You are on page 1of 2

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 3

Bilangan Jurnal : 3 / 12

Minggu Praktikum : Ketiga

Tarikh/ peristiwa : 12 – 16 Julai 2021

Tajuk Jurnal : Murid yang lemah membaca tulisan Jawi

1. MASALAH / PERISTIWA

Minggu ini adalah minggu yang ketiga saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan
Jus di Selandar, Melaka. Walaupun saya hanya membuat pengajaran dan pembelajaran di
rumah iaitu PDPR, saya juga dapat menimba pelbagai pengalaman ketika mengajar secara
di atas talian. Antara hikmah yang paling terbesar di dalam PDPR ini ialah saya dapat
meneroka perkara yang baharu berkaitan dengan penggunaan teknologi seiring dengan
pembelajaran abad yang ke-21 iaitu dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi ketika
pengajaran dan pembelajaran. Tetapi antara masalah yang dihadapi ketika saya membuat
pengajaran dan pembelajaran ialah murid masih lagi tidak membaca jawi dengan baik
malah ketika saya meminta murid tersebut baca, di abaca dengan tersekat-sekat. Hal ini
demikian, amat membimbangkan saya kerana tulisan jawi adalah perkara yang amat
penting ketika di dalam Pendidikan Islam di sekolah malah perkara ini akan menganggu
proses pembelajaran mereka sekiranya tidak tahu untuk membaca tulisan jawi. Justeru,
saya perlu memikirkan inisiatif atau cara untuk melancarkan lagi perjalanan pengajaran
pada masa akan datang.

2. ANALISIS MASALAH

Selepas saya membuat pemerhatian terhadap kelas 6 Cemerlang, saya telah


mendapati bahawa antara punca masalah ini timbul ialah mereka tidak mengenal huruf
jawi. Hal ini demikian antara faktor yang paling utama di dalam masalah ini ialah mereka
sudah lama tidak membaca tulisan jawi akibat pandemic yang berlaku pada hari ini di mana
halangan tersebut menyukarkan guru untuk mengenal pasti kelemahan setiap murid yang
lemah di dalam membaca tulisan jawi. Setelah saya bertanya kepada guru pembimbing
saya iaitu Ustaz Raja Azhar iaitu dia menyatakan bahawa murid di sekolah tersebut kurang
menekankan pembacaan tulisan jawi kerana mereka sukar untuk berhubung akibat
pandemic ini. Apabila mereka tidak dibiasakan dengan bahan bacaan jawi, jadi perkara ini
akan mempengaruhi kemahiran membaca mereka di dalam bilik darjah. Malah, ianya boleh
mempengaruhi proses pembelajaran mereka.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Saya akan memikirkan inisiatif bagi mengatasi masalah ini dalam membantu murid
agar dapat membaca jawi dengan lebih baik. Saya akan menggunakan kaedah mengeja
tulisan jawi bersambung seperti membaca teks ringkas dan membaca potongan ayat Al-
Quran. Di samping itu, saya akan mempelbagaikan warna dalam tulisan jawi yang
digunakan agar mereka dapat membunyikan suku kata yang terdapat pada perkataan satu-
persatu mengikut warna.

Selain itu, saya juga akan memastikan setiap murid tidak akan ketinggalan di dalam
bacaan tulisan jawi iaitu dengan meminta mereka untuk membaca setiap petikan jawi dan
sekiranya mereka tersilap saya sendiri akan memperbetulkan keasalahan mereka agar
mereka dapat bersemangat ketika membaca tulisan jawi. Dengan adanya penglibatan
setiap murid saya pasti akan meningkatkan keyakinan mereka secara tidak langsung mahir
di dalam tulisan jawi yang berkait rapat dengan pembelajaran mereka.

4.TEMPOH MASA DAN TNDAKAN SUSULAN

Tempoh : 26 Julai 2021 hingga 30 Julai 2021

Sebelum saya ingin melaksanakan projek ini, saya akan mengenal pasti terlebih dahulu
murid yang benar-benar lemah agar mereka diberi perhatian dan akhir sekali penglibatan
kepada murid yang mahir. Saya juga akan meminta murid yang mahir di dalam bacaan jawi
untuk membantu bersama-sama dengan murid yang lemah dengan tulisan jawi. Saya juga
akan membuat aktiviti peneguhan supaya dapat menilai mereka sejauh mana mereka
mahir di dalam tulisan jawi.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :……………………………… Tandatangan :………………………………


Nama : ……………………………... Nama :……………………………..
Tarikh : ……………………………… Tarikh :……………………………..

You might also like