You are on page 1of 23

1.0 PENGENALAN.

Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil "Separation of Powers"


merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam
negara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan
Kehakiman.

Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny), di mana dikatakan


doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan,
kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-
bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa
tersebut.

Konsep Pembahagian Kuasa (juga lebih dikenali sebagai Konsep Pengasingan Kuasa)
bermula sejak zaman Yunani lama. Aristotle berminat dengan kerajaan gabungan berkomposisi
monarki, aristokrasi, dan demokrasi, melihatkan setiap elemen secara sendirinya tidak mampu
menjalankan operasi kerajaaan secara sendirian, tetapi campuran ketiga-tiga elemen mengambil
aspek terbaik dari elemen masing-masing. Pada 1656, James Harrington dalam bukunya Oceana,
telah mengemaskinikan idea tersebut dan mencadangkan sistem berdasarkan konsep ini. John
Locke, dalam "Civil Government, second treatise" pada 1690, telah membahagikan kuasa
kerajaan kepada dua iaitu eksekutif dan legislatif. Manakala, Montesquieu dalam karyanya
"Spirit of the Laws" telah mengembangkan idea Locke, dengan menambahkan cabang
kehakiman. Dikatakan orang Inggeris mewujudkan kaedah sebenar pembahagian kuasa ini
dengan lebih formal, yang mereka gelar sebagai “Instrumen Kerajaan”.

Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecah kepada tiga cabang, iaitu Badan
Legislatif atau penggubal undang-undang, Badan Eksekutif atau pentadbir kerajaan berdasarkan
undang-undang dan Badan Kehakiman atau pelaksana undang-undang

Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu
cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-undang
yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat
keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.

1
Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang iaitu setiap
badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta menghadkan kuasa badan yang
lain. Oleh itu, seorang Hakim walaupun dilantik oleh ketua Eksekutif boleh menjatuhkan
hukuman undang-undang kepada ketua eksekutif tersebut kerana badan kehakiman mempunyai
kebebasan kehakiman dan para hakim dilindungi oleh kekebalan kehakiman. Sekiranya elemen
ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja. Doktrin pembahagian kuasa amat nyata
di negara Amerika Syarikat. Di sana setiap badan saling memeriksa penyalahgunaan kuasa satu
sama lain. Malah, setiap badan mempunyai elemen semak dan seimbangnya masing-masing.
Misalnya polis boleh disoal siasat oleh satu badan bebas yang lain. Disamping itu, badan
legislatif di kebanyakan negara adalah dwidewan misalnya di Malaysia yang mempunyai dua
dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dua dewan ini adalah penting untuk memastikan
semak dan seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang.

Sistem Semak dan Seimbang merupakan satu elemen demokrasi di mana setiap cabang
kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan cabang kerajaan yang lain. Secara teorinya melalui
sistem ini, tiada suatu cabang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalam pentadbiran sesebuah
negara. Setiap cabang berkuasa untuk “menyemak” cabang-cabang yang lain untuk memastikan
kuasa diagihkan secara seimbang dan samarata diantara ketiga-tiga cabang iaitu eksekutif,
legislatif dan kehakiman

2
2.0 RASIONAL DOKTRIN PENGASINGAN KUASA.

2.1 Mengelakkan pertindihan bidang kuasa iaitu pihak yang sama tidak terlibat dalam
pengurusan lebih daripada satu kuasa.

Secara logiknya, dalam konsep pemerintahan sesebuah negara terdapat badan-badan


tertentu bertanggungjawab melaksanakan hal-hal berkaitan bidangnya sahaja. Tidak mampu,
malah akan menyebabkan timbulnya kelemahan tertentu dalam pentadbiran sesuatu badan
sekiranya mempunyai bidang kuasa yang terlalu banyak. Contohnya badan Eksekutif tidak boleh
mencampuri bidang yang diuruskan oleh badan perundangan ini adalah kerana badan
perundangan bertanggungjawab dalam pembentukan sistem undang-undang negara manakala
badan Eksekutif menguruskan hal-hal berkaitan dengan pentadbiran di peringkat persekutuan
atau negeri dengan erti kata lain mempunyai bidang kuasa memerintah sahaja.

Dalam badan Eksekutif juga terdapat pembahagian kuasa antara pentadbiran di peringkat
persekutuan dan negeri. Sekiranya tidak berlaku pengasingan kuasa antara kedua-dua
pentadbiran ini, mana mungkin kerajaan dapat menjalankan pentadbiran sesebuah negeri kerana
tidak semua negeri diperintah oleh parti kerajaan, terdapat juga parti pembangkang yang menang
dalam pilihanraya di peringkat negeri akan memerintah negeri tersebut. contohnya kerajaan
negeri Kedah yang diperintah oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) setelah menang dalam
pilihanraya umum 2008, parti yang memerintah ini boleh merancang dasar untuk negeri tersebut
asalkan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sekiranya badan-badan ini diletakkan dibawah satu pengurusan kemungkinan akan


berlaku masalah-masalah tertentu yang melibatkan kepentingan di sebelah pihak sahaja.
Malaysia diperintah oleh parti yang menang majoriti selepas pilihan raya, badan eksekutif di
peringkat persekutuan dan negeri tidak boleh mencampuri urusan badan perundangan dan
kehakiman, bidang-bidang ini memerlukan kepakaran ahli-ahli dalam memastikan setiap
undang-undang yang digubal dan dilasanakan berkesan. Badan eksekutif hanya berkemampuan
dalam memutuskan dan merumuskan dasar serta memastikan agensi, jabatan yang dikhaskan
melaksanakan tanggungjawab dalam bidang masing-masing.

Begitu juga dengan Badan Kehakiman yang hanya bertanggungjawab dalam soal
memberi keadilan, menyemak undang-undang, memastikan undang-undang tidak bercanggah

3
dengan perlembagaan persekutuan dan boleh membatalkan tindakan parti pemerintah yang
bercanggah dengan perlembagaan persekutuan atau negeri. Badan ini tidak boleh sama sekali
disatukan kuasanya dengan badan eksekutif, tetapi ianya sedikit sebanyak berkait rapat dengan
badan perundangan.

