You are on page 1of 4

Cikgu Roslan Daud

PENIPUAN SIBER

Standard Pembelajaran
2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tulis persamaan dan perbezaan tentang langkah-langkah menangani penipuan
khidmat pesanan ringkas dan penipuan Macau.

Kerap kali malah saban hari kita dihidangkan baik di dada akhbar atau portal
berita dengan kisah masyarakat menjadi mangsa penipuan atau dalam kata lain wang
simpanan menjadi lesap. Secara logiknya, kita pasti sukar untuk mempercayai betapa
mudahnya wang simpanan dikeluarkan dan dipindahkan ke akaun pihak lain yang tidak
dikenali, selain tidak pernah pun bersua muka.

Sebagai contoh, sindiket gores dan menang yang pernah bermaharajalela dengan taktik menghantar mesej melalui
khidmat pesanan ringkas (SMS). Kehadiran media sosial menjadi antara peluang terbuka untuk penipu ini. Oleh sebab itu,
masyarakat perlu berhati-hati dan memperketat keselamatan perbankan masing-masing. Dalam soal ini, seseorang jangan
sesekali memberikan butiran peribadi atau maklumat akaun kepada orang lain terutama mereka yang tidak dikenali. Sebaik-
baiknya, anda perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu jika menerima SMS meragukan bagi
mengelakkan diri menjadi mangsa penipu seterusnya.
Sumber : myMetro

Penipuan Macau ini menjadi popular dan jenayah tanpa sempadan ini boleh berlaku
di mana-mana sahaja. Pengguna perlu memahami modus operandi penjenayah yang
menyamar sebagai pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), mahkamah, Bank
Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau
agensi berkaitan dengan tujuan menakutkan mangsa.
Bagi mengekang jenayah ini, pengguna harus memaklumatkan diri untuk mengesan
sama ada terdapat unsur pelanggaran Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram 2001. Selain itu, sikap yang berwaspada
terhadap sebarang tawaran pelaburan perlu diperhati dengan teliti. Di samping itu, kesedaran pengguna supaya mengelakkan
diri daripada terpengaruh kepada tawaran dan ugutan perlu ditingkatkan. Tambahan pula, pihak penguat kuasa tidak
berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit jika jelas melanggar undang-undang yang sedia ada.
Sumber : Berita Harian Online

Persamaan langkah-langkah menangani penipuan khidmat pesanan ringkas dan penipuan Macau
(i) _______________________________________________________________________________________
(ii) _______________________________________________________________________________________

Perbezaan langkah-langkah menangani penipuan khidmat pesanan ringkas dan penipuan Macau
Penipuan khidmat pesanan ringkas Penipuan Macau
(i) _________________________________________ (i) _________________________________________
_________________________________________ _________________________________________
_________________________________________ _________________________________________
(ii) _________________________________________ (ii) _________________________________________
_________________________________________ _________________________________________
_________________________________________ _________________________________________

1
Cikgu Roslan Daud

LATIHAN
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Bahan 1

KUALA LUMPUR: Kajian Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati trend kes penipuan cinta atau ‘Love Scam’ menunjukkan
peningkatan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman,
Datuk Zainuddin Yaacob berkata sebanyak 1,535 kes penipuan Love Scam dilaporkan pada tahun 2019 membabitkan kerugian
RM79.11 juta. Berbanding dengan tempoh sama pada tahun 2020, jumlah kes dicatatkan untuk tahun ini menunjukkan
peningkatan sebanyak 87 kes.

