You are on page 1of 16

PRAKTIS

2 PEMAHAMAN
SET 1

BAHAGIAN A
Soalan 1 hingga 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tahukah anda perniagaan dalam talian? Perniagaan dalam talian ialah


perniagaan yang melibatkan urusan jual beli melalui Internet.
Perniagaan ini semakin mendapat sambutan orang ramai. Peniaga

menawarkan pelbagai jenis barangan kepada pelanggan. Antara barangan
yang ditawarkan termasuklah pakaian, beg tangan, barang dapur dan lain-lain.
Peniaga juga menawarkan harga yang istimewa. Kadangkala, pelanggan akan
diberikan hadiah misteri untuk menambat hati mereka.
Namun begitu, kejujuran dan sifat amanah penjual dalam urus niaga amat
diutamakan oleh pelanggan dalam memilih produk yang ditawarkan dalam
talian.

1 Maksud perkataan pelanggan dalam 4 Pilih pernyataan yang benar tentang


petikan ialah petikan.
A peniaga. C penjual. A Perniagaan dalam talian
B pembeli. D pengusaha. membebankan pelanggan

2 B Perniagaan dalam talian mendapat
Peniaga juga menawarkan harga sambutan hangat
yang istimewa. C Perniagaan dalam talian kurang
popular
Nilai murni yang digambarkan D Perniagaan dalam talian mudah
berdasarkan pernyataan ialah dipercayai oleh pelanggan
A jujur. C bijak.
B amanah. D prihatin. 5 Mengapakah pelanggan diberikan
3 Apakah strategi peniaga yang menarik hadiah misteri?
perhatian pelanggan? A Untuk menghargai pelanggan
A Potongan harga B Untuk menambat hati pelanggan
B Hadiah misteri C Untuk menyatakan peniaga itu kaya
C Wang tunai D Untuk memastikan pelanggan akan
D Cabutan bertuah membeli lagi

Tahap Penguasaan 1 Sangat terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat baik 6 Cemerlang

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 16


BAHAGIAN B
Soalan 1
Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan ayat yang
lengkap.

PENCEGAHAN PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

• Bersihkan tempat nyamuk mudah membiak


• Salin air di dalam bekas simpanan air seperti pasu bunga, kolah mandi
dan baldi seminggu sekali
• Tutup bekas simpanan air bagi mencegah nyamuk bertelur
• Tanam semua bekas yang boleh menakung air
• Kitar semula tin-tin kosong
• Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik
ke dalam bekas simpanan
tiga bulan sekali
• Pelihara ikan pemakan jentik-jentik
seperti ikan puyu atau gapi

Nyatakan langkah pencegahan pembiakan nyamuk aedes.

[3 markah]

Tahap Penguasaan 1 Sangat terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat baik 6 Cemerlang

17 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019


Soalan 2
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kawasan terpencil rumah desa,


Daun pegaga di tepi titi;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Kasih keluarga sepenuh hati.

Pokok halia pokok jambu,


Pokok redup pokok markisa;
Sungguh mulia jasa ibu,
Seumur hidup dikenang sentiasa.

Buah naga buah kelapa,


Buah salak putih ulasnya;
Jasa keluarga tidak kulupa,
Dewasa kelak balas budinya.

(a) Perkataan dikenang dalam pantun di atas boleh juga digantikan dengan perkataan

.
[1 markah]
(b) Nyatakan maksud rangkap pertama pantun di atas.


[2 markah]

(c) Terangkan jasa ibu anda.


[3 markah]

Tahap Penguasaan 1 Sangat terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat baik 6 Cemerlang

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 18


Soalan 3
Baca rencana di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Makanan seimbang amat penting dalam kehidupan harian. Makanan seimbang


merangkumi karbohidrat, vitamin, protein, kalsium dan sebagainya.
Makanan yang kaya dengan karbohidrat dapat membekalkan tenaga kepada
badan kita. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah nasi, roti, ubi kentang, bijirin,
kekacang dan lain-lain.
Vitamin pula dapat mencegah penyakit. Contoh makanan yang mempunyai
kandungan vitamin yang tinggi ialah sayur-sayuran seperti sawi, bayam,
kangkung dan sebagainya. Kita juga boleh mendapatkan sumber vitamin
daripada buah-buahan seperti epal, limau, mangga dan lain-lain.
Selain itu, protein juga penting untuk tumbesaran. Makanan yang

mengandungi protein ialah ikan, daging, udang dan sebagainya. Kalsium pula
dapat menguatkan tulang dan gigi kita. Makanan yang mengandungi kalsium
ialah susu, keju, soya dan lain-lain.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan makanan seimbang?