2.2 Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan
tertentu.

Sekiranya kuasa pentadbiran badan Eksekutif, Legislatif dan Judisiari dipusatkan dalam
satu badan sajaha kemungkinan akan berlaku penyelewengan atau penyalahgunaan sehingga
boleh menyebabkan undang-undang hanya memihak dan menguntungkan pihak pemerintah
disamping kemungkinan akan berlakunya penindasan terhadap rakyat. Contohnya dalam badan
Eksekutif, kuasa Perdana Menteri atau kabinet merangka dasar kerajaan serta memberikan
arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri selain memberi
nasihat kepada YDPA serta membincangkan masalah-masalah semasa yang wujud dalam
pemerintahan manakala bagi Legislatif adalah kuasa bagi parlimen dalam proses penggubalan
undang-undang yang mana melibatkan Jabatan Peguam Negara, sekiranya Perdana Menteri atau
menteri-menteri yang berkuasa dalam proses penggubalan undang-undang semestinya akan
berlaku masalah seperti penyalahgunaan kuasa yang boleh merosakkan institusi pentadbiran
negara kita.

Begitu juga dengan badan Kehakiman yang mana perlantikan hakim-hakim mahkamah
persekutuan atau mahkamah tinggi dilantik oleh YDPA dengan nasihat Perdana Menteri atas
nasihat Majlis Raja-Raja namun Perdana Menteri perlu meminta fikiran Ketua Hakim Negara.
Jesteru itu, hakim-hakim ini hanya bertanggungjawab untuk berlaku adil dalam perbicaraan di
mahkamah. Selain itu, terdapat Etika Hakim 1994 bertujuan memastikan hakim-hakim
berkelakuan jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugasnya. (Mohd
Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim, 2009). Dengan
ini, Doktrin Pengasingan Kuasa dapat mengurangkan masalah-masalah seperti penyalahgunaan
kuasa kerana Eksekutif tidak mempunyai kuasa dalam badan Legislatif begitu juga dengan badan
Judisiari.

4
2.3 Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan
yang lain. Secara tidak langsung membolehkan setiap badan berfungsi dengan lebih
efisyen.

Keberkesanan dalam pembahagian kuasa-kuasa pentadbiran berlandaskan Doktrin


Pengasingan Kuasa secara tak langsung dapat memudahkan badan-badan seperti Eksekutif,
Legislatif dan Judisiari menjalankan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, tidak akan
berlaku campur tangan secara langsung dalam bidang kuasa antara satu sama lain disamping
dapat mengukuhkan pemerintahan negara dengan dasar-dasar yang dilaksanakan di setiap
peringkat badan-badan berkenaan. Badan Pemerintah iaitu Eksekutif sama ada di peringkat
persekutuan atau negeri mempunyai bidang kuasa memerintah, badan ini bertanggungjawab
menjalankan urusan-urusan pemerintahan dan pentadbiran dan tidak melibatkan diri dalam
urusan dan hal ehwal kehakiman mahupun perundangan. Bab ini mempunyai penjawat-penjawat
awam yang tertentu di kedua-dua peringkat iaitu persekutuan dan negeri. Selain itu badan ini
hanya berperanan melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan
sama ada oleh Parlimen (di peringkat persekutuan) atau Dewan Undangan Negeri (di peringkat
negeri). (Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim,
2009).

Legislatif pula hanya berfungsi menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang.


Undang-undang dan peraturan ini akan dijadikan panduan badan Eksekutif sama ada di peringkat
persekutuan mahupun di peringkat negeri untuk menjalankan pentadbiran negara. Bagi badan
Kehakiman atau Judisiari pula, hanya bertanggungjawab dalam soal kehakiman yang mana
hanya berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada sebarang pencabulan sama
ada oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan. (Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad
Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim, 2009). Bagi menjamin badan Eksekutif tidak
menyalahgunakan kuasa dengan menggubal undang-undang sesuka hati, dengan ini telah
menjadi tanggungjawab Badan Kehakiman mengawasi supaya undang-undang tersebut tidak
bertentangan dengan peruntukan dalam bahagian 6 bab 1 Perlembagaan Persekutuan.

Bidang kuasa yang berlainan antara ketiga-tiga badan ini menjalankan kuasa
pentadbirannya dengan cekap dan berkesan sekiranya tidak berlaku campurtangan badan lain
khususnya antara badan Eksekutif dan badan kehakiman dalam pentadbiran sesebuah negara.

5
3.0 KONSEP PEMBAHAGIAN KUASA

Struktur Pemerintahan Kerajaan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong

Perundangan Eksekutif Kehakiman

Parlimen Perdana Menteri Ketua Hakim

Dewan Negara Jemaah Menteri Mahkamah

Dewan Rakyat Kementerian

3.1 BADAN PERUNDANGAN

Badan perundangan adalah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa


untuk menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang. Sesuai dengan sifat Malaysia
sebagai sebuah negara persekutuan, kuasa perundangan, dibahagikan antara badan perundangan
persekutuan, iaitu parlimen dan badan-badan perundangan di negeri-negeri, yang dikenali Dewan
Undangan Negeri. Peranan badan perundangan dalam demokrasi harus dihuraikan dengan
melihat fungsi-fungsi uatamanya.Secara umum dewan perundangan mempunyai empat fungsi
utama. (Abdul Aziz Bari, 2008: 50). Yang pertama ialah membuat undang-undang. Fungsi kedua

6
pula meletakkan dewan perundangan sebagai institusi yang memantau pihak eksekutif. Seperti
yang telah dijelaskan fenomena ini sangat jelas dalam konteks negara-negara Westminster.
Fungsi ketiga dewan perundangan ialah mengawal perbelanjaan. Oleh sebab rakyat membayar
cukai mereka berhak memastikan bahawa wang awam dibelanjakan mengikut undang-undang.
Daripada satu sudut, fungsi yang ketiga ini sebenarnya termasuk didalam fungsi utama yakni
membuat undang-undang. Fungsi dewan perundangan yang keempat pula ialah menyediakan
kesempatan bagi pendapat umum. Fungsi ini menekankan peranan dewan perundangan sebagai
perantara rasmi antara pihak berkuasa dengan rakyat terbanyak.

