You are on page 1of 13

KAJIAN FAKTOR MINAT, KEMAHIRAN DAN KREATIVITI

TERHADAP KETIDAKCAPAIAN PERATUSAN HASIL


PEMBELAJARAN SUBJEK ILUSTRASI FESYEN - SFP1032,
PELAJAR SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN KOLEJ KOMUNITI
GERIK PERAK
Mohd Safirul Bin. Md. Zin
Kolej Komuniti Gerik Perak.
mohdsafirul@yahoo.com

Halizawati Binti Halim


Kolej Komuniti Gerik Perak.
Liza_Waty@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi


ketidakcapaian peratusan hasil pembelajaran subjek ilustrasi fesyen - sfp1032 sesi jun
2019, pelajar sijil fesyen dan pakaian kolej komuniti gerik perak. Kajian ini akan
Berdasarkan analisa CLO pentaksiran berterusan subjek Ilustrasi Fesyen SFP1032 bagi
sesi Jun 2019, terdapat dua (2) CLO PLO yang tidak mencapai peratusan yang
ditetapkan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji 3 faktor utama
iaitu faktor minat, faktor kemahiran dan faktor kreativiti yang mempengaruhi
ketidakcapaian peratusan hasil pembelajaran subjek ilustrasi fesyen - sfp1032 sesi jun
2019 pelajar sijil fesyen dan pakaian kolej komuniti gerik perak. Dalam kajian ini nilai
kekerapan dan peratusan telah dikira bagi menentukan kecenderungan pengaruh
sesuatu faktor terhadap ketidakcapaian peratusan hasil pembelajaran subjek ilustrasi
fesyen - sfp1032. Keputusan kajian menunjukkan ketiga-tiga tiga faktor yang dikaji iaitu
faktor minat, faktor kemahiran dan faktor kreativiti mempengaruhi ketidakcapaian
peratusan hasil pembelajaran subjek ilustrasi fesyen - sfp1032sesi jun 2019. Sampel
kajian terdiri daripada 41 orang pelajar semester dua yang sedang mengikuti program
Sijil Fesyen Dan Pakaian di Kolej Komuniti Gerik Perak. Borang soal selidik diedarkan
dan digunakan sebagai instrumen bagi mendapatkan maklumat untuk tujuan kajian ini
dan juga analisa CLO PLO bagi subjek Illustrasi Fesyen SFP 1032 sesi jun 2019. Analisia
daripada maklumat tersebut kemudiannya dilakukan dalam bentuk kekerapan dan
peratusan.

KATA KUNCI: faktor minat, faktor kemahiran, faktor kreativiti, pengaruh


dalam Subjek Illustrasi Fesyen SFP1032

1.0 PENGENALAN

Sijil Fesyen Dan Pakaian merupakan satu program yang melibatkan


proses reka bentuk dan proses penghasilan pakaian. Program ini
menggabungkan penyelidikan visual dan kandungan teori dalam
pembangunan reka bentuk fesyen dan pakaian yang merangkumi sejarah,
lukisan, reka bentuk, pengeluaran, tekstil dan perniagaan. Pelajar
dikehendaki untuk membuat dan menghasilkan rekaan pakaian yang
mempunyai fungsi bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat

