
menghasilkan beratus-ratus cyborg di Soft Lab untuk menunjukkan kehebatannya. Karl juga telah menanam
pelbagai implan dan ubat-ubatan ke dalam tubuh Farisha ketika masih bayi dan tanpa diberikan ubat bius.
Tindakan sebegini jelas memaparkan perasaan tidak berperikemanusiaan seorang ayah terhadap anaknya.

Seterusnya, kritikan sosial yang digambarkan ialah masyarakat yang bertindak kejam tanpa mempunyai
perasaan simpati atau belas kasihan terhadap orang lain. Sebagai contoh, Karl bertindak kejam dengan mendera
isterinya (Rusmina @ Alia) dengan teruk apabila tidak mahu meninggalkan agama Islam dan menjadi ateis. Karl
juga membunuh gelandangan (orang yang tidak mempunyai pekerjaan dan tempat tinggal yang tetap) dan
banduan. Kemudian identiti dan fizikal mereka ditukar untuk dijadikan pekerjanya.

[Perhatian: Calon mesti menghuraikan aspek negatif ( buruk) masyarakat]

6.Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,

a) huraikan sebab-sebab kewujudan unsur konflik antara watak dianggap amat penting dalam sesebuah novel. (7m)

b) jelaskan tiga sumbangan penulis kepada masyarakat. (8m)

Jawapan contoh.

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor unsur konflik dianggap penting antara watak
untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik dan menimbulkan saspens kepada pembaca. Sebagai contoh,
konflik yang wujud antara Farisha dengan Medina. Pembaca ingin mengetahui punca penculikan itu berlaku
kerana Farisha sebenarnya anak kandung Medina. Konflik juga wujud antara Karl dengan Medina. Kita akan
tertanya-tanya mengapa mereka perlu bersaing untuk menunjukkan kehebatan antara satu sama lain.

Selain itu, kewujudan konflik dalam sesebuah cerita dianggap penting supaya dapat memperlihatkan
keistimewaan watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi. Sebagai watak utama mesti memiliki kehebatan
menyelesaikan konflik tanpa menyerah kalah atau berputus asa. Sebagai contoh, Farisha dapat menerima
kenyataan bahawa dirinya merupakan anak angkat kepada keluarga Azraai dengan hati yang terbuka. Farisha juga
menerima kehadiran Medina dan Karl sebagai ibu bapa kandungnya walaupun mereka tidak pernah menjaganya
sejak kecil.

7
Seterusnya, kewujudan unsur konflik antara watak dapat dijadikan iktibar atau pengajaran kepada
pembaca. Pembaca juga akan bersikap tabah dan sabar dalam menghadapi sesuatu keadaan yang genting(sukar)
dalam hidup mereka. Sebagai contoh, kita dapat melihat ketabahan Farisha dalam menghadapi dugaan hidup dan
berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan projek Dinara. Farisha juga tidak berdendam kepada bapanya iaitu
Karl yang pernah menanam pelbagai impalan atau mikrocip ke dalam tubuhnya sejak kecil. Farisha bersedih
apabila ayahnya meninggal dunia. Hal ini dapat dijadikan iktibar kepada pembaca dalam menghadapi pelbagai
cabaran serta dugaan.

[Perhatian : calon boleh memilih mana-mana dua isi]

b) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, penulisnya ialah Dayang Noor. Sebagai seorang penulis , Dayang Noor
ingin menyampaikan idea atau buah fikiran untuk membentuk masyarakat yang tabah menghadapi ujian
Tuhan. Sebagai contoh, Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila mengetahui identiti sebenar tentang
keluarga kandungnya. Beliau juga tabah menerima berita tentang tindakan ayahnya (Karl) yang telah memasukkan
pelbagai implan dan ubat ke dalam tubuhnya sejak bayi walaupun tindakan begitu amat menyakitkan .

Selain itu,sumbangan penulis adalah untuk membetulkan keadaan masyarakat dengan cara mengkritik
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Sebagai contoh, pengarang memaparkan watak Karl yang tidak
bertanggungjawab dan terlalu taasub terhadap kemajuan sains. Oleh itu,Karl telah mengubah imej isterinya iaitu
Rusmina menjadi Alia dan adiknya yang terencat akal iaitu Akeem menjadi Aqram. Karl telah menjadikan mereka
sebagai bahan uji kaji tanpa memperlihatkan perasaan kasih kasih sayang dan simpati terhadap mereka.

Seterusnya, sumbangan penulis kepada masyarakat adalah untuk menerapkan unsur pengajaran yang
dapat dijadikan sebagai pedoman hidup. Sebagai contoh, pengarang ingin menerapkan pengajaran bahawa kita
hendaklah mengamalkan semangat kerjasama dalam melaksanakan sesuatu amanah. Contohnya, Aqram, Dr.Maxi,
Farisha dan kakitangan Soft Lab bekerjasama untuk menyelamatkan Dinara daripada menghadapi kemusnahan.

7. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,

a) nyatakan perasaan anda setelah membaca novel tersebut. (7m)

b) jelaskan tiga teknik plot di dalamnya. (8m)

Jawapan contoh

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, saya berasa terharu melihat kesungguhan seseorang
mempertahankan hasil kajiannya daripada mengalami kemusnahan. Sebagai contoh, Karl telah mempersiapkan Farisha
sejak kecil bagi membantunya menyelamatkan projek Dinara daripada dimusnahkan oleh seseorang yang cuba
mengkhianatinya.

Selain itu, saya berasa kagum melihat kehebatan saintis dan kecanggihan teknologi yang mampu mengubah imej
seseorang. Contohnya, Karl melalui kebijaksanaannya mampu memberi imej baharu kepada adiknya. Karl telah berjaya
mengubah Akeem yang dahulunya terencat akal dan kini menjadi Aqram iaitu seorang pemuda yang serba sempurna.
Rusmina (isteri Karl) juga ditukar menjadi Alia yang merupakan prototaip Karl yang pertama.

8
Seterusnya, saya berasa sedih apabila membaca novel ini kerana manusia menyalahgunakan ciptaan sains dan
teknologi. Contohnya, Alia merupakan prototaip pertama Karl yang kurang sempurna akibat kegagalan uji kajinya.
Kecantikan Alia tidak tulen dan matanya tidak berkelip. Saya juga berasa sedih kerana Karl tidak mempunyai perasaan
perikemanusiaan terhadap anaknya (Farisha). Sejak bayi lagi, Karl telah menanam pelbagai implan dan memasukkan
ubat-ubatan ke dalam badan Farisha sehingga dia menanggung kesakitan.

[perhatian : pelajar boleh memilih mana-mana 2 isi]

b) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, teknik plot yang jelas dipaparkan ialah teknik
imbas kembali. Sebagai contoh, Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun yang lalu ketika keluarganya
menerima Farisha sebagai anak angkat. Seorang lelaki India dan seorang lelaki kaukasian ( golongan bangsa
manusia yang berkulit putih atau cerah) datang ke rumah mereka pada waktu petang dengan membawa seorang
anak kecil iaitu Farisha dan diserahkan kepada keluarga mereka.

Selain itu, teknik plot yang digambarkan ialah teknik saspens. Sebagai contoh, ketika Farisha diculik oleh
dua orang lelaki, Farisha masih dalam keadaan sakit kepala. Azraai cuba mengoyang-goyangkan bahunya tetapi
Farisha tidak menyahut (menjawab).Tiba-tiba, cermin kereta Azraai diketuk dan dua orang lelaki tersebut
mengacukan pistol kepada Azraai. Sebagai pembaca, kita akan tertanya –tanya tentang peristiwa yang akan
berlaku setelah Farisha diculik.

Seterusnya, teknik plot yang diketengahkan ialah teknik pemerian (diskriptif/ huraian langsung). Sebagai
contoh, pengarang menceritakan latar belakang kewujudan Alia (Rusmina). Alia telah wujud di Soft Lab lebih 20
tahun yang lalu. Alia dicipta oleh Karl dan Medina (Marilyn). Alia merupakan cyborg canggih yang memiliki
ingatan dan perasaan. Dr.Maxi cuba memadamkan beberapa ingatan dan perasaan Alia agar dia tidak
mengganggu rancangan yang telah diatur untuk Farisha dan Shida yang akan menyelamatkan projek Dinara.

Di samping itu, teknik plot yang digambarkan ialah teknik kejutan. Sebagai contoh, pembaca terkejut
apabila mengetahui Alia ialah isteri Karl suatu ketika dahulu. Pembaca juga terkejut apabila mengetahui bahawa
Alia , Khairul Anwar, Aqram dan ratusan pekerja Soft Lab merupakan cyborg yang dicipta oleh Karl.

[Perhatian: Pelajar boleh memilih mana-mana 3 isi]

8. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,

a) huraikan dua contoh nilai keprihatinan (kesedaran atau sikap mengambil berat)
yang terdapat di dalamnya. (7 markah)

b) jelaskan tiga contoh nilai kasih sayang yang terdapat di dalamnya. ( 8 markah)

Jawapan Contoh.

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, nilai keprihatinan terhadap kesihatan rakan
jelas dipaparkan. Sebagai contoh, Rosman dan Shida amat mengambil berat tentang kesihatan Farisha. Mereka
telah melawat Farisha yang dirawat di hospital untuk mengetahui perkembangan kesihatan Farisha. Mereka juga
terkejut apabila Farisha tiba-tiba pengsan di pejabatnya kerana selama ini mereka mengetahui Farisha cuma
menghidap sakit gastrik.

