You are on page 1of 2

LATAR BELAKANG KARL POPPER

Karl Raimund Popper atau lebih mesra dikenali sebagai Karl Popper. Beliau dilahirkan pada 28 Julai
1902 di Viena dan menerima Pendidikan di Universiti Vienna. Beliau merupakan seorang ahli falsafah
sains pada abad yang ke 20,dikenali juga kerana penolakkannya terhadap pandangan induktiviti
klasik mengenai kaedah saintifik yang mengenai kaedah sainstifik yang memihak kepada pemalsuan
empirical. teori dalam ilmu empirical tidak boleh dibuktikan tetapi boleh dipalsukan.Beliau juga
terkenal kerana sifat pembangkangnya terhadap pengetahuan justifikasi yang klasik yang digantikan
dengan rasionalisme kritikal.

Falsafah yang dibawa “RASIONALISME KRITIS”

Istilah ini digunakan oleh karl popper untuk menggambarkan falsafahnya. Menurut kaedah
sains,istilah ini menunjukkan tentang penolakannya terhadap klasik empirical(kebarangkalian
empiric menggambarkan kemungkinan kejadian yang berlaku berdasarkan data sejarah). Dia
berpendapat bahawa teori sainstifik bersifat abstak dan ia hanya mampu diuji secara tidak langsung
dengan merujuk kepada implikasinya. Dia juga berpendapat bahawa teori sainstiifik dan
pengetahuan manusia adalah sangkaan dan hipotesis yang tidak dapat dinafikan dan dihasilkan oleh
imaginasi yang kreatif. Hipotesis sainstifik boleh dibuktikan dengan pemerhatian berterusan
terhadap kejadian yang sama secara berulang kali.

Falsafah yang dibawa “ALL LIFE IS PROBLEM SOLVING”

popper telah menjelaskan tentang kemajuan yang nyata dari pengetahuan sainstifik. Hal ini timbul
dari pendiriannya bahawa kebenaran teori tidak dapat disahkan dengan ujian saintifik tetapi hanya
dapat dipalsukan. Maksud dipalsukan bukanlah merujuk kepada sesuatu yang palsu ,merujuk kepada
sesuatu itu boleh dibuktikan sebagai palsu melalui kajian eksperimen.

Falsafah yang dibawa”PROBLEM OF INDUCTION”

Terkenal dengan menyelesaikan masalah aruhan. Aruhan ialah falsafah persoalan yang membawa
kepada pengetahuan yang difahami dalam falsafah klasik.Contohnya membuat generalisasi
mengenai sifat sekumpulan objek berdasarkan sebilangan pemerhatian dan mengandaikan urutan
peristiwa di masa depan akan berlaku semula.

Falsafah yang dibawa “SCIENCE AS FALSIFICATION”

Terkenal dengan percubaannya untuk membantah kaedah sainstifik dan menggantikannya dengan
prinsip pemalsuan. Prinsip yang dikemukakan ialah cara mengehadkan sains dari bukan sains.
Bermaksud teori yang dianggap saintifik perlu diuji dan dibuktikan salah. Contohnya hipotesis
bahawa “ semua angsa berwarna putih” boleh dipalsukan dengan memerhatikan angsa hitam. Beliau
menjadi pengkritik di dalam “THE LOGIC OF SCIENTIFIC DISCOVERY” menganggap strategi yang
dilihat kuno. Menggantikan kaedah pemerhatian klasik kepada kaedah sainstifik dengan pemalsuan
sebagai kriteria untuk membezakan teori antara sains dan bukan sains. Menurutnya,teori sainstifik
perlu dibuat ramalan yang dapat diuji. Teori akan ditolak jika ramalan tidak benar. Beliau
menganggap sains akan maju dan membantu jika menggunakan logic deduktif. Oleh itu,beliau
mencadangkan kaedah sainstifik berdasarkan pemalsuan. Beliau menganggap sains perlu dibuktikan
secara berterusan melalui teori bagi mendapatkan kebenaran

You might also like