1
tetapi juga untuk mempertingkatkan nilai estetiknya. Kandungan
kurikulum ini menyediakan pelajar kearah membangunkan individu
untuk berdaya saing. Pendidikan dan latihan berkualiti dibekalkan
dengan secukupnya merangkumi kompetensi kemahiran, pengetahuan
kepada pelajar yang cenderung serta mahir dan mempunyai nilai
kompeten yang tinggi dalam bidang teknikal dan vokasional (Rojewski,
2009; Ahmad, 2010).
Pada semester satu, pelajar akan diberikan pengetahuan dan
kemahiran asas teori dan amali mengenai alat dan bahan, lukisan figura,
dan lukisan teknikal. Ia merangkumi pengenalan bahan melakar, bahan
mewarna, warna asas dan skema warna. Pelajar akan dilatih untuk
menghasilkan lakaran figura, gaya figura dan melakar ciri-ciri pakaian.
Kesemua pelajaran ini akan mempengaruhi tahap rekaan pelajar bagi
semester dua dalam subjek Senireka Fesyen 1 di mana para pelajar akan
mula menghasilkan rekaan dan dekorasi pada rekaan masing-masing
berdasarkan kemahiran dan latihan yang telah mereka perolehi dalam
subjek Illustrasi Fesyen pada semester satu.
Ilustrasi fesyen adalah subjek di mana para pelajar akan diajar dan
di latih bagaimana untuk mengaplikasikan pelbagai alat, bahan, media,
dan teknik lukisan selain daripada pensel yang digunakan pada peringkat
awal. Ilustrasi fesyen adalah seni yang unik. Penghasilan karya atau
rekaan memerlukan keseimbangan yang baik di antara gambar dan
perincian pakaian selaian dari memerlukan tahap kreativiti yang baik.
Inilah adalah salah satu sebab kenapa kemahiran ilustrasi fesyen ini
sukar untuk dikuasai.
Selain itu, para pelajar harus menguasai anatomi tubuh manusia
secara benar, dan dapat mengatur komposisi yang baik, memiliki gaya
atau ciri yang khas agar ilustrasinya menarik, dan menguasai teknik
menggambar supaya tujuan sesuatu rekaan itu dihasilkan dapat
dipersembah dan difahami oleh pensyarah melalui ilustrasi yang baik dan
berkualiti melalui pemahaman dan penggunaan teknik illustrasi dengan
betul dan baik serta diolah dengan kreativiti yang tinggi. Mengikut
Kementerian Pelajaran Malaysia (1979), sukatan pelajaran seni lukis
bertujuan untuk memupuk perasaan menghargai, penikmatan nilai
keindahan, kemahiran mencipta disamping mengadakan asas yang
kukuh bagi perkembangan budaya.

1.1 Pernyataan masalah

Pada semester satu, pelajar-pelajar ini akan diajar dan dilatih


bagaimana untuk menghasilkan ilustrasi fesyen melalui penggunaan
bahan, media, dan teknik yang betul. Melalui data peratusan pencapaian
hasil pembelajaran pelajar yang telah diperolehi daripada Jadual Analisa
CLO dan PLO pentaksiran berterusan, Kolej Komuniti Gerik, Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi subjek SFP1032 Ilustrasi Fesyen sesi jun 2019,
kebanyakan pelajar tidak berjaya mencapai peratusan yang telah
ditetapkan di dalam sukatan pelajaran di mana hal ini telah
mempengaruhi pencapaian peratusan hasil pembelajaran yang telah

2
ditetapkan iaitu sebanyak 80% dan peratusan yang dicapai hanyalah
pada tahap 70% hingga 75% sahaja daripada sasaran yang ditetapkan.
Peratusan yang rendah ini adalah melibatkan hasil pembelajaran yang
berkaitan kemahiran teknikal amali para pelajar dalam menghasilkan
lukisan ilustrasi, lukisan figura dan lukisan teknikal ilustrasi fesyen serta
cara pelajar-pelajar mempersembahkan idea persembahan mereka
mengikut olahan kreativiti yang baik. Susulan daripada dapatan
peratusan pencapaian pelajar ini, penyelidik ingin mengenalpasti apakah
faktor minat, faktor kemahiran dan faktor kreativiti mempengaruhi
ketidakcapaian peratusan hasil pembelajaran subjek SFP1032 Ilustrasi
Fesyen sesi jun 2019, pelajar Sijil Fesyen & Pakaian Kolej Komuniti Gerik
Perak, supaya setiap pelajar dapat menguasai pelajaran ini dengan baik
keputusan pencapaian para pelajar dapat di tingkatkan ke tahap yang
lebih baik.

1.2 Objektif kajian

i. Mengenalpasti pengaruh faktor minat terhadap hasil pembelajaran


subjek Illustrasi Fesyen SFP1032.
ii. Mengenalpasti pengaruh faktor kemahiran terhadap hasil
pembelajaran subjek Illustrasi Fesyen SFP1032.
iii. Mengenalpasti pengaruh faktor kreativiti terhadap hasil
pembelajaran subjek Illustrasi Fesyen SFP1032.

2. KAJIAN LITERATUR

2.1. Faktor Minat

Secara umumnya, minat adalah perhatian yang mengandungi


unsur-unsur perasaan. Minat merupakan dorongan atau keinginan dalam
diri seseorang pada objek atau perkara tertentu. Minat berkaitan erat
dengan motivasi seseorang untuk mempelajari sesuatu serta dapat
berubah-ubah bergantung pada pengalaman, mod yang terkini dan
bukan wujud azali sejak lahir. Menurut Fryklund (1950) dalam kajian
Ailis (1997), minat yang timbul dalam diri seseorang pelajar akan
mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu berminat
maka individu itu akan bertambah tekun bagi mencapai kejayaan. Ini
disokong oleh kajian Khashiatul-Fauziah (2003), yang menyatakan
bahawa minat adalah segalanya yang membawa maksud walaupun
seseorang itu mempunyai kebolehan dalam melakukan kerja tetapi
disebabkan faktor minat, seseorang itu akan mudah menguasai bidang
tersebut. Kenyataan ini dapat menjelaskan bahawa minat yang ada dalam
diri pelajar akan dapat menjadi pendorong kepada pelajar untuk
menghasilkan sesuatu kerja dengan baik kerana didorong oleh rasa minat
terhadap sesuatu perkara dan ini disokong oleh pendapat Razman
Karuddin (2004), iaitu ukuran pencapaian peperiksaan boleh digunakan

