You are on page 1of 6

BAHAGIAN A

(10 Markah)

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Sekolah kami telah berjaya meraih dalam pertandingan bicara berirama peringkat
daerah Shah Alam petang semalam.
A dimenangi
B memenangi
C kemenangan
D memenangkan

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2 “Rasa pisang emas yang belum cukup masak agak


sedikit,” kata opah kepada cucu-cucunya.
A kelat
B pahit
C tawar
D masam

Soalan 3
Pilih ayat yang betul.

3 I Pemandangan di Pulau Tioman nian indah ketika matahari hampir terbenam.


II Merah benar baju kebaya moden yang dipakai oleh gadis berdarah campuran itu.
III Kami mendapat layanan amat baik sekali daripada pengurus kilang elektronik itu.
IV Harga ikan bawal putih betul mahal berbanding dengan harga ikan-ikan lain.
A
I dan II
B
II dan III
C
III dan IV
D
I dan IV
Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Banjir sering berlaku terutamanya pada musim tengkujuh. Hujan lebat yang turun sepanjang hari
juga boleh menyebabkan banjir. Air sungai akan naik dan melimpah di kawasan yang lebih
rendah. Penduduk yang tinggal di kawasan tanah rendah lebih terdedah kepada bencana banjir.
Air yang deras boleh memusnahkan harta benda, tanaman, ternakan, dan tempat tinggal.
Apabila berlaku banjir, berbagai-bagai masalah akan timbul. Banyak tumbuhan dan haiwan
ternakan yang mati. Keperluan asas seharian juga sukar diperoleh. Jika bantuan tidak disalurkan,
kekurangan makanan mungkin akan berlaku. Penyakit juga mudah merebak. Penyakit kulit dan
penyakit taun adalah antara penyakit yang boleh menyerang penduduk di kawasan tersebut.

4 Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan di atas?


A Mangsa Bencana Banjir.
B Hujan Punca Berlakunya Banjir.
C Banjir dan Kesannya kepada Kita.
D Banjir Sering Berlaku di Negara Kita.

5 Antara berikut yang manakah bukan merupakan keperluan asas seharian?


A Hiburan
B Pakaian
C Makanan
D Kediaman

6 Pernyataan berikut adalah benar tentang banjir, kecuali


A banjir ialah malapetaka buatan manusia.
B banjir berlaku apabila air melimpahi tebing.
C banjir boleh menyebabkan penyakit merebak.
D banjir boleh merosakkan harta benda dan tanaman.
Soalan 7 hingga 10
Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

INTAN HIJRAH SENDIRIAN BERHAD


(Anak Syarikat Mercu Mewah Sendirian Berhad)

TAWARAN JUALAN
RUMAH KEDAI &
PEJABAT
(BUMIPUTERA : POTONGAN HARGA 5%)
Lokasi : Majlis Perbandaran Teluk Intan,
Daerah Hilir Perak.
Luas Keseluruhan : 3 400 kps (40 kaki X 85 kaki)
Harga Jualan : RM685 000.00 ke atas
Dijangka Siap : 18 bulan dari tarikh menandatangani:
‘Perjanjian Jual Beli’
Tempoh Permohonan : Selama 6 bulan sahaja
Permohonan Bermula : Pada 2 Januari 2022
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
INTAN HIJRAH SENDIRIAN
BERHAD
No. 105-G, Jalan Denai Intan,
Bandar Baharu, 36000 Teluk
Intan, Perak Darul Ridzuan.
Telefon: Faks:
05-6233333 / 019-5753333 05-6266333

7 Pihak pemaju membangunkan projek tersebut di atas se tanah di Teluk Intan.


A buah
B bidang
C gulung
D timbun

8 Tempoh permohonan tawaran jualan rumah kedai dan pejabat itu akan berakhir pada
A 1 Jun 2022.
B 1 Julai 2022.
C 1 Ogos 2022.
D 1 September 2022.
9 Di manakah para pembeli boleh mendapatkan maklumat tentang jualan rumah kedai dan
pejabat tersebut?
A Bandar Baharu Teluk Intan
B Jalan Denai Intan Hilir Perak
C Majlis Perbandaran Teluk Intan
D Syarikat Intan Hijrah Sendirian Berhad

10 Berikut adalah pernyataan yang benar tentang iklan kecuali


A pembeli bumiputera layak menerima potongan harga sebanyak lima peratus.
B semua urusan jual beli akan dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan.
C permohonan tawaran jualan rumah kedai dan pejabat bermula pada 2 Januari 2022.
D projek tersebut dijangka dapat disiapkan dalam masa lebih kurang setahun setengah.
SISTEM BAHASA (SINTAKSIS) MARKAH BAHAGIAN B
Item Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 10 (10 Markah)

Soalan 11 dan 12
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kuala Lumpur ialah ibu kota negara kita. Bandar raya Kuala Lumpur yang terletak di Lembah
Klang menjadi pusat kegiatan ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.
Berbagai-bagai peluang perniagaan tersedia di sini, daripada perniagaan di gerai makan
sehinggalah perniagaan bertaraf dunia. Pusat jualan peralatan dan aksesori komputer, perniagaan
hartanah, saham dan pelbagai perniagaan lain terdapat di ibu kota. Gedung perniagaan bertaraf
dunia juga ada di sini. Sesiapa yang tidak biasa mungkin boleh tersesat di dalam gedung yang
besar dan mewah itu.
Selain itu, ibu kota Kuala Lumpur juga menjadi pusat seni dan budaya negara kita.
Persembahan kebudayaan seperti teater bertaraf dunia sering kali diadakan di Istana Budaya,
Dewan Pleno di Menara Berkembar Petronas dan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia
Putra. Persembahan pentas terbuka seperti Citrawarna pula diadakan di Dataran Merdeka.

11 Bandar raya Kuala Lumpur menjadi pusat kegiatan ekonomi, kebudayaan dan
.
[1 markah]

12 Di manakah persembahan pentas terbuka seperti Citrawarna diadakan?

Persembahan pentas terbuka seperti Citrawarna diadakan di

. [1 markah]

13 Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat perintah yang paling sesuai berpandukan gambar.

“ pindahkan meja murid ini ke belakang kelas


kita,” kata Cikgu Abdul Rahman kepada Adam dan Hadif.

Minta Tolong Jemput

[1 markah]
14 Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Dhila tutup televisyen dan pendingin hawa itu sebelum kamu tidur,” pesan emak.

Emak menegur Dhila supaya menutup televisyen dan pendingin hawa


sebelum tidur.

Emak berpesan kepada Dhila supaya menutup televisyen dan pendingin


hawa sebelum tidur.
[1 markah]

15 Tandakan ( √ ) jenis peribahasa yang paling sesuai berpandukan gambar yang diberikan.

(i)
Rajin seperti semut

Bidalan

Perumpamaan

Bandingan semacam

[1 markah]

You might also like