You are on page 1of 11

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN

AZLAN SHAH 31250 TANJONG RAMBUTAN

PERAK DARUL RIDZUAN.

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

TAHUN 3 SEMESTER 1

MAOR

( KLINIK ORTHOPEDIK )

CASE STUDY

TAJUK

KEPATAHAN TULANG FEMUR

NAMA : MUHAMMAD AZHAN HAMIZI BIN YUSRI

NO IC : 981009-02-5871

NO MATRIKS : BPP2019-0042

NAMA PENGAJAR :
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 3

PENCARIAN LITERATUR 6

PERBINCANGAN 7

RUMUSAN 9

RUJUKAN 10

Page | 2
PENGENALAN

Tulang femur merupakan sejenis tulang yang terletak pada bahagian kiri dan
kanan paha manusia. Tulang femur merupakan tulang yang terpanjang dan terkuat
dalam badan manusia dan merupakan salah satu pembekal darah dalam badan
manusia. Otot quadriceps merupakan otot yang melindungi kedua-dua kiri dan
kanan tulang femur. Terdapat bahagian yang berbeza pada tulang femur antaranya
ialah bahagian saf femur, kondilar, leher, trokanter dan kepala femur (head of
femur).

Kepatahan tulang femur sering kali berlaku kepada golongan tua pada usia 60
tahun keatas atau golongan wanita disebabkan oleh kerapuhan tulang akibat
kombinasi proses penuaan dan osteoporosis pasca menopause. Selain itu,
kemalangan yang melibatkan daya yang sangat kuat seperti kemalangan jalan raya
atau terjatuh daripada tempat yang tinggi juga akan menyebabkan kepatahan pada
tulang femur. Pesakit yang mengalami masalah pada tulang seperti osteoporosis dan
jangkitan pada tulang juga boleh menyebabkan pathologic femur fracture.

Terdapat dua klasifikasi kepatahan iaitu kepatahan terbuka dan tertutup.


Manakala jenis kepatahan yang selalu terjadi pada tulang femur ialah comminuted,
spiral, oblique dan transverse.

Kepatahan tulang femur yang sering terjadi pada bahagian proksimal femur
ialah di bahagian leher dan trokanter femur. Seterusnya kepatahan yang kerap
Page | 3
berlaku di bahagian saf femur pula ialah di bahagian tengah tulang femur dan
suprakondilar femur. Kepatahan tulang saf femur kebiasaannya akan menyebabkan
risiko pendarahan yang sangat teruk dan pesakit akan mengalami renjatan
hipovolumik.

PENYATAAN MASALAH

Page | 4
Nama : Mohd Hamid bin Hussain

RN : 7653

Umur : 55 Tahun

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Jantina : Lelaki

Status : Berkahwin

Pekerjaan : Pembantu Am Rendah

PENCARIAN LITERATUR

Page | 5
Kajian analisis statistik dari segi pemberian rawatan kepatahan menunjukkan
keputusan yang memuaskan dimana dalam 83% pesakit yang mengalami kepatahan
nondisplaced dirawat tanpa melakukan pembedahan. Manakala 64% daripada
pesakit yang mengalami kepatahan displaced yang dirawat dengan pembedahan
atau tanpa pembedahan turut mempunyai hasil yang memuaskan. (FrankChen,
2010)

Sylvia Anderson Price (1999), mendefinisikan kepatahan adalah


terputusnya kesinambungan pada tulang yang biasanya disebabkan oleh trauma.
Kepatahan jenis tertutup berlaku pada bahagian dalam badan dan tidak melibatkan
banyak kecederaan pada salur darah. Manakala kepatahan jenis terbuka
menyebabkan kecederaan salur darah yang boleh menyebabkan kehilangan banyak
darah dan berisiko mendapat jangkitan.

Menurut Douglas F Aukerman (2008), tulang paha mengandungi banyak


salur darah dan kepatahan boleh menyebabkan kehilangan darah yang ketara di
paha. Hal ini menyebabkan 40% dari kes kepatahan memerlukan transfusi darah
kerana kecederaan itu boleh mengakibatkan kehilangan darah sehingga 3 unit darah.