[2 markah]

(b) Nyatakan fungsi vitamin dan dua jenis makanan dalam kumpulan ini.


[2 markah]

(c) Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Karbohidrat memberikan kita tenaga.


Buah-buahan tempatan sahaja yang betul
merangkumi vitamin.
Kita perlu makan daging untuk kesihatan
badan.
Hasil tenusu seperti susu, keju dan soya salah
mengandungi protein.
[2 markah]
(d) Berdasarkan rencana, pada pendapat kamu apakah dua kepentingan kalsium kepada
kita?
Jawapan kamu mestilah menggunakan ayat yang lengkap.

[3 markah]

Tahap Penguasaan 1 Sangat terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat baik 6 Cemerlang

19 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019


SET 2
BAHAGIAN A
Soalan 1 hingga 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

Encik Ramlan dan Encik Kasmir berkawan baik. Mereka tinggal berjiran. Hubungan
mereka ibarat isi dengan kuku. Mereka selalu minum petang bersama-sama.
Pada suatu petang, Encik Kasmir memberitahu Encik Ramlan bahawa

beliau akan mengadakan majlis perkahwinan untuk anak sulungnya. Tanpa
berfikir panjang, Encik Ramlan berjanji akan membawa rakan-rakan dan ahli
keluarganya untuk membantu Encik Kasmir sepanjang majlis perkahwinan
tersebut.
Sebelum majlis berlangsung, Encik Ramlan dan rakan-rakannya telah

bertungkus-lumus memasak untuk kenduri perkahwinan.
Keluarga dan saudara-mara Encik Kasmir berasa terharu dan memuji sikap
setia kawan yang dimiliki oleh Encik Ramlan.

1 Berdasarkan petikan di atas, Encik C Encik Ramlan sibuk memasak untuk


Kasmir dan Encik Ramlan merupakan menjayakan kenduri.
. D Encik Ramlan yang sedia membantu
A ahli keluarga kawan.
B jiran
C saudara-mara 4 Pilih pernyataan yang salah tentang
D rakan sejawat petikan.
A Encik Kasmir mengadakan kenduri
2 Peribahasa ibarat isi dengan kuku di restoran.
dalam petikan seerti dengan B Encik Kasmir mengadakan kenduri
perumpamaan seperti . untuk anak sulungnya.
A dakwat dengan kertas C Encik Kasmir menerima bantuan
B cincin dengan permata daripada Encik Ramlan dan rakan-
C anjing dengan kucing rakan serta ahli keluarganya.
D langit dengan bumi D Hubungan antara Encik Kasmir
dengan Encik Ramlan sangat intim.
3 Mengapakah ahli keluarga dan
saudara-mara Encik Kasmir berasa 5 Berdasarkan petikan, siapakah yang
terharu? akan melangsungkan perkahwinan?
A Encik Ramlan selalu minum petang A Anak Encik Ramlan
dengan Encik Kasmir. B Anak Encik Kasmir
B Encik Ramlan berjanji membawa C Anak Encik Ramlan dan Encik Kasmir
banyak rakan ke majlis itu. D Jiran Encik Ramlan dan Encik Kasmir

Tahap Penguasaan 1 Sangat terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat baik 6 Cemerlang

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 20


BAHAGIAN B
Soalan 1
Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan ayat yang
lengkap.

Kejayaan yang diperoleh:


• Menerima gelaran
Seniman Agung Negara
• Pengiktirafan
antarabangsa ‘Best Male
Lead Role’ dan ‘Most
Versatile Talent’
• Menghasilkan sebanyak
401 buah lagu dan 66
buah filem

Berdasarkan maklumat yang diberikan, mengapakah Tan Sri P. Ramlee diberikan gelaran
Seniman Agung Negara?

[3 markah]

Soalan 2
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Amir melonjak kegembiraan. Hari ini dia akan menyertai Pertandingan Keselamatan
Jalan Raya bersama-sama rakan-rakannya.
“Kali ini, kumpulan Amir mesti menang! Amir ingin menggondol gelaran johan dalam
pertandingan ini,” ujar Amir kepada ibunya.
Amir dan rakan-rakannya meneliti brosur “Tip Menunggang Basikal dengan Selamat”
yang diterimanya. Sebelum menyertai pertandingan tersebut, mereka memastikan
basikal dalam keadaan yang baik dan selamat. Selain itu, mereka memakai topi keledar,
pad lutut dan pad siku serta kasut yang sesuai.

