You are on page 1of 14

PERHATIAN :

1. KAJIAN INI ADALAH CONTOH DAN RUJUKAN KEPADA PELAJAR UNTUK MEMUDAHKAN
PELAKSANAAN KAJIAN PT 3
2. DILARANG UNTUK MEMPLAGIAT/MENIRU KAJIAN

NAMA : MULIADY PAWANEI


KELAS : 3 ILHAM
SUBJEK/MATAPELAJARAN : KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3
GURU PEMERIKSA : CIKGU MORSIDY ABDUL NASIR

TAJUK KAJIAN :
ISU PENCEMARAN TANIH DI DESA
KENCANA, LAHAD DATU
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 JADUAL KERJA 1

2 PROSES AWAL 2-4


 KERANGKA KASAR
3 PROSES AKHIR
 Penghargaan 6
 Pendahuluan
4 Objektif dan kawasan kajian 7

5 Kaedah kajian 8

6 Dapatan kajian 8-12

7 Rumusan 12
JADUAL KERJA

BIL AKTIVITI TARIKH CATATATAN


1 Kertas soalan kajian lapagan Geografi Tingkatan 3 04/08/2021
diedarkan dan penjelasan lebih lanjut disampaikan
oleh guru mata pelajaran Geografi iaitu Cikgu
Morsidy Bin Abdul Nasir

2 Pemilihan tajuk yang khusus, objektif dan kaedah 05/08/2021


untuk kajian ditentukan

3 Pelaksanaan proses awal dan kerangka kerja 11/08/2021

4 Pelaksanaan dapatan kajian untuk kawasan yang 12/08/2021


dipilih, konsep dan takrifan, dan punca-punca
pencemaran

5 Pelaksaanan dapatan kajian untuk kesan dan 18/08/2021


langkah mengurangkan pencemaran

6 Proses akhir perlaksanan kajian untuk membuat 19/08/2021


rumusan serta melengkapkan dan memperbaiki
sebarang kekurangan dan setelah selesai hasil
kajian diserahkan kepada guru mata pelajaran

1
PROSES AWAL

2
Konsep dan Takrifan Pencemaran Tanih
- Perubahan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan
dan hakisan. Disebabkan oleh bahan pencemar dari perbuatan manusia dan kejadian alam.
*(berikan maksud pencemaran tanih secara ringkas)

Punca Pencemaran Tanih

- Disebabkan oleh kegiatan manusia


1. Aktiviti petanian - penggunaan racun serangga
2. Aktiviti perindustrian - sisa perindustrian tidak dikendalikan/lupuskan sebaiknya hanya dibuang dan
dikumpulkan di kawasan tertentu
3. Aktiviti komersial - peningkatan pembuangan sisa buangan dari kedai runcit dan kedai makan
4. Aktiviti harian manusia - pembuangan sisa domestik dari penduduk tanpa ada pengurusan yang
baik
*(Untuk lebih kemas digalakan membuat peta minda)

Kesan Pencemaran

*Contoh proses awal menggunakan peta minda

3
Cadangan Langkah Mengatasi

4
PROSES AKHIR
/DAPATAN
KAJIAN

5
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada
guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Cikgu Morsidy kerana telah memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja lapangan Geografi Tingkatan 3.
Saya juga ingin menyampaikan ucapan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya
(*nyatakan nama ibu bapa) kerana memberikan dorongan dan sokongan dari segi kewangan kepada
saya untuk membeli peralatan yang diperlukan bagi menyiapkan kerja lapangan ini.
Tidak lupa juga kepada sahabat saya (*boleh nyatakan nama untuk memberi penghargaan kepada
rakan) yang telah membantu dalam mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Akhir
sekali ucapan terima kasih kepada semua yang telah terlibat membantu saya menyiapkan tugasan ini.
*Pelajar boleh menambahbaik penghargaan mengikut kesesuain masing-masing

PENDAHULUAN
Walapun berhadapan dengan wabak Covid-19 yang melanda, pelaksanaan kajian lapangan Geografi
Tingkatan 3 adalah wajib duntuk semua pelajar Tingkatan 3 Tahun 2021 di SMK Desa Kencana sebagai
salah satu kompenan yang penting dalam penilaian kurikulum Geografi. Langkah-langkah keselamatan
adalah dititikberatkan. Oleh itu, kebanyakan maklumat yang saya kumpul untuk kajian ini adalah
melalui internet dan pemerhatian sahaja kerana mengelakkan interaksi dengan orang ramai.
Saya telah memilih tajuk kajian pencemaran tanih di kawasan tempat tinggal saya iaitu Desa Kencana,
Lahad Datu. Saya memilih lokasi ini kerana saya arif tentang kawasan tempat tinggal saya yang
memudahkan untuk mengumpul maklumat bagi melaksanakan kajian ini. Tempoh pelaksanaan kajian
ini adalah selama dua minggu bermula dari 4 Ogos 2021 sehingga 19 Ogos 2021.
*Pelajar perlu membuat pendahuluan mengikut kesesuain masing-masing

