You are on page 1of 4

NOTA MINI PROJEK

KOKO BOLA SEPAK

SESI 1-21/22

NOTA

KERTAS KERJA DAN LAPORAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja bermaksud makalah (artikel atau rencana)
bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu. Pada
umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti
yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan
atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja
bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-
pihak tertentu. Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan
idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa
projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan.

Dalam konteks penganjuran sukan bola sepak, kertas kerja ditujukan kepada pihak atasan atau
pengurusan atas beberapa tujuan iaitu

I. Memohon peruntukan kewangan


II. Memohon kebenaran penggunaan fasiliti
III. Memohon perlepasan pelajar/pemain
IV. Memohon kebenanaran menganjurkan sukan

Pihak atasan atau pengurusan merujuk kepada pihak yang berkuasa penuh ke atas segala fasiliti
yang akan digunakan dan mempunyai kuasa untuk meluluskan peruntukan kewangan. Pada peringkat
politeknik, jika sesuatu kertas kerja atau cadangan itu dikeluarkan oleh pelajar, ia perlu melalui
beberapa peringkat mengikut susunan berikut

I. Penyelaras Bola Sepak Politeknik


II. Ketua Jabatan Sukan dan Kokurikulum
III. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
IV. Pengarah

Sesebuah aktiviti itu perlu melalui kitaran pengurusan dokumen yang lengkap. Sebarang kertas
kerja aktiviti yang diluluskan perlu disudahi dengan laporan lengkap aktiviti yang akan menjadi bukti
aktiviti tesebut dijalankan. Laporan juga bertujuan untuk membuktikan bahawa semua peruntukan
kewangan yang diperolehi digunakan seperti yang dirancangkan. Pelaporan aktiviti secara bertulis amat
penting terutamanya ketika menghadapi audit-audit tertentu.

KERTAS KERJA

Sesuatu kertas kerja perlu mempunyai;

I. Muka hadapan-terpulang pada organisasi


II. Pendahuluan-penerangan ringkas tujuan kertas dikemukakan, contohnya untuk memohon
peruntukan kewangan.
III. Objektif-tujuan aktiviti dijalankan. Seeloknya aktiviti yang dijalankan memberi kebaikan kepada
organisasi.
IV. Maklumat aktiviti-merangkumi masa, tempat dan jadual
V. Sasaran/peserta-menyenaraikan kumpulan peserta yang terlibat serta carta organisasi
pengurusan kejohanan
VI. Kos-menerangkan anggaran kos yang diperlukan. Perlu dibuat dalam bentuk jadual dan
seringkas yang boleh
VII. Impak/sumbangan-menerangkan impak yang bakal diperolehi dari aktiviti yang dijalankan.
Impak tersebut mestilah merujuk kepada organisasi.
VIII. Penutup-harapan penganjur terhadap kejohanan yang bakal berlangsung serta harapan penulis
terhadap pihak pengurusan berkenaan penganjuran aktiviti tersebut.
IX. Bahagian terakhir adalah tandatangan penulis yang membuktikan kesahihan kertas kerja serta
tandatangan semua pegawai-pegawai atasan yang terlibat mengikut susunan berikut;
A. Disediakan oleh;
Tandatangan, Nama serta jawatan pelajar
B. Disemak oleh;
Tandatangan, nama serta jawatan. Contohnya; Penyelaras Bola Sepak Politeknik
Nilai.
C. Diperakukan oleh;
Tandatangan, nama serta jawatan. Contohnya; KJ Sukan & Kebudayaan
D. Disokong oleh;
Tandatangan, nama serta jawatan. Contohnya; TPSA
E. Diluluskan oleh
Tandatangan, nama serta jawatan. Contohnya; Pengarah PNS.

LAPORAN AKTIVITI

Sesuatu laporan aktiviti perlu mengandungi

1. Muka hadapan-terpulang pada organisasi


2. Pendahuluan
3. Objektif-tujuan aktiviti dijalankan. Seeloknya aktiviti yang dijalankan memberi kebaikan kepada
organisasi.
4. Maklumat aktiviti-merangkumi masa, tempat, peserta dan jadual serta keputusan. Mestilah
bertepatan dengan apa yang diajalankan. Ada sesetengah situasi, maklumat dibahagian ini tidak
sama seperti didalam kertas kerja atas sebab kekangan tertentu contohnya cuaca.
5. Kos-menunjukkan segala perbelanjaan yang telah dibuat sepanjang kejohanan/aktiviti.
6. Impak/sumbangan-menerangkan impak yang diperolehi dari aktiviti yang dijalankan. Impak
tersebut mestilah merujuk kepada organisasi.
7. Penutup-rangkuman keseluruhan aktiviti serta harapan penganjur terhadap pihak-pihak yeng
terlibat.
8. Bahagian terakhir adalah tandatangan yang penulis yang membuktikan kesahihan laporan serta
tandatangan semua pegawai-pegawai atasan yang terlibat mengikut susunan berikut;
9. Disediakan oleh;
A. Disediakan oleh;
Tandatangan, Nama serta jawatan pelajar
B. Disemak oleh;
Tandatangan, Nama serta jawatan. Contohnya Penyelaras Boal Sepak PNS.
F. Disahkan oleh;
Tandatangan, Nama serta jawatan. Contohnya; Ketua Jabatan Sukan dan
Kebudayaan PNS
10. Lampiran – gambar-gambar aktiviti, resit-resit perbelanjaan aktiviti
SOALAN MINI PROJEK

KOKO BOLA SEPAK

SESI 1-21/22

1. Bentukkan kumpulan pelajar; digalakkan guna kumpulan yang sama untuk tugasan sebelum ini.
2. Bentukkan carta organisasi untuk menganjurkan kejohanan Bola Sepak peringkat Politeknik
Nilai. Terpulang untuk menggunakan apa saja bentuk format sama ada 11 sebelah atau 9
sebelah dan kalah singkir atau kumpulan.
3. Sediakan kertas kerja mengikut format yang dinyatakan. Nama-nama pegawai atasan perlu
bertepatan dengan jawatan semasa yang sedia ada di Politeknik Nilai. Setiap ahli kumpulan
perlu diletakkan didalam organisasi penganjuran.
4. Sediakan laporan aktiviti mengikut format yang diberi. Disebabkan kekangan pandemik yang
sedang berlaku, pelajar hanya perlu membayangkan yang program telah dijalankan dan bebas
mereka keputusan setiap perlawanan yang terlibat. Pelajar boleh mengambil mana-mana
gambar berkenaan di internet untuk bahagian lampiran untuk gambar kejohanan.
5. Laporan dan kertas kerja perlu diserahkan kepada pensyarah pada atau sebelum 31/12/2021.

You might also like