You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA PBS

TARIKH
TEMPAT :               DEWAN SERBAGUNA
MASA :               1.15 ptg – 2.30 ptg

KEHADIRAN :
1. En. Ali Bin Likal (GB)
2. Pn. Hamima Binti Teruki ( PK 1 )
3. Pn. Hajijah Binti Ojit ( PK HEM )
4. En. Ahmady Bin Musyairi (PKK)
5. Pn. Patimah Binti Rajali
6. Pn. Hasnah Binti Bale
7. Pn Noraniza Abdullah
8. En. Rody Bin Bujang
9. En. Mohd Khairul Shahrir Bin Osman
10. Pn. Marya Binti Hassim
11. Pn. Fadzillah Binti Abdul Hamid
12. Pn Sopiah Binti Sabawi
13. Ustaz Mohd Afifi Syazwan Bin Johari
14. Cik Noor Azreenda Binti Abdul Aziz
15. Pn Rafeah Binti Ramli
 

BIL PERKARA TINDAKAN

1. Kata Aluan Pengerusi Mesyuarat (GB )

1.1   Pengerusi mesyuarat merakamkan penghargaan dan


terima kasih  atas kehadiran guru-guru yang terlibat Pengerusi
dengan jawatankuasa PBS yang hadir untuk mesyuarat
pertama bagi tahun 2014.
1.2   Tujuan mesyuarat kali ini adalah bagi membincangkan;
pelan operasi sepanjang tahun bagi melaksanakan PBS.
1.3   Harapan pengerusi mesyuarat  agar aktiviti penjaminan
kualiti pada tahun ini dapat ditingkatkan lagi setelah
menadapat pujian Jemaah Nazir pada tahun lepas.

2. Taklimat Setiausaha Jawatankuasa PBS

2.1 Pembentukan A.J.K PBS


Pengerusi :
Timb. Penegrusi : Semua guru
N. Pengerusi 1 : Jawatankuasa

N. Pengerusi 2 :

Setiausaha PBS :

2.2 PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN


SEKOLAH (P.B.S) & PROGRAM PEMBUDAYAAN P.B.S

Pengesanan
Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan
keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

Objektif Pengesanan PBS adalah;

a. Mengenalpasti kekuatan dan keberkesanan instrumen


pentaksiran yang digunakan.
b. Meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan
dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran.
c. Mencadangkan penambahbaikan menyeluruh
instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

Jadual & Senarai Pegawai Pengesanan akan diberikan bersama


surat pelantikan.

Pementoran
Pementoran PBS adalah proses membantu, memudahcara dan
membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip
dan prosedur yang ditetapkan. Objektif pementoran
adalah;Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai
pelaksanaan dan pengurusan PBS dan SPPBS.

a. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan dan


pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.
b. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru
yang dibimbing / dimenti
c. Membantu guru menyelesaikan masalah
pelaksanan PBS
d. Membina rangkaian kerja dan hubungan
profesional antara mentor dan guru yang
dibimbing/menti

Jadual & Senarai Pegawai Pementoran akan diberikan bersama


surat pelantikan.

Penyelarasan
Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk
kepada Stanbdard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan
rubrik (deskriptor) sesuatu tugasan.

Objektif penyelarasan adalah seperti berikut;

a. Menyeragamkan skor pentaksiran yang diberikan oleh


guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor
dan evidens dalam dokumen standard prestasi.
b. Menyeragamkan skor Pentaksiran Pusat yang
diberikan oleh guru berdasarkan rubrik sesuatu
tugasan yang ditetapkan.
c. Memastikan kesahan dan kebolhpercayaan skor
dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.
d. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan
dan prestasi murid
e. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan
dan prestasi murid.
f. Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua
murid

Jadual & Senarai Pegawai Penyelarasan akan diberikan bersama


surat pelantikan.

Pemantauan
Pemantauan PBS ialah proses memastikan pelaksanaan PBS
mengikut prosdur dan garis panduan yang ditetatapkan.

Diantara objektif pemantauan PBS ialah;

a. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuh


b. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh
guru di sekolah.
c. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan
PBS oleh guru
d. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan
ketidakakuran.
e. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk
tujuan penambahbaikan.

Jadual & Senarai Pegawai Penyelarasan Skor akan diberikan


bersama surat pelantikan.

Pembudayaan & Sudut PBS


- Sudut PBS akan diperbaharui dan dikemaskini dalam bulan
Januari. Mohon guru yang ada masa lapang membantu
menceriakan papan maklumat PBS.
- Mohon pentadbir atau guru yang berada dalam PIBG
mewarwarkan tentang wujudkan PBS di dalam Pentaksiran
KSSR.
- Setiausaha dengan kerjasama Pn Nornadhirah akan
mewujdkan Pamplet tentang PBS dan akan diedarkan
semasa Mesyuarat PIBG kali pertama.
- Program Vocabulary in English, persembahan semasa
perhimpunan, pertandingan adalah salah satu program
pembudayaan PBS di sekolah.
- Pembudayaan PBS boleh ditingkatkan dnegan membuat
program sekolah dan menjemput ibu bapa memberi markah
seperti pertandingan melukis dan sebagainya. Juga
merupakan salah satu program Sarana Ibu Bapa.

