You are on page 1of 6

SULIT 011

BAHAGIAN A
[ 20markah ]
Soalan 1 hingga 1
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Sultan Iskandar akan berangkat ke Kota Sayong esok. ……………… diiringi oleh
Bendahara Paduka Raja.

A Dia
B Beliau
C Hamba
D Baginda

2. Cikgu Syarifah ___________ Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsan Seri


Masai, dengan sokongan para ahli.

A menjalankan
B menggerakkan
C mempopularkan
D menyatupadukan

3. Pihak polis sedang mempergiat usaha memburu penjenayah yang masih


__________________ di dalam negara.

A bertitisan
B bertaburan
C berkeliaran
D bertempiaran

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Sebelum ke sekolah Nuzul Hakim akan____________lencana sekolah pada


kemejanya.

A menyemat
B menampal
C meletak
D melekat

1
011@Hak cipta JPNJ / 2016 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 011

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Pokok kelapa di belakang rumah itu telah tumbang dan ____________bumbung rumah
Pak Cik Malik.

A dikenai
B terkena
C mengena
D mengenai

6. Tiang lampu isyarat yang baru dipasang itu _________________ kerana


dilanggar oleh kereta yang terbabas pagi tadi.

A senget
B serong
C bengkok
D condong

7. Guru Besar memulakan ucapannya dengan se_____________ pantun nasihat.

A rangkap
B potong
C patah
D baris

2
011@Hak cipta JPNJ / 2016 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 011

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah

Encik Fariz dan anaknya membawa ______________ buntil yang berisi dokumen
penting semasa mengharungi banjir untuk berpindah.

A sehelai
B sebuah
C segulung
D senaskah

9. Ahmad sering mendapat pujian daripada guru-gurunya kerana dia merupakan


_________________ Pasukan Pantun Sekolah Kebangsaan Kota Jaya.

A tulang belakang
B tulang rawan
C tulang rusuk
D tulangitik

10. Farouk ___________ apabila Nabil menuduhnya memancitkan tayar basikalnya.

A naik muka
B naik angin
C naik kepala
D naik tocang

11. Dia terpaksa bekerja siang dan malam _________ sesuap nasi untuk keluarganya.

A bagi
B akan
C demi
D dengan

12. Kapal KD Mutiara milik Tentera Laut Malaysia __________ sauhnya di Perairan
Pengerang.

A meletakkan
B melabuhkan
D mencampakkan
C membongkarkan

3
011@Hak cipta JPNJ / 2016 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 011

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Air mata wanita itu___________ apabila beg tangannya diragut oleh dua orang
peragut.

A bertempiasan
B berhamburan
C bertaburan
D bertitisan

Soalan 14 dan 15

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

14. I Pasukan Pidato itu bekerja keras untuk menjuarai pertandingan tersebut.
II Kepalanya cedera kerana hentakan objek yang keras.
III Air Sungai Plentong mengalir dengan keras akibat hujan lebat semalam.
IV Murid-murid kesejukan kerana kipas di dalam makmal computer itu berputar
keras.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

15. I Ukuran bidang permaidani ini kira-kira 2 meter lebar.


II Tubuhnya menjadi bidang kerana sering membanting tulang di sawah.
III Ibu menghamparkan dua bidang alas meja di ruang tamu.
IV Perancang Perkahwinan merupakan bidang pekerjaan yang diminati oleh
Zara Batrisyia.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

4
011@Hak cipta JPNJ / 2016 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 011

Soalan 16

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

16. Cikgu Fauziah pulang lewat ke rumah kerana menghadiri Kursus Menggubal
Soalan Negeri Johor.

A Mengapakah Cikgu Fauziah pulang lewat ke rumah?


B Siapakah yang pulang lewat ke rumah?
C Bagaimanakah Cikgu Fauziah pulang ke rumah?
D Di manakah Cikgu Fauziah berkursus?

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESA

Tarikh dan hari : 03 Februari 2016, Rabu Masa : 9.00 – 11.00 pagi
Tempat : Dewan sekolah
Syarat-syarat : 1. Terbuka kepada semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6.
Pertandingan 2. Karangan mestilah asli.
3. Karangan mestilah disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Tema karangan : Cintailah Alam Sekitar.
Panjang karangan : Tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
Tujuan Pertandingan : a. Menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid.
b. Merangsang dan mengembangkan kemahiran menulis.
c. Mencungkil bakat dan kemahiran menulis yang lebih
tersusun dan kreatif.
Hadiah : Tempat pertama : RM100, hamper dan sijil penyertaan.
Tempat kedua : RM 50, hamper dan sijil penyertaan.
Tempat ketiga : RM 30, hamper dan sijil penyertaan.
Lima Pemenang : RM 15 setiap seorang
Saguhati

17. Bilakah pertandingan menulis karangan itu diadakan?


A Hari Rabu, 01 Februari 2016
B Hari Rabu, 13 Februari 2016
C Hari Rabu, 30 Februari 2016
D Hari Rabu, 03 Februari 2016

5
011@Hak cipta JPNJ / 2016 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 011

18. Siapakah yang boleh menyertai pertandingan menulis karangan tersebut ?


A Terbuka kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Taman Desa.
B Terbuka kepada murid-murid sekolah Sekolah Kebangsaan Taman Desa.
C Terbuka kepada semua murid Tahap 2, Sekolah Kebangsaan Taman Desa.
D Terbuka kepada semua murid Tahun 2, Sekolah Kebangsaan Taman Desa.

19. Berapakah jumlah wang tunai yang disediakan untuk semua pemenang?
A RM 195.00
B RM 225.00
C RM 255.00
D RM 250.00

20. Berikut merupakan tujuan pertandingan tersebut diadakan kecuali.


A Ilmu pengetahuan murid-murid dapat ditingkatkan.
B Kemahiran menulis murid-murid dapat dirangsang dan dikembangkan.
C Murid-murid dapat menulis karangan mengikut masa yang ditetapkan.
D Dapat mencungkil bakat dan kemahiran menulis murid-murid dengan
lebih tersusun dan kreatif.

KERTAS SOALAN TAMAT

6
011@Hak cipta JPNJ / 2016 [Lihat halaman sebelah
SULIT

You might also like