Parlimen atas sifatnya sebagai sebuah institusi, secara kolektif boleh menghukum sesiapa
yang, pada penghakiman Parlimen, telah menghinanya. Selain itu apa-apa keputusan mengenai
perbahasan dan prosiding di dalam Parlimen adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan oleh
mahkamah. Dewan Negara adalah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan
perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua
dewan dalam Parlimen, satu laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat. Tugas Dewan Negara ialah
mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan
Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya
dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.

Manakala Dewan Rakyat merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen
Malaysia. Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen iaitu
Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
mendapat perkenan diraja. Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan
Persekutuan seperti berikut: "Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada
Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang
dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat." Kuasa memanggil dewan bersidang
dijelaskan di dalam Perlembagaan sebagai hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong.
Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan dari tarikh terakhir persidangan berlalu tanpa ada
tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. (Noor Aziah
Mohd Awal, 2005 : 15)

7
3.2 BADAN EKSEKUTIF

Badan Eksekutif berfungsi sebagai badan pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang


yang dibuat oleh Badan Perundangan. Ia berperanan melaksanakan undang-undang dan
pentadbiran mengikut undang-undang dan perlembagaan. Badan Eksekutif merupakan badan
pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan. Pada
hakikatnya kebanyakan kuasa eksekutif terletak kepada Jemaah Menteri atau oleh mana-mana
Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri untuk menjalankannya. Perlantikan Jemaah
Menteri adalah bertujuan untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan tugas-
tugasnya. Pada dasarnya Jemaah Menteri atau Kabinet di Malaysia terdiri daripada :

3.2.1 Perdana Menteri

Perdana Menteri adalah merupakan ketua kepada Jemaah Menteri yang dilantik dan
merupakan jawatan yang terpenting di Malaysia. Lantikan jawatan ini kepada seseorang yang
berkelayakan adalah berdasarkan kepada budibicara Yang Di-Pertuan Agong. Beliau hendaklah
merupakan seorang ahli Dewan Rakyat dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong, yang pada
pendapat baginda beliau akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan
Rakyat. Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik
oleh YDPA sebagai menganggotai kabinetnya. Selaku Ketua Kabinet, maka Perdana Menteri
juga akan mempengerusikan mesyuarat yang diadakan setiap minggu sekali sebagaimana yang
ditetapkan. Oleh yang demikian, perjalanan mesyuarat tersebut akan dikendalikan dan dikuasai
oleh Perdana Menteri sepenuhnya. (Malaysia Kita, 2004 : 212)

Perdana Menteri juga berperanan sebagai ketua pentadbir negara yang mempunyai kata
putus dalam menentukan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. Untuk melayakkan
seseorang menjadi Perdana Menteri, maka beliau hendaklah merupakan seorang ketua parti yang
memerintah negara pada masa yang material. Keadaan ini diputuskan melalui perolehan kerusi
yang terbanyak dalam Dewan Rakyat selepas tiap-tiap kali pilihanraya dijalankan. Beliau akan
memegang jawatannya selagi beliau mendapat kepercayaan (confidence) sebilangan besar ahli-
ahli Dewan Rakyat. Sekiranya kepercayaan ini sudah gagal beliau perolehi, maka terdapat dua
cara yang perlu dilakukannya ; meletak jawatan bersama-sam menteri kabinetnya atau

8
membubarkan Parlimen dengan persetujuan YDPA. Walaubagaimanapun, YDPA boleh, dengan
kuasa yang ada padanya untuk memecat seseorang Perdana Menteri yang enggan meletakkan
jawatannya sekiranya Perdana Menteri tersebut sudah hilang kepercayaan oleh sebilangan ahli
dewan yang lain melalui undi tidak percaya yang dijalankan terhadapnya dan YDPA sendiri
tidak bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen. Boleh
dikatakan bahawa kuasa-kuasa Perdana Menteri adalah kebanyakannya tersirat dalam
konvensyen dan dan hanya beberapa keadaan sahaja ianya terdapat dala Perlembagaan
Persekutuan. (Abdul Aziz Bari, 2008 : 37)

3.2.2 Timbalan Perdana Menteri

Jawatan ini adalah merupakan suatu jawatan yang tiodak termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan secara khusus, namun ianya adlah terletak di bawah suatu konvensyen. Beliau akan
menjalankan tugas-tugas Perdana Menteri semasa ketiadaan Perdana Menteri dan beliau juga
akan mengambilalih tempat Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri meninggal dunia
semasa masih dalam jangka tugas jawatannya

. 3.2.3 Menteri-Menteri Lain Dalam Kabinet

Tanggungjawab menteri-menteri Kabinet adalah merupakan suatu konvensyen


perlembagaan yang penting di negara kita yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen. Antara tanggungjawab mereka adalah : 

i) Tanggungjawab menteri secara individu terhadap Parlimen

Tanggungjawab ini terkandung dalam dua aspek iaitu setiap menteri adalah bertanggungjawab
kepada Parlimen atas segala tindakan peribadinya dan setiap menteri adalah bertanggungjawab
kepada Parlimen atas segala tindakan atau ketinggalan yang dilakukan oleh kementeriannya atau
kakitangan dan pegawai-pegawai atasan kementeriannya. Oleh yang demikian, setiap menteri
tidak patut terlibat dalam sebarang perbuatan yang boleh menjatuhkan meruah Parlimen seperti
skandal seks, rasuah atau salahguana kuasa. Beliau juga mestilah memantau segala perjalanan
kementeriannya bagi memastikan ianya sejajar dengan kehendak yang telah ditentukan oleh
perundangan dan pemerintahan negara.

