You are on page 1of 16

68 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016

Kajian Literatur Terhadap Peranan Ulama


dalam Kemerdekaan Malaysia
FARID MAT ZAIN1, IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD2
& MOHD FAZMIE DERAMAN2

Abstrak
Ulama memain peranan penting dalam sesebuah masyarakat termasuk dalam
masyarakat Melayu. Penulisan mengenai ulama Melayu masih terhad. Kajian ini
meneliti tentang peranan ulama Melayu dalam perjuangan kemerdekaan menentang
British. Ulama kelompok yang di dianggap alim dalam ilmu agama, dipercayai turut
berperanan dalam perjuangan kemerdekaan. Objektif kajian ini ialah untuk meneliti
peranan ulama dalam perjuangan menentang British di Tanah Melayu di samping
menghuraikan bentuk penentangan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Seterusnya
makalah ini akan menilai hasil perjuangan dan pencapaian dalam perjuangan tersebut.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berteraskan kajian sejarah dan kajian
analisis kandungan. Data bagi kajian ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual.
Kaedah ini dipilih untuk membolehkan penulis menerangkan dan membuat interpretasi
sendiri terhadap sesuatu maklumat daripada sumber yang dirujuk. Analisis data pula
dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian daripada tinjauan
literatur mendapati kajian berkenaan dengan ulama dalam menuntut kemerdekaan masih
kurang diketengahkan oleh pengkaji termasuk sarjana luar. Walaupun ada kajian yang
menyentuh berkenaan dengan peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan, namun ia
hanyalah dikhususkan kepada tempat-tempat tertentu dan tidak menyeluruh.

Kata Kunci: Ulama, Kemerdekaan Malaysia.

Pengenalan
Peranan ulama sangat penting dalam memberi pendidikan agama kepada
masyarakat tempatan. Hal ini kerana ulama berkewajipan dalam mendidik
masyarakat supaya terdidik dengan pengetahuan agama dan pemikiran Islam
yang sebenar hingga dapat membentuk citra umat yang unggul, beriman dan
_________________________
1 Pensyarah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia
2 Graduan Sarjana, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia


Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 69

bertaqwa. Kegigihan para ulama membina komuniti Muslim yang akhirnya


telah membentuk masyarakat yang berpengetahuan dalam soal agama Islam
(Abdul Halim 1982: 9).
Ulama di samping dianggap alim dalam ilmu agama, mereka juga
dipercayai oleh orang ramai sebagai manusia yang berkat. Untuk mendapat
restu dan keuntungan hidup di dunia dan di akhirat, orang ramai mendekati dan
berbakti kepada ulama-ulama tersebut (Asiah 2002: 7). Di samping itu,
perasaan nilai nasioalisme dalam kalangan ulama Tanah Melayu sangat tinggi.
Ini seterusnya dapat dibuktikan dengan usaha dan tindakan ulama yang
berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada pengaruh kuasa asing.

Permasalahan Kajian
Permasalahan kajian ini bertitik tolak daripada kenyataan beberapa orang
sarjana mengenai peranan ulama bagi menuntut kemerdekaan. Antaranya:
Rahmat Saripan (2003: 233) yang menyatakan “…bibit-bibit perjuangan politik
bercorak keagamaan sepertimana yang dililhamkan oleh Haji Abdul Rahman
Limbong yang merupakan kegiatan yang unik kerana sudah ada bibit-bibit
persoalan tentang ‘state’ bercorak Islam dalam perjuangan menentukan
kemerdekaan dari campur tangan asing.”
Nik Anuar Nik Mahmud (2003: 225) juga turut menyatakan: “...di
Kelantan, kerana semangat jihad, Haji Mat Hassan (Tok Janggut) menubuhkan
gerakan menentang penjajah British di negeri Kelantan dengan menjadikan
Pasir Puteh sebagai pengkalannya.”
Sementara, Timah Hamzah (1991: Haji Abdul Rahman Limbong adalah
satu-satunya nama yang sering dihubungkaitkan dengan kebangkitan 1921-1928
di Terengganu, disamping ketokohan beliau sebagai ulama dalam penglibatan
dalam menentang penjajah asing...”
Seterusnya, Ishak Saat (2011: 69) turut sama menyatakan:“Perjuangan
Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir memainkan
peranan penting dalam usaha menentang penjajah di Tanah Melayu. Walaupun
perjuangan meraka tidak dapat menghalau keluar pihak penjajah secara
keseluruhnya, namun sedikit sebanyak berjaya meninggalkan impak dan
kesedaran ke atas masyarakat Melayu.”
Keempat-empat kenyataan tersebut menunjukkan bahawa ulama
sememangnya berperanan penting dalam usaha menuntut kemerdekaan.
Penglibatan para ulama ini sekaligus memberi perangsang serta harapan
mencapai kemerdekaan. Justeru dapat disimpulkan bahawa peranan ulama
sangat penting dan pencetus impian dan harapan mencapai kemerdekaan.
Kajian mengenai perkara pertama dilakukan dengan mengetengahkan
kajian-kajian berkenana ulama dan kemerdekaan Malaysia supaya terbukti
wujudnya peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan Malaysia.
70 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016

Persoalan Kajian
Persoalan yang timbul hasil daripada penyataan masalah yang dikenal pasti.
Antara persoalan kajian bagi makalah ini ialah:

1. Bagaimanakah ulama berjuang menuntut kemerdekaan?


2. Apakah bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama dalam menuntut
kemerdekaan?
3. Apakah pencapaian yang diperolehi oleh ulama dalam menuntut
kemerdekaan?

Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah:

1. Meneliti ulama yang berjuang menuntut kemerdekaan.


2. Menghurai bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama dalam
menuntut kemerdekaan.
3. Menilai pencapaian yang diperolehi oleh ulama dalam menuntut
kemerdekaan.

