You are on page 1of 69

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM TATANA

      

Gadis-gadis suku kaum Kadazandusun Tatana menari tarian Sumayau dalam


satu perayaan.

Adat adalah warisan turun temurun tidak boleh direka-reka oleh masyarakat
sesuatu kaum dan mestilah berterusan diamalkan daripada satu keturunan
hingga kepada keturunan yang lain. Adat juga sentiasa dihormati dan diamalkan
oleh suku kaum yang mempraktikkan adat istiadat tersebut.

Ketua adat mempunyai kuasa mengenakan hukuman ke atas sesiapa yang


melanggar adat. Di sini dipaparkan sebahagian daripada adat istiadat suku kaum
Tatana Daerah Kuala Penyu yang  dipetik dari Titian Adat Istiadat Suku Kaum
Kadazandusun Tatana Kuala Penyu.

Adat istiadat perkahwinan:

Adat perkahwinan tersebut adalah mengikut tradisi dengan syarat-syarat seperti


berikut:

Apabila seseorang teruna ingin berkahwin maka berdasarkan pilihannya itu ia


perlu dipersetujui oleh kedua-kedua ibu bapa pihak lelaki kerana merekalah yang
akan mengatur segala persediaan bagi perkahwinan anak mereka.

Pertunangan:

Di peringkat mengikat pertunangan biasanya seorang tua ditugaskan sebagai


orang tengah disebut "SUSURUAN" bagi pihak lelaki datang ke rumah
perempuan biasanya pada hari Selasa, Khamis atau Sabtu. Pihak perempuan
diberi masa untuk berunding dan ketika "SUSURUAN" kembali ditentukan sama
ada pinangan pihak lelaki diterima atau tidak. Jika pinangan diterima maka
"SUSURUAN" dijemput minum dan makan oleh keluarga pihak perempuan. Jika
pinangan pula ditolak maka makan dan minum tidak lagi dilayan.

Menentukan tarikh pertunangan:

Tarikh pertunangan ditetapkan mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.


Lazimnya mereka memilih hari yang baik untuk bertunang, seperti hari-hari yang
bukan bilangan ganjil dan juga dalam bulan yang dianggap baik sebagaimana
menjadi kepercayaan masyarakat ini.

Perbelanjaan bertunang adalah bergantung kepada kedudukan keturunan atau


latar belakang keluarga pihak perempuan jika dia anak perempuan tua (sulung)
dariada kalangan orang yang berkemampuan maka pertunangan dilangsungkan
dengan upacara penuh isitiadat.

Jika ibu perempuan ada permintaan kerbau ketika bertunang maka anaknya mesti
menuntut sama.

Sebagaimana kebiasannya permintaan pertunangan membabitkan perkara-


perkara seperti;

    Seekor kerbau atau babi (bagi bukan beragama Islam)


    Kain sepasang
    Sebentuk cincin emas
    Gelang emas
    Wang belanja dapur (kadar mengikut berapa yang patut)
    Wang talak sebanyak RM500.00 (lima ratus ringgit) dibayar

Perbelanjaan pertunangan ditanggung oleh lelaki, setelah pasangan bertunang


mereka tidak boleh membuat hubungan sebelum berkahwin. Siperempuan tidak
boleh sesuka hati pergi kemana-mana kecuali diizinkan oleh tunangnya.
Sekiranya perempuan ingkar dari pertunangan mereka, maka dia akan didenda
dengan mengembalikan semua perbelanjaan waktu bertunang, jika lelaki ingkar
maka belanja pertunangan dikira hangus atau tidak perlu dibayar balik.

Kotoliban/Sepangadak:

Sekiranya sesebuah keluarga mempunyai ramai anak perempuan dan yang muda
berkahwin dahulu darpadai kakaknya, maka kakak itu diberi "KOTOLIBAN" atau
melangkah bendul dan benda seperti berikut adalah wajib dipenuhi;

    Dundung/sigar
    Sira/baju
    Gonob/sarung
    Sebentuk cincin emas

Perbelanjaan kahwin:

Perbelanjaan perkahwinan diputuskan ketika majlis merundingkan permintaan


ketika bertunang dan segala perbelanjaan mengikut persetujuan sama ada majlis
perkahwinan dilangsung secara penuh istiadat ataupun secara sederhana. Jika
pihak perempuan darpadai golongan orang berkemampuan maka keluarganya
menyembelih seekor kerbau sebagai menambah kerbau pemberian (berian).
Pemberian itu dipanggil "BALUN" dan perbelanjaan perkahwinan tersebut antara
lainnya melibatkan;

    Seekor kerbau besar "RINAMPUNG"


    Satu pikul babi
    Gelang emas atau rantai emas
    Inapung RM500.00 (lima ratus ringgit)
    Wang belanja dapur wang hangus mengikut keadaan upacara perkahwinan
 
Perkahwinan dengan penuh istiadat bagi orang Kadazandusun Tatana yang
beragama Katolik dan pagan adalah berbeza daripada adat "MOGINUM KAHWIN".