9
ii) Tanggungjawab Kabinet atau Jemaah Menteri secara kolektif atau bersesama terhadap
Parlimen

Tanggungjawab ini merupakan suatu tanggungjawab yang bersifat bergerak secara berjamaah
atau satu pasukan dalam memastikan kesinambungan pembangunan negara akan dapat dicapai
dengan jayanya. Garis panduan tanggungjawab ini adalah merupakan suatu konvensyen yang
telah dikanunkan. Mereka juga bertindak dalam memberikan persetujuan dan sokongan terhadap
segala dasar dan keputusan yang dibuat oleh kabinet. Sekiranya mereka tidak berpuashati
terhadap dasar tau keputusan tersebut mereka hendaklah samada menerima keputusan yang
dibuat atau meletakkan jawatannya sebagai menteri kabinet. Mereka juga bertanggungjawab
secara kolektif dan bersesama dalam meletakkan jawatan apabila suatu undi tidak percaya
terhadap seseorang Perdana Menteri telah dilakukan atau keputusan Perdana Menteri meletakkan
jawatan telah berlaku.
 
3.2.4 Peranan Ahli Parlimen

Mereka juga bertanggunjawab dalam soal-jawab dalam Parlimen. Mereka berhak menyoal
menteri yang berkenaan tentang hal-ehwal dan perjalanan dalam kementeriannya. Mereka juga
berperanan dalam mengambil bahagian dalam perdebatan atas titah ucapan Di Raja mengenai
belanjawan dan laporan Jawatankuasa Akaun Umum atau Awam. Seterusnya, mereka juga
berhak mengemukakan suatu usul di Parlimen meminta apa-apa perkara yang menyentuh dan
melibatkan pentadbiran kerajaan semasa suatu ucapan penangguhan pada akhir suatu
persidangan Parlimen untu hari yang berkenaan. Namun demikian, ucapan penangguhan tidak
boleh dilakukan dalam mesyuarat pertama persidangan Parlimen atau dalam mesyuarat di mana
suatu rang undang-undang perbekalan sedang dipertimbangkan di Parlimen. Usul yang boleh
dikemukan oleh setiap ahli Parlimen untuk dibahaskan dengan segera hendaklah melibatkan
kepentingan awam. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada syarat-syarat berikut iaitu :
a) Perkara yang hendak dibincangkan itu hendaklah suatu perkara yan perlu disegerakan
b) Hanya perkara yang tertentu sahaja yang boleh dibincangkan.

10
c) Ianya mestilah perkara yang melibatkan kepetingan awam. Walaubagaimanapun, kebenaran
YDPA hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum ianya dapat diteruskan.

3.3 BADAN KEHAKIMAN

Berbanding dengan kedua-dua cabang eksekutif dan perundangan, kehakiman adalah satu-
satunya kuasa yang diletakkan kesemuanya kepada persekutuan ; kecuali hal-hal yang berkaitan
dengan hukum-hukum syariah. Kehakiman merupakan badan yang bertanggungjawab mentafsir
dan melaksanakan undang-undang. Badan ini juga dikenali sebagai sistem perundangan dan
ahlinya terdiri dari para hakim dan majistret yang biasanya dilantik oleh Ketua negara masing-
masing. Mereka juga biasanya menjalankan tugas di mahkamah dan bekerjasama dengan pihak
berkuasa terutamanya polis dalam menegakkan undang-undang. Kedudukan dan peranan
kehakiman dalam konteks doktrin pengasingan kuasa amat penting kerana ia menjadi pengadil
bila berlaku pertikaian warganegara dengan pihak pemerintah. Apabila kita bercakap soal
kehakiman, secara lansung ia menyentu para hakim kerana merekalah yang sebenarnya
menjalankan kuasa kehakiman. Menurut Abdul Aziz Bari (2008), Kuasa kehakiman diterangkan
oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Suffian sebagai kuasa yang mendengar dan
mengadili pertikaian. (Halaman 60).

Terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh badan kehakiman di negara kita. Antara
peranan-peranan kehakiman ialah mentafsir undang-undang, mengadili tindakan-tindakan sivil,
mengadili pendakwaan jenayah, mendengar rayuaan dari mahkamah bawahan, membuat dekri
hal ehwal keluarga, pengurusan pusaka dan mengeluarkan waran tangkap. Peranan dan fungsi
badan kehakiman berbeza daripada eksekutif atau anggota-anggota Kabinet, kerana kehakiman
tidak dipilih oleh rakyat. Dengan ini bermakna, mereka tidak perlu terikat dengan tuntutan
kebertanggungjawaban. Sebelum ini dibincangkan mungkin perlu ditekankan bahawa
ketanggungjawaban adalah tuntutan yang relevan untuk semua institusi dan agensi awan yang
dibiayai oleh wang awam, memiliki kuasa awam dan semumpanya. Yang berbeza Cuma cara
tuntutan itu dilaksanakan dan implikasinya. ( Abdul Aziz Bari, 2008 : 67)

11
4.0 CIRI DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DAN PEMAKAIANNYA DI MALAYSIA

4.1 CIRI-CIRI DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

Pembahagian kuasa atau dalam bahasa Inggeris disebut “separation of powers”


merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam
negara kepada tiga cabang utama iaitu Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan
Kehakiman. Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny), di mana
dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan
kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara
membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance)
antara kuasa tersebut.

4.2 Terdapat Pemisahan Kuasa Antara Tiga kelompok iaitu Perundangan, Eksekutif dan
kehakiman.

Di Malaysia, selari dengan sebagai sebuah Negara yang mengamalkan prinsip demokrasi
dimana pengasingan kuasa telah di bahagikan kepada tiga cabang atau organ kerajaan iaitu badan
perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan badan kehakiman (judisiari). Tujuan
pemisahan kuasa ini adalah mengelakkan atau menghindari berlakunya kezaliman, dimana
dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujudkan dan mengekalkan
kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan dengan cara membahagi-
bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang antara kuasa tersebut.