Metodologi
Kajian ini bersifat kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian berteraskan
kajian sejarah dan kajian analisis kandungan. Kajian ini merujuk kepada sumber
primer yng berautoriti berupa laporan-laporan British, serta karya ilmuan dan
ahli akademik serta sumber sekunder terdiri daripada karya intelektual semasa,
penulisan jurnal terkini dan lawan sesawang. Data bagi kajian ini dikumpulkan
menerusi kaedah tekstual. Kaedah ini dipilih untuk membolehkan pengkaji
menerangkan dan membuat interpretasi sendiri terhadap sesuatu maklumat
daripada sumber yang dirujuk. Analisis data pula dilakukan dengan
menggunakan pendekatan deskriptif

Analisis Tinjauan Literatur


Perbincangan tinjauan literatur yang berkaitan dengan peranan ulama dalam
menuntut kemerdekaan telah banyak dibincang dan dikupas oleh beberapa
pengkaji-pengkaji sebelum ini. Selayang pandang, ia seolah-olah telah turut
membabitkan peranan ulama, tetapi kebanyakan pengkaji agak cenderung untuk
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 71

mengaitkannya dengan pejuang Melayu yang memang menjadi prioriti


masyarakat dan paling mendapat tempat di hati masyarakat pada masa itu.
Sedangkan kajian secara khusus mengenai ulama dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan masih belum dikhususkan. Berdasarkan persoalan yang
dibangkitkan dalam rasional kajian, adalah penting untuk penulis melaksanakan
kajian seperti ini yang dapat memberikan jawapan yang lebih membina
penulisan ilmiah yang telah dilakukan mengenai ulama dalam menuntut
kemerdekaan Malaysia.
Penulis telah mencerakinkan tinjauan literatur ini kepada tiga tema utama.
Pertama, tinjauan literatur mengenai ulama yang berjuang menuntut
kemerdekaan. Kedua, tinjauan literatur mengenai bentuk penentangan yang
dilakukan oleh ulama menuntut kemerdekaan. Ketiga, tinjauan literatur
mengenai pencapian ulama dalam menuntut kemerdekaan.

Ulama yang Berjuang Menuntut Kemerdekaan


Terdapat kajian lepas yang menyentuh mengenai ulama dalam perjuangan
menuntut kemerdekaan. Antaranya ialah:
Kajian Nor Asikin Harun (2008M) melalui Disertasi Sarjana yang bertajuk
Peranan dan sumbangan ulama' di dalam perjuangan kermerdekaan Malaysia:
Satu kajian terhadap penglibatan ulama' di Perak merupakan kajian yang
memuatkan penglibatan ulama’ dan peranan yang dimainkan oleh ulama’ di
negeri Perak berjuang menunutut kemerdekaan Malaysia. Selain itu juga, kajian
beliau turut mengetengahkan sumbangan ulama dalam memperjuangkan
kemerdekaan Malaysia, khususnya ulama-ulama di negeri Perak pada ketika itu.
Walaupun kajian ini lebih menekangkan berkaitan dengan peranan ulama’
dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia, namun ia hanyalah
berfokus kepada ulama di negeri Perak sahaja, dan kajian berkaitan dengan
ulama-ulama lain di seluruh negeri semananjung Malaysia, mahupun di berneo
sumatera tidak diketengahkan.
Ridhuan Mohamad Nor & Mohd Fadli Ghani (2007M) menerusi buku
yang berjudul Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan, merupakan
kajian berkenaan sejarah perjuangan para ulama yang memikul tanggungjawab
meninggikan agama Islam dalam menggalas perjuangan menentang penjajah
Barat. Dalam kajian ini juga turut mengetengahkan beberapa orang ulama yang
bangkit berjuang meniup api perjuangan dalam menuntut kemerdekaan. Kajian
ini juga antara lain turut mengfokus berkenaan peranan ulama di rantau asia
barat yang mendorong dan mencetuskan semangat perjuangan menentang
penjajah.
Shafie Abu Bakar (1991M) dalam artikel yang berjudul Peranan ulama
dan kesannya terhadap sikap anti-penjajahan dengan rujukan pada pengajaran
tasawwuf Sayid Abdul Rahman bin Muhammad (Tok Ku Paloh) berasaskan
karangannya Ma'arif alLahfan pula telah membicarakan mengenai peranan
72 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016

ulama negeri Terengganu dalam berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia.


Kajian ini merupakan kajian yang lebih menonjolkan penglibatan ulama
Terengganu seperti Sayid Abdul Rahman Muhammad atau lebih dikenali
dengan gelaran Tok Ku Paloh melahirkan semangat anti-penjajahan oleh kuasa
asing di negeri Terengganu. Namun begitu, kajian ini lebih kepada kajian kitab
Ma’arif al-Lahfan yang juga merupakan kitab yang dikarang oleh ulama Tok
Ku Paloh dalam memberi sinar dan cahaya Tasawwuf. Timah Hamzah (1991M)
dalam bukunya Ulama dan kebangkitan anti-British: pembabitan Haji Abdul
Rahman Limbang pula membicarakan sejarah perjuangan ulama Terengganu
dalam menentang penjajahan British. Kajian ini lebih berfokus kepada peranan
dan pembabitan ualam Haji Abdul Rahman Limbong berjuang menuntut
kemerdekaan.
Kajian Abdullah Zakaria Ghazali (1985M) yang berjudul Kebangkitan
Anti-British di Semenanjung Tanah Melayu yang diterbitkan dalam buku
Sejarah Masyarakat Melayu Moden merupakan kajian yang banyak
mengisahkan berkaitan dengan sejarah perjuangan orang Melayu menentang
dan berjuang menunutut kemerdekaan. Pengkaji juga turut mengenengahkan
tindakan ulama serta rakyat yang bangkit menentang penjajah British di
semenanjung Malaysia. Kajian ini juga turut dilakukan secara menyeluruh iaitu
merangkumi negeri-negeri di semananjung Tanah Melayu, iaitu Perak, Naning,
Kelantan, Pahang, dan Terengganu. Sementara itu, pengkaji juga turut
menjelaskan ulama yang terlibat dalam perjungan menentang penjajahan British,
seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman
Limbong, Tok gajah dan Penghulu Dol’ said.
Sementara itu, Abdullah Zakaria Ghazali (2000M) juga dalam kajian
beliau yang berjudul Kebangkitan Terengganu: Gerakan menentang British
1922-1928 pula turut menghuraikan mengenai kebangkitan ulama dan rakyat
Terengganu unutuk berjuang menuntut kemerdekaan. Kajian ini bolehlah
dianggap sebagai pelangkap kepada kajian sebelum ini kerana beliau
menghuraikan secara terperinci mengenai kebangkitan ulama menentang
penjajahan British di Terengganu, seperti ulama Haji Abdul Rahman Limbong
yang secara jelas bangkit menentang pemerintahan penjajah British di negeri
Terengganu pada masa tersebut. Selain itu juga, kajian ini juga turut
mengetengahkan penglibatan sultan dan pembesar Terenganu bersama-sama
ulama berganding bahu menentang penjajahan British di negeri tersebut.
Namun begitu kajian ini hanya mengfokuskan berkaitan dengan gerakan
menentang penajajah British di negeri Terengganu sahaja, tanpa melibatkan
pembabaitan ulama lain selain ulama di negeri Terengganu. Manakala
Nurulakmar Ibrahim (1995M) dalam kajian disertasi sarjana beliau yang
berjudul Perkembangan politik Islam di Malaysia: tumpuan kepada pengaruh
Abdul Rahman Limbong dalam Pemberontakan Tani 1928. Beliau telah
membicarakan secara khusus berkaitan dengan pemberontakan Tani 1928 yang
sebahagian besarnya dipelopori oleh ulama serta pembesar Melayu Terengganu
berjuang menentang penjajahan British.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 73

