You are on page 1of 6

DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

DBF 3133
MIS

MODEL KEJAYAAN SISTEM MAKLUMAT DALAM


PENGURUSAN ORGANISASI

NAMA AHLI KUMPULAN :

NUR FARAH ASYIQIN BINTI MOHD FAIZAL


(020707-16-0066)
NURUL NABILA BINTI ROSLI
(020605-10-0126)
SYARIENA BINTI MOHD SYAHRIR
(021023-14-0712)

NAMA PENSYARAH :
PRABANANDAN A/L RAMACHANDERAN
1. PENDAHULUAN

Jurnal ini telah ditulis oleh 2 pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris. Penulis
pertama ialah Razana Baharudin, Faculty of art, computing & Creative Industry dan penulis
kedua ialah Mohamad Ibrahim, Faculty of art, computing & Creative Industry. Jurnal Model
Sistem Maklumat dalam Pengurusan Organisasi: Kajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Jurnal ini ialah jurnal terbitan fakulti seni, komputeran dan industri kreatif, Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Jurnal ini diterbitkan pada 15 Disember 2016. Sebagai rujukan atau
kajian orang lain. Vol.3, 2016. Bil jurnal adalah 3(3), 1-12.

Penggunaan sistem maklumat (IS) berasaskan komputer yang bertujuan membantu


meningkatkan prestasi sesebuah organisasi dapat dilihat dalam hampir semua aktiviti
pengurusan dan pentadbiran. Fungsi sistem maklumat adalah sebagai alat yang menyokong
pengurusan dan pentadbiran organisasi, kini sisteem maklumat merupakan salah satu
komponen strategik yang mengintegrasikan pelbagai fungsi dalam organisasi (Tang &
Walters, 2010).

Antara elemen IS ialah reka bentuk muka, format output dan iput, dan keupayaan sistem,
manakala elemen organisasi ialah infrastruktur (sumber manusia, perisian, perkakasan dan
kewangan), tatacara pengurusan organisasi, peraturan, polisi, dan komitmen pelbagai pihak.
Sehubungan itu, Weiss & Thorogood (2011) mencadangkan bahawa penjajaran antara IS
dengan strategi organisasi merupakan senjata berkesan bagi mendorong kepada
penggunaan IS secara strategik ( strategic use of IS ) dan seterusnya dapat meningkatkan
pencapaian organisasi.

Kajian ini memfokuskan kepada dua dimensi penjajaran iaitu penjajaran di antara individu
(pengguna), tugas, dan teknologi (P&T-TF) dan penjajaran di antara strategi sistem
maklumat dengan strategi pengurusan organisasi (ISS-OMSF). Kajian ini menggunakan
empat kriteria untuk menilai kejayaan pelaksanaan e- Operasi iaitu keberkesanan sistem,
kecekapan sistem, kepuasan kerja dan tanggapan kebergunaan sistem. Kajian ini
menghasilkan Model Kejayaan Sistem Maklumat dalam Pengurusan Organisasi ( IS
Success Model ) yang dapat dijadikan panduan kepada pengurusan organisasi dalam usaha
untuk mencapai impak positif terhadap penggunaan sistem maklumat.
2. ISI UTAMA

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen yang memberi impak kepada
penggunaan sistem maklumat dalam organisasi serta hubungannya dengan kejayaan
sistem. Selain daripada itu, kajian ini mencadangkan satu model yang dikenali sebagai
Model Kejayaan Sistem Maklumat dalam Pengurusan Organisasi. Model ini mengandungi
dua dimensi penjajaran iaitu penjajaran di antara pengguna, tugas dan teknologi.

Organisasi mestilah menyediakan sistem maklumat yang berupaya memenuhi keperluan


dan kehendak pengguna dan organisasi, melengkapkan pengguna dengan pengetahuan
dan kemahiran yang mencukupi berkaitan dengan sistem yang akan digunakan, peka
dengan keperluan penjajaran antara teknologi yang digunakan dengan elemen organisasi,
memastikan sistem maklumat yang dibekalkan mudah digunakan serta tiada masalah
teknikal semasa digunakan, dan memudah cara proses semasa memperkenalkan sistem
tersebut. Untuk memastikan kejayaan pelaksanaan sistem maklumat, organisasi perlu
melihat dari segi pengintegrasian antara manusia, teknologi, dan pengurusan organisasi

Kajian yang memfokuskan kepada aspek penjajaran sistem maklumat dengan elemen
organisasi telah menarik perhatian kepada pengkaji di Eropah dan Cina tetapi kajian
seumpama ini kurang dilakukan di Malaysia. Oleh itu, satu kajian yang memfokuskan
kepada isu penjajaran perlu dilakukan di Malaysia khususnya dalam bidang pendidikan
adalah wajar dilakukan