4.2.1 Badan Perundangan

Badan perundangan atau legislatif adalah badan yang hanya membuat undang-undang
dan tidak membuat penghakiman. Badan Perundangan atau Parlimen Persekutuan dianggotai
oleh YDPA, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Semua undang-undang yang di bawa ke
Parlimen mesti diluluskan oleh ketiga-tiga komponen tersebut. Keahlian bagi Dewan Negara
dipilih oleh YDPA mengikut kepakaran bidang masing-masing manakala Dewan Rakyat dipilih
melalui rakyat melalui pilihanraya. (Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, 2006).
Parlimen berfungsi antara lain sebagai badan yang meluluskan undang-undang persekutuan,
membuat pindaan atau memansuhkan undang-undang persekutuan mengenai percukaian dan
12
belanjawan tahunan Negara. Parlimen juga menjadi forum untuk membincangkan perkara-
perkara yang mempunyai kepentingan nasional. Kedua-dua dewan berkuasa untuk menggubal
prosedur dan mempunyai kuasa mutlak ke atas prosiding masing-masing dan kuasa ini tidak
boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Dewan juga boleh mengenakan hukuman ke atas
sebarang perlanggaran hak keistimewaan atau contempt di dalam dewan tersebut. Ahli Parlimen
adalah terkecuali dari tindakan mahkamah, sama ada atas kesalahan sivil atau jenayah bagi apa
yang diperkatakan di dalam dewan dan pengecualian ini diberikan kepada sesiapa yang bertindak
bagi pihak dewan tersebut. Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi Negara dan
undang-undang yang diluluskan akan berkuatkuasa di seluruh Negara. Parlimen akan terus
berjalan untuk tempoh lima tahun bermula dari tarikh mesyuarat pertamanya, iaitu selepas
pilihanraya umum. (Chamil Wijaya, 2009).

4.2.2 Badan Eksekutif.

Badan eksekutif berperanan menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan


undang-undang yang sedia ada. Badan Eksekutif ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan
tidak membuat undang-undang dan penghakiman. Mengikut Perkara 39, Perlembagaan
Persekutuan, kuasa eksekutif bagi persekutuan adalah terletak pada YDPA sebagai Ketua Negara
dan kuasa ini boleh dijalankan oleh YDPA atau Jemaah menteri atau mana-mana menteri yang
diberi kuasa.

4.2.3 Badan Kehakiman.

Badan Kehakiman ialah badan yang menjalankan kuasa kehakiman di Negara ini. Badan
ini hanya mentafsir undang-undang dan menjalankan penghakiman. Mengikut Perkara 121 (1),
Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman bagi persekutuan terletak di bawah mahkamah
Atasan yang terdiri daripada mahkamah Persekutuan, mahkamah Rayuan, Mahkamah tinggi
Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, manakala Mahkamah Rendah pula terdiri
dari Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan mahkamah Juvenil. Kuasa badan kehakiman
di Malaysia diperuntukkan dalam Perkara 121 (1), Perlembagaan Persekutuan. Fungsi badan
kehakiman ada dinayatakan dalam Perkara 121 hingga 131 (A). mahkamah Persekutuan
merupakan autoriti kehakiman yang tertinggi di Malaysia. Ia ditubuhkan di bawah Perkara 121
(2), Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah mempunyai kuasa seperti berikut:

13
● Kuasa mentafsir perlembagaan negeri.

● Kuasa mentafsir sesuatu undang-undang.

● Kuasa mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis persekutuan dan negeri,

● Kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah dari segi undang
undang.

4.3 Setiap cabang kuasa dianggotai dan dikuasai oleh orang atau kelompok yang berbeza 

4.3.1 Badan perundangan.

Kepentingan Dewan Rakyat bukan sahaja dari segi demokrasi, tetapi juga peranannya
dalam menubuhkan Kabinet yang bertindak sebagai kuasa eksekutif Negara. Keahlian Dewan
Rakyat yang berjumlah 222 orang orang itu dipilih sepenuhnya secara demokratik menerusi undi
popular pada pilihanraya umum yang diadakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau
apabila terdapat kekosongan berikutan kematian atau peletakkan jawatan menerusi pilihan raya
kecil yang nesti diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku. (Chamil
Wijaya, 2007).

Bagi Dewan Negara pula, mengikut Perkara 45 Perlembagaan terdapat dua kategori
keanggotaan bagi Dewan Negara. Kelompok pertama adalah mewakili bagi negeri-negeri dan
Wilayah Persekutuan. Kelompok seterusnya terdiri daripada orang-orang yang telah berjasa
cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai kepujian dalam lapangan profesyen,
perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat atau
yang mewakili kaum-kaum yang kecil bilangannya atau mempunyai kebolehan mewakili
kepentingan orang asli. (Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, 2007)

4.3.2 Badan Eksekutif.

Badan ini diketuai oleh seorang Perdana menteri, ahlinya terdiri daripada menteri yang
bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing. Kebanyakan ahli jemaah menteri terdiri
daripada ahli dewan Rakyat dan Dewan Negara.

14
Dalam konteks Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen, ahli jemaah menteri secara
kolektif bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri.
Seseorang Jemaah Menteri perlu mempertahankan keputusan yang telah dipersetujui oleh
Jemaah menteri apabila dibahaskan di Parlimen. Peranan menteri penting kerana beliau akan
mebawa usul atau rang undang-undang kerajaan untuk dibincangkan dan diluluskan di Parlimen.

4.3.3 Badan kehakiman.

Peranan judisiari adalah untuk menjadi penyemak dan pengimbang dua lagi kuasa Negara
iaitu eksekutif dan legislatif. Badan ini boleh bertindak sebagai institusi bebas dan berkecuali dan
dapat dilihat pada kedudukannya yang tidak memihak dan bebas daripada kawalan badan
perundangan dan eksekutif. (Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, 2006).

