You are on page 1of 5

Bahasa Melayu

Tahun 6

Sasaran Tahun 6
Subjek Bahasa Melayu
Tema / Topik 3.Komuniti prihatin
Unit 9: Perkongsian pintar
Tajuk: Kelas bimbingan

Nota Kata hubung


Berkaitan • Menghubungkan dua atau lebih ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk.
Tema / Topik • Kata hubung terbahagi kepada dua
1. Kata hubung gabungan
2. Kata hubung pancangan
1.Kata hubung gabungan ialah kata yang berfungsi untuk
menghubungkan dua ayat atau lebih yang sama tara sifatnya.
Contoh: dan, atau, sambil, lalu, tetapi, kemudian
2.Kata hubung pancangan terdiri daripada tiga jenis iaitu
i. kata hubung pancangan keterangan
ii. kata hubung pancangan relatif
iii. kata hubung pancangan komplemen

i. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi


untuk menghubungkan ayat yang menjadi keterangan pada ayat
utama.
Contoh: kerana, jika, selagi, agar, walaupun, apabila,
sehingga, supaya,sekiranya, selagi, semasa, tatkala

ii. Kata hubung pancangan relatif iaiah kata yang berfungsi untuk
menghubungkan ayat utama dengan ayat kecil. Contoh: yang

iii. Kata hubung pancangan komplemen ialah kata yang berfungsi


untuk menghubungkan ayat kecil komplemen pada ayat utama.
Contoh: untuk, bahawa

Standard 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul


Kandungan mengikut konteks

Standard 5.1.6 Memahami dan menggunakan pelbagai kata hubung


Pembelajaran mengikut konteks dengan betul
Objektif Murid-murid dapat menggunakan pelbagai kata hubung untuk melengkapkan
Pembelajaran ayat
Tempoh 7:30 – 8:30 pagi ( 1 jam )
Pelaksanaan
Aktiviti 1. Murid mengisi tempat kosong dengan kata hubung yang
paling sesuai
2. Murid menandakan ( V) pada ayat yang betul dan (X ) pada ayat yang
salah
3. Murid menandakan ( V ) di dalam ruang yang disediakan bagi mengisi
tempat kosong dalam ayat -ayat.
Rujuk lampiran aktiviti

Pentaksiran Pentaksiran
Instrumen 1: Rubrik Pentaksiran

Anda akan melakukan pentaksiran kendiri berkaitan dengan soalan latihan yang
akan anda siapkan. Tandakan ( v) pada lajur di sebelah kanan bagi
pernyataan yang sesui dengan jawapan anda.

* Set soalan
1.B 2.D 3.D 4.D 5.A Tahap
penguasaan
Bahagian Menguasai/Tidak
A menguasai

I.V ii.V iii.X iv.V v.X

Bahagian
B

I.tatkala ii.lalu iii.walaupun

Bahagian
C

Instrumen 2:
1. Jelaskan maksud kata hubung
2. Berikan jenis-jenis kata hubung
3. Berikan contoh-contoh kata hubung
4. Apakah kegunaan kata hubung dalam ayat?

Panduan 1. Sasaran dan pendamping rapat atau pembimbing perlu memahami


Kerja Buat terlebih dahulu nota berkaitan dengan tajuk.
2. Fahami arahan yang terdapat di bahagian aktiviti.
3. Jawab soalan mengikut kehendak aktiviti.
4. Untuk mengetahui sama ada jawapan betul atau tidak , boleh rujuk
kriteria yang terdapat dalam pentaksiran, instrumen 1 dan 2.
5. Sekiranya pentaksiran instrumen 1 dan 2 telah siap, maka murid boleh
menghantar kerja kepada guru untuk disemak dan penerimaann tugasan
seterusnya,
Lampiran Latihan:

Sistem Bahasa

A.Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

1. Mereka tiba di rumah kami ___________________ kami sedang makan


tengah hari.

A.sejak
B.tatkala
C.supaya
D.sekiranya

2. Mira berhasrat _____________ mengikuti Program Pemidato Cemerlang itu

_______ mendapat keizinan daripada ibu bapanya.

A. agar…apabila
B. supaya……andaikata
C. semoga…..serta
D .untuk ….. jika

3. Anak-anak gadis Encik Razak _________ cantik ___________ berbudi


Bahasa juga.

A. kian….pun
B. jangankan…..pun
C. walaupun….tetapi
D. bukan sahaja….malah

4. shina berharap____________ dia dapat menemukan kucingnya yang hilang


itu semula.
*
A. Lantas
B. hingga
C. bahawa
D. .agar

5. Kami tidak pasti sama ada ayah akan membawa kami ke Pulau Langkawi
_________ ke Pulau Perhentian

A. atau
B. dan
C. lalu
D tetapi
B.Tandakan (v) pada ayat yang betul dan (x) pada ayat yang salah.

I Encik Baktiar meminta sama ada Zainal ataupun Fazli


menyiapkan tugasan itu

Ii Kian hari kian banyak rakyat Malaysia yang membeli-belah


menggunakan cara belian atas talian.

Iii Azlan tidak dibenarkan bermain bersama-sama kawan-


kawannya sehingga tidak menyiapkan kerja sekolahnya.

Iv Walaupun sudah membuat persiapan yang rapi, perlawanan


bola sepak itu terpaksa ditangguhkan kerana hari hujan.

v Farisya tidak megah akan kemewahan hidupnya, namum


dia daripada golongan yang berada.

C..Tandakan (v) di dalam ruang yang disediakan bagi mengisi tempat kosong
dalam ayat di bawah ini.

i. Syahmi dan kawannya masuk ke dalam dewan_____________ guru


besar sedang berucap.

Tatkala ( ) manakala ( ) malahan ( )

ii. Pengerusi persatuan penduduk mengakhiri taklimat beliau __________


mengagihkan tugasan kepada penduduk.

lalu ( ) maka ( ) hingga ( )

iii. Kak Dina tidak berputus asa ____________ gagal membuat sarung
ketupat, sebaliknya dia terus mencuba sehingga berjaya.

sementara ( ) walaupun ( ) selagi ( )


Disediakan oleh: Puan Foo Yee Fui
Nama sekolah: SK Bantayan, Tamparuli

You might also like