You are on page 1of 2

AKTIVITI PEMBELAJARAN KOPERATIF BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH

OLEH SIVA SANKAR A/L R. MAHALINGAM

LIHAT-FIKIR-KOMEN (LOOK- THINK - COMMENT)

Dalam aktiviti ini murid akan:


1. Berfikir
2. Bergerak
3. Mengambil bahagian
4. Memberi idea/pendapat
5. Mendapat idea dari rakan
6. Pembelajaran berpusat murid

Tingkatan 5 (Bab 4)
Tajuk : 4.2 Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Langkah 1:
A) Soalan Guru Sejarah : Mengapakah Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa
yang lebih banyak kepada Kerajaan Persekutuan ? (6 markah)

A B

D C
Langkah 2:

A) Murid-murid diberikan masa untuk berfikir.

B) Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan.

C) Murid-murid perlu memberikan idea.

D) Seorang ahli kumpulan akan mencatat pada kertas yang diberikan oleh guru.

E) Seorang wajib memberikan minimum satu idea.

F) Selepas itu, ketua kumpulan akan melekat hasil di tempat yang disediakan oleh guru.

G) Guru akan memberikan isyarat untuk murid-murid bergerak bersama kumpulan ke paparan

yang disediakan.

H) Murid-murid diminta melihat idea kumpulan lain, berfikir dan memberikan komen.

I) Murid-murid perlu tulis komen pada nota tampal dan lekatkan pada paparan tersebut.

J) Seterusnya murid-murid akan bergerak ke paparan yang lain apabila guru memberikan

isyarat dan ulang langkah yang sama iaitu lihat, fikir dan komen.

K) Kemudian semua murid akan kembali ke paparan hasil kerja kumpulan masing-masing

untuk melihat komen daripada kumpulan lain.

L) Gunakan komen-komen tersebut untuk memperbaiki hasil kerja kumpulan.

You might also like