You are on page 1of 12

Mesyuarat Guru & Staf Bil 3/ 2021

SEKOLAH RENDAH ISLAM TARBIAH AL-AWLADIAH (SABK)

MINIT MESYUARAT GURU & STAF BIL 3 / 2021

Tarikh : 13 JUN 2021 (AHAD)

Masa : 2:30 PETANG – 4:00 PETANG

Medium : GOOGLE MEET

Kehadiran

HADIR/TIDAK
BIL NAMA GURU JAWATAN HADIR

1 MOHAMAD RADZI BIN ABDUL RANI GURU BESAR √


2 ABDUL BASIT BIN ABDULLAH PENOLONG KANAN KURIKULUM √
3 NORBAISHATUL BINTI AHMAD PENOLONG KANAN HEM √
4 SHAHRUL NIZA BINTI AHMAD PENOLONG KANAN KOKURIKULUM √
5 AIDA BINI SUHADI GURU √
6 AISHAH BINTI GHAZALI GURU √
7 AZURA BINTI ARIFFIN GURU √
8 FATIMATUL MARIYAH BT CHE SAAD SHABUDIN GURU √
9 HASSAN BIN MUSTAFA AFIFUDDIN GURU √
10 HAZRINI BINTI HARUN GURU √
11 MOHAMAD FADHLI BIN ABDUL KADIR GURU √
12 MOHD AFIF BIN AHMAD GURU √
13 MOHD ZUHAIMI BIN YUSOFF GURU √
14 MUNIRAH BINTI MHD REJAB GURU √
15 NOORHAFIZOH BINTI A.WAHAB GURU √
1
Mesyuarat Guru & Staf Bil 3/ 2021

16 NOR AMIZA BINTI MOHAMMAD GURU √


17 NOR HABIBI BINTI ARIFFIN GURU √
18 NOR LIZA BINTI AHMAD GURU √
19 NURUL FARHANA BINTI MOHD NOR GURU √
20 NURULHUDA BINTI MD ARIF GURU √
21 SHAHIRA NABILA BINTI SOBRI GURU √
22 SHARIFAH BINTI MOHD BASIR GURU √
23 SITI NOORHAYATI BINTI ABD RAHMAN GURU √
24 SYAHRYEZO BIN JUSOH GURU √
25 ZAFIRAH BINTI MOHD ZAINI GURU √
26 NOR SUHAIZA BINTI RAMLY PEMBANTU PERKERANIAN & OPERASI √
27 MUHAMMAD AFNAN BIN ZAINOL ABIDIN PEMBANTU OPERASI √
28 NUR ARIFAH BINTI ABDUL RAHAMAN KERANI LPS √

AGENDA MESYUARAT

1 Ucapan Aluan Guru Besar

2
Mesyuarat Guru & Staf Bil 3/ 2021

2 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.2/2021


3 Perkara Berbangkit
4 Agenda dibincangkan:
4.1 Garis Panduan Semasa PKP 3.0
4.2 PDPR
4.3 PBD
4.4 RPH
4.5 Kajian Perpaduan
4.6 Cuti Sakit dan CRK
5. Hal-hal lain
6. Ucapan penangguhan

1. UCAPAN ALUAN GURU BESAR

1.1 Mesyuarat Guru bil 3 / 2021 dimulai dengan membaca surah Al-
Fatihah.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf
kerana dapat menghadiri mesyuarat guru dan staf kali kedua.

1.2 Pengerusi juga mendoakan semoga semua dilindungi Allah di musim Covid 19
ini dan mengharapkan semua guru dan staf berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 2/2021

2.1 Pembentangan Minit Mesyuarat Guru dan Staf Bil 3/2021.

Setiausaha Minit Mesyuarat guru dan staf, Cikgu Fatimatul Mariyah membentangkan
Minit Mesyuarat Guru dan Staf Bil 2/2021.

2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat.


Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah Bil 2/2021 disahkan oleh Cikgu Munirah dan
disokong oleh Ustaz Abdul Basit.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Merujuk agenda 4.1 SOP Pengoperasian Sekolah semasa PKPB

3
Mesyuarat Guru & Staf Bil 3/ 2021

- .Mesyuarat mengambil maklum sekiranya guru hendak hadir ke sekolah perlu


memakai pelitup muka, mengambil bacaan suhu badan dan mencatatkan
kehadiran dalam buku.
Makluman

3.2 Merujuk agenda 4.2.1 RPT, DSKP


- Mesyuarat mengambil maklum bahawa guru yang belum hantar RPT dan DSKP
kepada guru besar, diminta menghantarnya untuk disahkan.
Tindakan: Semua guru

3.3 Merujuk agenda 4.11 Perancangan program


- Mesyuarat mengambil maklum bahawa setiap panitia perlu melihat semula program
yang hendak diajalankan dan perlu laksanakan program yang telah dibincangkan
bersama
ahli panitia.
Tindakan: Ketua Panitia