2.3 Pengurusan Kes-Kes Khas

Setiausaha akan meminta maklumat murid-murid seperti;


- Tidak hadir dalam jangka masa laman
- Orang Kelainan Upaya (OKU)
- Sakit
- Lambat Pendaftaran
- Pulang daripada luar Negara
- Atlet yang memerlukan latihan luar ang lama
- Bertukar sekolah

Daripada guru kelas. Bagi murid bertukar, setiap guru


matapelajaran perlu menyertakan borang tansit dan
memasukkan skor dalam SPPBS online dan meneyrahkan
kepada Setiausah untuk dihantar ke sekolah baru (Fail
Perkembangan)
2.4 Maklumat Mata Pelajaran Baru Tahun 4 Yang
Memerlukan Pentaksiran;
Matapelajaran Duni Sains & Teknologi bertukar menjadi
Sains, manakala matapelajaran Dunia Muzik menjadi
Pendidikan Muzik dan Dunia Seni Visual menjadi
Pendidikan Seni Visual selain tambahan matapelajaran baru
seperti Reka Bentuk Teknologi (RBT) yang diajar bersama
dengan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK), dan
Sejarah.Matapelajaran lain yang telah dipelajari semasa
Tahun 1 hingga 3 masih sama.

2.5 Petaksiran Baru Murid Tahun 4 dari Bidang Psikometrik


dan PAJSK 2014.
i. Pentaskiran Psikometrik (Ppsi)
Jawatankuasa PBS menetapkan bahawa diadakan dua kali
setahun iatu penggal pertama dan penggal kedua di mana
soalan akan diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
dan ditadbir secara Pentaksiran Sekolah. Pentaksiran
Psikometrik dinilai daripada segi Aptitud dan Personaliti.
- Penilaia akan dijalankan di mana , pihak berkenaan akan
mengumpulkan murid, edar kertas soalan dan jawapan,
menerangkan tujuan ujian dijalankan dan murid menjawab
seterusnya skornya akan dinilaikan.
ii. Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah (Pp & Ps)
Jawatankuasa PBS dimaklumi bahawa Setiausaha belum
lagi ditaklimatkan perkara ini namun apa yang difahami
daripada pengetahuannya bahawa Pentaksiran Pusat
adalah berbentuk kajian lapangan, folio, amali dan
sebagainya dan dijalankan di sekolah. Soalan atau tugasan
akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM).

iii. Pentaksiran Amali Jasmani Sukan & Ko-Kurikulum


(PAJSK)
Jawatankuasa PBS dimaklumi bahawa GPK Ko-Ko sudah
ditaklimatkan tentang perkara ini dan dari pengetahuannya
bahawa Pentaksiran PAJSK di nilai daripada segi Amali
Jasmani (SEGAK & BMI), Sukan dan Aktiviti Ko-Kurikulum &
Ekstra Ko-Kurikulum.

2.6 Pengurusan Fail & Prekodan (Borang Transit)

Semua guru yang terlibat dengan Darjah 1, 2 & 3 masih


menggunakan fail perkembangan dan fail showcase. Sila isi
evidens dan boring transit. Jangan bertangguh kerja
memasukkan ke dalam online. Deskriptor tertinggi bagis
etiap band ditinggalkan dalam fail perkembangan.

Murid tahun 4 boleh guna fail perkembangan untuk


menunjukkan perkembangan pembelajaran dariapda tahun
1 hingga tahun 6 dan evidens boleh dilihat pada buku @
hasil kerja murid ataupun pada murid itu sendiri. Guru
dikehendaki merekodkan pentaksiran di dalam borang yang
telah dibekalkan semasa berkursus. Kesemua maklumat ini
akan dikumpulkan dan dimasukkan dalam satu fail
perkembangan untuk memudahkan penilaian apabila ibu
bapa hadir.

3. Hal-hal lain.

3.1 Semua guru dimaklumkan bahawa SPPBS akan beroperasi Semua guru
di bawah SPS dan akan mula beroperasi mulai 1 April 2014.
Bagi guru yang masih tidak memasukkan skor murid tahun
2013 boleh berbuat demikian di awal bulan April 2014.
3.2 Cikgu ___________mencadangkan agar setiap guru peka
dan segera menyiapkan kerja terbengkalai

4. Penutup.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang Semua guru


Disediakan oleh:                                      Disemak oleh; Disahkan
oleh;

.............................................                                  
(__________________________))
Setiausaha Jawatankuasa P.B.S

You might also like