You are on page 1of 5

Nama : ALEXANDER AMIDUS

No. Kad Pengenalan : 820824-12-5265


Kumpulan :3
Kursus : Kursus Induksi Kumpulan 1 Siri 5/2006
No. Angka Giliran : 4242407074

SOALAN 2
Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara berikut:-
a) Perbelanjaan Pembangunan
b) Perbelanjaan Mengurus

JAWAPAN:

Perbelanjaan Negara terbahagi kepada dua iaitu Perbelanjaan Pembangunan


dan Perbelanjaan Mengurus.
a) Perbelanjaan Pembagunan
Perbelanjaan Pembangunan (PP) ialah perbelanjaan modal yang
biasanya tidak berulang dan merupakan perbelanjaan yang mempunyai
keluaran yang berfaedah jangka panjang. Perbelanjaan ini diasingkan
daripada perbelanjaan mengurus kerana ia mempunyai ciri-ciri tertentu yang
memerlukan satu proses perancangan dan keputusan yang agak rumit dan
teliti.
Biasanya perbelanjaan pembangunan melibatkan ciri-ciri berikut:
 Aliran wang (keluar dan masuk) bersifat jangka panjang
 Melibatkan jumlah modal/ peruntukan yang besar
 Dibiayai dengan wang pinjaman yang besar jumlahnya
 Memerlukan penyeliaan dan peyelenggaraan di masa yang akan
dating seperti pembesaran, penggantian, pembaikan dan
sebagainya
 Mempunyai implikasi aliran faedah dan kos kepada rakyat dan
Negara yang harus dipertimbangkan dengan teliti
Biasanya maksud perbelanjaan pembangunan ini dikenal pasti dengan kod huruf
“P” .
Contohnya:-
 P.7 Jabatan Perdana Menteri
 P.8 Jabatan Perkhidmatan Awam

Perbelanjaan Pembangunan dibutirkan dalam bentuk projek-projek diberi satu


nombor pengenalan. Contohnya:-
 P.36 Polis Diraja Malaysia
 Butiran Projek 00200 ( Balai-balai dan pondok polis )
 Butiran projek 00700 ( Pasukan Polis Hutan )

Peruntukan-peruntukan yang boleh dibiayai atau yang boleh ditakrifkan


sebagai perbelanjaan pembagunan adalah dinyaatakan di dalam Akta
Pembangunan Tahun 1966 di jadual 1 seksyen (3). Antara projek-projek yang
dinyatakan ialah sekolah, hospital, jalan raya, pelabuhan dan lain-lain. Dari
aspek peringkat-peringkat pengurusan, peruntukan perbelanjaan pembangunan
dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

1) Perbelanjaan Pembangunan Persekutuan


2) Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan-kerajaan Negari
3) Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK)

Manakala, dari segi peringkat agihannya pula, perbelanjaan-perbelanjaan


itu digolongkan kepada beberapa sektor berikut:-
1) Perkhidmatan Ekonomi
2) Perkhidmatan Am
3) Perkhidmatan Sosial
4) Keselamatan

b) Perbelanjaan Mengurus
Perbelanjaan Mengurus boleh ditakrifkan sebagai perbelanjaan bagi
aktiviti-aktiviti seharian yang berulang-ulang dan berterusan atau boleh
juga disebut sebagai perbelanjaan penggunaan. Perbelanjaan Mengurus
di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu Perbelanjaan Tanggungan
dan Perbelanjaan Perbekalan.

i. Perbelanjaan Tanggungan
Perbelanjaan Tanggungan ialah perbelanjaan yang telah sedia
diperuntukan oleh Perlembagaan ( Perkara 98). Dalam erti kata lain,
perbelanjaan ini dipertanggungjawabkan terus kepada Kumpulan
Wang Disatukan oleh Perlembagaan.
Antara perbelanjaan-perbelanjaan tanggungjawab ialah
peruntukan bagi elaun-elaun Diraja, gaji Ketua Hakim Negara, hakim
Besar dan Hakim-hakim, gaji Ketua Audit Negara, perbelanjaan
Suruhanjaya-suruhanjaya dan bayaran-bayaran pencen, elaun bersara
dan ganjaran.
Disebabkan perbelanjaan-perbelanjaan tersebut
dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Disatukan oleh
Perlembagaan, maka tidak perlu diluluskan oleh Parlimen. Biasanya
Perbelanjaan Tanggungan dikenali dalam anggaran belanjawan
dengan kod huruf “T”. Contohnya:-
 T.1 Peruntukan Diraja
 T.6 Ketua Audit Negara

ii. Perbelanjaan Perbekalan


Perbelanjaan Perbekalan pula ialah semua jenis perbelanjaan yang
dilakukan bagi tujuan membiayai kegiatan-kegiatan harian
Kementerian / Jabatan dalam menyediakan perkhidmatan-
perkhidmatan kepada rakyat. Nombor kod bagi Perbelanjaan
Perbekalan biasanya ditunjukkan dengan huruf “B”. Contohnya:-
 B.1 Parlimen
 B.13 Kementerian Kehakiman

Semua peruntukan Perbelanjaan Mengurus telah ditentukan nombor kod


masing-masing oleh Perbendaharaan dalam Pekeliling Perbilangan 8, tahun
1986. Objek-objek perbelanjaan secara lanjut telah ditentukan berdasarkan kod-
kod lima nagka terdiri daripada:-
 Objek Am
 Objek Kumpulan Lanjutan
 Objek Lanjut

Agak berbeza daripada perbelanjaan-perbelanjaan tanggngan,


perbelanjaan perbekalan tidak dipertanggungjawabkan terus kepada Kumpulan
Wang Disatukan oleh Perlembagaan. Oleh itu, kelulusan Parlimen mestilah
diperolehi terlebih dahulu melalui Rang Undang-undang Perbekalan sebelum
sebarang perbelanjaan boleh diperuntukkan dan dibelanjakan.
Sebagai kategori umum, perbelanjaan-perbelanjaan perbekalan
dinahagikan kepada emolumen, perkhidmatan dan bekalan, aset, pemberian dan
kenaan tetap dan perbelanjaan-perbelanjaan lain yang berkaitan. Berdasarkan
kepada sektor, perbelanjaan perbekalan dibahagikan kepada empat sektor iaitu:-
1) Sektor perkhidmatan ekonomi yang meliputi program kemudahan awam,
perdagangan dan perindustrian, pengangkutan, perhubungan dan
perkhidmatan ekonomi.
2) Sektor perkhidmatan sosial yang meliputi program pelajaran, kesihatan,
perhubungan dan perkhidmatan sosial.
3) Sektor keselamatan yang meliputi program pertahanan dan keselamatan
dalam negeri.
4) Pentadbiran am yang meliputi pengurusan jabatan-jabatan seperti
Jabatan perkhidmatan Awam, Jabatan Perangkaan, Jabatan Kastam dan
Eksais Diraja, Jabatan Percetakan, Jabatan Hasil Dalam Negeri,
Kementerian Luar Negeri dan sebagainya, perbelanjaan yang lain meliputi
perkhidmatan bayaran pindaan dan bayaran hutang.

You might also like