3.4 Merujuk agenda 4.1.2 Kontrak Guru bagi Guru kontrak


- Mesyuarat mengambil maklum bahawa borang permohonan guru kontrak telah
sampai kepada Bahagian Sumber Manusia.
Makluman

3.5 Merujuk agenda 5.3 e-operasi


- Mesyuarat mengambil maklum bahawa guru perlu membuka dan menyemak dengan
betul maklumat guru dalam e-operasi masing-masing.
Makluman

4. Agenda yang dibincangkan

4.1 Garis Panduan Semasa PKP 3.0

4.1.1 Rujuk lampiran (I)

Makluman

4.2 PDPR

4
Mesyuarat Guru & Staf Bil 3/ 2021

4.2.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru untuk menggunakan jadual pdpr
sebelum ini.

Tindakan: Semua guru

4.2.2 Pengerusi mengingatkan semua guru untuk melaksanakan pdpr berdasarkan


kemampuan guru dan kesesuaian murid.

Tindakan: Semua guru

4.2.3 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru untuk mengisi laporan pdpr dalam
‘Google Form’ sekolah dan juga PPD.

Tindakan: Semua guru

4.2.4 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru supaya tidak mengisi di bahagian
‘offsite’ kerana bahagian tersebut untuk kes murid yang berada di pusat pemindahan
dan sebagainya.

Tindakan: Semua guru

4.2.5 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru sekiranya guru mempunyai urusan
sewaktu pdpr, perlu maklumkan kepada pentadbir bagi tujuan pertukaran masa
kelas.

Tindakan: Semua guru

4.3 PBD

4.3.1 Pengerusi memaklumkan taklimat pengisian PBD akan diberikan kepada penolong
kanan oleh PPD.

4.3.2 Pelaporan PBD perlu diisi dengan baik dan guru perlu tahu mengisi setakat mana
tajuk yang telah diajar.

Tindakan: Semua guru

4.4 RPH

5
Mesyuarat Guru & Staf Bil 3/ 2021

4.4.1 Pengerusi meminta kerjasama semua guru untuk membuat RPH. Beliau turut
mengingatkan guru yang tidak menghantar rph akan dikenakan tindakan tataterbit.

4.4.2 Guru perlu menghantar kepada rph kepada guru besar dalam bentuk Microsoftword.

4.4.3 Guru perlu menghantar rph dalam satu fail sahaja.

Tindakan: Semua guru

4.5 Kajian Perpaduan

4.5.1 Pengerusi memaklumkan guru dan murid tahun 6 perlu mengisi kajian indeks pada 15
Julai sehingga 18 Julai.

4.5.2 Rujuk lampiran (ii)

Tindakan: Semua guru & guru kelas tahun 6

4.6 Cuti Sakit dan CRK

4.6.1 Pengerusi memaklumkan sekiranya guru ingin keluar daerah perlu ada surat polis

dan memaklumkan kepada pentadbir.

Makluman

4.6.2 Pengerusi juga mengingatkan kepada semua guru, sekiranya hendak mengambil
cuti CRK, perlu mengisi borang dahulu.

Tindakan: Semua guru

4.6.2 Pengerusi juga mengingatkan sekiranya guru mendapatkan sijil cuti sakit di klinik
sewaktu PKP ini, perlu ambil gambar sijil cuti sakit tersebut dan hantar beliau pada
hari tersebut juga melalui WhatApps.

Tindakan: Semua guru

4.6.3 Sijil cuti sakit perlu diserahkan kepada Puan Suhaiza apabila sekolah dibuka.

Makluman

5 Hal-hal lain

6
Mesyuarat Guru & Staf Bil 3/ 2021

5.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah berjaya ‘log in’ emel

MOE.

Makluman

5.2 Pengerusi meminta guru untuk mengikuti kursus-kursus online seperti taklimat,webinar dan

sebagainya pada hari cuti bagi memenuhi bilangan hari dalam SPLKPM.

Makluman

5.3 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru sekiranya ingin menghantar modul ke

sekolah, perlu meminta kebenaran beliau.Guru juga boleh menggunakan kaedah lain untuk

memberikan modul kepada murid seperti pos dan sebagainya.

Tindakan: Semua guru

5.4 Pengerusi memaklumkan sekiranya terdapat laporan kes covid yang melibatkan murid,

guru kelas perlu memaklumkan kepada PK HEM.Guru tidak boleh menghebahkan kes

tersebut dalam kumpulan WhatApps kelas.

Tindakan: Semua guru

5.5 Pengerusi memaklumkan pengisian laporan PIBKS yang boleh diisi pada 10 Mei hingga 18

Jun 2021.

Tindakan: Ustaz Mohamad Fadhli

5.6 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru agar lebih peka terhadap arahan dan surat

dari JPN atau PPD.