Melihat trend peningkatan ini sebagai situasi yang perlu ditangani secara serius memerlukan tindakan pembanterasan
dan pencegahan lebih efektif. Oleh itu, masyarakat diminta lebih berwaspada dan mengambil tahu tip pencegahan supaya
tidak mudah menjadi mangsa penipuan sindiket sedemikian. Penipuan cinta atau Love Scam ialah modus operandi yang kerap
digunakan sindiket penipuan didalangi warga Afrika untuk memperdaya mangsa berbanding dengan sindiket penipuan lain.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Penipuan menerusi ‘Love Scam’ meningkat’
oleh Nor Azizah Mokhtar, Berita Harian Online, 4 Mei 2021

Bahan 2

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud lebih efektif. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan peranan masyarakat untuk mengelakkan kes penipuan
cinta dan jenayah siber. [3 markah]

(iii) Peningkatan laporan kes jenayah siber membuktikan masyarakat mudah ditipu.
Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat masih tertipu dengan sindiket jenayah siber? [3 markah]

(iv) Anda telah membaca pelbagai kes yang melibatkan sindiket penipuan seperti penipuan cinta, penipuan Macau, panggilan
palsu dan penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS). Anda berpendapat bahawa kerajaan perlulah mengambil tindakan
yang sewajarnya untuk mengelakkan masyarakat terus menjadi mangsa.
Sebagai pemimpin yang prihatin, cadangkan tindakan-tindakan yang perlu diambil kerajaan untuk mengekang sindiket
penipuan di negara kita. [4 markah]

2
Cikgu Roslan Daud

PENIPUAN SIBER

Standard Pembelajaran
2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tulis persamaan dan perbezaan tentang langkah-langkah menangani penipuan
khidmat pesanan ringkas dan penipuan Macau.

Kerap kali malah saban hari kita dihidangkan baik di dada akhbar atau portal
berita dengan kisah masyarakat menjadi mangsa penipuan atau dalam kata lain wang
simpanan menjadi lesap. Secara logiknya, kita pasti sukar untuk mempercayai betapa
mudahnya wang simpanan dikeluarkan dan dipindahkan ke akaun pihak lain yang tidak
dikenali, selain tidak pernah pun bersua muka.

Sebagai contoh, sindiket gores dan menang yang pernah bermaharajalela dengan taktik menghantar mesej melalui
khidmat pesanan ringkas (SMS). Kehadiran media sosial menjadi antara peluang terbuka untuk penipu ini. Oleh sebab itu,
masyarakat perlu berhati-hati dan memperketat keselamatan perbankan masing-masing. Dalam soal ini, seseorang jangan
sesekali memberikan butiran peribadi atau maklumat akaun kepada orang lain terutama mereka yang tidak dikenali. Sebaik-
baiknya, anda perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu jika menerima SMS meragukan bagi
mengelakkan diri menjadi mangsa penipu seterusnya.
Sumber : myMetro

Penipuan Macau ini menjadi popular dan jenayah tanpa sempadan ini boleh berlaku
di mana-mana sahaja. Pengguna perlu memahami modus operandi penjenayah yang
menyamar sebagai pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), mahkamah, Bank
Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau
agensi berkaitan dengan tujuan menakutkan mangsa.
Bagi mengekang jenayah ini, pengguna harus memaklumatkan diri untuk mengesan
sama ada terdapat unsur pelanggaran Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram 2001. Selain itu, sikap yang berwaspada
terhadap sebarang tawaran pelaburan perlu diperhati dengan teliti. Di samping itu, kesedaran pengguna supaya mengelakkan
diri daripada terpengaruh kepada tawaran dan ugutan perlu ditingkatkan. Tambahan pula, pihak penguat kuasa tidak
berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit jika jelas melanggar undang-undang yang sedia ada.
Sumber : Berita Harian Online

Persamaan langkah-langkah menangani penipuan khidmat pesanan ringkas dan penipuan Macau
(i) Masyarakat perlu berhati-hati.
(ii) Sikap yang berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan perlu diperhati dengan teliti.

