You are on page 1of 4

APLIKASI UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN

SIRI 1

Ungkapan menarik (UM) ialah bunga-bunga bahasa atau aksesori bahasa yang membolehkan
sesuatu pengucapan atau wacana berbahasa menjadi lebih indah, menarik, berkesan dan memenuhi
ciri-ciri nilai estetika berbahasa. Selain itu, penerapan UM yang sesuai pada tempatnya boleh
memberikan kejelasan maksud tentang sesuatu pemikiran yang hendak disampaikan.

Kesan penerapan UM boleh menampakkan ciri-ciri kematangan berhujah dan kebijkasanaan


seseorang dalam mengolahkan bahasa. Tanpa memasukkan sebarang unsur sokongan UM sesuatu
wacana kelihatan hambar, tiada kejelekitan dan hilang daya intelektualisme. Oleh sebab itu,
seseorang penulis atau pengarang hendaklah memiliki kebolehan yang tuntas tentang teknik dan
aplikasi yang betul apabila hendak menerapkan UM. Terdapat beberapa sumber UM yang boleh
dipetik dalam penulisan bahasa Melayu. Sumber-sumber tersebut adalah seperti berikut:

i. Peribahasa
ii. Pepatah dan kata perbilangan
iii. Unsur perbandingan dan kata nisbi
iv. Petikan rangkap dalam puisi lama terutama pantun, syair, gurindam dan seloka
v. Kata-kata hikmat, pendapat tokoh dan cogan kata (slogan)
vi. Sedutan daripada maksud ayat-ayat suci sama ada hadis mahupun Al Quran
vii. Kata-kata bijaksana daripada mana-mana kitab, tokoh falsafah dan pimpinan agama

CATATAN: Sehubungan dangan sumber i – iii, kata rujukan umum untuk sumber-sumber tersebut
disebut secara umum sebagai peribahasa sahaja. Jarang-jarang sekali seseorang penulis akan
merujuk secara khusus sama ada perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah petitih, bidalan dan
sebagainya.

Perlulah diingat bahawa semua bentuk UM merupakan pengucapan bijaksana yang terbit
daripada pemikiran aras tinggi sama ada dalam bentuk falsafah, intuisi, kecaknaan dan tindak balas
terhadap persekitaran dan malah yang lebih besar lagi yang terbit daripada wahyu pimpinan
Rabbani. Oleh hal yang demikian, UM bukan boleh direka-reka sekadar penyedap kata, sebaliknya
mestilah mempunyai autoriti dan mengandung maksud yang tersurat malah yang tersirat. Semua
sumber tersebut diungkapkan sama ada dalam bentuk langsung, kiasan/tamsilan atau bayan, nasihat
atau amaran.

Dalam penulisan bahasa Melayu, kedapatan begitu banyak penerapan UM yang ditulis
dalam pelbagai cara. Walau bagaimanapun, daripada banyak kaedah menulis terdapat 4 cara yang
paling popular dan kerap kali diaplikasikan dalam karangan khususnya. Teknik-teknik tersebut adalah
seperti yang berikut ini:

TEKNIK PENYERAPAN: Teknik penyerapan ialah cara mengaplikasikan peribahasa ke dalam ayat
yang sama. Cara ini tidak memerlukan sebarang unsur kata tugas yang boleh merujuk kepada unsur
perbandingan. Lihat contoh:
Contoh 1: Dalam hal mendidik akhlak dan tingkah laku anak-anak, perihal sikap dan
perwatakan ibu bapa adalah penting untuk diteladani anak-anak kerana menjernih air di
muara hendaklah bermula di hulunya.

Contoh 2: Apabila hidup kita terlalu berharap kepada ihsan orang lain akhirnya boleh
membawa padah setelah tempat berharap itu sudah tiada lagi, kerana dahan jatuh, belatuk
pun tumpang mati.

NOTA: Kedua-dua aplikasi peribahasa dalam ayat di atas menggunakan teknik penyerapan
langsung, yakni peribahasa menjadi sebahagian daripada ayat tersebut. Gabungan
peribahasa kepada ayat utama hanya diikat dengan kata hubung kerana sahaja. Teknik ini
amat menarik apabila pernyataan/maksud ayat disokong terus oleh peribahasa.

Teknik Perbandingan: Teknik perbandingan ialah teknik yang paling popular dalam kalangan penulis
apabila hendak memasukkan peribahasa atau yang sama kategori dengannya. Teknik perbandingan
iaitu pendepanan sebarang bentuk kata nisbi atau kata perbandingan antaranya:

[seperti, umpama, bagai, bak, laksana dan ibarat]

Lihat contoh:

Contoh 1: Apabila menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit, carilah jalan penyelesaian
yang terbaik dan penuh berhikmah, bak /ibarat orang mementung ular, ular dipentung biar
mati, kayu pementung jangan patah, dan tanah datar jangan pecah (lembang).

Contoh 2: Sikap jumud yang tidak mahu berubah daripada negatif kepada yang lebih positif
mendedahkan sesuatu bangsa kepada kelemahan dan tidak mampu berjaya, ibarat sepuluh
jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor

Contoh 3: Sikap jumud yang tidak mahu berubah daripada negatif kepada yang lebih positif
mendedahkan sesuatu bangsa kepada kelemahan dan tidak mampu berjaya. Tragedi
tersebut, ibarat sepuluh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor.

NOTA: Sila ambil perhatian, gaya penulisan peribahasa dalam contoh 3 di atas sering berlaku
penyimpangan dalam aspek tatabahasa. Penyimpangan tersebut berkemungkinan terjadi apabila
klausa peribahasa dipisahkan daripada ayat induk. Lihat contoh:

Sikap jumud yang tidak mahu berubah daripada negatif kepada yang lebih positif
mendedahkan sesuatu bangsa kepada kelemahan dan tidak mampu berjaya. Ibarat sepuluh jong
masuk kuala anjing tetap bercawat ekor.

