You are on page 1of 12

(881204565875001) (CBMS4303)

Fakulti Sains Sosial Dan Gunaan

SEMESTER 12 / SEPTEMBER 2014

CBMS4303

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

NO. MATRIKULASI : 881204565875001

NAMA : Muhammad Azizil B Mazlan

NO. TELEFON : 017-2969950

E-MEL : azizil_77@yahoo.com

:muhammadazizil@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA LEARNING

CENTRE
CBMS4303

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

1.1 TUJUAN LAPORAN 2-4

2.0 FUNGSI SUMBER MANUSIA TERHADAP SYARIKAT YZ SCREENS 4-5

3.0 FUNGSI PENJUALAN PEMASARAN SYARIKAT YZ SCREENS 5-7

4.0 PAKAR MAKLUMAT DALAM KAJIAN MENGENDALIKAN SISTEM


MAKLUMAT PENGURUSAN (MIS) SYARIKAT YZ SCREENS 8

4.1 JURU ANALISA SISTEM 8

4.2 PENTADBIR PENGKALAN DATA 8

4.3 PENTADBIR RANGKAIAN 9

5.0 KESIMPULAN 10

1
CBMS4303
1.0 PENGENALAN
Syarikat YZ Screens Sdn. Bhd merupakan sebuah organisasi yang memlikiki rangkaian
pawagam di malaysia dan menayangkan kedua-dua tempatan dan laur negara. Syarikat
YZ screens mempunyai organisasi yang perlu diurus dengan bijak. Salah satu sumber
yang memainkan peranan penting bagi memastikan organisasi dapat bertahan dengan
perubahan persekitaran serta kemajuan teknologi ialah maklumat. YZ Screens juga
menerbitkan filem-filem tempatan untuk pasaran Malaysia yang ditayangkan di pawagam
mereka dan pawagam-pawagam yang dimiliki oleh syarikat lain. YZ Screens
menggunakan suatu sistem maklumat yang ringkas untuk menguruskan operasi asas
seperti penjualan tiket wayang dan penempahan tempat duduk secara atas-talian untuk
semua pawagam yang dimiliki oleh syarikat itu. YZ Screens bercadang untuk meluaskan
lagi penggunaan sistem maklumat mereka dalam fungsi-fungsi yang berkaitan dengan
sumber manusia dan penjualan/pemasaran. Oleh itu, pihak YZ Screens bercadang untuk
memasang Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) yang boleh mengendalikan fungsi-fungsi
seperti proses pembayaran gaji, laporan kewangan bulanan dan sebagainya.

1.1 TUJUAN LAPORAN


Syarikat YZ Screens Sdn. Bhd merupakan sebuah organisasi yang memlikiki rangkaian
pawagam di malaysia dan menayangkan kedua-dua tempatan dan laur negara. Syarikat
YZ screens mempunyai organisasi yang perlu diurus dengan bijak. Salah satu sumber
yang memainkan peranan penting bagi memastikan organisasi dapat bertahan dengan
perubahan persekitaran serta kemajuan teknologi ialah maklumat. YZ Screens juga
menerbitkan filem-filem tempatan untuk pasaran Malaysia yang ditayangkan di pawagam
mereka dan pawagam-pawagam yang dimiliki oleh syarikat lain. YZ Screens
menggunakan suatu sistem maklumat yang ringkas untuk menguruskan operasi asas
seperti penjualan tiket wayang dan penempahan tempat duduk secara atas-talian untuk
semua pawagam yang dimiliki oleh syarikat itu. YZ Screens bercadang untuk meluaskan
lagi penggunaan sistem maklumat mereka dalam fungsi-fungsi yang berkaitan dengan
sumber manusia dan penjualan/pemasaran. Oleh itu, pihak YZ Screens bercadang untuk
memasang Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) yang boleh mengendalikan fungsi-fungsi
seperti proses pembayaran gaji, laporan kewangan bulanan dan sebagainya. Terdapat