6
OBJEKTIF KAJIAN
1. Menghuraikan punca-punca berlakunya pencemaran di Desa Kencana
2. Kesan pencemaran kepada manusia dan alam sekitar di Desa Kencana
3. Cadangan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar yang terdapat di
Desa Kencana

KAWASAN KAJIAN
Desa Kencana merupakan salah satu daripada kawasan penempatan yang ada di Felda Sahabat. Jarak
Desa kencana ke bandar Lahad Datu lebih kurang 98 Kilometer. Terdapat 2 penempatan yang berbeza
di dalam Desa Kencana iaitu penempatan Sahabat 3 dan Sahabat 4/5. Di lokasi kajian saya mempunyai
2 buah sekolah rendah iaitu SK Sahabat 4 dan SK Sahabat 16 manakala sebuah sekolah menegah iaitu
SMK Desa Kencana. Desa Kencana juga terletak berhampiran dengan pusat pentadbiran wilayah
FELDA SAHABAT. Bentuk muka bumi kawasan kajian saya adalah berbentuk tanah pamah dan
lokasinya berdekatan dengan laut.
*pelajar boleh menghurai dengan lebih lanjut tentangg kawasan kajian masing-masing

7
Gambar penempatan di kawasan kajian Desa Kencana

SMK DESA KENCANA

KAEDAH KAJIAN
Oleh sebab terdapat kekangan untuk saya bergerak bebas dan turun ke lapangan kajian dan
berinteraksi dengan responden untuk mendapat maklumat disebabkan wabak penyakit COVID 19
maka sebagai langkah berjaga-jaga, bagi melaksanan kajian ini saya telah menggunakan dua kaedah
yang dominan iaitu :
1. Kaedah pemerhatian
2. Dapatan data melalui internet
*Pelajar boleh menambah kajian lain jika ada

HASIL KAJIAN/DAPATAN KAJIAN


1. Konsep dan Takrifan Pencemaran Tanih
Pencemaran tanih adalah proses perubahan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan
buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar

8
organik, kimia atau fizik. Kebanyakkan tanah yang tercemar adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti
manusia itu sendiri. Sebagai contoh ialah kegiatan perlombongan, pertanian, pembuangan sampah-
sarap dan sisa toksik.

Gambar pencemaran tanih

2. Punca berlakunya pencemaran tanih


Berdasarkan daripada hasil kajian saya dapat diketahui bahawa terdapat 4 punca utama yang
membawa kepada berlakunya pencemaran tanih di Desa Kencana. Antara faktor-faktor berikut adalah
I. Aktiviti pertanian
Penggunaan racun serangga secara berlebihan dalam aktiviti pertanian membawa kepada
pencemaran tanih yang teruk. Racun serangga merupakan bahan atau campuran bahan-bahan yang
digunakan untuk membunuh perosak. Campuran bahan kimia dalam racun serangga membawa kesan
kepada kesuburan dan kualiti tanih. Kehidupan dan kesuburan tanah tergantung dari banyaknya
mikroorganisme yang hidup di lapisan tanah. Pencemaran tanah akan merosakkan susunan kimia
tanah dan mengganggu kehidupan organisme yang hidup dalam tanah.
II. Aktiviti perindustrian
Sisa perindustrian yang tidak dilupuskan dengan baik turut membawa kepada pencemaran tanih.
Bahan sisa perindustrian yang terdiri daripada sisa toksik yang hanya dilupuskan dengan dilonggokkan
dan diletakakan di kawasan tertentu bawa impak yang buruk kepada tanih. Bahan toksik ini akan
meresap ke dalam tanah yang di bawa oleh air hujan menyebabkan tanih menjadi tidak subur.
III. Aktiviti komersial

9
Dataran iaitu kawasan kedai makan dan medan selera di Desa Kencana

Kawasan kedai runcit yang terdapat di Desa Kencana


Hasil buangan sisa daripada kedai runcit dan kedai makan di kawasan Desa Kencana yang tidak
diselengarakan dengan baik juga membawa kepada pencemaran tanih. Walaupun terdapat tempat
khas pembuangan sampah berhampiran dengan kegiatan ekonomi tersebut namun akibat tiada
pengurusan yang baik menyebabkan sampah bertimbun melebihi kapasiti yang sepatutnya.