9
Selain itu, pengarang turut memaparkan nilai keprihatinan terhadap nasib buruk yang menimpa seseorang.
Contohnya, Akram meminta Dr.Maxi menghentikan sesi komunikasi antara Shida dengan Karl kerana sebaik sahaja
suis dihidupkan, Shida mula membantingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Aqram yang prihatin terhadap Shida
tidak sanggup melihat keadaannya yang menderita dan berpendapat jika sesi itu diteruskan, Shida mungkin tidak
dapat kembali kepada dirinya yang asal seperti dahulu.

b) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor nilai kasih sayang sesama anggota keluarga
jelas dipaparkan. Sebagai contoh, Azraai sangat menyayangi Farisha walaupun hanya bergelar adik angkat. Beliau
mengambil berat tentang keselamatan Farisha dan sanggup memasang “retinal scanner” serta interkom di
apartmen Farisha yang bersambung ke rumahnya. Azraai tidak mahu Frisha dilanda sebarang musibah atau
diganggu oleh orang lain.

Selain itu, nilai kasih sayang ibu kepada anak juga turut digambarkan dalam novel ini. Sebagai contoh,
Medina (Marilyn) amat menyayangi anaknya iaitu Farisha. Oleh itu, Medina telah melarikan Farisha daripada
terus menjadi bahan kajian bapanya (Karl). Medina tidak mahu anaknya terus menderita kerana sejak kecil
pelbagai implan dan ubat telah dimasukkan ke dalam badan anaknya oleh Karl.

Seterusnya, nilai kasih sayang isteri kepada suami juga tergambar dalam novel ini. Sebagai contoh,
Rusmina (Alia) sangat menyayangi suaminya iaitu Karl meskipun Karl telah menderanya dengan teruk sehingga
menjadi cacat. Disebabkan kasih sayang yang begitu mendalam, Alia akan berasa cemburu sekiranya ada
perempuan lain yang cuba mendekati Karl.

9. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,

a) huraikan dua konflik yang dialami oleh watak utama. (7m)

b) jelaskan tiga peristiwa yang menarik perhatian anda / jelaskan tiga peristiwa penting (menarik)
yang terdapat dalam novel tersebut. (8m)

Jawapan Contoh

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor watak utama ialah Farisha. Farisha berkonflik
dengan abangnya iaitu Azraai. Farisha berasa terkejut, sedih dan kecewa apabila Azraai merahsiakan sakit
jantung yang dihidapinya. Farisha juga berkonflik apabila mendapat tahu bahawa dirinya hanyalah adik angkat
kepada Azraai.

Selain itu,Farisha juga berkonflik dengan ibunya iaitu Medina (Marilyn). Farisha tidak dapat menerima
Medina sebagai ibunya apabila diberitahu oleh Aqram bahawa ibunya pernah cuba untuk membunuhnya ketika
kecil. Disebabkan konflik kejiwaan teresebut, Farisha telah menolak pelukan dan ciuman ketika kali pertama
berjumpa dengan ibunya.

10
b) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, peristiwa menarik yang dipaparkan ialah
pengakuan Aqram tentang asal usul dirinya. Aqram telah menceritakan kepada Farisha dan Azraai tentang asal
usulnya daripada manusia sehingga menjadi cyborg. Aqram sebenarnya ialah adik kandung kepada Karl dan
terencat akal tetapi menjadi cyborg yang sempurna penampilannya serta kelihatan lebih muda daripada umur
sebenarnya. Peristiwa ini telah benar-benar menarik perhatian saya kerana menimbulkan unsur kejutan dan
dapat mengetahui identiti sebenar Aqram.

Selain itu, peristiwa menarik yang digambarkan ialah pendedahan dan pengakuan Azraai tentang
penyakit yang dialaminya serta status Farisha sebagai adik angkatnya. Azraai akhirnya memberitahu Farisha
tentang masalah penyakit jantung yang dialaminya dan juga status sebenar Farisha. Azraai telah menunjukkan
satu fail peninggalan arwah ayahnya yang mengandungi dokumen permohonan untuk menjadikan Farisha sebagai
anak angkat. Peristiwa tersebut telah menarik perhatian saya kerana dapat mengetahui identiti sebenar Farisha
dan juga keikhlasan Azraai untuk menceritakan perkara yang sebenar.

Seterusnya , peristiwa menarik yang diketengahkan ialah ketaasuban (kuat pegangan atau keyakinan yang
keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang) manusia dalam mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga
mengabaikan nilai kemanusiaan. Contohnya, Karl terlalu taasub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan
sains sehingga telah mengorbankan ramai manusia untuk menjadikan mereka sebagai bahan kajiannya. Karl juga
telah menanam pelbagai implan dan memasukkan ubat-ubatan dalam tubuh Farisha (anaknya) ketika masih
bayi bagi memastikan Farisha menjadi anak yang genius. Peristiwa ini menarik perhatian saya kerana dapat
melihat sikap sesetengah individu yang melakukan pelbagai cara semata-mata untuk memenuhi impian hidup
mereka walaupun bertentangan dengan ajaran agama dan peraturan hidup manusia.

10. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,

a) huraikan dua peristiwa yang menyayat hati anda (peristiwa duka) (7m)

b) jelaskan tiga perbezaan antara watak utama dengan watak sampingan. (8m)

Jawapan contoh

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, peristiwa yang menyayat hati saya ialah sikap Karl
terhadap anaknya yang tidak berperikemanusiaan. Karl sanggup menjadikan anaknya iaitu Farisha sebagai bahan uji
kajinya. Karl telah menanam pelbagai jenis implan dalam tubuh Farisha agar Farisha menjadi anak yang genius. Karl
langsung tidak memikirkan beban penderitaan yang akan ditanggung oleh anaknya akibat ketidakselesaan hidupnya.

Selain itu, peristiwa yang menyayat hati dalam novel ini ialah Karl tebaring di atas katil dan aktiviti otaknya
menurun serta tidak mampu bertindak balas. Farisha berasa sedih kerana inilah kali pertama dan terakhir dia menatap
wajah lelaki yang merupakan ayah kandungnya. Tepat pada pukul 7 malam, Karl menghembuskan nafas yang terakhir.
Karl berwasiat agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.

11
b) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, terdapat watak utama dan watak sampingan.
Perbezaan yang terdapat ialah watak utama hanya seorang manakala watak sampingan adalah banyak. Contohnya,
watak utama dalam novel ini ialah Farisha manakala watak sampingan terdiri daripada Shida, Aqram, Azraai, Dr. Maxi,
Karl, Medina, Alia, Khairul Anwar, Farid, Rosman, Mariah dan lain-lain lagi.

Selain itu, perbezaan antara watak utama dengan watak sampingan dapat dilihat dari segi peranan yang
dimainkan oleh mereka. Watak utama banyak memainkan peranan penting manakala watak sampingan hanya sebagai
pembantu sahaja untuk menggerakkan jalan cerita (plot). Contohnya, watak Farisha terlibat dalam semua peristiwa
penting dari awal hingga ke akhir cerita sehingga menjadikan cerita menarik dan penuh dengan unsur saspens. Manakala
Mariah pula sebagai watak sampingan hanya memainkan sedikit peranan. Contohnya, Mariah (isteri Azraai) berdialog
dengan Farisha tentang diri Farisha yang merupakan anak angkat kepada keluarga Azraai.

Seterusnya, perbezaan antara watak utama dan watak sampingan dapat dilihat dari segi konflik yang dialami
oleh mereka. Contohnya, watak utama iaitu Farisha mengalami konflik yang ketara apabila mendapat tahu dirinya
hanya anak angkat kepada keluarga Azraai, konflik kerana Azraai merahsiakan penyakit jantung yang dialami dan konflik
dengan ibunya (Medina) apabila mendapat tahu bahawa ibunya pernah cuba membunuhnya sewaktu dia masih kecil.
Manakala watak sampingan hanya mengalami konflik yang tidak ketara (tidak serius). Contohnya, Karl berkonflik dengan
Medina (Marilyn) kerana bersaing dalam bidang teknologi untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.

11. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,

a) huraikan dua contoh peristiwa yang menunjukkan nilai bertanggungjawab. (7m)

b) jelaskan tiga peristiwa yang memaparkan nilai kerjasama (tolong-menolong). (8m)

Jawapan contoh

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, terdapat nilai bertanggungjawab pekerja terhadap
majikan. Sebagai contoh, Aqram dan kakitangan Soft Lab berusaha untuk mengesan dan menjejaki Farisha kerana
merupakan amanah yang diletakkan oleh ketua mereka iaitu Karl. Mereka juga bertanggungjawab menjaga Farisha
dengan baik kerana khidmatnya amat diperlukan untuk menyelamatkan projek Dinara.

Selain itu, nilai bertanggungjawab seorang abang terhadap adiknya juga digambarkan dalam novel ini.
Contohnya, Azraai segera melarikan dan menyembunyikan Farisha dari hospital sebaik sahaja mengetahui ibu Farisha
telah dapat berkomunikasi dengan Farisha. Azraai tidak mahu ibu Farisha menggunakannya untuk mencapai cita-citanya
dalam bidang sains sehingga sanggup mengorbankan anaknya.

b) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, terdapat nilai kerjasama secara berpasukan.
Contohnya, Aqram, Dr. Maxi dan kakitangan Soft Lab bekerjasama untuk menyelamatkan projek Dinara daripada
menghadapi kemusnahan. Oleh itu, mereka cuba memujuk Farisha dengan menawarkan satu projek bernilai RM 1.5 juta
kepada Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. milik Farisha dan Rosman. Mereka dikehendaki menggodam tiga kelompok
komputer Soft Lab.