Whittle AP (2007), pembedahan untuk membaiki tulang adalah dinamakan


open reduction internal fixation (ORIF). Dalam pembedahan ini, pakar bedah akan
menggunakan alat-alat logam khas untuk membantu menyokong tulang sementara
tulang tersebut sembuh dengan memasukkan rod atau paku besar ke dalam pusat
tulang. Selain itu, plat diletakkan ke tulang dengan dipasang skru beserta bingkai
berada diluar kaki. Peranti ini dipanggil fiksator dalaman (internal fixation)

PERBINCANGAN DAN HUJAH

Page | 6
Tulang femur merupakan salah satu tulang panjang yang dilindungi oleh otot
paha dan tulang yang sangat kukuh dan kuat. Walaubagaimanapun, terdapat faktor
penggalak yang boleh menyebabkan peningkatan terhadap risiko kepatahan tulang
femur antaranya ialah faktor usia yang semakin meningkat. Selain itu, penyakit-
penyakit lain seperti kanser pada tulang yang menyebabkan anatomi tulang
berubah. Kekurangan kandungan kalsium dan fosforus dalam tulang boleh
mengundang penyakit osteoporosis yang menjadi penggalak kepada kepatahan
tulang femur akibat daripada kerapuhan pada tulang.

Seterusnya, kekurangan penyerapan vitamin D boleh menyebabkan


osteomalasia yang sering terjadi kepada kanak-kanak dengan dekalsifikasi progresif
pada tisu bertulang yang menyebabkan tulang menjadi lembut. Selain itu, kepatahan
tulang femur juga sering terjadi kepada pengamal sukan extreme di mana sukan
yang menggunakan daya yang kuat dan risiko untuk mendapat kepatahan tulang
femur sangat tinggi.

Sekiranya seseorang individu mengalami kepatahan pada tulang femur,


terdapat tanda-tanda yang boleh dilihat pada pesakit. Pesakit mengalami kehilangan
fungsi pada bahagian yang mengalami kepatahan dimana pesakit tidak dapat
menggerakkan kaki. Selain itu, keadaan bengkak pada kaki yang tercedera serta
kesakitan akibat berlakunya spasm pada kaki tersebut merupakan tanda lain
kepatahan. Pesakit juga menunjukkan keadaan ecchymosis iaitu hematoma yang
berlaku akibat daripada pengumpulan darah dan cecair pada kawasan yang
tercedera. Deformity turut berlaku di mana kaki yang tercedera lebih pendek
berbanding kaki yang tidak tercedera.

Kepatahan tulang femur perlu dirawat dengan segera kerana pesakit akan
mengalami komplikasi lain sekiranya ia lewat dirawat terutamanya kepatahan
terbuka yang menyebabkan pendarahan yang teruk seterusnya kehilangan banyak
darah boleh menyebabkan renjatan hipovolemik dan boleh menyebabkan kematian.
Hal ini disebabkan kerana tulang femur membekalkan banyak sel darah merah dan
pendarahan yang berlaku menyebabkan kehilangan isipadu darah yang teruk.
Page | 7
Oleh yang demikian, rawatan awal kepatahan diberikan bagi mengelakkan
berlaku komplikasi. Antara pengendalian awal kes ialah dengan immobilized kaki
yang tercedera dengan splint. Sekiranya telah didiagnosiskan pesakit mengalami
kepatahan tulang femur, close manipulative reduction (CMR) perlu dilakukan
sekiranya kepatahan yang dialami merupakan kepatahan displaced. Setelah
kedudukan tulang telah dibetulkan, aplikasi plaster of paris (POP) perlu dilakukan
bagi memastikan tulang tidak dapat digerakkan sepanjang tempoh penyembuhan.

Sekiranya pesakit mengalami kepatahan tertutup, aplikasi traksi perlu


dilakukan sama ada traksi kulit atau traksi skeletal bergantung kepada jenis
kepatahan yang dialami. Tujuan traksi dilakukan adalah bagi membetulkan
alignment tulang selain dari mengurangkan pergerakan bagi mempercepatkan
proses penyembuhan.