Kajian Izziah Suryani binti Mat Resad @ Arshad (2013M) dalam Tesis
Doktor Falsafah yang berjudul Reaksi Pemerintah dan penduduk terhadap
pentadbiran British di Terengganu, 1919-1928 pula membincangkan mengenai
reaksi pemerintah dan penduduk Terengganu terhadap pentadbiran British.
Kajian ini diulas secara mendalam berkaitan dengan sejarah penjajahan British
di Terengganu serta maklumat berkaitan dengan peranan ulama dalam berjuang
menuntut kemerdekaan Malaysia turut dikupas secara detail. Selain itu, kajian
ini lebih mengfokuskan kepada reaksi pemerintah serta ulama yang pada masa
itu, melihat kesan buruk yang dibawa oleh penjajah British, terutamanya
melibatkan soal agama Islam dan adart istiadat Melayu Terengganu.
Penerangan tentang penantangan menentang penjajah British di Terengganu
dikupas dengan teliti sambil disertakan lampiran gambar yang menarik untuk
diteliti.
Seterusnya Burhanuddin Abdullah (2009M) dalam Tesis Doktor Fasafah
beliau yang berjudul Pemerintah dan Ulama dalam Menghadapi Ancaman
Kuasa Asing di Terengganu: dari Tahun 1888 Hingga 1948 pula
membincangkan berkaitan peranan pemerintah dan ulama dalam menghadapi
ancaman kuasa asing di Terengganu. Ancaman ini samaada berbentuk politik,
ekonomi dan juga pendidikan. Kajian berhanuddin ini juga merupakan salah
satu kajian yang banyak menyentuh berkaitan dengan ulama Terengganu dalam
perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia. Walaupun kajian ini hanya
mengetengahkan peranan ulama Terengganu dalam perjuangan kemerdekaan,
namun ia juga turut menyentuh berkait dengan usaha-usaha ulama dari negeri
jiran yang membantu menuntut kemerdekaan.
Kajian Nik Mohamed Nik Mohd Salleh (1986M) yang berjudul Tentangan
Orang-orang Melayu Kelantan Terhadap Malayan Union yang diterbitkan
dalam buku Warisan Kelantan V pula lebih tertumpu kepada tentangan
masyarakat Kelantan termasuklah ulama dan pembesar Kelantan menentang
rancangan British untuk mewujudkan Melayan Union. Kajian ini juga turut
mengenengahkan beberapa ulama seperti Tok Janngut yang secara terang
menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan. Selain itu Zulkifli
Mohd Noor (1998M) yang berjudul Malayan Union dan Sikap Orang-orang
Melayu, khasnya Orang-orang Melayu Kelantan yang di terbitkan dalam buku
Warisan Kelantan XVII juga turut mengetengahkan berkaitan sikap orang-orang
Melayu Kelantan terhadap Malayan Union. Sementara itu, kajian ini juga turut
sama dalam memberi maklumat berkaitan dengan penentangan ulama Kelantan
dalam memperjuangan kemerdekaan negera. Penentangan itu samaada dalam
bentuk politik mahupun pendidikan.
Sementara Kajian Nik Anuar Nik Mahmud (2003M) yang berjudul
Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan Gema Jihad di Bumi Serambi Mekah
yang diterbitkan dalam Pejuang-pejuang Kemerdekaan pula berkait dengan
peranan ulama Kelantan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Kajian ini
lebih mengfokuskan kepada usaha serta tindakan ulama Tok janggut dalam
berjuang menegakkan agama Islam di Kelantan daripada penjajahan kuasa
74 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016