3
untuk melihat tahap minat seseorang murid. Namun, minat yang sedia
ada dalam diri seseorang murid tidak semestinya kekal selama-lamanya
kerana minat boleh berubah. Jadi melalui analisa dapatan pemarkahan
pelajar ini akan dapat menghuraikan adakah faktor minat mempengaruhi
ketidakcapaian peratusan hasil pembelajaran subjek SFP1032 Ilustrasi
Fesyen.

2.2. Faktor Kemahiran

Gallagher (1999), pula merumuskan kemahiran sebagai set


kemahiran yang merangkumi asas, teknikal, pengurusan dan
kepimpinan. Keperluan set ini adalah paling kritikal untuk
membangunkan pengetahuan. Salah (2001) menyatakan kemahiran
teknikal adalah merujuk kepada kefahaman dan kecekapan dalam
sesuatu aktiviti yang khusus, terutamanya sesuatu yang melibatkan
kaedah, proses, prosedur dan teknik. Ini bertepatan dengan kajian
pengkaji untuk mengkaji sejauh manakah faktor kemahiran ini
mempengaruhi ketidakcapaian peratusan hasil pembelajaran subjek
SFP1032 Ilustrasi Fesyen sesi Jun 2019, di mana pelajar akan
menghasilkan beberapa jenis lukisan dengan menggunakan pelbagai
teknik, media dan bahan dan Menurut A Yahaya (2010), teknik adalah
kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu
kaedah. Jika seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai teknik-teknik
yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat
kaedah itu akan tidak berhasil. Teknik-tenik ini mestilah dikuasai oleh
pelajar bagi mengembangkan lagi kemahiran yang sedia melalui konsep-
konsep seni yang perlu difahami terlebih dahulu.

2.3. Faktor Kreativiti

Pemikiran kreatif dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada semua


manusia, apa yang membezakan seseorang itu ialah kecenderungan dan
keupayaan seseorang itu berkreativiti banyak bergantung kepada faktor
diri, persekitaran dan jenis masalah yang dihadapi. Di dalam subjek ini,
pelajar perlu menghasilkan satu rekaan papan mod yang kreatif melalui
kajian dan rujukan darpada sumber-sumber rujukan samada dari media
cetak atau media digital. Melalui kajian ini pelajar hanya perlu mengolah
rekaan mereka mengikut kreativiti masing-masing yang hanya melibatkan
proses penyusunan gambar berdasarkan kepada bahan yang telah
diperolehi melalui kajian. Ini bertepatan dengan kajian (Amabile, 1983)
iaitu kreativiti boleh ditakrifkan sebagai kebolehan dalam menjana idea
yang terbahagi kepada dua komponen yang berbeza seperti idea yang
diperolehi secara asli atau tidak dijangkakan serta idea yang dihasilkan
mengikut kesesuaian keadaan).
Sehubungan dengan itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk
membuat kajian terhadap pengaruh faktor kreativiti terhadap hasil
pembelajaran subjek Illustrasi Fesyen SFP1032.

4
3. SKOP KAJIAN

Populasi kajian terdiri daripada seramai 41 orang pelajar semester


dua yang sedang mengikuti Program Sijil Fesyen Dan pakaian Kolej
Komuniti Gerik Perak. Menurut Mohd Najib (1999), populasi ialah
sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Oleh itu
pelajar-pelajar ini dipilih kerana mereka dapat memenuhi kriteria yang
dikehendaki oleh penyelidik iaitu mereka sedang mengikuti kursus fesyen
dan Pakaian. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan menggunakan
keseluruhan populasi pelajar semester dua Sijil Fesyen Dan Pakaian
sebagai subjek kajian.