Perbezaan langkah-langkah menangani penipuan khidmat pesanan ringkas dan penipuan Macau
Penipuan khidmat pesanan ringkas Penipuan Macau
(i) Masyarakat perlu memperketat keselamatan perbankan (i) Pengguna harus memaklumatkan diri untuk mengesan
masing-masing. sama ada terdapat unsur pelanggaran Akta Pencegahan
(ii) Seseorang jangan sesekali memberikan butiran peribadi Penggubahan Wang Haram 2001.
atau maklumat akaun kepada orang lain. (ii) Kesedaran pengguna supaya mengelakkan diri daripada
(iii) Anda perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa terpengaruh kepada tawaran dan ugutan perlu
terlebih dahulu jika menerima SMS meragukan. ditingkatkan.
(iii) Pihak penguat kuasa tidak berkompromi dengan mana-
mana pihak yang terbabit.

3
Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud lebih efektif. [2 markah]

P1 bertambah / semakin / makin / kian berkesan 2m


P2 bertambah / semakin / makin / kian efektif 1m
P3 lebih berkesan 1m
[2 isi cukup]
[markah maksimum : 2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan peranan masyarakat untuk mengelakkan kes penipuan
cinta dan jenayah siber. [3 markah]

Persamaan peranan masyarakat untuk mengelakkan kes penipuan cinta dan jenayah siber :
P1 masyarakat diminta lebih berwaspada 1m
P2 sentiasa berwaspada / berhati-hati 1m
Peranan masyarakat untuk mengelakkan kes penipuan cinta :
P3 masyarakat mengambil tahu tip pencegahan 1m
Peranan masyarakat untuk mengelakkan kes jenayah siber :
P4 sila abaikan sebarang panggilan telefon, surat, SMS atau e-mel yang mendakwa mereka daripada Bank 1m
Negara Malaysia atau institusi kewangan
P5 sila abaikan sebarang panggilan telefon, surat, SMS atau e-mel yang mempelawa anda menyertai apa- 1m
apa skim pelaburan atau aktiviti yang disyaki sebagai penipuan
[3 isi cukup]
[markah maksimum : 3 markah]

(iii) Peningkatan laporan kes jenayah siber membuktikan masyarakat mudah ditipu.
Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat masih tertipu dengan sindiket jenayah siber? [3 markah]

Sebab-sebab masyarakat masih tertipu dengan sindiket jenayah siber :


P1 sikap tamak untuk memperoleh keuntungan 1m
P2 taktik penjenayah terlalu licik 1m
P3 tawaran yang diberikan amat lumayan / menarik 1m
P4 takut / panik akan ugutan yang diberikan 1m
P5 penguatkuasaan undang-undang jenayah siber yang masih lemah 1m
[2 isi cukup]
[markah maksimum : 3 markah]

(iv) Anda telah membaca pelbagai kes yang melibatkan sindiket penipuan seperti penipuan cinta, penipuan Macau, panggilan
palsu dan penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS). Anda berpendapat bahawa kerajaan perlulah mengambil tindakan
yang sewajarnya untuk mengelakkan masyarakat terus menjadi mangsa.
Sebagai pemimpin yang prihatin, cadangkan tindakan-tindakan yang perlu diambil kerajaan untuk mengekang sindiket
penipuan di negara kita. [4 markah]

Tindakan-tindakan yang perlu diambil kerajaan untuk mengekang sindiket penipuan di negara kita :
P1 kerajaan perlulah menyebarkan kempen taktik sindiket penipuan + supaya menyedarkan masyarakat 1m
P2 kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang jenayah siber dengan tegas + agar memberikan 1m
pengajaran / peringatan kepada penjenayah lain
P3 kerajaan hendaklah menyediakan saluran aduan yang efektif + supaya boleh bertindak dengan laporan 1m
P4 kerajaan wajarlah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) + 1m
agar memperoleh maklumat yang tepat
P5 kerajaan seharusnya mewujudkan platform semakan nombor telefon dan nombor akaun bank 1m
penjenayah + supaya pengguna tidak diperdaya
[3 isi cukup atau 2 isi dengan huraian]
[markah maksimum : 4 markah]

You might also like