asing. Perjungaan tok janggut merupakan adalah salah satu daripada tindak
balas selepas pihak panjajah British melaksanakan pelbagai pembaharuan yang
sekaligus bertentangan dengan agama Islam. Cheah Boon Kheng (2006M)
dalam To’ Janggut: Legends, Histories, and Perceptions of the 1915 Rebellion
in Kelantan pula turut membincangkan mengenai sejarah perjuangan
menentang penjajahan kuasa asing di negeri Kelantan.
Manakala, kajian Syed Muhammad Dawilah al-Edrus dan Nik Haslinda
Nik Hussin (2007M) yang berjudul Syeikh Abdullah Fahim: tokoh intelek
Melayu dan pejuang kemerdekaan adalah merupakan kajian secara khusus
berkaitan ulama Syeikh Abdullah Fahim dalam perjungan menuntut
kemerdekaan. Dalam kajian ini, antara lain pangkaji turut menyatakan secara
jelas berkaitan dengan gerakan serta usaha ulama Pulau pinang ini bagi
melahirkan semangat kebangsaan kepada rakyat pulau pinang dan sekaligus
melahirkan semangat perjungan untuk memerdekakan tanah air dari penjajahan
kuasa asing.
Kajian Buyong Adil (1983M) yang berjudul Perjuangan Orang Melayu
Menentang Penjajahan Abad 15-19 pula merupakan kajian yang menyeluruh
yang membincangkan berkaitan dengan perjuangan orang-orang Melayu
menentang penjajahan kuasa asing. Kajian ini juga turut membincangkan
mengenai kisah orang Melayu menentang bangsa asing yang cuba menjajah
negeri-negeri Melayu iaitu Melaka, Johor, Naning, Selangor, Kedah, Perak,
Pahang dan Kelantan serta Terengganu. Selain itu juga, kajian ini
membincangkan penentangan bangsa Melayu terhadap penajajahan asing di
Tanah Melayu. pengkaji juga menjelaskan peranan yang dimainkan oleh ulama
dalam perjuangan menentang penjajah asing seperti Tok Janggut di Kelantan.
Abdul Rahman Abdullah (1994M) dalam kajiannya yang berjudul
Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia 1511-1950: Pengaruh Agama dan
Tarikat. Kajian ini merupakan kajian yang menfokuskan berkaitan dengan
gerakan menentang penjajahan kuasa asing di Malaysia. Dalam buku ini,
Pengkaji membincangkan kisah-kisah sejarah perjuangan bangsa dan penduduk
tanah air dalam menentang penaklukan dan penjajahan sejak tahun 1511 hingga
1950. Pengkaji juga turut menekankan faktor agama sebagai pencetus semangat
dan kesedaran rakyat untuk bangun menentang penjajahan dengan semangat
jihad. Keterlibatan ulama dalam meneruskan perjuangan menentang penjajahan
asing turut disentuh oleh pengkaji. Justeru faktor agama di beri penakanan
dalam penulisan kajian ini oleh pengkaji sebagai pencetus semangat dan
kesedaran dalam menghadapi cabaran penjajahan dan sekaligus menuntut
kemerdekaan Malaysia.
Hasini Bakir (1992M) dalam kajiannya Peranan ulama dalam konteks
sejarah perkembangan agama Islam di Sarawak sebelum merdeka kajian
khusus di Kuching, pula merupakan antara kajian yang membincangkan
berkaitan dengan sejarah perkembangan Islam di Serawak sebelum merdeka.
Pengkaji menerangkan secara terperinci berkaitan dengan sejarah
perkembangan agama Islam di Serawak pada masa tersebut. Kajian ini juga
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 75

turut menonjolkan beberapa ulama dalam menyebarkan serta berjuang


memartabatkan agama Islam di negeri Serawak. Selain itu, pengkaji juga turut
membincangkan beberapa isu yang menjadi pertikaian dalam perjungan ulama
menuntut kemerdekaan Malaysia. Namun begitu, ia tidaklah dijelas secara
terperinci berkaitan dalam usaha ulama menuntut kemerdekaan Malaysia.
Kajian Bariyah Basirah & Ishak Saat (2015) yang berjudul Ulama &
Politik Kedah 1842-1960 pula merupakan kajian yang terbaru dalam melibatkan
perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia. Dalam kajian ini pengkaji
mengetengahkan peranan dan sumbangan mereka yang sama-sama membantu
pemerintah untuk mentadbir sebuah negera khususnya kesultanan Melayu
Kedah. Selain itu juga, pengkaji turut memaparkan peranan ulama dalam
masyarakat khusunya dalam bidang pendidikan dalam usaha membentuk
masyarakat yang rabbani. Perjuangan ulama dalam menentang penjajahan kuasa
asing juga turut diketengahkan dalam kajian ini, khususnya perjuangan ulama
Kedah dalam menuntut kemerdekaan.
Kesimpulannya, kajian berkaitan ulama dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan Malaysia lebih bersifat umum dan tidak dikhususkan kepada
keseluruhannya. Jika kajian itu turut menyentuh mengenai penentangan ulama
dalam perjuangan kuasa asing sekalipun, ia sama sekali tidak memperincikan
mengenai keseluruhanyan kajian perjuangan ulama dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan Malaysia.

Bentuk Penentangan yang Dilakukan oleh Ulama


Berjuang Menuntut Kemerdekaan
Terdapat kajian lepas yang dirujuk oleh bagi yang membincangkan mengenai
bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama yang berjuang menuntut
Kmerdekaan Malaysia. Antaranya ialah:
Abdullah Zakaria Ghazali (2013M) yang berjudul Kebangkitan Tok
Janggut 1915 dan Notis memberitahu serta perawa-wa notis yang diterbitkan
dalam Warisan Kelantan XXXII memaparkan secara kronologi berkaitan dengan
penentangan ulama Kelantan dalam menentang penjajahan asing di negeri
Kelantan. Pengkaji juga turut membincangkan usaha dan kaedah yang
dilakukan oleh ulama Tok Janggut bagi menyedarkan masyarakat Kelantan
pada masa itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh
pegawai-pegawai British yang menindas rakyat Kelantan. Kajian ini juga antara
lain membincangkan secara khususnya sejarah awal kebangkitan Tok Janggut
dalam menuntut kemerdekaan Malaysia. Selain itu Abdullah Zakaria Ghazali
juga turut membincangkan bentuk penentangan ulama Tok Janggut tersebut
dalam artikel beliau yang berjudul Kebangkitan Tok Janggut 1915 dan Naskhah
Sejarah peperangan Tok Janggut (1982M) yang diterbitkan dalam buku
Warisan Kelantan XXV. Kajian ini mendedahkan aspek politik, sosial, ekonomi
76 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016