"MOGINUM KAHWIN" dinamakan "BEMASAK" mereka menyediakan


KOLUPIS" dan berbagai macam jenis makanan termasuk memotong kerbau
"RINAMPUNG" serta memasak sebagaian dari daging kerbau untuk dihidang
pada malam moginum.

Surat kahwin:

Oleh kerana berbagai kemajuan yang ada sekarang maka dalam hal surat kahwin
adalah dibuat dihadapan pendaftaran perkahwinan. Selain dari itu surat kahwin
boleh diatur dan dibuat dalam perkahwinan di kampung, asalkan ketua kampung
dan pihak berkenaan hadir bersama menyaksikan upacara perkahwinan itu.
Mereka boleh menjadi saksi apabila mendaftar perkahwinan tersebut di pejabat
pendaftar perkahwinan.

Suami meninggal:

Sekiranya suami meninggal dunia dan berian habis dijelaskan, pihak waris
perempuan tidak boleh menuntut balik apapun waris kerana belum ada pencarian
mereka berdua.

Jika berian belum habis dilunaskan maka bakinya tidak boleh dituntut oleh pihak
waris perempuan.
Isteri meninggal:

Sekiranya isteri meninggal sebarang berian tidak boleh dituntut balik oleh pihak
lelaki walaupun belum mempunyai anak.

Jika pasangan mempunyai anak, maka pencarian mereka berdua adalah hak dan
dituntut oleh anak mereka. Jika anak mereka masih kecil maka si isteri boleh
menuntut bagi pihak anak mereka.

Kahwin nialap:

"NIALAP"  bererti seorang lelaki dan perempuan, atas dasar suka sama suka
pulang untuk tujuan berkumpul sebagai suami-isteri tanpa bertunang di rumah
pihak perempuan atau pihak lelaki. Mereka dikahwinkan dengan cepat dan
ringkas sebaik sahaja mencapai persetujuan kedua-dua belah pihak. Ia
membabitkan perbelanjaan seperti berikut;

    Seekor kerbau


    Seekor babi
    Perbelanjaan untuk dapur yang sederhana.
    
Kahwin inuli:

Kahwin "INULI" adalah silelaki pulang ke rumah siperempuan sama ada dia
diterima atau tidak terpulang kepada siperempuan untuk membuat keputusan.

Konsep Asas Hubungan Etnik

Masyarakat
 Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota
sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya melalui
hubungan bersemuka.

Etnik
 Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hamper seragam, termasuk
adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang
berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan
penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia. Etnik
sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan
kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India,
Kadazan Dusun, Melanau, dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.
Etnisiti dan Etnosentrik
 Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu
kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkah laku
yang sama.

Etnosentrisme

Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam
kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik
daripada kelompok lain.

Ras dan Rasisme


 Ras dan Etnik kerap kali dicampuradukkan sehingga maknanya menjadi lebih kurang
sama.

Ras bolah dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan
kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata dan
sebagainya.

Rasisme

Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial atau para
anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan ini
ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ia berkait rapat dengan konsep
prejudis dan stereotaip, diskriminasi

Prejudis, Stereotaip dan Diskriminasi

Prejudis: pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat
dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara
terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Stereotaip: Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik. Orang Belanda itu
bersifat kedekut.
  
Diskriminasi: Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang atau
kelompok etnik terhadap anggota lain. Ia merupakan perbuatan membanding bezakan
seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-
mata.

Budaya:
Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, politik,
ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai.

Ciri budaya: dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai


unsur simbolik
Budaya dibahagikan kepada budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Kebendaan
seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Bukan kebendaan seperti
kepercayaan,
adat istiadat, undang-undang

Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian
hidup.

Perpaduan dan Integrasi

Perpaduan: satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara


supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi: satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial,
pendidikan, politik

Segregasi: pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan
etnik yang lain dalam sesebuah negara.

Akomodasi: Switzerland ialah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat


akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara
mereka.

Akulturasi: satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok
manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu
kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

Asimilasi: satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang
sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti
menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.

Amalgamasi: satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur.

Pluraliti: Pluralisme budaya bukan fenomena baru. Interaksi antara pelbagai budaya
seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda, British) wujud
sejak abad ke- 5 Masihi lagi.
Kebudayaan Kaum Kadazan Dusun

1.0       Pengenalan

            Kaum Kadazandusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di


pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun
sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ namun
disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum ‘Kadazan’ dengan
kaum ‘Dusun’ satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini
iaitu ‘Kadazan-Dusun’. Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di Sabah.
            Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun. Kaum
Kadazandusun merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Menurut
Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada
empat puluh satu etnik seperti berikut; ·
Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan,
Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo,
Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi,
Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan
Minokok, Sukang, Tutung.

            Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang kaya
dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara turun-turun
oleh nenek moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan budaya mereka
sebagai kaum terbesar di Sabah. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui
kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut
mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan
kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian.Kaum
Kadazandusun memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-
usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian
tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian
tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah
Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.

            Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun
menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini
bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran
sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio
budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak
kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat
dalam suku kaum Kadazandusun.

            Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan


ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya,
sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah
dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi
masih membawa erti dan makna yang sama.

            Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan


sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini,
tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam
Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri.

            Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini


amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian
tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum
Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh
generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang
popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau
togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali,
tongkungon dan lain-lain lagi.

            Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik
mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat
tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam
penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan
masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.
            Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku
kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut.
Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian
tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.

            Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan


kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan
pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik
dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain
acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk
Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik.

            Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang


sungguh unik, asli dan menarik. Justeru, melalui buku skrap ini kami akan memberi
sedikit sebanyak penerangan dan penjelasan kepada para pembaca buku skrap ini
supaya warisan budaya masyarakat Kadazandusun ini tetap dipelihara dan dikekalkan
untuk tatapan generasi masa akan datang.

2.0       Kebudayaan


2.1       Adat Resam kaum Kadazandusun

2.1.1   Perkahwinan

            Dalam konteksi komunikasi, ibu bapa


bertanggungjawab memilih bakal isteri anak
lelakinya. Setelah peminangan diterima oleh
pihak keluarga perempuan, majlis
perkahwinan akan dilakukan pada masa yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan
lazimnya dilakukan pada waktu malam di
rumah pengantin perempuan. Pada malam
pertama si suami harus bermalam di rumah
keluarga isterinya dan kemudiannya
pasangan pengentin ini akan diarak ke rumah
keluarga lelaki dan perempuan selama tiga
kali berturut-turut. Sebelum pengantin dibenarkan masuk ke dalam rumah, pihak tuan
rumah keluarga lelaki/perempuan menyanyi atau "Selakohan Sinding" dan dibalas oleh
rombongan. Selakohan sinding ini bertujuan menyambut kedatangan rombongan
pengantin baru tetapi diluahkan dalam bentuk nyanyian.

2.1.1.1            Merisik
            Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua
pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang
diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda
peminangan daripada pihak lelaki.
            Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan
terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga
pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak
dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan
yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah
tidak ada.

            Risikan pertama dilakukan untuk


mengetahui sama ada perempuan
berada dalam proses risikan orang lain
atau dia sedang dalam pertunangan.
Kalau perempuan itu dalam
pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-
merta. Kalau perempuan itu didapati
sedang dalam proses risikan daripada
lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad
diperoleh daripada risikan terdahulu itu.

            Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang
kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh
diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya
memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini
disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa
perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan
keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.

2.1.1.2            Meminang
            Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan,
mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka
(dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu
mesti dibawa pada waktu pagi.

            Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti
membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa
sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa
perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih',
iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau
kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi,
adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.

            Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti,
risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi
mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh
diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada
orang yang bermimpi itu.

            Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang
yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang
pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah
bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja
barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat
itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.

            Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga
terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi
diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan
buruknya mimpi itu.

2.1.1.3            Bertunang
            Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil
pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin
yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahu
sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi
buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.
            Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak
lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran
perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta
perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak,
pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah
ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan
adat.

            Hantaran kahwin biasanya terdiri


daripada pelbagai jenis makanan, alat
untuk adat istiadat dan barang untuk
memperteguhkan semangat. Barang
hantaran untuk memperteguhkan
semangat ini dikenali sebagai tasor.
Tasor ialah tempat pinang yang
diperbuat danipada tembaga atau perak.
Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin
pada hari penrkahwinan.

            Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang,
gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu.
Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau
kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang
tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya
hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara
makan di rumah pengantin perempuan nanti.

            Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari
perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-
ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat
hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain
yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini
terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan
kemampuan kedua-dua belah pihak.

            Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat,
pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula
adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang
berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun
perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan,
mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka
hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama
seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau
lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

            Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan
pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama.
Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak
boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah
bersatu.

2.1.1.4            Majlis Perkahwinan


            Hantaran kahwin biasanya terdiri
daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk
memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini
dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga
atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk
adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau
(tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga
dibawa pada hari perkahwinan.

            Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada
kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan
dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu
akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan
nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari
perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-
ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan.

            Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan,
terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan
memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa
majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-
rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama,
pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua
atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis
dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.

            Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan
kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling
cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil
masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung
kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

            Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan
pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama.
Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak
boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah
bersatu.

            Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara
yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara
menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan
perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian
tradisional berwarna hitam.
            Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan
kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan
gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan
nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut
cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun
dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan
pertunjukan tarian sumazau.

2.1.2   Mendiri dan Masuk Rumah Baru


            Mendirikan dan masuk rumah baru hendaklah dimulai dengan upacara
"Tumedek" atau menanda. Upacara ini hendaklah dilakukan pada hari-hari penting bagi
masyarakat Dusun yang dipanggil "Tadau Rampagas, Tanob, Selimpunan do kesilau,
Selimpunaan Tadau Daat, Selimpunaan Tulan Daat, Kepuposan Tulan Daat dan
Selimpunan Tulan Kelimo". Begitu juga dengan masuk rumah baru harus pada hari-hari
yang terpilih dan diiringi dengan upacara sembahyang doa atau Megembawon /
Mengendi. Upacara ini dilakukan oleh golongan tua yang mahir untuk mengendi.
Lazimnya golongan perempuan yang melakukan upacara megendi dan bukan daripada
golongan leleki.