2
CBMS4303
beberapa kelebihan yang akan didapati oleh Syarikat YZ Screens sekiranya syarikat ini
menggunakan sistem maklumat berkomputer. Antara kelebihan-kelebihan tersebut ialah:
Penjimatan kos operasi dengan menggunakan sistem maklumat berkomputer syarikat
dapat menjimatkan kos operasinya. Ia disebabkan melalui sistem berkomputer,
penggunaan seperti kertas dan ruang pejabat dapat dikurangkan dengan banyak. Sebagai
contoh ratusan maklumat mengenai pelanggan, pembekal, pekerja dan pengedar hanya
perlu disimpan di dalam sebuah komputer berbanding sekiranya syarikat menggunakan
sistem maklumat manual di mana sudah tentu ia akan menggunakan satu bilik fail yang
besar. Rekod-rekod juga disimpan dalam bentuk ‘softcopy’ ini menjimatkan penggunaan
kertas yang dapat membantu syarikat untuk mengurangkan kos operasi. Menjimatkan
masa melalui sistem maklumat berkomputer ini juga, ia dapat menjimatkan masa
terutama dalam carian maklumat. Maklumat mengenai pembekal mahupun pelanggan
dari dicapai dengan mudah dan pantas. Di dalam persaingan dunia perniagaan pawagam
hari ini, sesebuah syarikat itu perlu pantas dan cepat di dalam mendapatkan maklumat.
Kegagalan syarikat untuk bertindak pantas secara tidak langsung akan menyebabkan
syarikat itu kurang berdaya saing. Memudahkan pelanggan dengan penggunaan sistem
maklumat berkomputer, para pelanggan juga akan berasa mudah berurusan dengan
syarikat terutama ketika membuat pesanan untuk membeli tiket dan sebagainya.
Sekiranya dahulu pelanggan dikehendaki datang untuk membeli tiket dan mendapatkan
tiket melalu kounter, dengan sistem maklumat berkomputer pelanggan boleh melihat dan
seterusnya membeli produk syarikat secara dalam talian. Ia secara tidak langsung
memudahkan pelanggan serta menjimatkan masa bagi pelanggan dan syarikat di dalam
melakukan urusniaga jual beli. Mengurangkan risiko penggunaan sistem maklumat
berkomputer ini dapat meminimakan risiko kepada syarikat. Risiko yang dimaksudkan
ialah kehilangan maklumat mengenai pembekal, pelanggan dan pekerja yang merupakan
aset paling bernilai bagi sesebuah syarikat. Ini kerana dengan menggunakan sistem
maklumat berkomputer ini, syarikat berupaya untuk membuat salinan ‘back-up’ bagi
semua maklumat yang ada di dalam syarikat. Berbanding sekiranya syarikat
menggunakan sistem maklumat secara manual adalah mustahil bagi syarikat untuk
menyediakan salinan ‘back-up’ bagi setiap dokumen dan maklumat yang disimpan di
dalam bilik fail. Sekiranya berlaku kejadian seperti kebakaran dan sebagainya sudah tentu
maklumat-maklumat ini tidak dapat diselamatkan. Meningkatkan daya saing dan

3
CBMS4303
produktiviti syarikat tidak dinafikan pada hari ini sistem maklumat berkomputer di
seluruh pawagam memainkan peranan yang amat penting dan kritikal di dalam sesebuah
perniagaan. Sistem maklumat berkomputer ini juga dapat membantu meningkatkan daya
saing syarikat. Ini kerana melalui sistem ini syarikat dapat bertindak dan membuat
keputusan perniagaan dengan cepat dan tepat. Ia disebabkan capaian kepada maklumat-
maklumat yang diperlukan adalah cepat berbanding kaedah manual yang sering
digunakan oleh syarikat-syarikat lain. Ia secara tidak langsung menyumbang kepada
peningkatan produktiviti syarikat.