12
Selain itu, terdapat nilai kerjasama yang terjalin antara rakan kongsi. Contohnya, Rosman dan Farisha
merupakan rakan kongsi untuk syarikat perunding keselamatan sistem komputer iaitu Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd.
Mereka telah bekejasama untuk menjalankan projek mini berharga RM 1.5 juta yang ditawarkan oleh Soft Lab untuk
menyelamatkan projek Dinara.

Seterusnya, novel ini turut memaparkan nilai kerjasama antara rakan serumah. Contohnya, Shida turut
membantu Farisha untuk menulis sebuah rencana tentang Dinara setelah mendapat tawaran sebanyak RM 40 ribu
daripada Soft Lab. Shida yang mempunyai latar belakang undang-undang turut bekerjasama dengan membantu Rosman
dan Farisha untuk meneliti isi kandungan kontrak bernilai RM 1.5 juta yang ditawarkan oleh Syarikat Soft Lab kepada
mereka. Tujuannya adalah supaya tidak berlaku sebarang penipuan atau penyelewengan.

12. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,

a) huraikan dua contoh peristiwa yang memaparkan persoalan tentang hubungan kekeluargaan
yang terjalin erat. (7m)

b) jelaskan peristiwa suka (gembira) dan duka (kesedihan) yang terdapat dalam novel ini. (8m)

Jawapan contoh

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, persoalan tentang hubungan kekeluargaan yang
terjalin erat dapat dilihat apabila Farisha menangis sebaik sahaja mengetahui bahawa abangnya (Azraai) mengalami
masalah serangan jantung. Azraai juga menyayangi Farisha dan melindungi keselamatannya dengan memasang “retinal
scanner” dan interkom di rumah sewa Farisha agar tidak diganggu oleh orang lain.

Selain itu, persoalan tentang hubungan kekeluargaan yang terjalin erat juga dapat dilihat apabila Farisha
menangis ketika diberi peluang untuk menatap wajah ayah kandungnya (Karl) buat kali pertama dan terakhir. Farisha
tetap menyayangi ayahnya walaupun dia anak yang tidak sah taraf (anak luar nikah) dan ayahnya pernah menyeksa
dirinya sewaktu masih bayi dengan memasukkan pelbagai implan dan ubat ke dalam badannya.

b) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, peristiwa suka (gembira) yang dipaparkan ialah
Rosman dan Farisha mendapat tawaran kontrak yang berharga RM 1.5 juta daripada Syarikat Soft Lab. Mereka
dikehendaki menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab yang merupakan infrastruktur kepada sistem
pengkomputeran awam. Tawaran sebegini merupakan penghormatan kepada syarikat mereka yang diiktiraf iaitu Syarikat
Secured Shell Sdn. Bhd.

Selain itu, peristiwa duka (sedih) yang digambarkan ialah Azraai telah menyampaikan dua berita yang tidak
menyenangkan hati Farisha. Berita pertama ialah doktor telah mengesahkan bahawa Azraai menghidap masalah jantung.
Berita kedua ialah Azraai telah menunjukkan kepada Farisha satu fail peninggalan arwah ayahnya. Di dalam fail tersebut
mengandungi dokumen permohonan untuk menjadikan Farisha sebagai anak angkat. Farisha juga mendapat tahu
bahawa dia merupakan anak yang tidak sah taraf (anak luar nikah) antara Karl dengan Marilyn (Medina).

13
13. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,

a) nyatakan satu watak hitam (jahat) dan berikan tiga alasan mengapa anda berpendapat sedemikian. (7m)

b) jelaskan tiga sebab (alasan) mengapa novel yang anda baca itu dianggap hebat dan menarik. (8m)

Jawapan contoh

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, watak hitam yang dipaparkan ialah Medina
(Marilyn). Saya berpendapat sedemikian kerana Medina banyak melakukan kejahatan atau kemusnahan kepada
anaknya dan juga kepada kekasihnya iaitu Karl. Sebagai contoh, Medina telah mengupah dua orang lelaki untuk
menculik anak kandungnya iaitu Farisha. Medina sangat taasub akan sains dan sanggup mengorbankan anaknya sendiri
demi bersaing dengan Karl. Medina juga sangat ego dan mahu membuktikan bahawa dirinya lebih bijak daripada Karl.

Selain itu, Medina juga dianggap sebagai watak hitam kerana mencekik anaknya (Farisha) yang masih kecil.
Medina menjadi gila setelah Karl mensabotajnya kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa Medina lebih hebat
daripadanya. Mujurlah Dr. Maxi dan Aqram dapat menyelamatkan Farisha.

