You are on page 1of 7

Nota tatabahasa

Kesalahan – kesalahan umum dalam pertuturan


Bahasa Melayu Standard
Kata perintah
Contoh kata perintah dan penggunaan dalam ayat:

- Suruhan : tolong
Tolong kembalikan buku cerita saya

- Permintaan : minta, harap


Minta semua peserta bersedia

- Silaan : sila, jemput


Sila masuk ( merujuk kepada arahan )
Silakan makan ( merujuk kepada perbuatan menjemput )

- Larangan : jangan, usah


Jangan berdiri di situ
Kata sendi
Contoh penggunaan ‘dari ‘ dan ‘daripada’ dalam ayat:

1) Perabot ini diperbuat dari kayu ( x )


Perabot ini diperbuat daripada kayu ( / )

2) Perjalanan Ahmad daripada Kuala Lumpur ke Kelantan mengambil masa selama 6


jam ( x )
Perjalanan Ahmad dari Kuala Lumpur ke Kelantan mengambil masa selama 6 jam ( / )

Formula:
- Penggunaan ‘dari ’ hanya merujuk kepada arah, tempat dan masa ( ATM )
- Selain yang merujuk kepada arah, tempat dan masa,
wajib penggunannya ‘daripada’
Kata pemeri

adalah ialah
- menunjukkan huraian - menunjukkan
atau keterangan. persamaan
- hadir di hadapan frasa - hadir di hadapan
adjektif dan frasa sendi frasa nama

Contoh penggunaan kata pemeri dalam ayat:

- Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok ( x )


Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok ( / )
- Agama rasmi Negara adaloh agama Islam ( x )
Agama rasmi Negara ialah agama Islam ( / )
Kesalahan menggunakan singkatan perkataan dalam ayat

Contoh singkatan perkataan yang sering


digunakan dalam ayat:

- Ada kerja kosong tak ( x )

Ada kerja kosong atau tidak ( / )


Apa perbezaan perkataan `baru’ dengan `baharu’
- ‘Baru’ ialah kata bantu manakala ‘baharu’ ialah kata
adjektif.

- ‘Baru’ kalau diterjemahkan ke bahasa Inggeris membawa


maksud just, manakala ‘baharu’ pula membawa maksud
new

- Dalam erti kata lain, ‘baru’ berkaitan dengan tempoh


masa yang belum lama berlalu

- Manakala ‘baharu’ (new) pula merupakan kata adjektif


yang menerangkan keadaan sesuatu yang berlawanan
sifatnya dengan ‘lama’ atau ‘buruk’ seperti yang terdapat
dalam contoh berikut: kereta baharu, baju baharu,
majalah baharu, pelajar baharu, guru baharu, kaedah
baharu, teknologi baharu dan sebagainya.
Contoh penggunaan ‘baharu’ dan ‘baru’ dalam ayat

. Dia baru tiba dari


Pulau Pinang

Beg baharu ini


untuk adik.

Ayah baru membeli kereta


baharu

You might also like