Sampah bertimbun dan tidak diselenggara dengan baik

10
IV. Aktiviti harian manusia
Pembuangan sampah yang berlebihan daripada kegiatan seharian manusia juga turut menyumbang
kepada masalah pencemaran tanih. Jumlah penduduk yang ramai di Desa Kencana juga menyebabkan
jumlah sampah yang terhasil juga tinggi. Walaupun sisa seperti sisa makanan boleh dijadikan diproses
untuk dijadiakn baja, namun sisa seperti plastik yang mengambil masa 400 tahunn hingga 1000 tahun
untuk terurai membawa kesan yang buruk kepada tanih. Keadaan ini menyebabkan sisa plastik
memenuhi kawasan pelupusan sampah.

3. Kesan pencemaran tanih


Pencemaran tanih yang tidak terkawal membawa kesan kepada manusia dan alam sekitar. Dari segi
kesan kepada manusia yang pertama adalah penyebaran wabak penyakit. Kawasan longgokan
sampah yang tidak uruskan dengan akan menjadi tempat pembiakan haiwan pembawa penyakit
seperti tikus, lalat dan nyamuk aedes. Akibat penyebaran penyakit seperti taun dan jangkitan kencing
tikus. Terdapat juga beberapa kes jangkitan denggi di kawasan Desa Kencana kesan daripada kawasan
persekitaran yang kotor.
Bau daripada kawasan pelupusan sampah dan tong-tong sampah yang tidak diurus dengan baik turut
membawa kepada pencemaran bau. Kawasan persekitaran yang kotor juga menyebabkan keselesaan
penduduk setempat terganggu.
Selain itu, bahan pencemar yang terhasil daripada kegiatan ekonomi dan aktiviti seharian manusia
yang menyerap ke dalam tanih yang dibawa oleh air hujan menyebabkan kualiti dan kesuburan tanih
menjadi rendah. Hal ini akan membawa masalah kepada penduduk kampung di Desa Kencana yang
majoritinya menjalan aktitivti pertanian dan perladangan. Maka ekonomi penduduk akan terganggu.
Akhir sekali kesan daripada pencemaran tanih adalah habitat flora dan fauna terancam. Hal ini kerana,
bahan tercemar yang terdapat dalam racun serangga dan sampah buangan manusia akan
menyebabkan tumbuh-tumbuhan akan mati. Keadaan ini akan menganggu kitaran makanan haiwan
yang juga akan menyebabkan kematian.

4. Cadangan mengatasi
Bagi mengatasi masalah ini terdapat beberapa langkah yang dapat diambil antaranya,
penguatkuasaan undang-undang. Cara ini merupakan salah satu cara yang amat berkesan. Hukuman
dan dendaan yang lebih ketat dikenakan oleh pihak berwajib kepada individu mahupun organisasi
yang melakukan pencemaran tanih. Penguatkuasaan undang-undang oleh Jabatan Alam Sekitar untuk
menghukum pesalah-pesalah terbabit. Contohnya mengenakan hukuman penjara kepada sesiapa
yang membuang sisa berbahaya tanpa kebenaran.
Selain itu, cadangan lain pula adalah dengan mengamalkan kitar semula. Bahan buangan seperti
plastik, kertas dan kaca boleh digunakan semula ataupun dikitar semula. Bahan buangan ini
mempunyai nilai jika dijual kepada pusat barangan terpakai. Keadaan ini lebih menguntungkan

11
penduduk berbanding jika dibuang begitu sahaja. Sisa makanan pula boleh diproses untuk dijadiakan
baca tanaman. Dengan cara ini, maka jumlah pembuangan sampah akan berkurangan.
Cadangan lain pula adalah dengan menjalankan kempen kesedaran. Kempen ini bertujuan bagi
memberikan kesedaran kepada penduduk setempat tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Rasa
tanggungjawab terhadap alam sekitar perlu disemai dalam setiap diri lapisan masyarakat.
Manakala dari bangku sekolah lagi pelajar patut didik untuk menjaga kesejahteraan alam sekitar
melalui pendidikan Alam Sekitar. Pendidikan ini bagi memberikan kesedaran kepada generasi muda
tentang pentingnya penjagaan alam sekitar. Kaedah ini dilihat sangat berkesan kerana generasi muda
adalah penerus generasi akan datang.

PENUTUP
- Apa pengajaran yang kamu dapat daripada kajian ini.
- Apakah harapan kamu kepada diri sendiri dan masyarat untuk menjaga alam sekitar

12

You might also like