You are on page 1of 7

TUGASAN 1 – ANALISIS LARAS BAHASA

DEFINISI DAN KONSEP LARAS BAHASA

Laras bahasa merupakan salah satu daripada aspek sosiolinguistik iaitu mengenai
bahasa dan penggunaannya. Ragam bahasa pula mempamerkan perbezaan dalam
penggunaan bahasa. Dalam ilmu sosiolinguistik, ragam bahasa diistilahkan sebagai
register atau laras (Hudson, 1980) iaitu satu istilah teknik untuk menerangkan perlakuan
bahasa seseorang individu apabila bahasa digunakan.

Menurut Asmah Hj. Omar (1984), laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan
bahasa menurut bidang penggunaannya. Menurut Wikipedia pula, laras bahasa ialah sejens
kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan oleh sesuatu bidang yang diceburi oleh
seseorang. Laras bahasa boleh diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu
bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan
keadaan. Di samping itu, setiap laras bahasa menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan
menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu. Manakala
menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, laras bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan
penggunaannya.

Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Situasi yang
berlainan memerlukan laras bahasa yang berlainan. Oleh itu, laras bahasa yang berbeza
digunakan dalam situasi yang berbeza dan ianya berubah mengikut kehendak semasa.
Seiring dengan apa yang diperkatakan oleh Halliday (1968), laras bahasa bertindak sebagai
variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Beliau juga berpendapat bahawa bahasa
berubah mengikut situasi. Ure dan Ellis (1977) mendefinisikan laras sebagai jenis-jenis
bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan.

Seorang penutur dalam situasi berbeza-beza akan menggunakan laras mengikut


situasi sosial yang berlainan iaitu istilah teknik untuk menyatakan perlakuan bahasa
seseorang individu. Menurut ahli bahasa tempatan seperti, Nik Safiah Karim (1989), laras
bahasa berdasarkan penggunaannya. Ini bermaksud bahasa digunakan oleh penutur dalam
situasi tertentu. Beliau menganggap laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih
daripada sekumpulan variasi yang ada pada setiap penutur. Penggunaan bahasa berubah
mengikutkinteks, bidang dan juga peringkat sosial.
CIRI- CIRI LARAS BAHASA

Ure & Ellis (1977), terdapat dua faktor utama yang menentukan penggunaan laras bahasa
yang berlainan. Iaitu ciri keperihalan dan ciri linguistik

Kajian terhadap laras bahasa perlu mempertimbangkan dua faktor yang utama iaitu ciri
keperihalan peristiwa bahasa dan linguistik yang wujud. Ciri keperihalan pula dibahagikan
kepada dua aspek utama, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran.

Situasi luaran memfokuskan kepada latar belakang sosial dan kebudayaan


masyarakat bahasa. Situasi ini merujuk kepada laras bahasa yang digunakan mengikut
struktur sosial dan cara hidup yang menentukan perlakuan setiap anggita masyarakat dalam
suatu tempat atau masa. Sebagai contoh, apabila kita mengkaji laras bahasa masyarakat
pada zaman Melayu klasik, sudah semestinya perkaitan dengan situasi pada masa itu
diwujudkan. Kita perlu mengaitkan dengan situasi istana, cara bahasa dituturkan oleh
masyarakat pada masa itu, tradisi sastera lisan dan aspek-aspek lain anggota masyarakat
zaman itu.

Aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa pula


menerangkan mengenai situasi persekitaran. Terdapat empat situasi persekitaran yang
menyebabkan wujudnya bahasa yang berlainan atau kita kenali sebagai laras iaitu, cara
penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan dan fungsi-fungsi
sosial perlakuan bahasa. Cara penyampaian merujuk kepada bentuk perhubungan yang
digunakan oleh seseroang individu itu termasuklah jenis bahasa lisan, berulis, bahasa
isyarat dan sebagainya. Aspek peribadi ialah perhubungan individu dengan individu yang
lain, hubungan keluarga, teman sekerja, sahabat karib, pekerja dengan majikan dan
sebagainya. Aspek bukan sifat peribadi pula adalah seperti antara penulis dengan pembaca,
penghasil dengan pembaca akhbar, penyajak dengan pembaca dan sebagainya. Bahan
penulisan pula terdiri daripada bahan lisan dan bertulis. Kandungan tulisan, penggunaan
bahasa, kandungan bahan serta aspek penulisan yang lain bergantung kepada penulis yang
berbeza-beza latar belakangnya. Ciri-ciri situasi persekitaran ini menimbulkan laras yang
berlainan dan terdapat hubungan yang erat di antaranya. Interaksi yang baik antaraa pihak
penutur dan pendengar telah menghasilkan laras bahasa.