2.0 FUNGSI SUMBER MANUSIA SYARIKAT YZ SCREENS


Bagi fungsi sumber manusia yang terdapat pada syarikat YZ Screens secara umumnya
mempunyai tiga peringkat pengurusan iaitu:
1. Peringkat pengurusan atasan dikenali sebagai peringkat pengurusan strategik.
Membuat perancangan jangka panjang bagi syarikat YZ Screens dan juga
memegang jawatan sebagai CEO, presiden dan jugak Naib Presedin syarikat
2. Peringkat pengurusan pertengahan dikenali sebagai peringkat kawalan
pengurusan syarikat. Membuat perancangan jangka sederhana. Merancang
tindakan untuk perancangan jangka oanjang dan memastikan matlamat
syarikat untuk menarik pelangan dicapai dan juga memegang jawatan sebagai
pengurus cawangan, pengarah dan ketua bahagian
3. Peringkat pengurusan bawahan sebagai kawalan pengoperasian bagi
memastikan perancangan yang dibuat oleh peringkat pengurusan atasan dan
pertengahan dicapai, juga memegang jawatan ketua bahagian, penyelia,
penyelaras dan ketua projek.
Pengurus membuat perancangan menggunakan beberapa jenis pelan mengikut tahap
pengurusan syarikat pawagan itu sendiri. Merancang dan mengubal pelan strategik
sumber manusia yang dinamik bagi mencapai objektif, matlamat dan wawasan dan
jabatan. Melaksanakan dan mengawal pelan strategik sumber manusia selaras dengan
perubahan persekitaran bagi mencapai objektif dan matlamat pembangunan organisasi
dan sumber manusia dan jabatan. Mengkaji, menilai dan memperkukuhkan strategi dan
program sumber manusia dan jabatan ke arah merealisasikan peranan dan tanggungjawab
jabatan di dalam persekitaran yang berubah dan komplek bagi menarik pengunjung ke

4
CBMS4303
pawagam. Sebenarnya, pengurus mempunyai tugas dan peranan yang dama walaupun
mereka berada di peringkat pengurusan yang berlainan. Seorang ahli teori pengurusan
perancis mengenal pasti bahawa pengurus melaksanakan lima fungsi utama pengurusan,
pertama, pengurus merancang apa yang akan dilakukan. Kemudian, mereka mengurus
bagi mencapai perancangan yang dibuat. Seterusnya, mereka menentukan kakitangan
yang akan melaksanakan tugas yang berkenaan dengan sumber-sumber firma. Setelah itu,
pengurus mengarah kakitangan ini untuk melaksanakan perancangan. Akhir sekali,
mereka mengawal sumber-sumber supaya digunakan dengan baik.

3.0 FUNGSI PENJUALAN PEMASARAN SYARIKAT YZ SCREENS


Secara amnya, sisyem maklumat fungsi penjualan pemasaran oleh syarikat YZ Screens
dinilai dari dua aspek yang berbeza iaitu keberkesanan dan kecekapan. Bagi syarikat
pawagam YZ Screens boleh mempercepatkan proses pertukaran produk atau
perkhidmatan dengan wang atau sebarang faedah. Proses pertukaran yang cepat akan
meningkatkan pulangan dan keuntungan perniagaan. Seterusnya memantapkan dan
Memanjangkan Usia Perniagaan. Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak
akan menjual produk atau perkhidmatan yang tidak sesuai kepada pasaran sasar.
Pengeluar akan menghentikan pengeluaran dan penjualan produk atau mengubahsuai
sedaya upaya untuk memenuhi kehendak pelanggan Perniagaan yang mengamalkan
konsep pemasaran yang baik akan melihat kepada kejayaan syarikat untuk jangka masa
panjang berbanding yang tidak mengamalkannya Peluang Perniagaan Dalam Industri
Berkaitan. Disamping kerjaya terus dengan aktiviti pemasaran, terdapat banyak peluang
kerjaya serta perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran
seperti papan iklan, industri percetakan dan industri lukisan dan karya kreatif. Industri
tambahan ini dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan dan seterusnya menjana aktiviti
serta kegiatan ekonomi negara. Pendekatan pengeluran iaitu, Pengguna akan menerima
apa saja produk aksi tayangan yang dikeluarkan oleh syarikat YZ Screeens. Firma akan
meningkatkan pengelurannya. Produk yang dikeluarkan akan terjual dengan sendirinya.
Syarikat memberi keutamaan kepada pengeluaran barangan sebanyak mungkin bagi
memenuhi permintaan pengguna. Amalan tersebut dipraktikkan oleh syarikat yang
mempunyai kuasa monopoli dalam penjualan sesuatu produk. Pendekatan penjualan,
Persaigan menjadi semakin sengit dan masalahuntuk mendapatkan pasaran semakin