dan agama adalah faktor utama penentangan ulama Tok Janggut menentang
penjajahan asing di negeri Kelantan pada masa tersebut. Selain itu, pengkaji
juga turut menerangkan secara ringkas beberapa kaedah yang digunapakai oleh
ulama Kelantan dalam menuntut kemerdekaan.
Kajian Alias Mohamed (1984M) yang berjudul Gerakan Sosial & Politik
Kelantan pula membicarakan mengenai sejarah ulama-ulama Kelantan dalam
menyebarkan agama Islam di Kelantan pada abad ke-19 dan ke-20M. Selain itu
juga pengkaji juga turut membicarakan gerakan sosial dan politik Melayu
Kelantan yang sebahagian besarnya dipelopori oleh ulama-ulama terkenal di
negeri Kelantan, seperti Tok Kenali, Mufti Kelantan Haji Ahmad Mahir yang
menubuhkan majalah Pengasuh yang berperanan besar dalam mengerakkan
bidang dakwah melalui media penulisan. Selain itu juga, pengkaji juga turut
mengfokuskan bidang akedemik yang diaggap paling penting dalam
mneyedarkan rakyat Kelantan untuk sedar akan kepentingan pendiddikan serta
melahirkan semangat perjungan menentang penjajahan British sekaligus
menuntut kemerdekaan Malaysia. Melalui bidang akademik juga, pengkaji
mengetengahkan bidang politik seterusnya kegiatan kesusteraan dan
kewartawanan yang berfungsi sebagai medium gerakan penentangan menuntut
kemerdekaan Malaysia.
Mohd Isa Othman (1999M) dalam karyanya Gerakan Protes Dalam
Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad ke-19 dan Awal Abad ke-20 turut
membicarakan mengenai bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang
Melayu yang menentang penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu. Dalam
kajian ini, pengkaji juga turut membicakan bentuk penentangan melalui protes
yang dilakukan oleh sebahagian ulama di negeri Kelantan, Naning, Perak,
Pahang, Kedah, Teregganu, Sabah dan Serawak. Selain itu juga dalam kajian ini,
pengkaji turut mengetengahkan pertubuhan politik yang bercorak agama dalam
melaksanakan protes kepada tindakan penjajah asing di Tanah Melayu, contoh
protes bercorak agama yang dibincangkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah
gerakan Kaum Muda (KMM). Abdul Rahman Ismail (2006M) melalui artikel
beliau yang berjudul Perjuangan Kemerdekaan dan Nasionalisme Melayu:
Wacana Persejarahan yang diterbitkan dalam Nasionalisme dan Revolusi di
Malaysia dan Indonesia membicarakan mengenai perjuangan kemerdekaan dan
nasionalisme orang Melayu menuntut kemerdekaan Malaysia. Pengkaji
menerangkan secara ringkaas berkaitan dengan gerakan dan bentuk
penentangan yang dilakukan oleh ulama di Tanah Melayu bagi menuntut
kemerdekaan. Antara bentuk pennetnagan yang dibicarakan oleh pengkaji ialah
melalui penulisan karya yang menggerakan semangat perjuangan menentang
penjajah asing di Tanah Melayu. Antara karya yang dianggp memberi kesan
kepada gerakan menuntut kemerdekaan ialah novel perjungan seperti Keris
Melaka. Penulisan karya tersebut, dilihat sebagai medium untuk mengerakkan
semangat nasionalisme sekaligus berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia.
Kajian Muhammad Abu Bakar (1991M) yang berjudul Ulama Terengganu:
Sautu Sorotan pula banyak membicarakan berkaitan sejarah dan kebangkitan
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 77

ulama di Terengganu. Dalam penulisan ini, pengkaji turut mengetengah


beberapa ulama terangganu yang menjadi pelopor kepada penentangan
penjajahan kuasa asing, antara ulama yang terlibat sama dalam kebangkitan
anti-British yang dijelakan oleh pengkaji ialah Haji Abdul Rahman Limbong
(1991: 190). Selain itu juga, pengkaji turut memberi penjelasan tentang ulama
pondok dalam politik kepartian dalam menunutuk kemerdekaan Malaysia.
Pengkaji turut membicarakan mengenai unsur keagamaan dalam perjuangan
menuntut kemerdekaan Malaysia. Sementara itu Timah Hamzah (1991M) juga
turut membincangkan gerakan penentangan yang dipelopori oleh ulama
Terengganu dalam artikel beliau yang berjudul Ulama dan kebangkitan anti-
British: pembabitan Haji Abdul Rahman Limbang, antara lain, pengkaji turut
mengetengahkan beberapa gerakan penentangan yang dipelopori oleh ulama
Haji Abdul Rahman Limbong dalam perjunagan menuntut kemerdekaan
Malaysia.
Sementara Kajian Md. Salleh Md. Gaus (1984M) yang berjudul Politik
Melayu Pulau Pinang 1945-1957 pula ada membincangkan berkaitan dengan
gerakan politik Melayu di negeri Pulau pinang sebagai salah satu daripada
usaha menuntut kemerdekaan Malaysia. Pengkaji dalam kajian ini ada
menyatakan secara ringkas berkaitan dengan penentangan orang Melayu
terhadap kerajaan Malayan Union yang dibincangkan dalam bab kedua dalam
kajian ini. Sementara itu dalam kajian ini juga, pengkaji turut sama
mengetengahkan keterlibatan ulama pulau pinang dalam berjuang menuntut
kemerdekaan Malaysia. Antara lain ialah melalui suara politik serta bentuk
penentangan memalui penulisan karaya mahupun akhbar-akhbar yang berfungsi
sebagai medium berkesan bagi melahirkan semangat kebangsaan dalam
kalangan rakyat sekaligus berjuang bersama-sama menentang penjajahan kuasa
asing setrusnya mencapai kemerdekaan.
Kajian Khong Kim Hoong (1984M) yang berjudul Merdeka: British Rule
and The Independence in Malaya, 1945-1957. Kajian ini merupakan kajian
berkenaan dengan peraturan penjajah British sebelum mencapai kemerdekaan.
Dalam kajian ini juga, pengkaji turut menyentuh berkaitan dengan usaha dan
tindakan yang dilakukan oleh para ilmuan agamawan untuk menyedarkan
masyarakat Melayu supaya bangkit menentang pencerobohan dan penindasan
yang dilakukan oleh penjajah British. Dalam membangkitkan semangat untuk
memerdekakan tanah air, pengkaji juga turut mengetetngahkan ulama
berperanan penting dalam mengerakkan perjungan menuntut kemerdekaan
Malaysia melalui unsur agama Islam iaitu berjihad menentang penjajah asing.
Karya Roff (1994M) yang berjudul The Origin of Malay Nationalism
merupakan kajian berkenaan semangat nasinalisme dalam kalangan orang
Melayu menuntut kemerdekaan. Dalam kajian ini, Roff juga membicarakan
gerakan yang dipelopori oleh golongan cendikiawan yang bertindak sebagai
pencetus kepada gerakan menentang penjajahan British di Tanah Melayu
melalui semangat kebangsaan. Antara lain juga, roff juga turut mengetengahkan
keterlibatakan ulama dalam melahirkan semangat nasionalisme dalam kalangan
78 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016

masyarakat Melayu seterusnya berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia.