4. METODOLOGI KAJIAN

Instrumen kajian merupakan alat penting untuk memperolehi


maklumat bagi mencapai objektif kajian. Ia juga dapat menentukan jenis
data yang diperolehi dan ini mempengaruhi jenis analisis penyelidik,
(Mohd Najib, 1999). Instrumen kajian yang telah digunakan dalam kajian
ini adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada responden
bagi mendapatkan maklum balas. Menurut Mohd Najib (1999), kaedah
tinjauan menggunakan soal selidik adalah salah satu kaedah yang paling
popular digunakan di kalangan penyelidik kerana mudah ditadbir setelah
dibina dengan baik dan data juga senang diproses untuk dianalisis.
Menurut Mohd Majid (1993), soal selidik adalah lebih praktikal dan
berkesan digunakan bagi populasi yang besar. Keupayaan soal selidik
menggunakan sampel yang banyak akan meningkatkan ketepatan dan
kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan yang
diberi. Gerak balas atau jawapan yang diberi oleh responden tidak
dipengaruhi oleh personaliti, tingkah laku penyelidik dan cara
penyelidikan. Responden juga merasa dirinya selamat untuk memberi
jawapan yang tepat dan benar terhadap rangsangan.
Sebelum kajian sebenar dijalankan, pengkaji terlebih dahulu
melaksanakan kajian rintis. Kajian rintis ini dilaksanakan untuk
membantu pengkaji mengenal pasti tahap kebolehlaksanaan atau
kemunasabahan kajian sebenar yang akan dijalankan di samping
meningkatkan keabsahan dalam instrumen kajian. Menerusi kajian ini,
pengkaji telah menjalankan kajian rintis temubual kepada pensyarah
program sijil fesyen dan pakaian. Melalui kajian rintis ini, pengkaji
mendapat gambaran secara umum tentang faktor Ketidakcapaian
Peratusan Hasil Pembelajaran Subjek Ilustrasi Fesyen. Malahan Pengkaji
mengambilkira kriteria pengukuran (Rubrik) semasa proses penilaian
dijalankan untuk Subjek Ilustrasi Fesyen sebagai bahan rujukan bagi
pembinaan item-item soalan kajian. Ini adalah untuk memastikan tahap
kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik yang digunakan.
Oleh itu, Item-item kajian dibina dan diubahsuai supaya
bersesuaian dengan kajian yang dijalankan. Ini dibuat berdasarkan
kepada persoalan kajian. Instrumen soal selidik ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu bahagian A (demografi)dan bahagian B.

5
5. ANALISIS DATA

5.1 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang Responden)

Jadual 1: Taburan Responden Mengikut Umur.

18 – 19
No 20 – 21
Pernyataan Tahun 22 tahun >
item Tahun

1 Umur 33(80.5%) 7(17.1%) 1(2.4%)


Berdasarkan jadual di atas, responden yang tertinggi adalah terdiri
daripada responden yang berumur 18-19 tahun iaitu sebanyak 80.5%,
diikuti dengan responden yang berumur 20-21 tahun iaitu sebanyak
17.1% dan hanya 1 orang reponden yang berumur 22 tahun dan ke atas
iaitu sebanyak 2.4%.

Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Jantina.

No
Pernyataan Perempuan Lelaki
item
1 Jantina 39(95.1%) 2(4.9%)
Berdasarkan jadual di atas, responden yang tertinggi adalah terdiri
daripada responden perempuan iaitu sebanyak 95.1% dan hanya 2 orang
lelaki iaitu sebanyak 4.9% yang telah mengikuti modul SFP1032 –
Ilustrasi Fesyen program sijil fesyen dan pakaian di Kolej Komuniti Gerik,
Sesi Jun 2019.

5.2 Analisis persoalan kajian pertama pengaruh faktor minat terhadap


ketidakcapaian peratusan hasil pembelajaran subjek Illustrasi Fesyen
SFP1032, pelajar Sijil Fesyen & Pakaian, Kolej Komuniti Gerik Perak.

Jadual 3: Analisis faktor minat terhadap ketidakcapaian peratusan


hasil pembelajaran subjek Illustrasi Fesyen SFP1032, pelajar
SijilFesyen & Pakaian, Kolej Komuniti Gerik Perak.
Sangat
No Sangat Tidak Tidak
Pernyataan Setuju Tidak
item Setuju pasti Setuju
Setuju
Saya minat mempelajari subjek Ilustrasi
1 9(22%) 28(68.3%) 2(4.9%) 2(4.9%) 0(0%)
Fesyen.
Saya suka menghadiri kelas Ilustrasi
2 11(26.8%) 24(58.5%) 5(12.2%) 1(2.4%) 0(0%)
fesyen
Saya sentiasa bersemangat dalam kelas
3 7(17.1%) 27(65.9%) 6(14.6%) 1(2.4%) 0(0%)
Ilustrasi Fesyen.