Seterusnya, Medina juga berperanan sebagai watak hitam kerana sering bersaing dengan Karl untuk menguji
kehebatan masing-masing dalam dunia penyelidikan sains. Oleh itu, Medina telah menyuntik beberapa virus yang
mampu memusnahkan sistem Dinara yang telah dicipta oleh Karl. Medina juga berdendam kerana dia tidak dipilih untuk
menyelamatkan sistem Dinara dan sebaliknya kepercayaan tersebut diberikan kepada anaknya.

b) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, jelas terbukti bahawa novel ini hebat dan menarik
perhatian pembaca. Saya berpendapat sedemikian kerana novel tersebut memaparkan kehebatan dunia sains yang
mampu membuat penyelidikan dan menghasilkan ciptaan baharu. Contohnya, Akeem yang berusia 60 tahun ditukar
menjadi Aqram dan menjadi lebih muda iaitu berumur 30 tahun serta mempunyai ingatan dan fikiran yang lebih
sempurna.

Selain itu, novel ini dianggap hebat dan menarik kerana menunjukkan kesungguhan seorang saintis yang
bermati-matian mempertahankan hasil kajiannya. Contohnya, Karl telah menyediakan Farisha (anaknya) sejak kecil bagi
mempertahankan sistem Dinara daripada mengalami kehancuran. Oleh itu, Karl telah menanam pelbagai implan dan
memasukkan ubat-ubatan ke dalam badan Farisha agar menjadi gadis genius yang mampu mempertahankan sistem
Dinara suatu hari nanti.

Seterusnya, novel ini dianggap hebat dan menarik kerana memaparkan kekuatan jiwa seorang gadis. Farisha
yang merupakan watak utama dalam novel ini diberi gambaran sebagai seorang gadis yang hebat dalam menghadapi
pelbagai cabaran dan rintangan hidup. Contohnya, Farisha pasrah (berserah kepada Tuhan) apabila mengetahui bahawa
dia sebenarnya anak angkat kepada keluarga Azraai dan merupakan anak yang tidak sah taraf (anak luar nikah). Farisha
juga memiliki kekuatan jiwa iaitu tidak mendendami ibunya yang pernah mahu mencekiknya sewaktu dia masih kecil.

14
14. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,

a) jelaskan kepentingan penggunaan teknik dialog (perbualan). (7m)

b) huraikan peristiwa penting dalam bahagian peleraian (pengakhiran) dan nyatakan


sama ada anda bersetuju atau tidak dengan peristiwa tersebut. (8m)

Jawapan Contoh

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor terdapat penggunaan teknik dialog secara
meluas. Dialog berperanan untuk mengembangkan sesuatu peristiwa secara terperinci agar pembaca dapat
memahami sebab dan akibat sesuatu kejadian. Sebagai contoh, dialog antara Azraai dan Farisha mampu
mendedahkan identiti sebenar Farisha yang hanya merupakan anak angkat kepada keluarga Azraai.

Selain itu, penggunaan dialog menyebabkan pembaca dapat merasakan bahawa watak-watak dalam
novel benar-benar hidup. Hal ini adalah kerana dialog dapat menjelaskan sesuatu isu, perkara atau kejadian yang
sedang berlaku antara watak. Sebagai contoh, dialog antara Aqram dengan Azraai dan Farisha. Semasa di dalam
kereta, Azraai memberitahu mereka bahawa nama sebenarnya ialah Aqeem dan dia merupakan adik kepada Karl
serta terencat akal. Menurut Aqram lagi, abangnya iaitu Karl telah berjaya mengubah fizikalnya dan memberikan
ingatan serta fikiran baharu kepadanya. Melalui penggunaan dialog, sesuatu perwatakan dapat dinyatakan dengan
lebih jelas.

b) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor peristiwa penting dalam bahagian peleraian
ialah Karl telah meninggal dunia kerana menghidap barah usus tahap empat. Dalam wasiatnya, Karl meminta
agar mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di Selat Melaka. Upacara menabur abu mayat Karl dilakukan di
Port Dickson. Semasa mahu pulang, berlaku satu kejutan apabila shida mengungkapkan kata-kata yang pernah
diucapkan oleh Karl. Farisha terkesima (terkejut, tercengang) apabila mengetahui bahawa Karl yang sedang
berkata-kata melalui Shida.

Saya tidak bersetuju dengan cara peleraian cerita tersebut kerana tugas untuk menyelamatkan program
Dinara masih belum selesai. Farisha masih mengalami masalah kesihatan dan Shida pula tidak mampu untuk
memikul tanggungjawab menyelamatkan Dinara. Seterusnya, saya juga tidak bersetuju dengan peleraian sebegini
kerana pembaca akan sentiasa tertanya-tanya dan tidak dapat mencari jawapan kepada kemusykilan yang
timbul.