TindakanSemua guru

5.7 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada peserta catur dan guru pembimbing kerana dapat

memasuki pertandingan catur hingga ke peringkat negeri Kedah.

Makluman

5.8 Pengerusi memaklumkan semakan tawaran kedua kemasukan ke SMKA, guru boleh

memaklumkan kepada murid tahun 6 tahun lepas untuk membuat semakan dan rayuan

7
Mesyuarat Guru & Staf Bil 3/ 2021

semula kemasukan ke SMKA.

Makluman

5.9 Pengerusi memaklumkan mengenai data kutipan al-Quran, guru pendidikan islam boleh

mengisi data al-quran mengikut tarikh yang telah diberikan.

Tindakan; Semua guru Pendidkan Islam

5.10 Pengerusi mengingatkan setiap arahan yang dimasukkan dalam kumpulan WhatApps

rasmi sekolah perlu mendapat kepastian dan kebenaran beliau terlebih dahulu. Guru tidak

boleh memanjangkan apa jua maklumat daripada sekolah lain selagi tidak mendapat

kepastian dan kesahan daripada pentadbir.

Tindakan; Semua guru

5.11 Ustaz Abdul Basit mengingatkan kepada semua panitia untuk menjalankan mesyuarat

panitia kali kedua bermula minggu ini.

Tindakan: Semua Panitia

5.12 Ustaz Abdul Basit mengingatkan agar semua guru mengisi markah aspirasi penilaian

tahap 2, markah ujian dini tahun 1 hingga 6, PBD tahap 1 dan PBD tahap 2.

Tindakan: Semua guru

5.13 Ustaz Abdul Basit meminta setiap guru untuk menyimpan rekod pbd penggal satu bagi

subjek masing-masing.

Tindakan: Semua guru

5.14 Ustaz Abdul Basit memaklumkan penyelaras PBD ialah Cikgu Shahira, penyelaras PBS

ialah Cikgu Farhana.

Makluman

5.15 Ustazah NorBaishatul mengingatkan kepada ustaz Fadli untuk melihat kembali tarikh tutup

pengisian ePIBKS

.Tindakan: Ustaz Mohd Fadhli

5.16 Ustazah NorBaishatul meminta kepada guru di bawah unit Hem untuk mengadakan

8
Mesyuarat Guru & Staf Bil 3/ 2021

mesyuarat unit masing-masing.

.Tindakan: Semua Guru unit HEM

5.17 Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Shahrul Niza memaklumkan aktiviti kokurikulum

berjalan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Makluman

5.18 Cikgu Shahrul Niza mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengambil tindakan

susulan terhadap pertandingan yang akan disertai dan aktiviti di bawah kokurikulum.

Makluman

5.19 Cikgu Shahrul Niza meminta kepada semua guru untuk melihat kepada surat yang

melibatkan pertandingan supaya mengambil tindakan dan mencari peserta. Guru perlu

berbincang sesama ahli panitia untuk menentukan sama ada perlu menyertai

pertandingan mengikut kemampuan atau tidak.

Tindakan semua guru

5.20 Ustaz Afif memaklumkan berkenaan ‘log in’ Delima, semua guru telah mengakses masuk

ke laman tersebut.

Makluman

5.21 Ustazah Nor Liza memaklumkan mengenai kutipan data al-quran, beliau meminta

kerjasama semua guru yang mengajar tasmik supaya menghantar rekod bacaan

muridmasing-masing kepada guru pendidikan islam kelas masing-masing iaitu tahun 1

kepada ustazah Nor Liza, tahun 2 kepada Ustaz Syahryezo, tahun 3 kepada Ustazah

Zafirah,tahun 4 kepada Ustaz Fadhli, tahun 5 kepada Ustaz Afif dan tahun kepada 6

Ustazah Baishatul.

Tindakan; Semua guru tasmik dan Pendidkan Islam

5.23 Cikgu Farhana memaklumkan markah ujian 1 yang ada dalam Google Drive, masih ada

13 mata pelajaran tahap 2 belum diisi.Pengerusi meminta semua tahap 2 untuk segera

9
Mesyuarat Guru & Staf Bil 3/ 2021

mengisinya

6 Ucapan penangguhan
6.1 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf di atas kerjasama

yang baik dalam menjalankan tugas.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4: 00 petang dengan bacaan tasbih kaffarah dan

surah Al Asr.

Disediakan oleh :

………………………………………………………….

(FATIMATUL MARIYAH BT CHE SAAD SHABUDIN)

Setiausaha Mesyuarat Guru dan Staf

Sekolah Rendah Islam Tarbiah al-Awladiah

10
Mesyuarat Guru & Staf Bil 3/ 2021

LAMPIRAN I

11
Mesyuarat Guru & Staf Bil 3/ 2021

LAMPIRAN II

12

You might also like