KEPENTINGAN LARAS BAHASA

Laras bahasa penting kerana laras bahasa menjadi kegunaan kehidupan seharian
ketika berurusan dengan masyarakat sekeliling. Bentuk bahasa tertentu digunakan mengikut
situasi yang sesuai dengan bahasa tersebut. Hal ini dapat memudahkan individu yang tidak
menggunakan laras bahasa yang sama dengan kita untuk berkomunikasi apabila kita
menggunakan laras bahasa yang betul ketika berkomunikasi dengan mereka. Hal ini adalah
kerana keberkesanan komunikasi seseorang individu itu menggambarkan tahap pendidikan
penutur. Laras bahasa juga menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasa sesebuah
masyarakat samada terpengaruh dengan dunia luar atau tidak. Sebagai contoh, terdapat
pelbagai laras bahasa yang digunakan di dalam akhbar dan hanya individu yang arif di
dalam bidang tertentu sahaja yang dapat memahami istilah-istilah yang digunakan dalam
bahagian tertentu di dalam akhbar

JENIS-JENIS LARAS BAHASA

Terdapat pelbagai jenis laras bahasa yang wujud bagi menyesuaikan laras bahasa
mengikut situasi yang berbeza. Laras bahasa dapat dibahagikan kepada tiga kategori
iuatam iaitu, tajuk wacana, cara penyampaian dan gaya wacana. Tajuk wacana adalah
merangkumi bidanng penggunaan bahasa seperti bidang sains dan perubatan. Cara
penyampaian wacana ialah media perlkauan bahasa samada secara lisan atau bertulis.
Gaya Wacana pula adalah bidang tentang perhubungan antara peserta perlakuan bahasa
iaitu secara formal atau tidak formal.

Laras dapat dikenali berdasarkan penggunaannya dalam pelbagai situasi daripada


tiga kategori utama ini. Hal ini kerana terdapat hubungan yang erat antara susunan bahasa
dengan situasi-situasi disebabkan interaksi sehingga menghasilkan laras.

JENIS LARAS BAHASA BERSERTA CONTOH

JENIS LARAS CONTOH PETIKAN AYAT HURAIAN


BAHASA
Laras Bahasa “Asslamualaikum Kata alu-aluan yang sering
Formal warahmatullahiwabarakatuh dan salam digunakan dalam ucapan
sejahtera saya ucapkan kepada Encik atau acara formal yang
Johari bin Harun selaku Pensyarah menunjukkan penggunaan
Bahasa Melayu Komunikatif yang laras bahasa formal untuk
berkaliber, serta rakan-rakan mengaluk-alukan
seperjuangan yang saya sayangi pendengar.
sekalian”