4.4 Mesti berlaku ‘check and balance’ antara satu sama lain mengikut peranan masing-
masing.

Seperkara yang tidak dapat dipisahkan dalam membicarakan topik Doktrin Pengasingan
Kuasa ialah Konsep 'Check & Balance' (Kawalan dan Imbangan). Ia membawa maksud bahawa
ketiga-tiga cabang pemerintahan itu mestilah berdiri sama tinggi duduk sama rendah.Tidak boleh
satu pihak menguasai kehendak pihak yang lain. Ditakuti berlakunya pengaruh tak berpatutan
dan menimbulkan ketidakadilan akibat pemusatan kuasa ke satu-satu cabang pemerintahan itu.

Umpama orang yang hendak bina rumah jika tiang-tiang yang ada tak sama panjang atau
saiznya tentu tak jadi; kalau jadipun tentu tak molek.Lebih-lebih lagi jika tiang-tiang itu dah
buruk dan reput. Bak kata Loa Tzu falsafah Taoist:

'Kurang pemimpin melakukan atau berkota sesuatu lebih gembiralah rakyatnya;


berlebihannya pemimpin bersifat angkuh dan bercakap besar lebih malanglah
rakyatnya.'

Petikan ini mungkin benar jika berlaku pemusatan kuasa akibat gagalnya
DoktrinPengasingan Kuasa dan tiada konsep 'Check & Balance' (Kawalan dan Imbangan Kuasa
Perlembagaan Persekutuan - Perkara 122B juga memperuntukkan bahawa perlantikan

15
kehakiman ke mahkamah-mahkamah Tertinggi adalah dibuat oleh pihak Eksekutif yang
menunjukkan ada kawalan tidak langsung terhadap badan kehakiman. Pihak Eksekutif pula
dikawal oleh Parlimen dan bertanggungjawab kepadanya.Oleh yang demikian sistem
pengasingan kuasa berserta dengan Konsep Kawalan dan Imbangan nampak kepentingan dalam
mengelakkan pemusatan kuasa pemerintahan di dalam tangan sesuatu kumpulan tertentu sahaja.
(Hapriza Ashari, 2003).

4.5 Setiap cabang kuasa tidak boleh di ganggu, campurtangan atau dipengaruhi oleh
cabang kuasa lain.

Perkara pokok tentang pengasingan kuasa ialah untuk menentukan supaya orang
atau badan yang sama tidak dipertanggungjawabkan untuk mengubal undang-
undang dan menguatkuasakannya. Bermakna jika konsep ini diikuti sepenuhnya maka tiada
siapapun dari ketiga-tiga cabang pemerintahan boleh mengambil bahagian dalam fungsi
cawangan lain.

Pihak Eksekutif sepatutnya tidak boleh menjadi seorang ahli badan Perundangan
(Legislatif) dan Badan Kehakiman semestinya bebas dari campurtangan pihak
Eksekutif dan Legislatif. Tidak patut ada dwi fungsi. Masing-masing hanya menjaga
rukun rumahtangga sendiri dan tidak mencampuri hal yang berlaku di dalam bilik
orang lain. (Chamil Wijaya, 2010)

4.6 AMALAN DAN PEMAKAIAN DALAM MALAYSIA


Dalam Kes Loh Kooi Choon lwn. Govt. of Malaysia, Hakim Raja Azlan Shah berkata
“Perlembagaan Malaysia telah menggunakan doktrin pengasingan kuasa sebagai asas di dalam
pembentukan Perlembagaannya.” Di Malaysia mendapati bahawa Perlembagaan Malaysia telah
memberi kuasa pemerintahan kepada tiga badan utama iaitu eksekutif (Perkara 39), perundangan
(Perkara 44), kehakiman (Perkara 121). (Kes Loh Kooi Choon lwn. Govt. of Malaysia, (1997) 2
MLJ 187)

Amalan doktrin ini boleh di lihat daripada beberapa perspektif berikut:

16
Hubungan antara eksekutif dengan perundangan.

a. Perkara 39 menyatakan kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di
Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang
persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh
Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri,
tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada
orang-orang lain.

Perkara 44 dimana Kuasa Perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang
mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara
dan dewan Rakyat.

b. Perkara 39 menyatakan kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di
Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang
persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh
Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri,
tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada
orang-orang lain.

Perkara 43 (3) menyatakan Jemaah Menteri adalah bersesama bertanggungjawab kepada


Parlimen.

Hubungan antara eksekutif dengan kehakiman.

a. Termaktub dalam Perkara 121 yang mana kuasa kehakiman Persekutuan terletak pada
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan.

b. Perkara 122B, Yang DiPertuan Agong melantik hakim atas nasihat Perdana Menteri
setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Dalam menjalankan tugas kehakiman, badan kehakiman perlu bebas dan tidak
dipengaruhi atau dikawal oleh badan perundangan atau eksekutif. Kebebasan kehakiman
penting bagi menjamin institusi kehakiman menjalankan tugas dengan adil. (Hapriza
Ashari, 2003)

17
5.0 Kajian Kes Doktrin Pengasingan Kuasa

Di dalam doktrin pengasingan kuasa, kuasa-kuasa dibahagikan bagi mengelakkan


pemusatan kuasa di tangan seorang manusia .(Abdul Aziz Bari, 2008). Menurut doktrin
pengasingan kuasa ini, kuasa dibahagikan kepada tiga iaitu legislatif, judisiari dan eksekutif.
Badan-badan ini adalah berbeza satu sama lain. Tujuannya adalah bagi mengelakkan kewujudan
kediktatoran atau kezaliman.

Dari sudut teorinya, doktrin pengasingan kuasa ini adalah seperti yang telah disebutkan di
atas. Namun, secara praktikalnya doktrin pengasingan kuasa ini pernah tercemar dengan
beberapa kes berlaku terutamanya di dalam sistem kehakiman negara yang sepatutnya badan ini
merupakan sebuah badan yang terpisah daripada eksekutif dan judisiari. Di dalam tugasan ini,
kajian kes akan dilakukan terhadap dua kes iaitu Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dan kes
Video Lingam yang berlaku pada 2002 dan menjadi kontroversi pada tahun 2007 yang lalu.

