You are on page 1of 11

KEUTUHAN

FONOLOGI
KUMPULAN 4
1. NABILAH BINI MOHAHMAD NOOR
2. NUR AINUN MASTURINA BINTI MOHD NADZRI
3. NUR SAFFA HANIESA BINTI MD HAMIDUN
4. PUTERI ALIEYA WAFI BINTI SULAIMAN
5. TASNIMUSYIFA BINTI KAMARUDIN
KEUTUHAN FONOLOGI

Fonologi ialah sebahagian daripada cabang linguistik yang


mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa.
Fonologi ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
fonetik dan fonemik.
Fonologi bahasa Melayu merupakan teras kepada sistem
bunyi bahasa Melayu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, fonologi ialah kajian
tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.
pendek kata, Hubungan wacana dari aspek fonologi ini BOLEH
DILIHAT berdasarkan hentian SUARA , intonasi SUARA DAN nada
suara . Misalnya, sesuatu wacana tersebut akan berubah
mengikut nada suara semasa penutur menuturkannya.
Unsur-unsur tersebut memainkan peranan yang penting
dalam mengubah sesuatu wacana.
Intonasi suara ini juga mempunyai peranan yang penting
sebagai penanda,pemisah frasa dan juga sebagai pembeza
struktur bagi sesuatu wacana.
CONTOH BAGI HUBUNGAN Contoh ayat pertama :
Abang ali makan nasi
DARI ASPEK FONOLOGI
Ayat ini mempunyai ketaksamaan makna, iaitu bergantung kepada
hentian atau kesenyapan suara.
Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan "abang",
maka ayat tersebut membawa maksud bahawa Ali yang makan nasi.
Tetapi, jika kesenyapan suara berhenti selepas perkataan "Ali", maka
ayat ini memberitahu bahawa abang Ali yang makan nasi.

Begitu juga untuk perkataan "makan".Jika ia diungkapkan dengan nada suara


yang keras dan intonasi yang tinggi di akhir kata, maka ia akan menjadi
ayat paksaan, arahan atau suruhan.Intonasi tinggi ini juga boleh menjadikan
wacana tersebut sebagai ayat tanya iaitu "Abang Ali makan nasi?'
Tetapi, jika nada suara berubah menjadi lembut, ia akan berubah menjadi
ayat silaan, ajakan atau pelawaan yang ikhlas.
CONTOH BAGI HUBUNGAN
DARI ASPEK FONOLOGI
Contoh ayat kedua :
Ibu bapa Ali telah meninggal dunia

Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan "Ali", maka


ayat tersebut membawa maksud bahawa kedua-dua ibu bapa Ali telah
meninggal dunia
Tetapi, jika kesenyapan suara berhenti selepas perkataan "Ibu" dan
juga perkataan 'Ali", maka ayat ini memberitahu bahawa bapa Ali
yang telah meninggal dunia
PENGGUNAAN PARALINGUISTIK

Unsur-unsur paralinguistik
juga membantu pemahaman
tentang sesuatu wacana.
Sebagai contoh , unsur-unsur
paralinguistik ini adalah seperti
wacana tulisan dan juga wacana
lisan.
WACANA TULISAN:
Dalam wacana tulisan, unsur-unsur para linguistik ini
ialah alat-alat yang digunakan untuk memperjelaskan
persembahan wacana. Misalnya, alat-alat tersebut
adalah seperti tanda baca iaitu noktah, koma, tanda
soal, titik bertindih dan sebagainya.
CONTOH WACANA TULISAN:
awak sudah makan ?
(ayat soal , tanda tanya)

Pergi dari sini !


(nada kuat, tanda seru)

maafkan saya.
(suara mendatar, tanda noktah)
WACANA LISAN:

Dalam wacana lisan pula boleh dilihat dari


ekspresi wajah. Misalnya, keadaan air muka serta
gerakan tangan dan badan merupakan alat-alat
untuk membantu dalam memahami pertuturan.
CONTOH WACANA LISAN:
muka cemberut menunjukkan ekspresi
marah atau tidak senang hati.

ekpresi senyum menunjukkan keadaan yang


gembira.

tangan yang sentiasa bergerak serta mata


yang tidak fokus menunjukkan seseorang itu
takut atau cemas.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like