Kesimpulannya, elemen utama yang difokuskan ialah mengenai bentuk
penentangan yang dilakukan oleh ulama di Tanah Melayu khususnya dalam
melahirkan semangat kebangsaan dan sekaligus menuntut kemerdekaan
Malaysia.

Pencapain Ulama dalam Gerakan Menuntut


Kemerdekaan Malaysia
Terdapat kajian lepas yang dirujuk oleh penulis yang membincangkan mengenai
pencapaian ulama dalam gerakan menuntut kemerdekaan Malaysia, antaranya
ialah:
Shukri Ahmad (2011M) dalam karyanya Pengaruh Pemikiran Ulama di
Semenanjung Malaysia akhir abad ke-20, telah membincangkan berkenaan
dengan peranan ulama Semenanjung Malaysia pada abad ke-19 hingga abad ke-
20. Sementara itu, Shukri juga turut menjelaskan berkenaan implikasi peranan
ulama Semenanjung Malaysia akhir abad ke-20. Antara lain juga, kajian ini
turut mengetengahkan keterlibatan ulama dalam memberi pendidikan serta
melahirkan semangat perjuangan dalam kalangan rakyat untuk bangkit berjuang
menunutut kemerdekaan Malaysia. Pertubuhan yang dipelopri ulama seperti
Hizbul Muslimin dianggap sebagai salah satu pertubuhan Islam bagi memberi
satu sinar Islam dalam menuntut kemerdekaan Tanahair. Sementara itu juga,
dalam kajian ini, pengkaji turut menjelaskan berkenaan situasi ulama pada
ketika itu yang mengalami perubahan pemikiran, iaitu muncul ulama tradisional
dan ulama reformis yang tercetus pada masa tersebut.
Kajian Timah Hamzah (1981M) dalam karyanya yang berjudul
Pemberontakan Tani 1998 di Trengganu: Satu Kajian Ketokohan dan
Kepimpinan Haji Abdul Rahman Limbong. Dalam kajian ini, pengkaji bukan
sahaja membincangkan berkenaan perjuangan rakyat Trengganu menentang
penjajahan Barat, tetapi juga turut menerangkan berkenaan perjuangan tokoh
ulama Melayu iaitu Haji Abdul Rahman Limbong dalam perjuangan menentang
penjajahan Barat. Sementara itu pengkaji juga turut menerangkan secara
terperinci peranan dan pengaruh Haji Abdul Rahman Limbong dalam
masyarakat Trengganu pada tahun 1920-an. Yang mena mengfokuskan kepada
pemberontakan 1928 yang ditinjau dari aspek agama. Selain itu juga, pengkaji
turut membincangkan berkenaan faktor yang mencetuskan kebangkitan
perjuangan menentang penjajahan Barat serta kesannya kepada masyarakat tani
serta ulama Haji Abdul Rahman Limbong dalam perjuangan beliau menuntut
kemerdekaan Terengganu.
Abdullah Zakaria Ghazali (2007M) dalam artikelnya Sejarah Malaysia:
Sorotan Masa lalu , ikhtibar hari ini dan Akan Datang menyatakan berkenaan
sejarah perjuangan masyarakat Melayu berjuang menentang penjajahan Barat.
Antara lain, dalam artikel ini, pengkaji juga turut mengetengahkan beberapa
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 79

tokoh pejuang Melayu dan ulama yang terlibat langsung dalam gerakan
menuntut kemerdekaan. Penglibatan ulama ini dapat dilihat pada beberapa buah
negeri di Semenanjung Tanah Melayu seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang,
Perak dan beberapa negeri lagi di Semenanjung Tanah Melayu. Penglibatan
ulama dalam menyebarkan dakwah melalui media massa serta karya juga adalah
merupakan bentuk penentangan yang paling berkesan dalam melahirkan
semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat seterusnya melahirkan perasaan
untuk berjuang menuntut kemerdekaan.
Dalam satu kajian lain, Mohd. Samsudin (t.th) dalam artikelnya yang
bertajuk Perjuangan Tok Janggut: satu realiti kepada kebangkitan
nasionalisme, pula menyatakan mengenai sumbangan tokoh ulama Kelantan
iaitu Tok Kenali dalam membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan
rakyat Kelantan untuk berjuang menuntut kemerdekaan. Dalam artikel ini juga,
pengkaji turut menyatakan beberapa sumbangan yang lain yang dilahirkan oleh
ulama Tok Janggut dalam usaha untuk memberi kesedaran akan kepentingan
berpegang teguh kepada ajaran Islam dan kebergantungan kepada Maha
Pencipta. Sementara itu, Abdul Matin Abdul Rahim (1999M) dalam karya yang
bertajuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan sumbangannya dalam bidang
pendidikan, politik dan sosio-ekonomi pula membicarakan mengenai
sumbangan ulama dalam menuntut kemerdekaan melalui bidang pendidikan,
politik dan sosio-ekonomi. Dalam karya ini juga, pengkaji turut
mengetengahkan sumbangan ulama tersebut dalam meneruskan dakwah serta
membangkitkan semangat nasionalisma dalam kalangan masyarakat Melayu
untuk berjuang menuntut kemerdekaan.
Jamdin Buyong (2000M) dalam artikelnya yang berjudul Perjuangan
Kemerdekaan di Sabah: Satu Kesinambungan Cetusan Kebangkitan Islam yang
diterbitkan dalam Kertas Kerja: Seminar Penghayatan & Pengukuhan
Kemerdekaan Malaysia. Dalam kajian ini, Jamdin menerangkan secara khusus
berkaitan dengan perjuangan orang Melayu Sabah dalam menuntut
kemerdekaan, antara lain elemen ini adalah hasil daripada kesinambungan
cetusan kebangkitan Islam pada masa itu. Kebangkitan Islam di sabah juga
merupakan salah satu daripada usaha para ulama dalam membangkitkan
semangat perjuangan menuntu kemerdekaan Malaysia. Manakala Abdullah
Zakaria (2000M) menerusi artikelnya yang bertajuk Darah, Keringat, dan
airmata: menjejaki dan menghayati perjuangan pribumi menentang penjajah.
Dalam artikel ini membincangkan berkaitan dengan semangat perjuangan oleh
masyarakat pribumi dalam menentang penjajahan kuasa asing. Sementara itu,
artikel ini juga turut membincangkan tentang usaha para ulama dalam
menyebarkan serta membangkitkan elemen Islam dalm perjuangan menuntut
kemerdekaan Malaysia.
Berdasarkan kepada pengkajian-pengkajian lepas, penulis berpendapat
bahawa kajian tersebut masih tidak menjawab persoalan yang telah ditimbulkan
oleh penyelidik mengenai ulama dalam perjuangan kemerdekaan Malayisa.
Walaupun ada sebahagian kajian yang lepas berkaitan dengan peranan ulama
80 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016

