You are on page 1of 2

PENERANGAN TUGASAN

Pelajar hendaklah memilih SATU pementasan atau persembahan sama ada (teater)
yang diadakan secara online. Cthnya. Pelajar yang ingin memilih filem klasik
Selendang Delima atau Gul Bakawali hendaklah menyalin dialog untuk dijadikan
sebuah skrip. Skrip itu akan digunakan untuk menyelesaikan PENILAIAN 2,3, 4 dan
5. Pelajar hanya perlu memilih SATU KARYA sahaja untuk kesemua tugasan.
Sebagai pengetahuan pelajar, filem klasik Selendang Delima dan juga Gul Bakawali
merupakan sebuah teater Bangsawan yang telah difilemkan.

PENILAIAN 2
Pelajar dikehendaki menulis sebuah esei yang berkaitan dengan topik pengajaran
dalam kuliah. Pelajar hendaklah memilih salah satu topik yang telah dibincangkan
iaitu antara topik tujuh (7) hingga topik lapan (8). Panjang esei hendaklah antara 2000
hingga 2500 patah perkataan. Sila gunakan jenis huruf (font) Tahoma, saiz huruf 12
dan langkau 1.5. Huraikan secara kritikal dan teratur berdasarkan perbincangan dalam
kuliah. (20 markah)
✓ TOPIK 7: Analsis Naratif Plot (Pilihan)
✓ TOPIK 8: Pendekatan Teori Dekonstuksi
✓ Esei hendaklah dalam format PDF
✓ HANTAR PADA : 6 DISEMBER 2021

PENILAIAN 3
Pelajar dikehendaki menulis sebuah esei yang berkaitan dengan topik pengajaran
dalam kuliah. Pelajar hendaklah memilih salah satu topik yang telah dibincangkan
iaitu antara topik sembilan (9) hingga topik sepuluh (10). Panjang esei hendaklah
antara 2000 hingga 2500 patah perkataan. Sila gunakan jenis huruf (font) Tahoma,
saiz huruf 12 dan langkau 1.5. Huraikan secara kritikal dan teratur berdasarkan
perbincangan dalam kuliah. (20 markah)
✓ TOPIK 9: Pendekatan Teori Psikoanalisis
✓ TOPIK 10: Pendekatan Teori Feminism
✓ Esei hendaklah dalam format PDF
✓ HANTAR PADA : 18 DISEMBER 2021
PENILAIAN 4
Pelajar hendaklah membentangkan hasil dapatan dalam Penilaian 5. Durasi video
pembentangan antara 5 hingga 10 minit dan dihantar menerusi Telegram atau
Youtube, pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Kriteria penilaian berdasarkan
berikut:
(a) Kejelasan dan keyakinan idea (5 markah)
(b) Penampilan (5 markah)

Pembentangan ini adalah berdasarkan tugasan dalam PENILAIAN 5.


Pelajar yang memilih untuk menghantar tugasan dalam YouTube boleh bagi link
sahaja. Pelajar hendaklah menyatakan medium yang digunakan untuk menghantar
pembentangan dalam PENILAIAN 4. Ini bagi memudahkan saya mencari tugasan
tersebut. Tulislah dalam sekeping kertas dan hantar dalam file Penilaian 4
✓ Esei hendaklah dalam format PDF
✓ HANTAR PADA : 30 DISEMBER 2021

PENILAIAN 5
Pelajar dikehendaki menulis sebuah esei yang berkaitan topik pengajaran dalam
kuliah. Pelajar hendaklah memilih salah satu topik yang telah dibincangkan yang
merangkumi topik sebelas (11) hingga topik duabelas (12). Panjang esei hendaklah
antara 2500 hingga 5000 patah perkataan. Sila gunakan jenis huruf (font) Tahoma,
saiz huruf 12 dan langkau 1.5. Huraikan secara kritikal dan teratur berdasarkan
pendekatan teori atau konsep yang telah dibincangkan dalam kuliah. (30 markah)
✓ TOPIK 11 & 12: Pemikiran Naskah (pilihan)
✓ Esei hendaklah dalam format PDF
✓ HANTAR PADA : 30 DISEMBER 2021

You might also like