6
Saya menyiapkan latihan yang diberi
4 7(17.1%) 24(58.5%) 8(19.5%) 2(4.9%) 0(0%)
dengan bersungguh-sungguh.
Saya tidak jemu membuat latihan yang 11(26.8%
5 7(17.1%) 22(53.7%) 1(2.4%) 0(0%)
diberi. )
JUMLAH PURATA KEKERAPAN / (%) (8)20% (25)61% (6)15.6% (1)3.4% (0)0%

Merujuk kepada data yang diperolehi dari jadual 3 berkenaan dengan


Analisis faktor minat terhadap ketidakcapaian peratusan hasil
pembelajaran subjek Illustrasi Fesyen SFP1032 sesi jun 2019, maka
dapat dirumuskan bahawa kebanyakkan responden mempunyai minat
yang tinggi terhadaap modul Ilustrasi Fesyen - SFP1032 dengan
peratusan sebanyak 20% sangat setuju dan 61% setuju dan hanya
segelintir sahaja pelajar yang masih mempunyai minat yang rendah
dalam subjek Ilustrasi Fesyen - SFP1032 iaitu sebanyak 15.6% tidak pasti,
3.4% tidak setuju. Ini menunjukkan terdapat segelintir pelajar yang
mempunyai minat yang rendah dalam subjek Ilustrasi Fesyen - SFP1032
iaitu lebih kurang 19% dengan kekerapan hanya 7 sahaja.

5.3 Analisis Persoalan Kajian kedua

5.3.1 Analisis faktor kemahiran terhadap ketidakcapaian peratusan


hasil pembelajaran subjek Illustrasi Fesyen SFP1032, pelajar Sijil
Fesyen & Pakaian, Kolej Komuniti Gerik Perak.

Jadual 4: Analisis faktor kemahiran terhadap ketidakcapaian


peratusan hasil pembelajaran subjek Illustrasi Fesyen SFP1032,
pelajar Sijil Fesyen & Pakaian, Kolej Komuniti Gerik Perak.
Sangat
No Sangat Tidak Tidak
Pernyataan Setuju Tidak
item Setuju pasti Setuju
Setuju
Saya paham konsep roda warna dengan
6 6(15%) 22(55%) 10(25%) 2(5%) 0(0%)
baik.
Saya boleh menghasilkan roda warna
7 7(17.5%) 16(40%) 13(32.5%) 4(10%) 0(0%)
dengan baik
Saya faham semua teknik ilustrasi
8 5(12.5%) 19(47.5%) 14(35%) 2(5%) 0(0%)
dengan baik.
Saya boleh menghasilkan semua teknik
9 3(7.3%) 21(51.2%) 12(29.3%) 5(12.2%) 0(0%)
ilustrasi dengan baik.
Saya faham teknik lukisan figura
10 2(4.9%) 26(63.4%) 12(29.3%) 1(2.4%) 0(0%)
dengan baik.
Saya boleh melukis lukisan figura
11 4(9.8%) 16(39%) 15(36.6%) 5(12.2%) 1(2.4%)
dengan baik.
Saya faham teknik membuat lukisan
12 1(2.4%) 27(65.9%) 11(26.8%) 2(4.9%) 0(0%)
teknikal dengan baik.

Saya boleh membuat lukisan teknikal


13 5(12.2%) 21(51.2%) 10(24.4%) 5(12.2%) 0(0%)
dengan baik.

7
(0.2)0.3
JUMLAH PURATA (%) (4)10.2% (33)51.7% (12)30% (3)8%
%

Merujuk kepada data yang diperolehi dari jadual 4 berkenaan dengan


Analisis faktor kemahiran terhadap ketidakcapaian peratusan hasil
pembelajaran subjek Illustrasi Fesyen SFP1032 sesi jun 2019, maka
dapat dirumuskan bahawa kebanyakkan responden mempunyai
kemahiran yang baik terhadaap modul Ilustrasi Fesyen - SFP1032
dengan peratusan sebanyak 10.2% sangat setuju dan 51.7% setuju dan
hanya segelintir sahaja pelajar yang masih mempunyai kemahiran yang
kurang baik terhadap modul Ilustrasi Fesyen - SFP1032 iaitu sebanyak
30% tidak pasti, 8% tidak setuju dan 0.3% sangat tidak setuju. Ini
menunjukkan terdapat sebilangan pelajar yang mempunyai kemahiran
yang kurang baik terhadap modul Ilustrasi Fesyen - SFP1032, dimana
situasi ini telah mempengaruhi pencapaian modul Ilustrasi Fesyen -
SFP1032 pada sesi Jun 2019.