Usaha yang berterusan telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
untuk meningkatkan keupayaan sistem maklumat untuk digunapakai di semua organisasi di
bawah pentadbirannya. Salah satu produk yang diusahakan ialah pembangunan dan
pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Guru yang juga dikenali sebagai Sistem
Pengoperasian Data Secara Online (e-OPERASI). Sistem e-OPERASI ini telah dibangunkan
dalam tahun 2010. Namun begitu, sehingga kini masih kekurangan kajian yang dijalankan
bagi menilai kejayaan sistem tersebut
3. PENERAPAN MIS DALAM ORGANISASI

Penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah organisasi atau firma menjadi bidang
teras kepada pembangunan kejayaan perlaksanaan dasar ekonomi berteraskan
pengetahunan (K-Ekonomi) terutama di Negara Malaysia. Ini kerana K-Ekonomi menuntut
segenap lapisan masyarakat supaya menggunakan aplikasi dan teknologi maklumat
perniagaan pada kadar yang maksima. Pakar dalam bidang sistem maklumat atau teknologi
maklumat menjadi pembimbing dan pemimpin kepada masyarakat peniaga khususnya
terutama dari sudut penggunaan aplikasi dan teknologi sistem maklumat perniagaan.

Teknologi sistem maklumat berperanan penting dalam mengurangkan jurang buta


komputer dikalangan pekerja dalam sesebuah organisasi terutama dalam negara Malaysia.
Menurut Rancangan Malaysia Ketujuh Kajian Separuh Penggal (2000) didapati kadar buta
komputer dan teknologi maklumat agak tinggi. Dengan adanya platform dan projek teknologi
maklumat ianya dilihat dapat mengurangkan jurang perbezaan diantara masyarakat bandar
dan luar banda.

Bidang teknologi sistem maklumat merupakan penghubung diantara pelbagai industri


atau syarikat. Sesebuah syarikat perlu melantik pekerja yang terdiri daripada graduan yang
menjurus kepada perniagaan, pengurusan sumber manusia atau sebagainya yang memiliki
kemahiran pengetahuan dalam bidang perniagaan terutama sistem maklumat bagi
memberikan nilai tambah kepada kemahiran sedia ada. Sistem maklumat mempunyai
peranannya terutama dari aspek menjalankan fungsi pemasaran, menghasilkan strategi
pemasaran yang terbaik, memproses data transaksi organisasi dengan cekap,
menghubungkan secara atas talian dengan pelanggan dan pembekal, mempercepatkan
aktiviti transaksif, membantu organisasi untuk bersaing dan terus bertahan di pasaran,
menguruskan rekod-rekod organisasi dan sumber manusiah serta membantu penyelesaian
masalah organisasi.

Seterusnya dilihat sebagai membantu pembangunan usahawan. Penggunaan dan


implimentasi teknologi maklumat berfungsi dalam membantu usahawan IT bumiputera atau
firma-firma untuk mengembangkan aktiviti e-niaga ke pentas antarabangsa. Sistem
maklumat dalam bidang perniagaan mempunyai fungsi dari sudut perakaunan iaitu untuk
menyimpan semua rekod transaksi organisasi dengan tepat. Malahan sistem ini dilihat
mempunyai pelbagai kelebihan menggunakan sistem maklumat dalam bidang perniagaan
iaitu menjimatkan kos operasi, menjimatkan masa, memudahkan pelanggan serta
mengurangkan risiko.
4. KESIMPULAN

Sistem maklumat yang direka kadangkala tidak berjaya seperti yang diharapkan oleh
pengguna walaupun direka daripada teknologi yang canggih. Antara perkara yang
mempengaruhi penggunaan sistem maklumat ialah kemahiran teknikal, pengurusan, faktor
pengguna, isu pentadbiran dan kegagalan pengguna mewujudkan keupayaan sistem
maklumat yang berkesan. Sistem yang mudah digunakan, sesuai pada semua keadaan dan
boleh digunakan oleh semua pengguna pada setiap peringkat pengurusan adalah perkara
yang perlu disediakan oleh pembangunan sistem maklumat jika ingin sistem ini berjaya.

Namun, Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-OPERASI) berjaya dilaksanakan


setelah menekankan faktor individu, ciri dan keupayaan sistem serta persekitaran organisasi
di mana sistem ini digunakan. Kajian kes mendapati isu yang berhubungan dengan
penjajaran antara elemen organisasi dengan e-OPERASI berkaitan dengan kejayaan sistem
maklumat.

Pada pendapat pengkaji, kajian seperti ini perlu diperluaskan lagi dan melibatkan
responden dari sektor bukan pendidikan juga. Malah, mengkaji kepelbagaian penggunaan
sistem maklumat lain dan bukan hanya mengkaji tentang sistem e-OPERASI sahaja. Model
Kejayaan Pelaksanaan Sistem Maklumat dalam Pengurusan Organisasi yang dihasilkan
dalam kajian ini mengandungi dua dimensi penjajaran dan kedua-dua dimensi ini adalah
perlu bagi memastikan impak yang positif terhadap kejayaan sistem maklumat.
5. RUJUKAN

- Razana Baharudin, Mohamad Ibrahim (2016). Diakses daripada


https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/2604/1663

6. LAMPIRAN

You might also like