5
CBMS4303
kompleks, Konsumer tidak akan membeli barangan atau perkhidmatan yang dianggap
tidak penting kepada mereka. Syarikat perlu membentuk iklan yang kreatif dan membuat
jualan peribadi untuk meyakinkan konsumer untuk membeli sesuatu produk. Pendekatan
pemasaran moden, Bertujuan untuk memuaskan pengguna disamping membolehkan
pemasar mendapat keuntugan yang sewajarnya daripada jualan produk. Jenis keluaran
tidak penting asalkan keluaran memenuhi kepuasan pengguna. Lebih menekankan
peningkatan kualiti produk, penggunaan teknik pengeluran yang bermutu , inovasi,
kreativiti dan penawaran perkhidmatan selepas jualan. Pendekatan pemasaran
kemasyaraktan, bertujuan untuk memberi kepuasan kepada pengguna dengan lebih cekap
dan berkesan. Mengambil berat tentang kebajikan sosialpengguna selain mendapat
keuntungan pemasar, Pemasar akan berusaha untuk memenuhi kehendak dan kepuasan
pengguna dengan cara terbaik dalam jangka masa panjangAntara tugas dan
tanggungjawab kakitangan Bahagian Jualan dan Pemasaran adalah: Menyampaikan
maklumat yang tepat dan terkini tentang syarikat YZ Screens dan harta benda di bawah
jagaan Syarikat. Menyelaraskan program promosi dan jualan dalam dan luar negeri bagi
memperkenalkan Syarikat YZ Screens dan sebagainya. Menyediakan bahan-bahan
penerangan dan dokumentasi mengenai Syarikat YZ Screens. Seterusnya Syarikat
menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan yang meningkatkan imej Syarikat. Dalam
perancangan dan pelaksanaan strategi pemasaran, pengurus pemasaran akan memberikan 
penejanan kepada 4 komponen asas. Empat komponen asas ini dipanggil 3P ataupun
dipanggil paduan pemasaran. Ianya merangkumi Produk, Harga dan Promosi.

1. Produk
Produk ialah satu barangan, perkhidmatan atau idea yang akan dapat memenuhi
keperluan pengguna. Membentuk dan mendapatkan idea untuk satu produk baru adalah
satu cabaran besar kepada pemasar yang seharusnya juga mengambilkira persekitaran
yang sentiasa berubah.  Contohnya perubahan teknologi, keperluan dan kehendak
pengguna dan persekitaran ekonomi. Memenuhi kehendak pengguna selalunya
menyebabkan berlakunya perubahan kepada produk sedia ada.

6
CBMS4303
2. Harga
Ianya berkaitan dengan pemilihan harga yang bersesuaian bagi sesuatu produk.
Perletakan harga mestilah mengambilkira kesemua kos yang terlibatseperti kos operasi
pengeluaran, pentadbiran, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, kos pemasaran,
iklan dan gaji pekerja. Dalam masa yang sama harga produk tidak boleh terlalu tinggi
dimana ini akan menyebabkan pengguna memilih produk saingan. Harga produk yang
tinggi selalunya tidak dapat meningkatkan jumlah jualan yang tinggi tetapi cukup untuk
mendapatkan untung yang besar. Bagi sesetengah produk, harga yang tinggi akan
dikaitkan dengan produk yang berkualiti tinggi. Syarikat juga boleh mengenakan harga
yang rendah dan ini akan meningkatkan jumlah jualan dan seterusnya meningkatkan
keuntungan.

3. Promosi
Promosi merupakan teknik untuk menyampaikan maklumat mengenai sesuatu produk
dan ia merupakan aspek yang paling menonjol dalam paduan pemasaranAlat-alat promosi
yang paling pentinga ialah, Iklan: Iaitu satu bentuk komunikasi bukan personal yang
digunakan oleh penaja untuk memaklumkan kepada bakal pembeli mengenai sesuatu
produk. Seterusnya, Jualan dari pintu ke pintu dimana penjual akan menerangkan kepada
bakal pembeli mengenai produk. Banyak barangan industri menggunakan kaedah ini
untuk meningkatkan jualan  disamping memberikan perkhidmatan tambahan. Wakil
jualan akan menunjukkan kaedah penggunaan kepada pelanggan terutama untuk
alatan/produk yang teknikal dan canggih. Kaedah ini selalu digunakan untuk produk yang
tidak begitu mahal, dimana ia melibatkan satu tarikan kepada bakal pembeli. Hadiah
percuma, kupon dan potongan harga ditawarkan kepada pembeli untuk menarik minat
mereka membeli produk tersebut. Melibatkan semua bentuk komunikasi untuk membina
imej baik syarikat serta produk keluarannya.