5.1 Pemecatan Tun Mohamad Salleh Abas.

Krisis yang berlaku pada tahun 1988 adalah satu peristiwa rentetan daripada pemilihan di
dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987. Peristiwa yang
berlaku ini berakhir dengan peristiwa penggantungan perkhidmatan dan penyingkiran Ketua
Hakim Negara yang disandang oleh Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya. Pemecatan
beliau dilakukan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr. Mahathir bin Mohamad.

Kesan pemecatan Ketua Hakim Negara ini memperlihatkan kepada kita bahawa jawatan
seorang Ketua Hakim yang terjamin oleh Perlembagaan Malaysia telah tercalar. Di dalam
Perlembagaan Malaysia terdapat peruntukan-peruntukan yang dikira dapat mewujud dan
memelihara kebebasan kehakiman. Ini mencakup soal-soal yang berhubung dengan saraan dan
syarat-syarat perkhidmatan para hakim. (Abdul Aziz Bari, 2008). Gaji para hakim juga tidak
seperti kakitangan awam yang lain kerana gaji-gaji mereka ditentukan oleh Parlimen dan diberi
terus dari Kumpulan Wang Yang Disatukan. Ini menunjukkan bahawa hakim-hakim mempunyai
kedudukan yang tinggi di negara kita bagi menjamin kebebasannya.

Permulaan kepada krisis pemecatan Tun Mohamad Salleh Abas rentetan daripada
campurtangan kehakiman dalam pertikaian politik. Krisis berlaku pada tahun 1987 di mana pada

18
ketika itu parti UMNO mengadakan pemilihan-pemilihan jawatan Presidennya. Di dalam
pemilihan ini, terdapatnya dua kumpulan yang berbeza iaitu Pasukan B yang mencalonkan
Tengku Razaleigh Hamzah manakala Pasukan A mencalonkan Dr. Mahathir Mohamad sebagai
calonnya. Pada pemilihan itu, berlakunya kempen bagi menarik undi lebih 1,500 orang wakil-
wakil cawangan UMNO di seluruh negara. Secara kesimpulannya, selepas pengiraan undi
dijalankan secara rasminya calon dari Pasukan A iaitu Dr. Mahathir telah memenangi jawatan
tersebut. Pengumuman kemenangan undian ini berlaku ketika Perhimpunan Agung UMNO yang
diadakan selepas beberapa hari pengiraan undian itu selesai.

Tengku Razaleigh dan penyokong-penyokongnya berasa kurang senang dan mereka


berkeras bahawa pemilihan ini telah dimanipulasi. Keadaan bertambah meruncing dan
menimbulkan kemarahan daripada Pasukan B apabila Dr. Mahathir telah menyingkirkan ahli-
ahli dari Pasukan B dari kerusi-kerusi kabinetnya.

Kesan kepada situasi ini telah mendorong 12 orang ahli UMNO mengemukakan tuntutan
mahkamah di dalam Mahkamah Tinggi untuk memperoleh perintah mahkamah yang
mengisytiharkan bahawa keputusan pemilihan adalah tidak sah. Mereka juga menggesa supaya
diadakan pemilihan yang baru. Plaintif-plaintif di dalam tuntutannya telah menyatakan kepada
mahkamah bahawa 78 orang wakil telah dipilih daripada cawangan-cawangan yang tidak
berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan oleh itu mereka tidak layak mengundi.

Sebanyak 12 orang plaintif yang membuat tuntutan di mahkamah tersebut salah


seorangnya menarik diri dan menjadikan seramai 11 orang dan mereka kemudiannya dikenali
sebagai UMNO 11. Mereka terus membuat tuntutan tersebut sehinggalah akhirnya Mahkamah
Tinggi memberikan kedua-dua pihak selama dua minggu mencapai penyelesaian di luar
mahkamah. Namun, kata sepakat daripada kedua belah pihak tidak tercapai di mana Pasukan A
meminta supaya Pasukan B menarik balik tuntutannya di mahkamah manakala Pasukan B
meminta supaya diadakan pemilihan yang baru.

Kesan kepada peristiwa ini, hakim yang ditugaskan kepada kes ini iaitu Hakim Harun
Hashim membuat keputusan berdasarkan kepada Perkara 41 dalam Akta Pertubuhan 1966 yang
menyatakan dengan jelas bahawa mana-manan satu pertubuhan akan menjadi tidak sah secara
automatik jika mana-mana satu cawangannya tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Oleh

19
itu, Hakim Harun Hashim di dalam keputusannya mengisytiharkan bahawa UMNO adalah
sebuah pertubuhan yang tidak sah.

Ketidakpuasan hati terhadap kes ini dan beberapa kes-kes lain yang melibatkan Badan
Kehakiman telah mendorong Dr. Mahathir untuk menyerahkan beberapa pindaan Perlembagaan
Malaysia kepada Parlimen untuk melucutkan kuasa kehakiman Persekutuan dan memberikan
badan kehakiman kuasa sebagaimana yang Parlimen inginkan.

Oleh itu, sebagai tindak balas badan kehakiman, hakim-hakim mendesak supaya Ketua
Hakim Mahkamah Persekutuan, Tun Mohamad Salleh Abas bertindak balas terhadap tindakan-
tindakan kerajaan. Salleh Abas memutuskan untuk mengadakan mesyuarat bagi kesemua 20
orang hakim dari Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi ibu negara Kuala Lumpur. Mereka
setuju untuk tidak mengumumkan jawapan mereka terhadap kritikan-kritikan kerajaan kepada
badan kehakiman. Sebagai gantinya mereka telah mengutuskan surat kepada Yang Dipertuan
Agong dan Raja-Raja Melayu bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Dr. Mahathir pula sebagai tindakbalasnya menghadapkan Salleh Abas ke timbang tara
yang diadakan Dr. Mahathir sendiri di atas tuduhan salah laku Salleh Abas. Timbang tara ini
dipengerusikan oleh Tun Hamid Omar. Selepas itu, Salleh Abas mengambil tindakan guaman
dan membuat permohonan pergantungan sementara terhadap timbang tara itu namun ditolak.
Kemudian, lima orang hakim bersidang dan memberikan Salleh Abas perintah interlokutori
terhadap timbang tara. Setelah mendapat perintah, hakim-hakim tersebut pergi ke Parlimen untuk
mengemukakan interlokutori itu kepada pengerusi timbang tara.