15
15. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,

a) huraikan konflik yang berlaku antara watak. (7 m)

b) anda kurang bersetuju dengan kesudahan cerita (peleraian) dalam novel tersebut. Jelaskan
pengakhiran cerita bagi novel tersebut sekiranya anda pula menjadi pengarang. (8m)

Jawapan contoh

a) Berdasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor konflik antara Medina (Marilyn) dan Karl jelas
dipaparkan. Medina berasa marah dan benci kepda Karl kerana 30 tahun yang lalu Karl telah mengubah Marilyn
menjadi Medina. Karl juga telah mensabotaj (memulaukan) Medina semasa menjalankan uji kaji sehingga Medina
menjadi separuh gila. Karl tidak memilih Medina untuk menyelamatkan program Dinara malah cuba memadamkan
nama Medina daripada Syarikat Soft Lab.

Selain itu, konflik watak juga berlaku antara Karl dengan Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi. Ketika
Farisha jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital , maka sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl tidak dapat
diteruskan. Oleh itu, Aqram , Khairul Anwar dan Dr.Maxi mengambil keputusan untuk menggantikan tempat Farisha
dengan Shida. Karl berasa marah dan berkonflik kerana dia hanya mahukan sesi komunikasi dengan Farisha iaitu
anaknya .

b) Bedasarkan novel “Di Sebalik Dinara”, karya Dayang Noor, saya kurang bersetuju dengan peleraian cerita
tersebut. Hal ini adalah kerana pengarang telah mematikan watak Karl dengan cara yang begitu mudah setelah
dia berjumpa dengan beberapa orang seperti Aqram, Dr Maxi , Khairul Anwar dan Farisha . Bagi saya, watak Karl
sepatutnya dimatikan setelah berlakunya konflik dengan musuhnya agar dapat meninggalkan kesan yang
mendalam kepada pembaca.

Selain itu, saya juga kurang bersetuju dengan tindakan pengarang menjadikan Shida sebagai pengganti
Farisha. Sepatutnya, pengarang perlu berusaha untuk menjadikan Farisha sebagai penggodam sistem Dinara
kerana dia merupakan gadis yang genius. Farisha juga merupakan anak Karl dan menjadi pilihan bapanya untuk
menyelamatkan sistem Dinara daripada mengalami kemusnahan.

Dihasilkan oleh,

BALJEET SINGH MANN


( BSM )

PUSAT TUISYEN BSM


TAHUN 2015.

Novel: Di16Sebalik Dinara (Tingkatan 4)

Karl

suami Mempunyai hubungan sulit

Rusmina (Alia) Marilyn (Medina)

Farisha

1.Azraai - abang angkat Farisha


- suami Kak Mariah
- mempunyai dua anak perempuan iaitu Aina dan Dina
- 42 tahun, mempunyai penyakit jantung
- penyayang, rapat dengan Farisha , perahsia, berhemah tinggi, bijak.

2. Karl - Suami Rusmina (Alia)


- mempunyai hubungan sulit dengan pekerjanya iaitu Marilyn (Medina). Hasil hubungan sulit mereka
mempunyai seorang anak perempuan iaitu Farisha.
- saintis yang hebat, pemilik syarikat Soft Lab (M) Sdn. Bhd.
- bersaing dengan Marilyn untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.
- Karl murtad dan ateis (tidak mempercayai kewujudan Tuhan). Memaksa isterinya (Rusmina) meninggalkan
agama Islam.
- tidak suka menyerah kalah
- kejam
- insaf akan kesalahannya
- meninggal dunia akibat menghidap kanser usus tahap empat.

3. Farisha –watak utama , 28 tahun


-anak kandung Karl dan Marilyn (Medina)
-adik angkat Azraai
-cantik, bersopan santun
-memiliki sejenis pendinding bernama WALL pada tubuhnya yang berfungsi menjaga mindanya
daripada dipengaruhi oleh sesiapa sahaja.
-genius sejak bayi. Ayahnya iaitu Karl telah telah memasukkan pelbagai implan dan ubat ke dalam
badannya
-penyayang, berhati-hati, tidak berdendam, memiliki kemahiran yang tinggi tentang komputer.

4. Shida -rakan serumah Farisha


-ditawarkan RM 40 ribu daripada Soft Lab untuk menulis sebuah artikel tentang Dinara.
-menjadi pengganti Farisha ketika ketiadaan Farisha, sebaya dan saiz tubuhnya sama dengan Farisha.

17
5. Aqram-nama asalnya Akeem, adik kepada Karl , diberi identiti yang baharu
-umur sebenar 60 tahun dan bukannya 30 tahun.
-terencat akal, uji kaji Karl berjaya mengubah Aqram.
-menjejaki Farisha dan memujuknya menggodam (menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain
untuk mencuri,memusnahkan atau merosakkan data serta maklumat sulit yang tersimpan dalam sistem
komputer ) Dinara yang akan mengalami kemusnahan.
-bekerja di Soft Lab , Cyberjaya
-menawarkan projek lumayan bernilai RM 1.5 juta kepada Rosman dan Farisha.
-mempunyai perasaan simpati, bersifat berterima kasih.