21 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019


Amir dan rakan-rakannya menempuh setiap halangan serta mematuhi peraturan
dan papan tanda isyarat jalan raya. Mereka menggunakan isyarat tangan yang betul
dan memastikan tiada kenderaan di kiri dan di kanan sebelum menukar haluan.
“Hore, kumpulan kita telah menang!” sorak Amir kepada rakan-rakannya dengan
penuh kegembiraan.

(a) Perkataan haluan dalam petikan bermaksud


[1 markah]

(b) Nyatakan pertandingan yang disertai oleh Amir dan rakan-rakannya.

[2 markah]

(c) Apakah langkah keselamatan yang diambil oleh Amir dan rakan-rakannya sebelum
pertandingan bermula?


[3 markah]

Soalan 3
Baca syair di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pesanan Datuk
Dengarlah cucu datuk berpesan,
jaga adab ketika berkawan,
jika salah terimalah teguran,
agar disenangi rakan dan taulan.
Adab berkawan perlu bersabar,
keluhan mereka kita dengar,
masalah kecil dan juga besar,
kita selesaikan tanpa gusar.
Keikhlasan itu nilai yang murni,
harus dibawa ke mana pergi,
kawan umpama keluarga sendiri,
usah diburukkan harus dihormati.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 22


(a) Apakah maksud rangkap pertama syair di atas?


[2 markah]

(b) Mengapakah kita perlu menerima teguran kawan?


[2 markah]

(c) Padankan pernyataan di bawah berdasarkan rangkap dalam petikan. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh.

Kita mestilah menjaga adab ketika


berkawan. Rangkap 1
Kita hendaklah ikhlas dalam menjalinkan
persahabatan.
Rangkap 2
Kita perlulah bersabar dalam
menghadapi pelbagai dugaan.
Kita hendaklah menerima teguran agar Rangkap 3
disenangi oleh rakan.
[2 markah]

kawan umpama keluarga sendiri,


usah diburukkan harus dihormati.
(d) Terangkan maksud baris-baris syair di atas.


[3 markah]

Tahap Penguasaan 1 Sangat terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat baik 6 Cemerlang

23 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019


SET 3
BAHAGIAN A
Soalan 1 hingga 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari ini Tahun Empat Melor telah mengadakan majlis ulang tahun kelahiran
untuk Gina, Jarit dan Wei Shan yang ke-10. Cikgu Wong dan anak muridnya
mengadakan majlis untuk meraikan mereka. Majlis tersebut akan bermula pada
pukul sembilan pagi.
Sebelum majlis bermula, Cikgu Wong dan anak muridnya bekerjasama untuk
menghias kelas. Ada yang menggantung belon dan reben serta menghias
dinding. Mereka bekerjasama bagai aur dengan tebing. Tidak lama kemudian,
kelas mereka kelihatan ceria. Selepas itu, Cikgu Wong pun meletakkan sebiji
kek dan hidangan di tengah-tengah meja. Setelah siap, semua murid duduk di
tempat masing-masing. Mereka menjamu selera dengan gembira.
Kemudian, majlis dimulakan dengan ucapan daripada ketua kelas. Cikgu Wong
turut menyampaikan ucapan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang menjayakan majlis ini.

1 Apakah majlis yang diadakan dalam C makan dan minum


kelas tersebut? D makan sambil rehat
A Majlis ulang tahun kelahiran
B Majlis hari perpisahan 4 Pada pendapat kamu, apakah sebab
C Majlis penghargaan pihak sekolah mengadakan majlis
D Majlis anugerah ulang tahun kelahiran untuk murid-
murid?
2 Berapakah umur Gina, Jarit dan Wei A Untuk mengeratkan hubungan
Shan? B Untuk membanggakan diri
A Lapan tahun C Untuk mencantikkan kelas
B Sembilan tahun D Untuk mengisi masa lapang
C 10 tahun
D 11 tahun 5 Siapakah yang menyampaikan ucapan
selain Cikgu Wong?
3 Rangkai kata menjamu selera dalam A Ketua kelas
petikan bermaksud B Guru besar
A makan C Guru kelas
B minum D Pembantu makmal

Tahap Penguasaan 1 Sangat terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat baik 6 Cemerlang

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 24


BAHAGIAN B
Soalan 1
Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan ayat yang
lengkap.

Pertandingan Cipta Pantun


Syarat-syarat penyertaan:
 Terbuka kepada murid tahap dua.
 Tema pantun tentang alam sekitar.
 Karya mestilah asli.
 Pantun mesti dicipta dalam bentuk empat kerat dan empat rangkap.

Sila hantar karya anda sebelum:


21 Mac 2020 Hadiah istimewa
menanti anda.
Kepada: Rebutlah peluang ini.
Jawatankuasa Pengelola, Tonjolkan
Pertandingan Cipta Pantun, bakat anda!
SJK(C) Taman Sepadu.