5.4Analisis Persoalan Kajian ketiga

5.4.1 Analisis faktor kreativiti terhadap ketidakcapaian peratusan


hasil
pembelajaran subjek Illustrasi Fesyen SFP1032, pelajar Sijil
Fesyen & Pakaian, Kolej Komuniti Gerik Perak.

Jadual 5: Analisis faktor kreativiti terhadap ketidakcapaian


peratusan hasilpembelajaran subjek Illustrasi Fesyen SFP1032,
pelajar Sijil Fesyen & Pakaian, Kolej Komuniti Gerik Perak.
Sangat
No Sangat Tidak Tidak
Pernyataan Setuju Tidak
item Setuju pasti Setuju
Setuju
Saya mempunyai pengetahuan dalam
14 penghasilan bod persembahan 2(4.9%) 21(51.2%) 9(22%) 9(22%) 0(0%)
ilustrasi fesyen.
Saya faham konsep dan tema bod
15 4(9.8%) 22(53.7%) 12(29.3%) 3(7.3%) 0(0%)
persembahan ilustrasi fesyen.
Saya faham konsep kreativiti dalam
16 penghasilan bod persembahan 3(3.7%) 20(48.8%) 14(34.1%) 4(9.8%) 0(0%)
ilustrasi fesyen.
Saya boleh menyusun atur gambar
17 rujukan dengan baik dan kreatif 2(4.9%) 24(58.5%) 13(31.7%) 2(4.9%) 0(0%)
mengikut konsep dan tema.
Saya boleh mengolah bahan visual
18 mengikut konsep dan tema bod 2(4.9%) 20(48.8%) 16(39%) 3(7.3%) 0(0%)
persembahan ilustrasi fesyen saya.

JUMLAH PURATA (%) (2)5.6% (21)52.2% (12)31.2% (4)10.3% (0)0%

Merujuk kepada data yang diperolehi dari jadual 5 berkenaan dengan


Analisis faktor kreativiti terhadap ketidakcapaian peratusan hasil
pembelajaran subjek Illustrasi Fesyen SFP1032 sesi jun 2019, maka
8
dapat dirumuskan bahawa kebanyakkan responden mempunyai kreativiti
yang baik terhadaap modul Ilustrasi Fesyen - SFP1032 dengan peratusan
sebanyak 5.6% sangat setuju dan 52.2% setuju dan terdapat sebilanagan
pelajar yang masih mempunyai kreativiti yang kurang baik terhadap
modul Ilustrasi Fesyen - SFP1032 iaitu sebanyak 31.2% tidak pasti,
10.3% tidak setuju dan 0% sangat tidak setuju. Ini menunjukkan
terdapat sebilangan besar pelajar yang mempunyai tahap kreativiti yang
kurang baik dalam subjek Ilustrasi Fesyen - SFP1032 iaitu lebih kurang
41.5% dengan kekerapan sebanyak 16 iaitu hampir separuh daripada
pelajar mempunyai masalah untuk mempamerkan kreativit dengan baik.
Situasi inilah yang telah mempengaruhi ketidakcapaian peratusan hasil
pembelajaran subjek Illustrasi Fesyen SFP1032 Jun 2019, pelajar Sijil
Fesyen & Pakaian, Kolej Komuniti Gerik Perak.

5. Analisis Persoalan Kajian keseluruhan

5.5.1 Analisis keseluruhan persoalan kajian bagi mengenalpasti


pengaruh faktor minat, faktor kemahiran dan faktor kreativiti terhadap
terhadap ketidakcapaian peratusan hasil pembelajaran subjek Illustrasi
Fesyen SFP1032 sesi jun 2019, pelajar Sijil Fesyen & Pakaian, Kolej
Komuniti Gerik Perak.

Jadual 6: Analisis Peratusan keseluruhan persoalan Kajian pengaruh


faktor minat, faktor kemahiran dan faktor kreativiti terhadap
terhadap ketidakcapaian peratusan hasil pembelajaran subjek
Illustrasi Fesyen SFP1032 sesi jun 2019, pelajar Sijil Fesyen &
Pakaian, Kolej Komuniti Gerik Perak.