Selain itu, pesakit perlu mendapatkan rawatan pembedahan iaitu open


reduction internal fixation (ORIF) bagi membetulkan kedudukan tulang. Pembedahan
dilakukan bagi memasang besi seperti plat atau skru ke dalam tulang. Antara jenis
pembedahan yang dilakukan ialah seperti memasukkan Moore pin, Femoral Head
Prosthesis, Smith Peterson Nail, Dynamic Hip Screw dan sebagainya mengikut jenis
dan kawasan yang mengalami kepatahan.

RUMUSAN

Page | 8
Kepatahan femur mendatangkan pelbagai komplikasi kepada pesakit
sekiranya tidak dirawat seperti deformity pada tulang. Selain itu, komplikasi yang
mungkin terjadi selepas rawatan dilakukan ialah seperti mal union, non union atau
pesakit kemungkinan boleh mengalami infeksi pada tulang selepas pembedahan
dilakukan akibat daripada peralatan yang tidak steril digunakan semasa
pembedahan. Hal ini perlu di titik beratkan oleh pengamal perubatan demi kebaikan
kepada pesakit.

Antara langkah yang perlu di titik berat oleh pengamal perubatan ialah
dengan pemberian pendidikan kesihatan yang berkesan kepada pesakit selain
daripada penggunaan alatan steril semasa pembedahan dijalankan. Pesakit juga
perlu peka terhadap diri sendiri dengan mengikut nasihat yang diberikan oleh
pegawai perubatan.

Selain itu, pesakit bertanggungjawab dalam menjaga pemakanan bagi


mengelakkan kejadian mal union atau non union. Pemakanan yang perlu diambil
ialah diet yang tinggi dengan kandungan kalsium dan fosforus bagi mempercepatkan
penyembuhan tulang dan pembentukan semula tulang. Di samping itu, pesakit
haruslah kerap melakukan senaman selepas pesakit sembuh bagi mengelakkan dari
berlaku pengecutan otot yang boleh menyebabkan hilang keupayaan pesakit
menggerakkan kaki yang tercedera.

Oleh itu, penyembuhan tulang daripada kepatahan bergantung kepada


rawatan yang diberikan serta penjagaan kepatahan yang baik oleh individu yang
mengalami kepatahan tersebut.

RUJUKAN

Page | 9
AP, W. (2007). Medlineplus . Retrieved March 20, 2012, from Fractures of the
lower extrimity:
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/patientinstructions/000166.ht

Aukerman, D. F. (2008). Medscape. Retrieved March 22, 2012, from emedicine:


http://emedicine.medscape.com/article/90779-overview

Chen, F. (2010). Arthroplasty journal. Retrieved March 20, 2012, from article:
http://www.arthroplastyjournal.org/article/0883-5403(94)90099-

Price, S. A. (1999). Patofisiologi Konsep Klinik Proses Penyakit. Elsevier Health


Sciences.

Page | 10
KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

FORMAT PEMARKAHAN CASE STUDY

Nama pelatih: No. Matrik:

Tahun: Semester: Kawasan Penempatan:

Bil. Perkara Wajaran Skor Catatan


1 Pengenalan dan penyataan yang 10
jelas
2 Pencarian literatur yang lengkap 20
dan relevan
3 Perbincangan &hujah yang jelas, 40
kukuh serta menunjukkan keaslian
4 Rumusan yang padat dan konklusif 10

5 Sumber rujukan yang sesuai dan 10


mencukupi
6 Format:
-Kulit pakej yang jelas 2
-Bilangan perkataan seperti 2
ditetapkan 2
-Cetakan yang jelas dan bersih 2
-Penjilidan yang kemas 2
-Format mengikut yang ditetapkan
Demerit: -5
-Kesilapan ejaan >20 perkataan
JUMLAH

Tandatangan pemeriksa :................................................................

Nama :.................................................................

Tarikh :.................................................................

Page | 11

You might also like