dalam menuntut kemerdekaan, namun ia hanyalah melibatkan sebuah negeri


sahaja, dan sebahagian negeri yang mana ia tidak menyeluruh. Oleh itu, kajian
perlu melakukan untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai peranan
ualam dalam menuntut kemerdekaan Malaysia. Di antara sebab yang diambil
kira ialah:
i. Kebanyakan penulisan yang membicarakan mengenai ulama dalam
menuntut kemerdekaan Malaysia dinyatakan secara umum. Hal ini
kelihatan lebih ketara ketika membicarakan mengenai peranan ulama yang
berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia.
iii. Penulis ingin mengetahui apakah bentuk penentangan ulama dan
sumbangan ulama dalam menyumbang kepada kemerdekaan Malaysia.
iii. Masih terdapat kekurangan dari segi penulisan berkenaan dengan peranan
ulama dalam menuntut kemerdekaan Malaysia yang ditulis melalui
kronologi sejarah, menyebabkan penulisan berkenaan ulama dalam
menuntut kemerdekaan kurang diketengahkan.

Kesimpulan
Nasionalisme sebagai produk entiti politik negara-bangsa selalu dijadikan
ukuran kesetiaan seorang warganegara terhadap negara sekaligus bangsanya.
Umpama minyak yang menjadi bahan bakar kendaraan bermotor, nasionalisme
pun diyakini menjadi tulang belakang ideologi negara-bangsa untuk menjamin
kewujudannya. Penglibatan dan peranan besar yang dimainkan oleh para ulama
sangat penting dalam menutut kemerdekaan Malaysia. Ulama semenjak itu
telah mendapat tempat dan mempunyai taraf sosial yang istimewa Mereka ini
bukan sahaja dipandang tinggi oleh masyarakat malah turut sama dihormati
oleh para pemerintah. Penglibatan mereka dalam bidang pentadbiran
membolehkan perkembangan pendidikan Islam dilaksanakan dengan lebih
lancar dan tersusun. Rentetan dari kesedaran masyarakat, peranan para ulama
dan sokongan pemerintah, sebuah masyarakat yang mahukan Islam sebagai
landasan dan cara hidup dapat diwujudkan. Kelahiran ulama di tengah-tengah
masyarakat berjaya mengembangkan bidang keilmuan Islam sepanjang abad ke-
19 Masihi dan abad ke-20 Masihi. Sejajar dengan kehendak Islam yang
menginginkan umatnya mendalami dan memperkembangkan apa jua bidang
ilmu dan seterusnya menimbulkan kesedaran untuk menentang penjajahan
untuk mencapai kemerdekaan.

Pengiktirafan
Penulisan ini sebahagian daripada penyelidikan yang ditaja oleh Kementerian
Pengajian Tinggi di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental
FRGS/1/2016/SS106/UKM/02/1.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 81

Rujukan
Abdullah Zakaria Ghazali. 2000. Darah, Keringat dan Airmata; Mengkaji dan
Menghayati Perjuangan Pribumi Menentang Penjajah. Dlm. Kertas Kerja:
Seminar Penghayatan & Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia. Hlm. 68-102.
Kuala Lumpur: Arkib Negera Malaysia.
Abdullah zakaria Ghazali. 1984. Kebangkitan anti-british di semenanjung Tanah
Melayu. Dlm khoo kay kim (pnyt.). Sejarah Masyarakat Melayu moden. Hlm. 1-
12. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia
Abdullah Zakaria Ghazali. 2000. Kebangkitan Terengganu: Gerakan menentang British
1922- 1928. Kuala Terengganu: Perbadanan perpustakaan awam Terengganu
Abdullah Zakaria Ghazali. 2003. Agama, politik dan protes di Tanah Melayu. Malaysia
dari segi sejarah. Bil. 31, hlm: 127-143.
Abdullah Zakaria Ghazali. 2007. Islam dan Anti Penjajahan di Malaysia Kurun ke-19.
Dlm. Farid mat zain (pnyt.), Islam di Tanah Melayu abad ke-19. Shah alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.
Abdul Aziz Mat Ton. 1984. Persekolahan Melayu 1945-1948: Satu Manifestasi
Semangat Perjuangan Melayu. Dlm. Khoo Kay Kim (pnyt.). Sejarah
Masyarakat Melayu Moden. Hlm. 230-249. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium
Malaysia.
Abdul Halim Ahmad. 1982. Pendidikan Islam di Kelantan. Dlm. Khoo Kay Kim (pnyt.).
Beberapa Aspek Warisan Kelantan, hlm. 1-27. Kota Bharu: Perbadanan Muzium
Negeri Kelantan
Abdul Latif Abu Bakar. 1984. Akhbar, Desentralisasi dan Persatuan Negeri Melayu.
Dlm. Khoo Kay Kim (pnyt.). Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Hlm. 130-160.
Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.
Abdul Latiff Abu Bakar. 2000. Peranan akhbar dan wartawan dalam pejuangan dan
pengisian kemerdekaan Malaysia. Dlm. Seminar Penghayatan dan Pengukuhan
Kemerdekaan Malaysia: Vol.2 (19): 13
Abdul Rahman Abdullah. 1994. Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia 1511-1950:
Pengaruh Agama dan Tarikat. Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan sdn. Bhd.
Alias Mohamed. 1984. Gerakan Sosial & Politik Kelantan. Kuala Lumpur: Insular
Publishing House Sdn. Bhd.
AlEdrus, Syed Muhammad Dawilah & Nik Haslinda Nik Hussin. 2007. Syeikh
Abdullah Fahim: Tokoh Intelek Melayu dan Pejuang Kemerdekaan. Batu Pahat:
Penerbit Universiti Tun Hussien Onn.
Amnah Saayah Ismail. 2005. Ulama dan Perkembangan Ilmu di Tanah Melayu Pada
Abad ke-19 Masihi. Disertasi Sarjana. Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Asiah Ali. 2002. Peranan Ulama' Dalam Bidang Pendidikan Islam Di Negeri Kelantan:
Suatu Kajian Khusus Di Antara Tahun 1940 Hingga 1990. Jurnal Tasawwur
Islam. Jil. 5(1), hlm. 1-10.
A. Samad Ismail. 2004. Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah Dalam
Api. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Basiyah Basirah & Ishak Saat. 2015. Ulama & Politik Kedah 1842-1960. Tanjong
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Buyong Adil. 1983. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan abad 15-19.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
82 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016