2.1.3   Adat Kelahiran


2.1.3.1            Sewaktu Mengandung
            Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang
anak. Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan mengetahui tentang
selok-belok perubatan masyarakat Kadazan secara menyeluruh. Tugas bidan meluas
iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah selamat dilahirkan.
            Sejak di dalam kandungan lagi bidan memastikan keadaan bayi berada di
dalam keadaan sihat. Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi
beberapa pantang larang kepada ibu mengandung. Ini penting supaya kandungan
berada di dalam keadaaan sihat. Apabila sahaja bayi dilahirkan, tugas bidan lebih berat.
Bidan perlu memastikan bayi dalam keadaan sihat terutama jika seseorang itu beranak
sulung.

2.1.3.2            Bersalin
            Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari
berpantang bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh
berpantang ialah tujuh hari. Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21
hari. Manakala bagi yang berdarjat lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari.

            Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari
rumah. Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru
lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus.
Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar tanah.
Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau.

            Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh
makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air
seperti bubur. Manakala bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertama hingga
hari ke tujuh, bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanya ke halaman
rumah. Ini untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat yang
dinamakan Rogon Gaiyah.

            Bidan juga akan memastikan ahli keluarga yang lain supaya pintu rumah
kediaman mereka diikat dengan sejenis daun yang dipanggil wongkong. Daun itu
menunjukkan rumah tersebut telah menerima ahli baru. Justeru itu sahabat-handai
yang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung melainkan saudara-mara yang
terdekat.
            Selain mengurus tentang kelahiran anak, bidan ini juga bertanggungjawab
tentang ubat-ubatan yang terdiri daripada akar-akar kayu, herba dan sebagainya. Pada
masa yang sama beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu yang baru bersalin untuk
memulihkan tenaga yang hilang semasa bersalin dahulu. Bidan juga perlu tahu meramu
pelbagai jenis bahan untuk dijadikan ubat-ubatan.

            Bidan yang tahu tentang kegunaan sesuatu jenis herba untuk setiap penyakit
merupakan satu kelebihan. Biasanya akar-akar kayu atau herba dibentuk menjadi ubat
yang mujarab dan boleh mengubati pelbagai penyakit. Antara herba yang paling banyak
digunakan dalam masyarakat Kadazan ialah cekur, akar kacip fatimah, halia dan
pelbagai jenis lagi. Kebanyakan tumbuhan herba ini diperoleh di kawasan persekitaran.

            Terdapat pelbagai jenis bentuk ubat yang boleh dibuat oleh bidan untuk
menyembuh sesuatu penyakit. Bidan boleh merebus sahaja tumbuhan herba itu dan
kemudian diberi minum kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Cara ini diamalkan oleh
sebilangan besar bidan. Cara lain yang turut digunakan ialah dengan mencampurkan
minyak kelapa dan kemudian diurut pada bahagian yang sakit. Cara ini digunakan
kepada ibu-ibu yang baru bersalin untuk memulihkan semula tenaga mereka.

            Sungguhpun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pesakit,


tetapi bidan kampung masih lagi diperlukan. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat
Kadazan mendiami kawasan pedalaman yang jauh dari klinik atau hospital. Oleh itu
peranan bidan amat popular di kalangan mereka.

2.1.3.2            Selepas Lahir


            Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak
itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar.
Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama
sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului
memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak menuntut anak tersebut.
            Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda
rumah. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.
Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk
berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atau
Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Nama-nama yang dicadangkan
itu dikumpul dan dipilih. Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala macam peristiwa
yang berlaku ketika anak itu dilahirkan. Kadangkala nama itu diambil daripada nama
salah seorang ahli keluarga mereka.

            Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah atau disebut
Mintuhun atau Minuhun dilakukan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri. Beberapa
baranga dibawa bersama iaitu :

         Sebuah berait atau bakul yang dianyam daripada rotan, bertutup dan bertali untuk
disondong. Berait ini diisi dengan pelbagai alatan.

          Sebilah mamadik iaitu pisau kecil yang digunakan untuk menghalau Rogon
Gaiyoh.
      Serangkai Komburongoh, iaitu jerangau sejenis rumput yang dianggap ibu
kepada segala semangat dalam upacara perubatan tradisi mereka.
          Sebuah siud iaitu tangguk yang diperbuat daripada jaring.

            Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali
dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak itu
dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan
membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijak oleh
anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.
2.1.4   Kematian atau "Kepataiyen"

            Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati
yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di
mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh
diketahui melalui cara yang sama. Bila kematian berlaku dalam masyarakat Dusun
tradisi, ahli keluarga si mati akan memukul gong "Tontong sanang"yang bertujuan
memberitahu ada kematian dalam ahli keluarga dan disertai turun dari rumah atau
"menuhon" bertujuan cuba menahan roh simati atau kedwo-dwo melalui benda-benda
yang diambil dipersekitaran halaman rumah si mati untuk disapukan di ubun-ubun
kepala si mati dengan harapan si mati hidup semula.

