You are on page 1of 3

FORUM 1 HNS3192 (KONSEP INSAN)

1. Apakah asas kepada teori yang dicadangkan oleh Darwin dalam membincangkan konsep insan?

Saya mendapati Teori Evolusi yang dicadangkan oleh Charles Robert Darwin atau lebih
dikenali sebagai Charles Darwin, seorang naturalis, menyatakan bahawa evolusi berlaku melalui
pemilihan semula jadi (natural selection). Darwin turut mendefinisikan evolusi sebagai "keturunan
dengan pengubahsuaian", idea bahawa spesies berubah dari masa ke masa, menimbulkan spesies
baru, dan berkongsi nenek moyang yang sama. Teori ini turut dipanggil sebagai Teori Darwinisme.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa terdapat 4 perkara utama yang menjadi asas kepada Teori
Evolusi Darwin iaitu, setiap individu adalah tidak serupa, sifat diturunkan dari generasi ke generasi,
lebih banyak keturunan dilahirkan daripada dapat bertahan, dan hanya yang terselamat dari
persaingan untuk mendapatkan sumber dapat melangsungkan hidup. Walau bagaimanapun, di
dalam buku beliau yang bertajuk ‘The Descent of Man’, beliau mengatakan bahawa manusia dan
monyet mempunyai nenek moyang yang sama tetapi beliau tidak mengatakan secara langsung
bahawa manusia berevolusi daripada monyet.

m
er as
2. Bagaimanakah penerimaan terhadap teori ini menurut ajaran agama yang anda anuti?

co
eH w
Teori Evolusi Darwin telah mendatangkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak
terutamanya para sarjana agama. Menurut ajaran agama Islam yang saya anuti, teori ini dianggap

o.
rs e
bertentangan dengan ajaran Islam yang dengan jelas mengatakan bahawa asal usul manusia adalah
ou urc
daripada Nabi Adam a.s. Berdasarkan kepada petunjuk al-Quran dan Sunnah, Nabi Adam a.s tidak
dicipta melalui proses evolusi dan tidak hidup secara primitif. Namun begitu, terdapat beberapa para
sarjana Islam yang mempunyai pandangan yang berbeza terhadap teori beliau dan mereka dibahagi
o

kepada tiga kumpulan iaitu Darwinisme; kumpulan yang menyokong teori tersebut, Darwinisism;
aC s

kumpulan yang mengharmonikan agama Islam dengan teori tersebut dan anti-Darwinism; kumpulan
v i y re

yang menentang teori tersbut. Terdapat beberapa tokoh yang menyokong teori evolusi beliau
seperti, Mirza Ghulam Ahmad dan Mufti Mahmud. Mereka menjelaskan bahawa perkembangan
organisma hidup melalui evolusi sesuai dengan ayat-ayat Al-Quran.
ed d

Seterusnya ialah kumpulan Darwinisme yang cuba menyelaraskan Teori Evolusi dengan
ar stu

Islam merangkumi para sarjana Islam seperti Husayn al-Jisr, al-Raghib al-Isfahani dan Inayatullah
Mashriqi. Pemikiran dari kumpulan ini membawa idea evolusi teistik. Sebagai contoh, Inayatullah
Mashriqi mempertahankan Teori Evolusi dengan mengatakan bahawa evolusi adalah fenomena
sh is

universal yang direncanakan oleh Allah yang bukan hanya wujud sejak penciptaan pertama, tetapi
Th

akan terus berlanjut hingga tujuan penciptaan ini terpenuhi. Perbezaan antara Inayatullah dan
Darwin adalah bahawa Darwin menolak untuk menerima Tuhan sebagai entiti.

Akhir sekali ialah kumpulan anti-Darwinisme. Seyyed Hossein Nasr, Jamaluddin al-Afghani
dan Nuh Ha Mim Keller ialah antara tokoh yang menentang teori ini kerana terdapat beberapa
percanggahan antara teori dan Islam, terutama yang berkaitan dengan Al-Quran dan Hadis. Kritikan
utama terhadap Darwinisme oleh para sarjana Muslim adalah implikasi negatifnya terhadap akidah
umat Islam. Allah SWT adalah Pencipta yang Maha Kuasa yang mampu melakukan apa sahaja,
termasuk yang mustahil. Evolusi spesies ke spesies lain umumnya tidak mustahil kerana tidak
bertentangan dengan pernyataan dalam Al-Quran. Akan tetapi, evolusi manusia adalah mustahil
kerana Allah telah menjelaskan dalam Al-Quran 38: 71-76 bahawa asal usul umat manusia adalah
dari Nabi Adam. Dari perspektif Islam, hanya Allah yang menjadi penyebab segalanya. Ini berkaitan

https://ejournal.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/9877/6975
This study source was downloaded by 100000825480518 from CourseHero.com on 11-22-2021 05:38:12 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/94369514/forum-1-konsep-insandocx/
FORUM 1 HNS3192 (KONSEP INSAN)

secara langsung dengan dua nama Allah iaitu al-Ḥayy (Yang Maha Hidup) dan al-Muḥyi (Yang Maha
Menghidupkan). Kedua-dua nama ini membawa kepada dua prinsip utama, iaitu makhluk hidup tidak
boleh direduksi menjadi tidak bernyawa oleh manusia, dan Allah SWT adalah sumber bagi semua
perkara, sama ada mereka masih hidup atau tidak. Tidak ada apa-apa di alam semesta ini yang dapat
mencipta dan mengurniakan kehidupan kecuali Allah SWT.