7
CBMS4303
4.0 PAKAR MAKLUMAT DALAM KAJIAN MENGENDALIKAN SISTEM
MAKLUMAT PENGURUSAN (MIS) SYARIKAT YZ SCREENS
Pakar maklumat membawa maksud kepada kakitangan firma yang bertanggungjawab di
dalam membangun dan menyelenggara sistem maklumat syarikat. Terdapat beberapa
kategori pakar maklumat, iaitu :

4.1 JURU ANALISA SISYEM


Juru analisa sistem membawa kepada membangunkan sistem baru atau meningkatkan
sistem semasa syarikat. Juru Juru Analisa menakrif masalah, dan mendokumenkan
analisis dan rekabentuksistem dan membina sistem yang dicadangkanInteraksi dan
kerjasama denganpengguna dan pihak pengurusan perlu untuk menghasilkan sistem yang
memenuhi keperluan pengguna. Dalam organisasi syarikat YZ Screens ini juru analisa
sistem berperanan unruk mengumpul dan menganalisa fakta tentang operasi syarikat,
prosedur syarikat pawagam dan juga sistem yang digunakan bagi memindahkannya
kepada bentuk program yang sesuai untuk peralatan pemprosesan data dan
mencadangkan penggunaan komputer bagi meningkatkan kecekapan produktiviti dan
keuntungan organisasi.

4.2 PENTADBIR PANGKALAN DATA


Pentadbir pengkalan data merupakan suatu sistem untuk membina dan menyelenggara
pangkalan data yang mengandungi data yang diperlukan untuk menghasilkan maklumat
pengguna, Merupakan sistem/perisian yang berkuasa dan kompleks yang dibina untuk
menyimpan dan mengurus pangkalan data 3/4 Satu perisian yang mentakrif suatu
pangkalan data, membolehkan data disimpan, menyokong bahasa kueri, menjana laporan
dan membina skrin/borang bagi memasukkan data syarikat YZ Screens. DBMS
digunakan untuk mengurus data dan maklumat yang disimpan di dalam pangkalan data.
¾ DBMS boleh dianggap sebagai antara muka di antara pengguna dan pangkalan data di
mana ia membantu pengguna mencapai dan memanipulasikan data yang disimpan di
dalam pangkalan data.

8
CBMS4303
4.3 PENTADBIR RANGKAIAN
Pentadbir rangkaian membina dan menyelenggara rangkaian komunikasi data yang
menghubungkan dan membenarkan perkongsian sumber-sumber pengkomputeran.
Perkembangan Internet dan Word Wide Web telah melahirkan pakar baru dalam bidang
ini yang dikenali sebagai Webmaster atau Web designer. IT dalam pentadbir rangkaian
syarikat YZ Screens merupakan bidang yang luas dan me;liputi semua bentuk teknologi
yang digunakan untuk mencipta, memproses, menyimpan dan menggunakan maklumat
dakam pelbagai bentuk. Tambah pula semua syarikat pawagam di malaysia mempunyai
bidang yang berkembang pesat bagi memajukan perniagaan syarikat. Ia mengubah dunia
secara radikal dengan memperkenalkan pelbagai cara baru menjalankan perniagaan,
membuat kerja, mengurus hiburan dan mencipta seni. Pendek kata, ia meliputi perkara
berkaitan dengan sains komputer dan teknologi yang berkait rapat dengan perkakasan dan
perisian komputer, reka bentuk, pemasangan serta pelaksanaan sistem maklumat dan
penggunaan aplikasi.