            Selain itu, satu lagi alat komunikasi digunakan untuk memberitahu masyarakat
kampung bahawa adanya kematian dalam sesebuah keluarga iaitu menggunakan buluh
untuk dibunyikan atau "Mengarasapong". Semasa si mati dibawa ke kubur, ahli-ahli
keluarga akan meraung-raung dan memukul bekas letak si mati. Pada malam pada hari
perkuburan, ahli keluarga akan mengadakan upacara memisah dengan menutup
semua lampu dalam rumah. Tujuannya ialah agar roh si mati akan balik ke rumah untuk
"megoit-megoit" atau membawa dan mengambil barang-barang milik si mati. Pada hari
ketiga (3) pula, ahli keluarga simati mengadakan upacara pembahagian atau "Ikidan /
angkiban" .
            Benda yang boleh dijadikan angkiban ialah ternakan dan tanaman. Tujuannya
ialah mengadakan pembahagian harta untuk simati. Contoh narrator ialah " Anu bin Dia,
ini saja bahagian mu. Jangan lagi ganggu kami". Pembahagian ini dilakukan dengan
tangan kiri dan membelakang. Pada hari kelima atau ketujuh pula, upacara
keselamatan yang dipanggil "Memagompi" melalui upacara mengendi dilakukan
dengan bantuan sesorang yang mahir megendi.
            Berikut adalah adat-adat yang sering dilakukan oleh masyarakat Kadazan
apabila berlaku sesuatu kematian.

2.1.4.1            Semasa Kematian


            Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di
kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga dan
moginupus.

2.1.4.2            Memberi Tahu


            Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia,
semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting
kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami
oleh keluarga si mati.
            Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soal
kematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat
Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara
pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut
kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan
tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu
kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula.
            Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di
kawasan yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal
berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.
2.1.4.3            Berjaga-Jaga
            Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan
dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi.
Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan
rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang
diselitkan pada bibirnya buat seketika.

            Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima
atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat
akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama
kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah,
mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di
situ.

            Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor
burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak
menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka
menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut
adalah tubuh rnanusia.

            Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan
bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang
kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-
bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari
terbenam dan waktu tengah malam.

2.1.4.4            Moginupus
            Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati.
Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai
menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong,
tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap
iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.

            Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari
pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah
dimasak dimakan bersama oleh semua orang yang hadir pada hari itu. Tanduk kerbau
atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati
nanti.

2.1.4.5            Pengebumian
            Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan
menggunakan keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam
kain yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai
mengangkat mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan
gong, gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara
tenus menerus sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih baik sekiranya bunyi itu
berterusan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat.

            Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan
menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk
mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang
tersebut. Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin
dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah.
Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau
tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak,
si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.

            Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga
mereka akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat sebelum
ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yang
besar dan berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada juga di kalangan
masyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu ke dalam hang lahat. Mayat yang
dimasukkan ke daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubur sebaliknya di
dalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yang dibina. Ini adalah
untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatan terakhir kepada mayat
tersebut sebelum dikebumikan.

            Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan
yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan
perkuburan. Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan pakaian,
cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut kemampuan
dan kegemaran si mati semasa hidup.

            Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama
tujuh hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si
mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada
keluarganya yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak
boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau
denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.

            Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian


dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan
sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati
mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan kematian, ahli keluarga
wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang menah. Selain
itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau lembu.

            Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah
kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndam
sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati di
rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih
kepada tuan punya barang. Banang-barang atau harta benda yang ada di dalam rumah
si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.

2.1.4.6            Selepas Kematian


            Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai
beberapa tahap iaitu:

 - Makan Tiga dan Tujuh Hari


 - Makan Empat Puluh Hari
 - Makan Seratus Hari
 - Makan TigaTahun

2.1.4.6.1         Makan Tiga dan Tujuh Hari


            Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan
diadakan pada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titik lilin
ke bawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan, titikan
lilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan.

            Kenduri ini hanya diadakan secara kecih-kecilan sahaja. Hanya saudara-mara
dan sahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri tersebut.
Makanan yang disediakan adalah makanan harian masyarakat Kadazan dan tidak ada
makanan istimewa yang disediakan.

2.1.4.6.2         Makan Empat Puluh Hari


            Kenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati. Kenduri kali ini
berbeza daripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang dan malam.
Kenduri ini juga lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang ada pertalian
dengan keluarga si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat. Dari segi hidangan lebih
banyak, mencakupi lauk-pauk, kuih-muih dan buah-buahan yang lazat. Nasi, daging
dan buah-buahan disediakan dengan banyak sekali untuk dijamu kepada masyarakat
setempat.

            Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si mati
akan pergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk
menyertai kenduri tersebut. Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan, barulah
mereka yang berada di rumah si mati boleh menjamu selera.

            Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak
si mati mulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan secara
bergilir-gilir mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula dan akhirnya
saudara-mara yang berdekatan. Selepas upacara menari Semazau selesai, barulah
hidangan boheh dimakan oleh tetamu yang berada di situ.