Laras Bahasa “ Perkembangan teknologi telah banyak Petikan ayat memberikan


Rencana memudahkan kehidupan seharian warga maklumat umum kepada
kota mahupun desa dalam arus perdana pembaca yang menyentuh
baik dari segi komunikasi, pengangkutan, tentang tajuk yang sedang
perkhidmatan sehinggalah ke pendidikan” diperkatakan. Penggunaan
gaya bahasa yang mudah
difahami walaupun dibaca
pada kali pertama.
Laras Bahasa “Teknologi yang dibicarakan dalam Penggunaan Kata Nama
Teknologi konteks ini adalah meliputi telefon bimbit, seperti “telefon bimbit”, “
tablet, televisyen, dan juga ipad yang tablet”, “televisyen”, “ipad”,
perlahan-lahan telah mengambil tempat “komputer” dan “komputer
komputer dan komputer tablet” tablet” adalah merupakan
contoh yang menerangkan
mengenai teknologi.
Pembaca dapat terus
membayangkan apa yang
ingin disampaikan oleh
penulis melalui contoh-
contoh tersebut
Laras Bahasa “Mereka yang tidak banyak bergerak tidak Penggunaan istilah ‘motor’
Sains dapat merangsang anggota tubuh badan menerangkan tentang
yang lain untuk berkembang dan pergerakan otot. Istilah ini
meningkatkan potensi untuk mengalami sering digunakan dalam
masalah fizikal atau masalah motor” bidang sains. Dengan
pernyataan yang
dinyatakan pada ayat
sebelum, pembaca dapat
memahami apa yang
dimaksudkan dengan
motor.
Laras Bahasa “ Seorang penyelidik dari Pusat Maklumat disampaikan
Akademik Pembelajaran dan Terapi Maryland di dengan formal, secara
Amerika Syarikat, Lindsay Marzoli terus dan mempunyai
berkata, otot- otot tangan kanak-kanak objektif. Tidak terdapat
yang hanya bermain dengan ‘gadget’ perlambangan dan bunga-
akan menjadi lemah kerana mereka tidak bunga bahasa di dalam
melakukan aktiviti menulis atau melukis di contoh petikan ayat yang
atas kertas dan menggunakan pensel diberikan.
dengan kerap”
Laras Bahasa “….satu daripada 20% kanak-kanak Peratusan yang digunakan
Kesihatan Malaysia mengalami kurang berat badan, menggambarkan betapa
satu dalam lima kanak-kanak pula obes. ramai manusia menghidap
30% daripada kanak-kanak obes akan obesiti. Istilah ‘obesiti’
mendapat kencing manis, dan individu selalu digunakan dalam
yang obes mempunyai kebarangkalian bidang kesihatan bagi
yang tinggi untuk mendapat serangan menggantikan frasa
strok dan jantung di awal usia….” ‘masalah kegemukan’
Laras Bahasa “ Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia Pernyataan yang
Akademik (WHO), kanak-kanak dan remaja yang disampaikan kepada
berumur antara lima hingga 17 tahun pembaca adalah berasas.
perlu melakukan aktiviti fizikal sekurang- Kenyataan diambil
kurangnya 60 minit setiap hari untuk daripada badan yang
proses tumbesaran yang sihat dan diiktiraf dan dipercayai
bukannya menjadi pasif dengan skrin
gadget masing-masing”
Laras Bahasa “Anak-anak ini yang pada siang harinya Penggunaan ayat yang
Rencana sibuk dengan aktiviti sekolah dan aktiviti jelas difahami oleh
kokurikulum pada hujung minggu akan pembaca. Informasi
cepat berasa lesu dan tidak dapat diberikan secara ringkas
memberikan komitmen sepenuhnya dan dan tidak mengelirukan
tidak dapat bergiat aktif di sekolah. “ pembaca yang tidak
mempunyai pengetahuan
awal mengenai sesuatu
tajuk yang disampaikan
oleh penulis.
Laras Bahasa “Masyarakat perlu mempunyai landasan Frasa ‘landasan berfikir’
sastera berfikir yang cerdas dan efisyen agar dan ‘dunia tanpa
setiap individu dapat menghadapi sempadan’ menunjukkan
cabaran dunia tanpa sempadan ini bahawa ayat berbaur unsur
dengan penuh bijaksana” sastera telah digunakan
oleh penulis untuk
menyampaikan maklumat
dalam pelbagai cara.
Laras Bahasa “Kanak-kanak mungkin kelihatan sihat Istilah ‘nutrien’ dan ‘zat’
Sains atau terlebih makan pada zahirnya tetapi digunakan untuk
proses tumbesaran dan perkembangan menjelaskan
mereka tidak berjalan dengan lancar dan kepentingannya terhadap
sihat kerana tidak memperoleh nutrien tumbesaran seseorang.
dan zat yang penting untuk tubuh badan.” Dan selalu digunakan
dalam pendidikan ilmu
sains.
Laras Bahasa “kita dapat mengambil langkah Peribahasa dan frasa
Kreatif pencegahan awal untuk menyelamatkan menarik seperti
anak bangsa daripada menjadi mangsa ‘menyelamatkan anak
teknologi yang dicipta oleh kita sendiri bangsa’ digunakan dalam
kerana ‘mencegah lebih baik daripada petikan ayat dan
merawat’” menunjukkan laras kreatif
yang tidak digunakan
dalam laras biasa atau
laras umum.

RUJUKAN

Asmah Haji Omar (1984). “Gaya dan Laras Dalam Bahasa Sains”, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Vol. 28, February 1984

Hudson, Richard A. (1983). Sociolinguistics, Cambridge University Press.

Halliday, M.A.K. (1968). The users and Uses of Language dalam Linguistic Sciences and
Language and Meaning Teaching. London: Longman
Nik Safiah Karim. (1989). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia

Ure, J. & Ellis (1977). Register in Descriptive and Linguistics Sociology dalam Uribe Oscar
Wileeges (ed.), Issues in Sociolinguistics. New York: Mouton Publisher

You might also like