3. Adakah anda bersetuju dengan teori yang diasaskan oleh Darwin? Justifikasikan pandangan
anda.

Pada pandangan saya, walaupun dilihat bahawa terdapat beberapa aspek yang benar dalam
Teori Evolusi yang diasaskan oleh Charles Darwin seperti manusia perlu bersaing demi kelangsungan
hidup, namun begitu secara majoritinya teori beliau adalah amat bertentangan dengan agama Islam.
Namun begitu, saya tidak bersetuju dengan konsep bahawa manusia berasal daripada monyet kerana
tiada bukti kukuh yang menunjukkan manusia berevolusi daripada monyet. Saya mempercayai

m
bahawa manusia berasal dan merupakan keturunan nabi Adam a.s. Selain itu, teori ini bukan sahaja

er as
mendapat kritikan daripada perspektif agama Islam, malah teori ini juga mendapat tentangan dan

co
kritikan hebat daripada ramai pihak dari pelbagai perspektif. Walaupun evolusi spesies lain adalah

eH w
mungkin benar, namun kita tidak dibenarkan untuk mempercayai bahawa mutasi rawak dan

o.
pemilihan semula jadi adalah asal-usul makhluk hidup kerana Al-Quran menegaskan bahawa Allah
rs e
SWT adalah Pencipta Agung alam semesta ini. Untuk mempercayai bahawa mutasi rawak dan
ou urc
pemilihan semula jadi adalah penyebab evolusi adalah salah kerana ia umpama menyamakan sebab
kepada Allah sebagai penyebab segalanya. Oleh itu, sebagai seorang Muslim, kita hendaklah sentiasa
berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah agar kita tidak terpesong dari jalan yang benar.
o
aC s
v i y re

4. Kemukakan kritikan terhadap konsep insan menurut Darwinisme menurut perspektif JERI
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan).
ed d

Darwinisme dari perspektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang terdiri daripada
ar stu

Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) mempunyai perbezaan dan persamaan yang tersendiri. Dari
aspek jasmani teori ini menekankan bahawa setiap individu perlu bersaing antara satu sama lain
demi kelangsungan hidup. Aspek ini turut boleh dilihat di dalam masyarakat masa kini dimana
sh is

mereka yang lemah mudah dikalahkan oleh mereka yang kuat. Manakala dari aspek rohani, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bercanggah dengan teori Darwinisme dimana teori ini menidakkan
Th

ketuhanan dalam kehidupan manusia. Hal ini bertentangan dengan FPK kerana aspek rohani amat
penting dalam membina serta memantapkan kerohanian seseorang individu agar menjadi lebih
kukuh. Pembinaan sifat manusia perlulah holistik dan seimbang.

https://ejournal.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/9877/6975
This study source was downloaded by 100000825480518 from CourseHero.com on 11-22-2021 05:38:12 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/94369514/forum-1-konsep-insandocx/
FORUM 1 HNS3192 (KONSEP INSAN)

COMMENTS

1. SITI SYAZWANI

Teori Evolusi Darwin menyatakan bahawa makhluk hidup di Bumi berlaku secara semula jadi, secara
rawak, dan kebetulan - dan ini menyangkal adanya Pencipta alam semesta. Darwinisme Muslim yang
menyokong pernyataan ini adalah orang-orang yang tidak sepenuhnya memahami Nama Ilahi dan
sifat-Nya. Mereka percaya bahawa Allah menciptakan alam semesta ini dengan cara yang sama
seperti pembuat jam; Dia menciptakan alam semesta dan semua peraturan pada awalnya, dan
kemudian membiarkan alam semesta berjalan dengan sendirinya, dengan aturan-aturan yang
bertanggung jawab untuk menciptakan makhluk hidup di alam semesta. Kepercayaan ini menentang
Allah sebagai Penguasa dan Pentadbir alam semesta ini. Oleh itu, kumpulan yang percaya bahawa
teori itu tidak bertentangan dengan Tauhid sebenarnya telah tersasar dan berisiko menjadi ateis
secara tidak sedar.

m
er as
co
eH w
o.
rs e
ou urc
o
aC s
v i y re
ed d
ar stu
sh is
Th

https://ejournal.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/9877/6975
This study source was downloaded by 100000825480518 from CourseHero.com on 11-22-2021 05:38:12 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/94369514/forum-1-konsep-insandocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like