2.1.4.6.3         Makan Seratus Hari


            Kenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini lebih
besar jika dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahulu hanya
muzik dimainkan, hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-buahan, tetapi
kali ini kenduri dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau atau lembu. Pada masa
yang sama beberapa ekor ayam turut disembelih.

            Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan penukaran pakaian
putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati dengan
pakaian biasa. Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakat Kadazan.
Sebaik sahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar. Ahli keluarga bebas
memakai pakaian mengikut kegemaran masing-masing. Dengan ini mereka percaya
segala kekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mereka akan hilang. Semangat
roh si mati juga akan hilang dari tubuh badan mereka.

2.1.4.6.4         Makan Tiga Tahun


            Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah
berbanding kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan Kenduri
Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan.

Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati secara
bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak tujuh ekor ikan
pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain, satu tempayan tuak,
tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis dan seekor
kerbau disediakan

            Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan
malam. Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji
kelupis, seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin. Seorang
wanita yang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut yang dijadikan
pengurus yang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan masyarakat Kadazan.

            Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang sebilah
pedang. Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan dinyalakan. Sebaik
sahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk memanggil hantu yang
hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam dimasukkan ke
dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan di pangkal tangga
rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang
masih hidup di situ.

            Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang akan
dibunyikan mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tarian semazau
yang terlebih dahulu dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua rumah
di situ. Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan secawan tapai
kepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkan celapa yang berisi sirih
pinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazau dan menari mengeliling
hidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain.
            Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengan
sekali teguk. Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudara
mara si mati. Selepas itu barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ.
Selain menarikan tarian semazau, acara berbahas pantun juga turut dilakukan. Acara
ini dinamakan bobogoh daham bahasa Kadazan. Mereka akan membahagikan kepada
dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya salah
seorang daripada ahli kumpulan tidak dapat menjawab pantun, mereka dikehendaki
meminum arak sekaligus.

            Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam hidangan
itu diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok daun. Pada
waktu malam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan dengan rancak
sekali. Pada mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan tarian semazau akan
memulakan tarian dengan diikuti oleh tujuh penari perempuan. Selepas itu barulah
tarian semazau terbuka kepada penari lain secara bergilir-gilir.

            Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan
jasad yang bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna
perpisahan antara jasad dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang
belum beragama percaya apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan
berkunjung dan berehat di kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang
demikian masyanakat Kadazan mempercayai gunung Kinabahu adalah tempat terakhir
bagi kehidupan masyarakat mereka.

2.1.5   Hari Keluarga atau "Meginakan"


            Masyarakat Dusun mempunyai upacara perpaduan keluarga yang dipanggil
meginakan. Semua ahli kelurga dijemput dan satu upacara menyembahyangkan arak
Gampian Kinomol yang diketuai oleh mereka yang mahir megendi serta dijalankan
pada waktu malam. Setelah selesai upacara tersebut, mereka mengambil bambu atau
"Telutuk" untuk dipukul "Tontongon" bagi mengeluarkan bunyi. Menurut kepercayaan
mereka memukul bambu bertujuan memperbaiki dunia. Hari keluarga ini dihadiri semua
ahli keluarga dan masyarakat kampung selama 7 hari berturut-turut.

2.1.6   Ketian
            Ketian ialah seorang lelaki yang menyebabkan seorang perempuan
mengandung tanpa sebab perkahwinan yang sah. Natijahnya lelaki dicaci dan
dikehendaki membayar denda atau sogit berupa babi atau kerbau. Tujuannya
menyejukkan panas dalam ahli keluarga dan masyarakat kampung serta memberitahu
masyarakat kampung bahawa pesalah telah dihukum setimpal dengan kesalahannya.

2.1.7   Mencuri atau "Manakau"


            Pencuri dapat dikenal pasti dengan bantuan bomoh yang mahir melalui upacara
"mengintutun". Alat-alat yang digunakan semasa mengintutun ialah telur ayam atau
cermin. Semasa mengintutun, beberapa ahli keluarga dan masyarakat kampung datang
sama-sama menyaksikan upacara mengintutun. Biasanya, bomoh akan memberitahu
siapa yang mencuri dan biasanya tuduhan bomoh dipercayai oleh ahli keluarga dan
majoriti masyarakat. Implikasinya, orang yang kena tuduh akan mendapat cacian dan
celaan masyarakat kampung untuk beberapa waktu. Sebaliknya, pesalah yang
melakukan kesalahan besar seperti mencuri kerbau boleh dihalau keluar "elohon" dari
kampungnya.

2.1.8   Kahwin Bersaudara atau "Kepingaian Miadpinai"


            Adalah menjadi kesalahan besar bagi masyarakat Dusun, jika seseorang lelaki
atau perempuan berkahwin dengan seseorang yang dipercayai masih ada talian
persaudaraan. Jika perkahwinan dilangsungkan juga, si lelaki dan perempuan akan
dikenakan hukuman denda iaitu "Pitas" yang terdiri daripada 7 kerbau, 7 ayam, 7
perang, 7 tajau dan 7 mangkuk. Tujuannya ialah memutuskan tali persaudaraan untuk
membolehkan mereka berkahwin. Pitas bagi lelaki hendaklah diberi kepada pihak
keluarga perempuan dan pitas perempuan pula diberikan kepada keluarga lelaki.
Pembayaran pitas ini dipanggil "Mesulak" atau sama-sama membayar denda (bertukar-
tukar barang denda).