6. Rosman – sahabat dan rakan kongsi Farisha


-bekerja sebagai perunding keselamatan sistem komputer iaitu Secured Shell Sdn.Bhd.
-mendapat tawaran kontrak bernilai RM 1.5
-bertanggungjawab , memiliki semangat setia kawan, prihatin, gemar bergurau, materialistik.

7. Medina (Marilyn) –berketurunan Portugal, cantik, putih dan berambut keriting,


-ibu kandung Farisha hasil daripada hubungan sulit dengan Karl.
-bijak ,pendendam, penyayang, menyesali perbuatan.

8. Alia -nama sebenar Rusmina


-isteri Karl dan kakak ipar Aqram.
-menjadi cacat kerana diseksa oleh Karl disebabkan enggan meninggalkan agamanya untuk menjadi ateis.
-Alia sebenarnya ialah cyborg pertama ciptaan Karl yang menggunakan tubuh bekas isteri Karl iaitu
Rusmina. Dengan identiti baharu yang dicipta oleh Karl, Alia kelihatan cergas dan cantik tetapi
kecantikannya tidak tulen (seperti robot)
-Alia menjalani pembedahan plastik dan matanya tidak berkelip (robot). Alia merupakan prototaip
-Kuat cemburu, gagal mengawal perasaan, isteri yang penyayang.

9. Dr. Maxi -pekerja di Soft Lab


-berusaha mencari Farisha agar dapat menyelamatkan program Dinara.

10. Khairul Anwar -nama sebenar Muhammad Irfan


-kakitangan Syarikat Soft Lab

11. Dr. Haris-merawat Karl

12. Farid dan Amin - menceroboh “WALL” Farsiha


- mereka diupah oleh Medina (Marilyn) untuk menculik Farisha.

13. Mariah -isteri Azraai


-kakak ipar Farisha
-ibu kepada Aina dan Dina

18
1. Soft Lab -Sebuah syarikat komputer yang besar milik Karl, terletak di Cyberjaya.

2. Secured Shell Sdn.Bhd. - Syarikat perunding keselamatan sistem komputer.


- Farisha dan Rosman merupakan rakan kongsi syarikat tersebut.

3.WALL-pendinding yang dimiliki oleh Farisha menyebabkan orang sukar untuk membaca fikirannya.
-Amin dan Farid telah menceroboh WALL Farisha .

4. prototaip- model pertama yang dibina dan mempunyai fungsi /sebelum dicipta sesuatu mesti ada model awal.

5. Cyborg -separuh manusia dan separuh robot, ada perasaan.

6. Mikrocip- cip yang kecil untuk menyimpan data/maklumat.

7. Menggodam – menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain untuk mencuri, memusnahkan atau
merosakkan data serta maklumat sulit yang tersimpan dalam sistem komputer.

8. Ketaasuban – kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang.

Pesanan Penting

 Soalan novel ialah soalan 4 dalam kertas 2.


 Markah untuk soalan 4 (a) ialah 7 markah dan soalan 4 (b) 8 markah.

4m – Isi (berikan 2 isi)

(a) 7m

3m – Bahasa
4

6m – Isi (berikan 3 isi)

(b) 8m

2m – Bahasa
Disediakan oleh,
BALJEET SINGH MANN
h/p : 0198230080
19
19

Pusat Tuisyen BSM


Novel: Di Sebalik Dinara
Tingkatan Empat

Isi Kandungan

1. a) tema
b) persoalan

2. a) watak utama - Farisha


b) nilai murni / moral / kemanusiaan

3. a) pengajaran / mesej
b) latar masyarakat

4. a) latar masa
b) latar tempat

5. a) watak sampingan - Azraai


b) kritikan sosial

6. a) sebab unsur konflik penting


b) sumbangan penulis / pengarang

7. a) perasaan anda setelah membaca novel


b) teknik plot / teknik penceritaan

8 . a) nilai keprihatinan
b) nilai kasih sayang

9. a) konflik watak utama (Farisha)


b) peristiwa menarik / penting

10. a) peristiwa menyayat hati / sedih


b) perbezaan watak utama dengan watak sampingan

11. a) nilai tanggungjawab


b) nilai kerjasama

12. a) persoalan tentang hubungan kekeluargaan yang erat


b) peristiwa suka dan duka

13. a) watak hitam (antagonis) - Medina ( Marilyn)


b) sebab-sebab novel ini hebat dan menarik

14. a) kepentingan teknik dialog


b) peleraian cerita - setuju atau tidak

15. a) konflik antara watak


b) kurang bersetuju dengan peleraian cerita - jelaskan pengakhiran
cerita sekiranya anda menjadi pengarang.
Disediakan oleh,
BALJEET SINGH MANN
h/p : 0198230080

20 27 22 24 23 25 26 21

You might also like