Burhanuddin Abdullah. 2009. Pemerintah dan Ulama dalam Menghadapi Ancaman


Kuasa Asing di Terengganu: Dari Tahun 1888 Hingga 1948. Tesis Doktor
Falsafah. Bangi: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Cheah Boon Kheng. 2006. To’ Janggut: Legends, Histories, and Perceptions of the
1915 Rebellion in Kelantan. Singapore: Singapore University Press.
Hasini Bakir. 1992. Peranan ulama dalam konteks sejarah perkembangan agama Islam
di Sarawak sebelum merdeka kajian khusus di Kuching. Desertasi Sarjana. Kuala
Lumpur: Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya.
Ishak Saat. 2011. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Ismail Yusoff. 1997. Politik dan Agama di Sabah. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad. 2013. Reaksi Pemerintah Dan Penduduk Terhadap
Pentadbiran British Di Terengganu, 1919-1928. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Jamdin Buyong. 2000. Perjuangan Kemerdekaan di Sabah: Satu Kesinambungan
Cetusan Kebangkitan Islam. Dlm. Kertas Kerja: Seminar Penghayatan &
Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia. Hlm. 59-67. Kuala Lumpur: Arkib Negera
Malaysia.
Khong Kim Hoong. 1984. Merdeka: British Rule and The Struggle for Independence in
Malaya, 1984-1957. Petaling Jaya: Institute for Sosial Analysis (INSAN).
Md. Salleh Md. Gaus. 1984. Politik Melayu Pulau Pinang 1945-1957. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Muhammad Abu Bakar. 1991. Ulama Terengganu: suatu Sorotan. Kuala Terengganu:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Samsudin (t.th). Perjuangan Tok Janggut: satu realiti kepada kebangkitan
nasionalisme. Kuala Lumpur: Arkib Negera Malaysia.
Mohd. Isa Othman. 1999. Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah Malaysia pada
Abad ke-19 dan Awal Abad ke-20. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2003. Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan Gema Jihad di
Bumi Serambi Mekah. Dlm. Ramlah Adam (pnyt.). Pejuang-pejuang
Kemerdekaan. Hlm. 221-230. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia.
Nik Mohamed Nik Mohd. Salleh. 1986. Tentangan Orang-orang Melayu Kelantan
Terhadap Malayan Union. Dlm. Nik Mohamed Nik Mohd. Salleh (pnyt.).
Warisan Kelantan V. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2003. Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan Gema Jihad di
Bumi Serambi Mekah. Dlm. Ramlah Adam (pnyt.). Pejuang-pejuang
Kemerdekaan. Hlm. 221-230. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia.
Nor Asikin Harun. 2008. Peranan dan Sumbangan Ulama’ di dalam Perjuangan
Kemerdekaan Malaysia: Satu Kajian Terhadap Penglibatan Ulama’ di Perak.
Desertasi Sarjana. Kuala Lumpur: Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti
Malaya.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 83

Noor Salwani Hussin. 2000. Perkembangan politik Islam di Malaysia sebelum


kemerdekaan (1945-1957): tumpuan kepada kepada faktor-faktor luar yang
mempengaruhi perkembangan tersebut. Disertasi Sarjana. Kuala Lumpur: Jabatan
Siasah Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Nurulakmar Ibrahim. 2000. Perkembangan politik Islam di Malaysia: tumpuan kepada
pengaruh Abdul Rahman Limbong dalam Pemberontakan Tani 1928. Desertasi
Sarjana. Kuala Lumpur: Jabatan Siasah Syar'iyyah, Bahagian Pengajian Syariah,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Rahmat Saripan. 2003. Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu 1920-an:
Perjuangan Menentang Penjajah British. Dlm. Ramlah Adam (pnyt.). Pejuang-
pejuang Kemerdekaan. Hlm. 233-244. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme Malaysia.
Riduan Mohamad Nor & Mohd Fadli Ghani. 2007. Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan
Kemerdekaan. Batu Caves: MHI Publication.
Roff, W.R. 1974. The Origin and Early Year of The Majlis Ugama. Dlm. R. Roff,
William. (pnyt.) Kelantan Religion, Society and Politics in a Malay State. hlm.
101-152. London: Oxford University Press.
Roff, W. R. 1994. Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur : Oxford University
Press.
Sabanu Endut. 1991. Sultan Zainal Abidin III: Perkembangan Islam dan Kesan dalam
Pemerintahan Baginda di Terengganu 1881-1918. Latihan Ilmiah. Bangi: Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shukri Ahmad. 2011. Pengaruh Pemikiran Ulama di Semenanjung Malaysia Akhir
Abad ke-20. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Stockwell, A.J. 1979. British Policy and Malay Politics during the Malayan Union
experiment 1942-1948. Kuala Lumpur: Council of the MBRAS.
Timah Hamzah. 1991. Ulama dan kebangkitan anti-British: pembabitan Haji Abdul
Rahman Limbong. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Jawatankuasa Koleksi
Terengganu.
Timah Hamzah. 1981. Pemberontakan tani 1928 di Trengganu satu kajian ketokohan
dan kepimpinan Haji Abdul Rahman Limbong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zulkifli Mohd Noor. 1998. Malayan Union dan Sikap Orang-orang Melayu, khasnya
orang-orang Melayu Kelantan. Dlm. Nik Mohamed Nik Mohd. Salleh (pnyt.).
Warisan Kelantan XVII. Hlm. 54-79. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri
Kelantan

You might also like