You are on page 1of 8

吉打双溪铅中华学校

SJK(C) CHUNG HWA, SUNGAI YAN


06900 YAN, KEDAH

PERTANDINGAN NYANYIAN
SOLO LAGU PATRIOTIK
2021
ANJURAN
PANITIA BAHASA MELAYU

( KERTAS KERJA )

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU PATRIOTIK 2021


1.0 PENGENALAN

Lagu kebangsaan merupakan lambang kepada kedaulatan sebuah negara dan menjadi simbol kepada
suasana corak hidupan masyarakat di negara tersebut. Lagu Negaraku merupakan lagu kebangsaan dan
seluruh warganegara Malaysia diwajibkan untuk menghayati dan menghormati lagu Negaraku. Sejajar
dengan semangat 1Malaysia, Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Sungai Yan telah mengambil inisiatif
untuk mengadakan pertandingan nyanyian lagu Kebangsaan dan lagu patriotik. Lagu ini dipertandingkan
untuk menaikkan semangat cinta akan negara demi membina jati diri yang unggul.

2.0 OBJEKTIF
1) Untuk mendidik pelajar baru supaya dapat menghayati dan mencintai lagu Kebangsaan dan lagu
Patriotik
2) Untuk mendidik pelajar baru supaya melahirkan perasaan muhibbah melalui penghayatan lagu
1Malaysia, lagu negeri Sabah dan lagu Sekolah.
3) Melahirkan pelajar yang berjiwa merdeka dan sayang akan negara tercinta
4) Mewujudkan suasana yang patriotik dan perpaduan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah dan
warga SJKC Chung Hwa, Sungai Yan.
5) Mengembangkan bakat pelajar dalam bidang nyanyian lagu Kebangsaan dan lagu patriotik serta
membina semangat untuk membangunkan negara
6) Memberikan peluang kepada pelajar untuk bersaing sesama rakan dan membawa semangat
kerjasama tanpa mengira bangsa dan agama.

3.0 TEMA
PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG
“LAGU KITA JIWA KITA”

4.0 ANJURAN
Panitia Bahasa Melayu

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SJKC Chung Hwa, Sungai Yan

6.0 TARIKH
Jangka masa Progra :- : 25.08.2021 hingga 16.09.2021
7.0 TEMPAT
Di kediaman masing - masing

8.0 KERJASAMA
Panitia Muzik
Panitia Bahasa Inggeris
Unit Ko-kurikulum

9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA ( AJK )


PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU PATRIOTIK 2021
SENARAI AHLI JAWATANKUASA ( AJK )

Penasihat : Puan Ang Khang Teng

Pengerusi : Puan Yu Lei Sian

Naib Pengerusi : Puan Goay Ying Joo


Puan Hong Hooi Foon

Setiausaha : Puan Nor Syazwana binti Sukri ( Pelaksana )

Ajk : Puan Goay Ying Joo


( Guru Muzik Tahun 1 )
: Puan Yu Lei Sian
( Guru Muzik Tahun 2 dan 6 )
: Encik Heng Soo Sheng
( Guru Muzik Tahun 3 dan 5 )
: Encik Ooi Boon Teik
( Guru Muzik Tahun 4 )

Panel :

i. Tahap 1 : Ooi Boon Teik


: Wong Kuan Yun
: Ng Bee Lan

ii. Tahap 2 : Goay Ying Joo


: Chew Woei Hong
: Aishah binti Hamzah

10.0 TENTATIF PROGRAM


TENTATIF PROGRAM

BI TARIKH AKTIVITI CATATAN


L
1 22.08.2021  Kemukakan pertandingan Semua AJK
( Pertandingan Nyayian Solo Lagu Patriotik 2021 )
 Perbincangan perincian program
i. Tema
ii. Objektif
iii. Kumpulan Sasaran (Terbuka kepada semua
murid )
iv. Tarikh dan masa pertandingan
v. Cara Pelaksanaa Pertandingan
2 23.08.2021  Perancangan dan penetapan syarat pertandingan Puan Wana
 Penghasilan poster pertandingan
3 24.08.2021  Pemurnian syarat pertandingan Puan Yu
 Penetapan tarikh dan tempoh pertandingan Puan Wana
4 25.08.2021 –  Pelaksaaan pertandingan Semua guru
16.09.2021 subjek Pen.
 Murid menghantar rakaman
 Pelaksana memuat turun ke Youtube Muzik