Tidak lama selepas itu, kelima-lima Hakim Mahkamah Agung itu digantung jawatan
mereka. Daripada lima orang Hakim itu, tiga orang daripadanya dipecat. Pemecatan ini telah
menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung dan tuntutan pengesahan timbang tara
tidak dapat dibicarakan. Timbang tara kemudiannya memecat Tun Mohamad Salleh Abas.

Kesan kepada pemecatan ini menunjukkan bahawa keberkesanan perlindungan yang


disediakan oleh perlembagaan akhirnya terbukti tidak kebal sepenuhnya. Yang menariknya
pemecatan dilakukan mengikut prosedur. Dengan itu jelas bahawa meskipun prosedur diikuti
semangatnya belum tentu. Secara tidak langsung menunjukkan kelemahan prosedur yang ada.

20
(Abdul Aziz Bari, 2008). Oleh itu, doktrin pengasingan kuasa berlaku hanya pada teorinya tetapi
praktikalnya tidak diamalkan sepenuhnya.

5.2 Isu Klip Video Lingam

Isu Klip Video ini muncul bermula pada tahun 2002 tetapi menimbulkan kontorversi di
Malaysia pada tahun 2007. Gambar video ini tidak begitu jelas dan video yang dirakamkan ini
berkemungkinan daripada klip video dari telefon bimbit. Klip video yang tersebar ini menjadi isu
yang sangat serius kerana isu ini melibatkan Badan Kehakiman Negara.

Antara isi kandungan klip video ini adalah perbualan telefon antara seorang peguam
terkemuka iaitu Datuk V.K Lingam dan seorang hakim kanan di dalam mengatur perlantikan
hakim-hakim di Malaysia pada tahun 2002. Disebabkan tersebarnya klip video ini, kredibiliti
Badan Kehakiman dipersoalkan. Selain itu, klip video ini menjadi terlalu serius apabila
perbualan Datuk V.K Lingam dan seorang Hakim Kanan ini melibatkan perlantikan Ketua
Hakim Negara.

Menurut Kod Etika Kehakiman 1964, Peruntukan 3 (d), perbuatan melobi oleh seorang
hakim boleh mencemarkan nama baik Badan Kehakiman. Seseorang hakim tidak boleh
berkelakuan tidak jujur sehinggakan mencemar nama Badan Kehakiman.
(http://ms.wikipedia.org/).

Sebagai mengambil berat terhadap isu ini, Majlis Peguam Malaysia mengadakan satu
perarakan yang dilakukan pada 27 September 2007. Perarakan disertai sebanyak 1,500 orang
peguam di Putrajaya. Perarakan diketuai oleh Ambiga Sreenavasan dan dipantau ketat oleh
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Tuntunan kepada perarakan itu adalah menggesa agar
suruhanjaya kehakiman bebas ditubuhkan bagi melantik para hakim. Selain itu, itu mereka
menggesa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran klip video tersebut.

Hasil Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan telah membuktikan bahawa klip video tersebut
adalah tulen. Oleh itu, jika perkara ini berlaku maka kejujuran yang perlu di dalam Badan
Kehakiman bagi menjalankan tugasnya adalah tercalar. Menurut Presiden Majlis Peguam
Malaysia, Ragunath Kesavan menjelaskan bahawa bidang kehakiman yang jujur dan bebas

21
daripada sebarang campurtangan, adalah kritikal kepada semua masyarakat.
(www.malaysiakini.com).

Ini menunjukkan Badan Kehakiman yang sepatutnya menjadi sebuah badan yang
berasingan dan bebas secara teorinya tidak berlaku secara praktikalnya. Ini kerana, sudah
terdapat campurtangan di dalam bidang kehakiman negara.

22
6.0 KESIMPULAN

Corak pemerintahan di Malaysia telah ditentukan menerusi Perlembagaan Persekutuan


dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan negara, iaitu badan
perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan badan kehakiman (judiciary).
Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan negara disebut sebagai doktrin pengasingan
kuasa. Doktrin ini dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah terkemuka Perancis
pada abad ke-18. Menurut Ranjit Singh Malhi (2000), idea terpenting mengenai pengasingan
kuasa ialah orang yang sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat undang-undang,
menguatkuasakannya dan menghukum orang-orang yang melanggarnya. Ini bermakna doktrin
tersebut melibatkan pembahagian kuasa pemerintahan yang jelas antara badan-badan
perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa sebarang pertindihan.

Doktrin ini menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan
membuat dan tidak boleh menyerahkankuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh
mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenar menjalankan pemerintahan
negara dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu juga
dengan badan kehakiman yang hanya dibenrkan melaksana kuasa kehakiman dan tidak boleh
membuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan. Matlamat doktrin pengasingan
kuasa ialah untuk mengelakkan pemusatan kuasa di dalam tangan mana-mana pihak.

Menurut Ruslan Zainuddin (2004), struktur pemerintahan di Malaysia mengandungi


ketiga-tiga badan di dalam sistem pemerintahan iaitu badan perundangan, badan pentadbiran dan
badan kehakiman. Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak pada Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong adalah sekaligus merupakan
ketua kepada ketiga-tiga cabang kerajaan. Menurut Perlembagaan, baginda bukan sahaja
memegang kuasa eksekutif malahan juga kuasa perundangan. Perkara 39 Perlembagaan
Persekutuan iaitu kuasa memerintah Persekutuan dan Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan iaitu
kuasa perundangan Persekutuan.

23

You might also like