Mei San murid tahun tiga. Dia sangat gembira apabila mengetahui tentang pertandingan
cipta pantun. Dia berminat untuk menyertai pertandingan cipta pantun.

Adakah Mei San layak untuk bertanding dalam pertandingan tersebut? Mengapa?

[3 markah]

Soalan 2
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Pada hujung minggu yang lalu, Mohan telah melawat ke ladang Encik Daud. Encik Daud
ialah ayah Aznan. Beliau mengusahakan ladang durian Belanda.
Mohan tertarik akan keunikan durian Belanda. Walaupun namanya durian, sifat

buah tersebut berbeza dengan durian. Buah durian Belanda mempunyai duri yang kecil
tetapi tidak tajam. Selain itu, kulitnya nipis dan buahnya lembik apabila masak. Isi buah
tersebut berwarna putih dan halus. Buahnya pula berbiji keras. Rasanya pula masam-
masam manis.

25 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019


Encik Daud memberitahu Mohan bahawa buah ini ada banyak khasiat dan kegunaan.
Buahnya boleh dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Buah dan jus daripada durian
Belanda boleh mencegah barah atau cirit-birit. Daunnya pula boleh digunakan sebagai
ubat sapu bagi merawat penyakit kulit. Akar dan kulitnya pula dapat mengurangkan
penyakit tekanan darah tinggi.
Mohan terasa hendak makan buah durian Belanda yang sudah masak. Encik Daud pun
memetik beberapa biji durian Belanda untuk diberikan kepada Mohan sebagai buah tangan.

(a) Perkataan buah tangan dalam petikan bermaksud


[1 markah]

(b) Nyatakan perbezaaan antara buah durian Belanda dengan buah durian.


[3 markah]

(c) Pada pendapat kamu, mengapakah Mohan terasa hendak makan buah durian
Belanda?


[2 markah]

Soalan 3
Teliti peta di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Air Terjun

Kolam
memancing

Sekolah
Masjid

Padang permainan
Kawasan Sungai
perumahan

Kedai
Balai orang ramai

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 26


(a) Nyatakan dua kemudahan awam yang terdapat di kawasan ini.

(i)

(ii)
[2 markah]

(b) ​
Di manakah letaknya balai orang ramai?

[2 markah]

(c) ​Padankan pernyataan dengan lokasi yang betul berdasarkan peta. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh.

Terletak di atas bukit di utara peta. Sekolah

Terletak di barat laut peta dan berhampiran


Masjid
kawasan perumahan.

Terletak berhampiran kawasan perumahan dan


Kolam memancing
sekolah.

Terletak bersebelahan padang permainan. Air terjun

[2 markah]

(d) Berdasarkan peta, pada pendapat kamu mengapakah balai orang ramai dibina
berhampiran dengan bangunan kedai?
Jawapan kamu hendaklah menggunakan ayat yang lengkap.

[3 markah]

Tahap Penguasaan 1 Sangat terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat baik 6 Cemerlang

27 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019


SET 4
BAHAGIAN A
Soalan 1 hingga 5
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pergi belayar ke Teluk Betung,


Tangkap ikan gunakan pukat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Ketupat rendang di dalam bakul,


Mari berkongsi dengan Jing Jing;
Yang berat sama dipikul,
Yang ringan sama dijinjing.

Kalau puan membeli halia,


Belikan saya buah belimbing;
Tolong-menolong amalan mulia,
Bagai aur dengan tebing.

1 Bagai aur dengan tebing dalam petikan D Ketua kampung dan anak buahnya
bermaksud membantu mangsa banjir bersama-
A sapa-menyapa. sama
B tegur-menegur.
4 Mengapakah kita perlu bermuafakat
C tolong-menolong.
semasa membuat keputusan?
D ziarah-menziarahi.
A Menjimatkan masa
2 Nyatakan jenis pantun di atas. B Bertanggungjawab
A Pantun nasib C Saling menghormati
B Pantun jenaka D Berdikari
C Pantun teka-teki
5 Berikut merupakan pengajaran
D Pantun peribahasa
berdasarkan pantun, kecuali
3 Yang manakah perbuatan berikut A kita hendaklah bantu-membantu
menjelaskan maksud berat sama agar kerja yang susah menjadi
dipikul, ringan sama dijinjing? senang
A Ben Li dan Jia Hao pergi ke B kita perlulah bermuafakat untuk
perpustakaan bersama-sama membentuk masyarakat yang kuat
B Cikgu Sofiah membeli hadiah yang C kita haruslah bekerjasama bagi
sama untuk anak muridnya memperkukuh perpaduan
C Ibu memilih corak baju yang sama D kita mestilah berunding sebelum
untuk saya dan adik melakukan sesuatu

Tahap Penguasaan 1 Sangat terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat baik 6 Cemerlang

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 28


BAHAGIAN B
Soalan 1
Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan ayat yang
lengkap.