5 19.09.2021 –  Penapisan dan pemilihan Panel


30.09.2021
 Memilih sekurang – kurangnya 3 video bagi setiap
kelas
 Penilaian video rakaman ( Google Form )
6 03.10.2021  Pengumuman keputusan pertandingan Pelaksana

11.0 PERLAKSANAAN
Pertandingan persembahan peringkat saringan ini akan diadakan pada tempoh yang telah diberikan. Murid –
murid perlu menghantar video rakaman kepada guru subjek Pendidikan Muzik masing – masing. Tiga
orang murid terbaik sahaja dipilih untuk mewakili kelas masing - masing. Jumlah kelas yang terbaik
peringkat saringan dipilih mengikut tahun adalah seperti berikut:

Tahap 1 : 3 kelas
Tahap 2 : 3 kelas
Jumlah : 6 kelas

12.0 SYARAT PERTANDINGAN


i. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SJKC Cung Hwa, Sungai Yan.
ii. Pertandingan ini adalah secara solo sahaja.
iii. Setiap video rakaman diperuntukkan 2 hingga 7 minit sahaja termasuk perkenalkan diri.
iv. Rakaman video nyanyian peserta tidak boleh di sunting dan menambah kesan – kesan suara (voice
v. effect) seperti reverb, echo, autotune dan sebagainya.
vi. Murid boleh menggunakan minus one semasa nyanyian.
vii. Lontaran vokal peserta perlulah jelas dan bersih dari sebarang gangguan bunyi yang lain (adalah
dibenarkan menggunakan mikrofon tanpa kesan effect echo atau reverb).
viii. Judul lagu hendaklah dipilih daripada senarai lagu-lagu pilihan di bawah sahaja. Sekiranya yang
dipilih bukan daripada lagu-lagu yang telah disenaraikan, penyertaan peserta akan dibatalkan.

o I. Setia - ciptaan:Datuk Ahmad Dasilah/Allahyarham Tan Sri Mohamad Rahmat


o II. Gemuruh - ciptaan : Aubrey Suwito/Faizal Tahir
o III. Negaraku -ciptaan : Ezra Kong/Mike Chan/Faizal Tahir
o IV. So Many Hands - ciptaan: Mia Palencia
o V. Warisan - ciptaan : Syed Haron/Sudirman
o VI. Standing in the eyes of the World - Ciptaan: David Gates/Wah Idris/Ella
o VII. Bahtera Merdeka - Nyanyian: Ella
o VIII. Sejahtera Malaysia - Nyanyian : Roy
o IX. Tanggal 31 - Ciptaan : Ahmad CB
o X. Jalur gemilang - Ciptaan : Tony Forseka

ix. Peseta hendaklak berpakaian kemas dan bersesuaian serta dilarang memakai pakaian yang mencolok
mata.
x. Peserta boleh mengguna alat bantuan seperti bendera, poster dan sebagainya.
xi. Setiap video yang dihasilkan perlulah diterapkan nilai-nilai murni tanpa menyentuh sebarang
isu sensitif dan perkauman.
xii. Pertandingan bermula dari 26 Ogos 2021 hingga 16 September 2021. Tarikh akhir penghantaran
video
xiii. adalah sebelum 16 September 2021. Video perlu dihantar kepada cikgu subjek Pendidikan Muzik
masing – masing.
xiv. Penghakiman adalah berdasarkan suara dan kreativiti video yang dihasilkan
xv. Keputusan hakim adalah muktamad.

13.0 SKEMA PERMARKAHAN

1) Mutu Suara ( 40 markah )


2) Tempo ( 30 markah )
3) Lirik ( 10 markah )
4) Pakaian ( 10 markah )
5) Persembahan

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah


1. (Tahap 1 dan Tahap 2)

Johan 2 x RM RM

Naib Johan 2 x RM RM

Ketiga 2 x RM RM

JUMLAH RM

15.0 PENUTUP
Dengan perlaksanaan program ini adalah diharapkan dapat melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik,
bertanggungjawab, sanggup berkorban dan menjadi warganegara yang seimbang daripada segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek sejajar dengan matlamat negara dalam membangunkan modal insan yang boleh
menyumbangkan kepada pembangunan negara. Selain itu, pertandingan dapat mengeratkan perpaduan kaum
di sekolah ini selaras dengan konsep 1Malaysia.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_________________ _________________ ______________________


(NOR SYAZWANA BINTI SUKRI) (YU LEI SIAN) ( ANG KHANG TENG)

Setiausaha Program PK Ko - Kurikulum Guru Besar SJK (C) Chung


Hwa

You might also like