PERHATIAN: Penyimpangan tatabahasa dalam contoh di atas apabila peribahasa telah ditulis secara
tunggal dan terpisah daripada ayat induknya. Dalam konteks seperti ini peribahasa hanya berfungsi
sebagai predikat sahaja, manakala subjek telah digugurkan. Oleh sebab itu, penerapan unsur
peribahasa tersebut membawa impak kes ayat tergantung. Sehubungan dengan itu, guru-guru
hendaklah memberi perhatian yang serius apabila berlaku kes seperti di atas.
Penerapan Peribahasa UM secara Bebas dalam Perenggan – Selain 2 teknik yang paling dominan
seperti di atas kedapatan pula teknik bebas yang hampir sama dengan teknik penyerapan.
Sungguhpun demikian terdapat sedikit perbezaan kecil teknik bebas dengan teknik penyerapan. Sila
lihat contoh:

Contoh 1: Peribahasa yang menyatakan, kurang ringgit boleh dicari, kurang akal habis bicara
membuktikan ikhtiar dan usaha yang disokong oleh kemahuan berfikir pasti menemukan jalan
keluar. Sehubungan dengan itu, anjakan berfikir dan kemahuan berusaha dari bawah merupakan
jalan keluar daripada segala masalah.

Contoh 2: Peribahasa, ibarat orang memiat daging, sakit di orang sakitlah di awak menjadi bukti
bahawa masyarakat Melayu tidak gemar akan tingkah laku memburuk-burukkan orang lain lebih-
lebih lagi orang itu ialah sanak saudara sendiri.

Contoh 3: ……………………… Oleh sebab itu, sebelum anak-anak turun kepada masyarakat, ibu bapalah
yang bertanggungjawab untuk mengasuhi mereka akan tataetika budaya bermasyarakat seperti
cara bergaul, berkomunikasi dan membuat penampilan diri. Demikianlah lumrah kehidupan, ketika
kecil dtimang ibu, sesudah besar ditimang gelombang.

JOM KENALI MODUL MAHIR MENGARANG EDISI 2020 (MMM2020)

MMM2020 ialah Modul Kertas 1 yang paling lengkap yang pernah saya hasilkan. Isi kandungnya yang begitu
padat memenuhi segala keperluan untuk latihan intensif sama ada secara individu mahupun pdpc di dalam kelas.
Disusun dalam 7 bab yang cukup eksklusif untuk membimbing para pelajar memahirkan diri dalam kertas 1
(Karangan).

BAB 1: KULIAH PANDUAN GURU (ms 1–6) – Bahagian ini dipecahkan kepada 5 slot kuliah tentang
langkah-langkah strategik pdpc Kertas 1 yang paling berkesan. Bab ini amatlah relevan kepada guru-buru
baharu atau guru-guru yang bukan opsyen untuk menghadamkan teknik terbaik mengajarkan karangan. Anda
dibimbing bermula daripada proses pemilihan soalan hinggalah peringkat akhir menuliskan karangan.

BAB 2: RANGKA DAN PANDUAN MENGARANG KARANGAN BAHAN RANGSANGAN (ms 7–11).
BAB 3: STRATEGI MENGARANG KARANGAN B (UMUM) (ms 12–20) – Bahagian ini dikhususkan
untuk SAYA membimbing peserta jerayawara tentang teknik mengarang secara terancang. JUMPA SAYA!

BAB 4: BAHAGIAN ASAS MENGARANG KUMPULAN SEDERHANA/LEMAH (ms 21 -32) – Terdapat


10 set latihan dalam bahagian ini. Amat sesuai dan memadai untuk membimbing pelajar-pelajar yang masih
bertatih untuk mengarang. Pelajar hanya perlu menyusun dan menyambung ayat-ayat yang telah dirangkakan
hingga menjadi sebuah karangan yang lengkap. Kerjanya amtlah mudah kepada guru-guru.

BAB 5: SAMPEL KARANGAN CEMERLANG BERIMPAK TINGGI SKOR A++ (ms 33 – 85) –
Bahagian ini menghidangi anda dengan 45 sampel karangan beraras tinggi dalam semua bidang dan dimensi.
Paling menarik dalam semua modul terdahulu, sampel karangan yang dihidangkan kerap keluar dalam SPM.
Semoga berguna kepada anak-anak didik anda.

BAB 6: AKTIVITI LATIHAN KENDIRI (ms 86 – 115) – Bahagian yang paling penting dan amat berguna
kepada pdpc anda. Lebih-lebih lagi dalam suasana PKP yang memerlukan aktiviti pdp yang berfokuskan murid,
40 set latihan kendiri ini membantu murid menyelesaikan latihan mengarang secara teratur. Semua soalan telah
disertakan dengan pendahuluan yang sempurna, rangka isi dan kesimpulan. Hanya dengan tambahan sedikit idea
intelek mereka, pelajar sudah boleh menyiapkan sebuah karangan yang lengkap. AMAT MUDAH DAN
MEYAKINKAN.

BAB 7: AKSESORI & BAHAN SOKONGAN MENGARANG (ms 116 – 123) – Bahagian ini memuatkan
sumber-sumber seperti peribahasa, kata-kata hikmat, sumber grafik dan daftar kata bagi kata dalam kumpulan
KKBT.

SELAMAT MENCUBA DAN MESTILAH YANG TERBAIK

Hubungi saya,

HAJI ISHAK BIN MD SHAH

019 4789803

You might also like