Sangat
Sangat Tidak Tidak
Persoalan Kajian Setuju Tidak
Setuju Pasti Setuju
Setuju
Minat (8)20% (25)61% (6)15.6% (1)3.4% (0)0%
Kemahiran (4)10.2% (33)51.7% (12)30% (3)8% (0.2)0.3%
Kreativiti (5)5.6% (21)52.2% (12)31.2% (4)10.3% (0)0%

9
52.2
70 61 51.7
60
31.2
50
30
40
10.3
30 5.6
20 10.2
15.6 8 0
20 Kreativiti
0.3
10 3.4 Kemahiran
0
Minat
0
Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat tidak
setuju

Minat Kemahiran Kreativiti


Rajah 1: Analisis Peratusan keseluruhan bagi Tahap kesedaran Pelajar
Sijil Fesyen & Pakaian Terhadap keselamatan

Rajah 1 menunjukkan hasil dapatan kajian penyelidik bagi mengenalpasti


pengaruh faktor minat, kemahiran dan kreativiti terhadap terhadap
ketidakcapaian peratusan hasil pembelajaran subjek Illustrasi Fesyen
SFP1032 sesi jun 2019, pelajar Sijil Fesyen & Pakaian, Kolej Komuniti
Gerik Perak. Bagi faktor minat sebanyak 81% responden mempunyai
minat yang tinggi manakala hanya 19% responden sahaja yang tidak
berminat dengan subjek ilsutrasi fesyen. Bagi faktor kemahiran pula
sebanyak 61.9% responden mempunyai kemahiran yang baik dan 38.3%
responden yang masih mempunyai kemahiran yang rendah manakala
bagi faktor kreativiti pula sebayanyak 57.8% responden mempunyai
kreativiti yang baik dan sebanyak 41.5% responden mempunyai kreativiti
yang rendah. Boleh disimpulkan disini bahawa faktor kreativi adalah
faktor utama yang mempengaruhi ketidakcapaian peratusan hasil
pembelajaran subjek ilustrasi fesyen-sfp1032 sesi jun 2019 dimana
peratusan responden yang mempunyai tahap kreativiti yang rendah
adalah sebanyak 41.5% iaitu hampir separuh daripada bilangan
responden. Manakala faktor kedua yang mempengaruhi ketidakcapaian
peratusan hasil pembelajaran subjek ilustrasi fesyen-sfp1032 sesi jun
2019 adalah faktor kemahiran dimana sebanyak 38.3% rsponden
mempunyai masalah dengan kemahiran dan faktor minat adalah faktor
yang kurang mempengaruhi ketidakcapaian peratusan hasil
pembelajaran subjek ilustrasi fesyen-sfp1032 sesi jun 2019 iaitu
sebanyak 19% responden sahaja yang tidak berminat dengan subjek
ilustrasi fesyen- sfp1032. Dapatan ini turut disokong Supardi U.S (2012)
yang menyatakan bahawa Kreativiti seseorang mempengaruhi prestasi
pembelajaran kerana siswa yang mempunyai kreativiti yang tinggi akan
menonjolkan prestasi pembelajarannya. Hal ini menunjukkan bahwa
kreativiti berperanan terhadap prestasi pembelajaran. Manakala Sazali

10
(2007), menyatakan bahawa minat merupakan faktor utama yang dapat
mempengaruhi pencapaian cemerlang seseorang pelajar. Manakala Najip
(2008) pula mengatakan kemahiran belajar mempunyai perhubungan
yang kuat dengan pencapaian akademik. Dapatan ini sebenarnya
mempunyai kelangsungan dengan pandangan yang dikemukakan oleh
Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan (1993) yang menyatakan bahawa
pelajar yang mempunyai kemahiran yang tinggi akan memperoleh
keputusan akademik yang tinggi.
Pengkaji berpendapat kajian-kajian ini sesuai dijadikan sebagai
sumber rujukan untuk menunjukkan perhubungan antara kemahiran
dengan pencapaian akademik seseorang pelajar. Oleh itu dapatan analisa
ini menyokong pandangan bahawa terdapat perhubungan yang positif
antara minat kemahiran dan kreativiti dengan pencapaian akademik.