9
CBMS4303
5.0 KESIMPULAN
Setiap peringkat pengurusan pawagam mempunyai keperluan maklumat yang berbeza
disebabkan pesaing-pesaing di luar. Professionalisma pengurusan sumber manusia
melibatkan pengetahuan teoritikal, pendidikan dan latihan, kemahiran dan ketrampilan,
organisasi yang sesuai dan kod etika yang adil. Pengurus Sumber Manusia hari ini lebih
perlu menumpukan kepada sumbangan terhadap membangunkan formula pelaksanaan
strategi korporat dan sasaran perniagaan. Kita juga dapat menyimpulkan bahawa
organisasi syarikat YZ Screens perlu membangunkan strategi pengambilan tenaga kerja
berdasarkan suasana buruh semasa seperti faktor-faktor demografi yang melibatkan
peningkatan kualiti kemahiran dan akademik dan penyertaan kaum wanita dalam industri.
Ada organisasi yang mungkin menghasilkan dengan cekap output yang salah dan oleh itu
dianggap sebagai organisasi yang tidak efektif. Pengurusan yang baik memberi tumpuan
kepada apa yang mesti dilakukan sebelum memikirkan bagaimana ianya patut dilakukan
dan sistem maklumat perlu membantu mereka melakukannya. Ini disebabkan pengurus
peringkat atasan memerlukan maklumat yang diringkaskan dalam bentuk kapsul untuk
mendedahkan keadaan keseluruhan perniagaan syarikat. Mereka juga perlu maklumat
dari luar organisasi kerana pengurus untuk peringkat perlu untuk meramal dan merancang
untuk acara-acara jarak jauh. Pengurus peringkat pertengahan perlu diringkaskan laporan
mingguan maklumat atau bulanan. Mereka perlu untuk membangunkan unjuran
belanjawan dan menilai prestasi penyelia. Penyelia perlu diperincikan, semasa hari-hari
maklumat mengenai unit mereka supaya mereka boleh terus operasi berjalan lancar. Iaitu,
penyelia berkomunikasi terutamanya dengan pengurus pertengahan mereka dan dengan
para pekerja di bawah mereka. Maklumat merupakan aset penting untuk mana-mana
organisasi di dunia yang kompetitif pada zaman moden ini. Semakin besar organisasi
syarikat, semakin banyak dan komplekslah maklumat yang diperlukan. Pengurusan dan
perancangan sumber manusia adalah faktor yang saling perlu memerlukan antara satu
dengan yang lain. Pada dasarnya organisasi wujud untuk memuaskan kehendak sumber
manusianya. Peranan Pengurus Sumber Manusia juga semakin jelas sebagai pembantu
kepada rakan pengurus-pengurusnya yang lain dalam menentukan penggunaan sumber
manusia yang paling bekesan.

10
CBMS4303

Reference
RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

Hakimah Badioze Zaman, Norhayati Abdul Mukti, (2003), Kemahiran Maklumat &
Komunikasi dalam era Digital, Prentice Hall Sdn. Bhd

Juhana Salim, Mohd Shahizam Othman, Len Ten Moi, (2008), Organisasi Maklumat,
Universiti Teknologi Malaysia.

Nur Haryani Zakaria, Abdul Manaf Buhari, Zaharin Mat Aji, Eta, (2006), Pengenalan
Kepada Sistem Maklumat dalam Organisasi, Mc Graw Hill.

Abdul Manaf Bohari, Mohd Adan Omar, (2006), Sistem Komputer dalam Pengurusan
Perniagaan, Person Prentice Hall.

Saridan Abu Bakar, (1988), Penyediaan Rancangan Perniagaan, Perpustakaan Negara


Malaysia, Smart Print & Stationer Sdn. Bhd.

SUMBER DARI INTERNET

http://evoltwikia.blogspot.com/2012/05/fungsi-dan-peranan-pemasaran-dalam.html

http://www.slideshare.net/haniffpotter/fungsi-perniagaan-pemasaran

http://www.slideshare.net/smklbting6/bab-3-fungsi-perniagaan

http://raditya-pw.blogspot.com/

http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/03/kepentingan-teknologi-maklumat-ict.html

http://ideapemasaran.blogspot.com/2010/03/memahami-tugas-jabatan-pemasaran.html

http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/1-pengenalan-pemasaran/

http://jamal7478.blogspot.com/2008/09/kepentingan-pemasaran-dalam.html

http://cikguasmahyunos.blogspot.com/2011/01/pp1-fungsi-perniagaan-pemasaran.html

11

You might also like