Sabtu, 15 Mac 2020


7:00 pagi
Aku dan dua orang adik pergi ke dusun datuk. Dusun itu tidak jauh dari rumah datuk.
Kami menunggang basikal ke sana dengan berhati-hati. Basikal kami berlumpur
kerana hujan lebat semalam.

7:25 pagi
Setibanya kami di dusun, datuk pun menyambut kami dengan gembira. Datuk
membawa kami mengelilingi dusun sambil meneliti pokok buah-buahan yang
ditanamnya. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan ditanam oleh datuk. Antara
pokok yang ditanam oleh datuk termasuklah pokok durian, rambutan, langsat,
manggis dan pulasan. Pokok-pokok itu kelihatan subur dan berbuat lebat.

7:40 pagi
Aku terhidu bau durian yang gugur. Tanpa berlengah, aku meminta datuk mengopek
durian untuk kami rasa. Kami makan dengan gelojoh. Datuk juga mengait buah rambutan
yang telah masak ranum untuk dibawa pulang. Setelah mencuci tangan, kami menolong
datuk memasukkan buah rambutan yang telah dikait ke dalam sebuah bakul rotan yang
besar.

9:00 pagi
Kami bersama dengan datuk pulang ke rumahnya. Kami menunjukkan buah
rambutan yang dibawa di dalam bakul kepada nenek.

Nyatakan sikap terpuji yang ditunjukkan oleh “aku” dalam petikan di atas.

[3 markah]

Tahap Penguasaan 1 Sangat terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat baik 6 Cemerlang

29 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019


Soalan 2
Baca syarahan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina Chung Hwa, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi yang ceria ini ialah “Kepentingan Menjaga
Pemakanan”.

Hadirin sekalian,
Badan yang sihat berpunca daripada makanan yang kita makan. Makanan yang
baik mengandungi unsur karbohidrat, vitamin, kalsium, protein dan sebagainya.
Apabila kita menjaga pemakanan pada setiap hari, nescaya kesihatan kita akan
terjamin. Contohnya, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman.
Amalan ini dapat mengelakkan diri daripada menghidap diabetes. Diabetes adalah
antara penyakit kronik di negara kita. Banyak orang kehilangan anggota badan kerana
penyakit kencing manis.

Hadirin yang dikasihi,


Kita juga disarankan supaya menjaga pemakanan sejak kecil lagi. Kita digalakkan
minum susu supaya cergas sepanjang hari. Secara tidak langsung, otak akan cerdas.
Dengan minum susu setiap hari, tulang kita kuat dan tidak mudah reput. Kurangkan
makanan yang berlemak dan berminyak kerana makanan jenis ini menjadi punca
obesiti.

Hadirin yang dihormati,


Kesimpulannya, marilah kita menjaga pemakanan kita pada setiap masa. Hanya
kita yang dapat mencegah penyakit. Amalkanlah gaya hidup sihat.

Sekian, terima kasih.

(a) Perkataan obesiti dalam petikan bermaksud


[1 markah]

(b) Mengapakah kita perlu minum susu?


[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu menjaga pemakanan?


[3 markah]

Tahap Penguasaan 1 Sangat terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat baik 6 Cemerlang

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 30


Soalan 3
Teliti siratan makanan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bunga

Tikus
Kubis

Ulat
Katak Belalang

Burung pipit
Helang

(a) Jumlah tumbuhan yang terdapat dalam siratan makanan tersebut ialah
. [1 markah]

(b) ​
Nyatakan haiwan yang makan kubis dalam siratan makanan tersebut.

[2 markah]
Padankan pernyataan yang betul berdasarkan siratan makanan yang diberi. Satu
(c) ​
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

Haiwan makan tikus. Katak

Haiwan makan bunga dan kubis. Helang

Tumbuhan yang dimakan oleh tikus, belalang dan ulat. Kubis

Haiwan makan belalang. Ulat


[2 markah]

(d) Pada pendapat kamu, apakah haiwan herbivor yang terdapat dalam siratan makanan
tersebut?
Jawapan kamu hendaklah menggunakan ayat yang lengkap.

[3 markah]

Tahap Penguasaan 1 Sangat terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat baik 6 Cemerlang

31 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019

You might also like