You are on page 1of 6

Skrip Majlis Penyampaian Hadiah PSV 2021

Rania :
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Rania & Qistina Fayyadhah :


Assalammualaikum dan selamat datang ke
Majlis Penyampaian Hadiah, Panitia Pendidikan Seni Visual 2021.

Qistina :
Tetak buluh kajang sepuluh
Laksana dititing kias sebarat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dipohon biar selamat

Hadirin yang dihormati, bagi memberkati majlis pada petang ini, majlis ingin
menjemput saudara Muhammad Afi Izz dari 3 Teguh
untuk bacaan doa.

Marilah sama-sama menadah tangan mengangkat doa agar majlis kita yang ceria
pada petang ini diberkati dan berjalan lancar. Majlis mempersilakan.

(tgu selepas murid selesai bacaan doa)

Rania :
Amin amin ya rabbal alamin.
Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Tanpa membuang masa, majlis menjemput yang berusaha Cikgu


…………………………………………………………………………………
untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sepatah dua kata sekaligus merasmikan
Majlis Penyampaian Hadiah kita pada pagi ini.

(tgu sehingga Cikgu …………….cap tangan pada papan putih)

Qistina :
Terima kasih Cikgu Sugimin atas ucapan yang disampaikan.

Bagi memeriahkan majlis pada pagi ini, kami membawakan anda suatu
persembahan yang cukup istimewa. Mempersembahkan kepada anda buat julung
kalinya adik Sahishnu Raul dengan alunan muzik indahnya yg bertajuk
______________________.
Ayuh sama-sama dengarkan.

Begitulah indahnya alunan irama yang diperdengarkan. Terima kasih diucapkan.

Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput Cikgu Sugimin untuk naik ke pentas bagi
menyampaikan hadiah kepada para peserta yang berjaya meraih kejayaan.

Untuk makluman semua, Panitia Pendidikan Seni Visual telah menganjurkan


Pertandingan Mereka Cipta Kad Ucapan Kreatif Hari Guru dan Pertandingan
Mereka Cipta Kad Poster Digital Merdeka pada bulan Ogos yg lalu.
Dengan ini, majlis mempersilakan.

Dipersilakan pemenang bagi Pertandingan Mereka Kad Ucapan Kreatif Hari


Guru Peringkat Johor Bahru naik ke pentas.

Dijemput adik;
1. Dhiya Iman Arissa binti Md Rizal (3 Teguh)
2. Aniqah Husna binti Yusman (3 Tabah)
3. Nur Dayana Damia binti Khairul Anuwar (1 Tabah) X
4. Affan Fayyad binti Mustafah (4 Tabah)
5. Shaheera Ezzaty binti Saifulnizam (5 Teguh)
6. Fatin Mardhiah binti Nor Akbar (6 Teguh) X

7. Seterusnya, dijemput sekali lagi, adik Dhiya Iman Arissa binti Md Rizal (3
Teguh) naik ke pentas. Beliau telah memenangi tempat ketiga peringkat Daerah
Johor Bahru. Tahniah diucapkan.

Terima kasih Cikgu ………………………………………………kerana sudi


menyampaikan hadiah.

Rania:
Hadirin sekalian, jangan gusar jangan bimbang. Giliran anda akan tiba.
Seterusnya, tibalah masa yang dinanti-nantikan semua. Dipersilakan pemenang bagi
Pertandingan Mereka Cipta Poster Digital Merdeka Malaysia Prihatin naik ke
pentas.

Dijemput adik:
1. HARITH HAFIDH BIN RAFIZAN ( 1TEKAD)
2. NUR RIANA ERISSA ( 1 TAKWA)
3. DIAN NUR ADELIA BT AHMAD FARIS (1 TABAH)
4. IRFAN DANIAL (1 TEGUH)
5. ZARIN SOFIA BINTI MUHAMMAD TAUFIQ (2 TEKAD)
6. AMMAR FUDHAIL (2 TAKWA)
7. NURUL AUNI BINTI SHAHRUL AZHAN (2 TEKUN)
8. NURQASEH ZULAIKHA BT MOHAMMAD SHAHRIN (2
TEKAD)
9. DEWI DINARA BINTI MIZEN (2 TAKWA)
10. PUTERI NUR ALIANATASYA BINTI RAZALI (2 TEKAD)
11. MUHAMMAD SYAHRIYAR BIN SYAMSUL BAHARIN (2
TEKAD)
12. KASEH DHIA' KAISARA BINTI ZULKIFLI (3TEGUH)
13. KALIQ ASRAF BIN NOORMAN (3TAKWA)
14. MUHAMMAD KHAIRUL AIMAN BIN MOHD SAIFUDIN
(3TEKUN)
15. NUR AINA ATHIRAH BINTI MD FAUZI (3 TEGUH)
16. MUHAMMAD ANIQ AFIF BIN MOHD IDILL SHAH. 3 TEKAD

Terima kasih cikgu…………………………………………………….atas


kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Rania & Qistina : Tahniah kami ucapkan kepada para pemenang.

Qistina :
Majlis telahpun sampai ke kemuncaknya. Dengan ini, majlis sekali lagi menjemput
Cikgu Sugimin diiringi oleh Cikgu Dahlia selaku Ketua Panitia PSV SKTNP 2021
naik ke pentas utk menyampaikan cenderamata kepada juri yang mengadili
pertandingan serta cenderamata khas kepada tetamu jemputan hari ini. Majlis
mempersilakan.

Dijemput barisan juri Tahap 1


1. Cikgu Nurul Fatehah
2. Cikgu Amirah Atikah
3. Cikgu Nurul Huda Wahab
Dijemput pula barisan juri Tahap 2
1. Cikgu Dahlia
2. Cikgu Hasmah Daupin
3. Cikgu Ruzila Omar

Dan mempersilakan Cikgu Sugimin Ahmad untuk menerima cenderamata selaku


tetamu undangan hari ini.
(setelah selesai cgu dahlia sampaikan hadiah kpd cikgu sugimin)

Rania:
Terima kasih..
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka selesailah sudah majlis
ringkas kita pada petang ini. Pihak sekolah berharap agar murid-murid SKTNP1
sentiasa positif menyahut cabaran dalam pertandingan yang akan dianjurkan pada
masa akan datang.

Maaf daripada kami berdua andai ada tersalah bicara.


Terimalah pantun ini sebagai penutup bicara;

Qis : Bunga dedap di atas para


Rania : Anak dusung pasang pelita
Qis : Kalau tersilap tutur bicara
Sama2 : Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, wabilahhi taufik wal hidayah


Assalammualaikum…. wbt..

You might also like