6. Kesimpulan

Melalui data-data yang telah dianalisa, boleh disimpulkan disini


bahawa faktor utama mempengaruhi ketidakcapaian peratusan hasil
pembelajaran subjek ilustrasi fesyen-sfp1032 sesi jun 2019 adalah faktor
kreativiti diikuti dengan faktor kemahiran dan faktor minat. Ini
menunjukkan bahawa faktor kreativiti adalah faktor yang penting utuk
diterapkan kan ditekankan dikalangan pelajar kerana ia melibatkan
tahap berfikir dan penghasilan hasil kerja yang mempunyai nilai tambah
dan daya saing. Tidak seperti kemahiran melukis, kreativiti ini
sebenarnya adalah bergantung kepada sejauh mana pemikiran seorang
pelajar itu berfikir apabila diberikan sesuatu tugasan. Ada pelajar yang
mampu berfikiran diluar kotak dan ada juga yang tidak mampu untuk
pergi sejauh itu. Jadi untuk meningkatkan lagi tahap kreativiti pelajar ini,
pelajar perlu selalu dilatih dan di asah tahap pemikiran nya sewaktu di
dalam kelas serta penerapan budaya kreatif yang berterusan sewaktu di
dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Bagi pendapat penulis, sukatan kurikulum juga perlulah selari atau
seiring dengan perkembangan dan kehendak semasa supaya pelajar tidak
ketinggalan di dalam arus teknologi yang serba canggih ini. Sukatan
kurikulum seharusnya memfokuskan kepada apa yang ingin dicapai oleh
pelajar dan bagaimana untuk melatih pelajar-pelajar ini menjadi lebih
kreatif. Elemen-elemen dan latihan yang berkaitan dengan kreativiti
hendaklah ditekankan dengan lebih banyak di dalam proses
pembelajaran dan pengajaran supaya pelajar betul-betul memahami
konssep kreativiti ini dengan baik.
Walaupun begitu, faktor kemahiran dan faktor minat juga perlu di
tambahbaik dari masa ke semasa supaya peratusan pencapaian pelajar
dalam subjek Ilustrasi fesyen – SFP1032 ini dapat dipertingkatkan ke
tahap yang lebih baik dan lebih tinggi dengan memberikan fokus dan
komitmen yang tinggi sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran.

11
RUJUKAN

Abdullah Mat Rashid (1999). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi


Sikap Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Di Negeri Johor Terhadap
Matapelajaran Teknologi Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia,
Johor. Projek Sarjana. Muda. Tidak Diterbitkan.
Ee Ah Meng (1996). Sekolah Dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Khatijah Mohd Salleh. (1996). Women Development. Institut Kajian
Dasar: Hikmah Interprise
Herzberg, Frederick (1966). Work and the Nature of Man. Cleveland:
World Publishing
Roshidah Mat Rashid (2001). Aplikasi Kompenen Ekonomi Rumah
Tangga (ERT) Dan Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT) Dalam
Kehidupan Seharian Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Universiti
Teknologi Malaysia, Johor. Projek Sarjana Muda. Tidak Diterbitkan.
Shahabudin Hashim (2003). Psikologi Pembelajaran dsn Personaliti.
Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sharifah Alwiyah Alsagoff (1989). Psikologi Pendidikan II. Petaling
Jaya, Logman Malaysia Sdn. Bhd.
Suradi Sarikon (1998). Hubungan Antara Iklim Sekolah dengan
Prestasi Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia, Projek Sarjana Muda.
Tidak Diterbitkan.
Mohd Najib Abd Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai,
Johor. Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia
Mohd Azhar Abd Hamid (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis dan
Kreatif. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Azhar Abd Hamid (2004). Kreativiti Konsep Teori & Praktis.
Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd Azhar Abd Hamid, Mohd Koharuddin Balwi dan Muhamed
Fauzi Othman
(2006). Reka Cipta dan Inovasi Dalam Perspektif Kreativiti. Johor:
Universiti
Teknologi Malaysia.
Ivan, H. (2007). Perlaksanaan pendidikan dan latihan teknik-
vokasional di German
Malaysian.Unpublised Tesis. Universiti Putra Malaysia.
Gallagher, P. (1999). Critical Skills: Hitting a Moving Target.
Background paper for the Expert Panel of Skills. Ottawa: Industry Canada
Salah El-Sabaa (2001). The Skill And Career Path Of An Effective
Project Manager.
Yahaya, A., & Chu, S. P. (2010). Peraturan Keselamatan Dan
Penggunaan AlatanTangan: Peraturan Keselamatan Dan Penggunaan
Alatan Tangan, 1-3.

12
Supardi U.S,(2012)Peranan Berpikir Kreatif Dalam Proses
Pembelajaran Matematika , Jurnal Formatif 2(3): 248-262 ISSN: 2088-
351X
Mohd Najib Abdul Aziz Dan Nor Shafrin Ahmad (2008) Jurnal
Pendidik Dan Pendidikan, Jil. 23, 29–47, 2008 Kemahiran Belajar Dan
Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik: Kajian Di Daerah Kerian,
Perak
Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahzan Ayub. (1993). Guru dan
perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13

You might also like