2.1.9   Curang atau "Melapau"


            Seseorang lelaki atau perempuan yang telah berkahwin tidak boleh berlaku
curang terhadap si suami atau si isteri . Jika berlaku kecurangan hendaklah dikenakan
denda berupa kerbau atau babi. Tujuannya adalah dimakan bersama ahli keluarga
yang dicuranginya iaitu isteri atau suami dan anak-anak.

2.1.9   Asal usul makanan


            Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal
daripada isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita
anak kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum
Kadazandusun.

            Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah


kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan makanan
yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari isinya yang
putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia pula adalah jari
jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut Huminodun; giginya bertukar
menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya.

            Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan
Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti
Momohizan dan Humabot.

2.1.9.1            Upacara Momohizan


            Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September
apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi
dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk
menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam.
Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum
Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan
meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun 'mikiompit'.

            Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta para
penduduk kampung untuk menolongnya menyediakan 'tapai' iaitu sejenis minuman
keras tradisi Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah malam iaitu
setelah semua jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku kaum
Kadazandusun) yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan memulakan upacara
ini dengan memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat padi) Apabila
selesai membaca mantera pemanggilan dalam kata lain apabila semua miontong dan
'tasab' (malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizan akan menaburkan serbuk
ragi (manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atas nyiru dan diletakkan di ruang
tengah rumah.

            Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasad dilakukan


bersama-sama dengan miontong. Setelah selesai manasad, nasi yang ditabur dengan
ragi itu kemudian diisi ke dalam sukat (saging) dan diatas nasi itu diletakkan arang
(popou), kemudian mulut sukat ini akan ditutup dengan daud simpur (daingin).
Kemudian Bobohizan akan mengisi beras ke dalam nyiru yang berbentuk segitiga
(hihibuh), ketua Bobohizan akan memungut sedikit beras dari nyiru dan meletakkannya
ke atas gendang.

            Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dan


kemudiannya memakan beras itu, tujuannya ialah untuk menjemput miontong sama-
sama memakan beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yang
terdiri daripada sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul gendang
sambil menyanyi dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti dengan mantera
'sumava'. Seiringan dengan itu Bobohizan akan membungkus nasi dengan daun
simpur. Nasi yang dibungkus ini kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisi ke dalam
tempayan kecil. Tempayan ini kemudiannya diletakkan di atas batang bambu yang
tingginya kira-kira tiga kaki dan hujung bambu itu diletak untuk tempayan itu diletakkan.
Batang bambu ini diikat pada tiang rumah dengan menggunakan tali kyang diperbuat
daripada kelapa (hisad).
            Setelah itu Bobohizan akan menjemput 'miontong' untuk minum tapai
(moginum) bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan bersedia untuk menjemput
dewata dari kayangan untuk turut serta makan minum dan memohon kepada mereka
untuk menjaga dan melindungi padi serta keluarga suku kaum Kadazandusun.

            Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti dengan mentera
'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil semangat kenderaan yang menurut
mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara. Para Bobohizan
akan menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera 'modsuut/soikung'
iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan ini akan menentukan arah tujuan
masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akan belayar ke kayangan (minsavat).

            Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizan pula
membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat bunyian mereka yang diperbuat
serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusia yang
dipercayai diturunkan oleh nenek moyang mereka yang merupakan pahlawan
peperangan (misasangod). Alat bunyian ini dipanggil 'sindayang'.

            Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan
'mintong' ialah nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi
(santadang paai). 'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari jam
1.00 tengah malam hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah turun ke
bumi dengan roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar, samada
mereka akan tidur atau makan.

            Semasa Bobohizan berehat, para jemputan akan menarikan tarian tradisional
Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula iaitu lebih kurang jam 6.00 pagi
Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera 'mihung', 'painsan',
'monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera 'momosik' tompuvan'
(mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah).
            Seterusnya Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yang telah
disediakan sebagai korban. Korban biasanya ialah seekor ayam dengan seekor babi.
Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan babi betina dan
sebaliknya. Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianya akan dikuis pada
tuan rumah dan para tetamu.

            Ini ialah untuk melindungi mereka


daripada serangan penyakit agar mereka akan sentiasa sihat dalam mengerjakan
sawah padi masing-masing. Setelah itu tetamu akan dijamu dengan makanan yang
telah disediakan seperti nasi, tapai, daging ayam, daging babi dan sebagainya. Setelah
Bobohizan menjamu selera, mereka akan turun ke bawah rumah dan membawa korban
itu bersama-sama mereka. Bobohizan akan membaca mantera sambil memegang
ayam korban dan sumazau.

            Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepala
ayam itu dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan akan menggunakan klip rambut
yang besar(titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga terhidu
baunya. Ertinya ayam itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong. Seterusnya
Bobohizan akan memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu dengan menuangkan
sedikit tapai ke tanah.

            Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang dan membaca
mantera 'manau' untuk meminta dewata pulang ke kayangan. Kemudiannya korban-
korban itu akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa para Bobohizan naik ke rumah,
salah seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada Bobohizan sebagai
membersihkan Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizan pula akan
menyanyikan mantera 'sumamboi'.

            Bobohizan akan berehat seketika,


kemudian acara 'magampah' akan diadakan dimana tetamu dan ahli keluarga tuan
rumah terutamanya kanak-kanak akan duduk berkumpulan pada suatu tempat
(lazimnya ditengah ruang tamu) lalu ditutup dengan kain yang besar sambil Bobohizan
menari-nari mengelilingi mereka dengan membaca mantera dan memukul dua bilah
parang (tandus atau ilang) di atas kain yang menutuoi kumpulan itu untuk menghalau
penyakit.

            Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini dengan
menguis kain penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga). Apabila
mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan mereka yang
ditutup oleh kain itu akan bertempiaran lari kononya untuk meninggalkan penyakit
ditempat mereka berekumpul tadi.
            Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan sumazau.
Selepas jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca mantera 'papasazau miontong'
ini ialah untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menari sumazau
bersama-sama. Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batang bambu (binabat)
yang telah disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah.
            Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai
akandipungut dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada
'miontong'. Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban-korban
seperti daging babi dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagian usus
korban ini akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan. Upacara ini
dinamakan 'humanau', ini juga bertujuan untuk memberi makan kepada miontong.

            Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, membersihkan diri mereka.
Semasa perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu diadakan, Bobohizan
dilarang untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara
momohizan ini diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanya
Bobohizan akan membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjaga rumah/padi
saja.

            Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepada
para Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan makanan
dan minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun
(kizat) atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk berhibur
yang di selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesai makan,
Bobohizan akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit (huus).

2.1.9.2            Upacara Humabot

            Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun


yang diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru.
Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan
untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan.

            Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu
sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air
disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk
menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai
akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo' Tiang
akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang
akan dialihkan sedikit dari tapak asal.

            Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini
upacara 'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan
membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang
hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi
rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan
untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.

            Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan
dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga yang
mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta ketua
keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai bertujuan untuk
menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah itu.
            Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog
sisit' iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara
keramaian seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan rumah
tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja semangat
rumah.

            Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul,


upacara ini juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut dengan
meriah sekali. Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang.

            Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai
kemudian meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan diminum
dan nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini
adalah untuk memberi makan kepada semangat padi 'bambazon' makan. Kaum lelaki
juga akan melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai sambil
bertempik sorak (memangkis) .

            Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun
simpur itu habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia
diadakan dan lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan
upacara keramaian iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan
sebagai sogit (korban).

            Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara
menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa
keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara ganjil
dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan (potizukon)
akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah baru itu.
2.2       Bahasa
            Bahasa ialah satu wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia.
Sebagai keperluan sosial, bahasa adalah alat penting untuk menyampai maksud, ia
juga sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan manusia sebagai alat
untuk berhubung manakala dialek ialah satu variasi bahasa yang ditentukan mengikut
wilayah dan ditutur bergantung kepada tempat seseorang itu dilahirkan (S.Nathesan,
1995).

            Bahasa merupakan pengenalan dan asas perpaduan bagi semua kaum.
Demikian juga dengan kaum Kadazandusun yang mempunyai bahasanya sendiri iaitu
Bahasa Kadazandusun. Bahasa ini adalah identiti bagi sukukaum Kadazandusun.
Sekiranya lenyap bahasa maka sesuatu kaum itu juga akan pupus. Oleh itu, Bahasa
Kadazandusun ini haruslah dikembangkan dan dipelihara supaya tidak lenyap. Menurut
Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) keluarga Dusun menggunakan empat belas
bahasa pertuturan. Antara bahasa Dusun ialah Liwan, Tagas, Dusun Tambunan,
Tuhauwon dan Kuruyou. Bahasa Dusun Liwan tertumpu di daerah Ranau.

            Bagi mengembangkan dan memelihara bahasa ibunda kaum Kadazandusun ini
lenyap maka beberapa usaha telah diambil contohnya Bahasa Kadazandusun ini telah
mula diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih untuk projek perintis pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun.

            Kurikulum Bersepadu Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah adalah untuk


memboleh murid menguasai kemahiran asas berkomunikasi dan memperolehi ilmu
serta menghayati dan membanggai bahasa itu.

            Pendidikan di negeri Sabah berkembang dengan adanya satu lagi Bahasa diajar
dengan rasminya dalam sistem tertentu persekolahan sekolah rendah. Selain Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah, beberapa badan dan pertubuhan lain juga memainkan
peranan penting dalam usaha pengembangan dan pemeliharaan Bahasa
Kadazandusun contohnya Kadazandusun Language Foundation ( KLF ), Koisaan
Cultural Development Institute ( KDI ), Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah
( KDCA ), Perpustakaan Negeri Sabah ( PNS ).
            Kadazandusun merupakan suku kaum yang terbesar di negeri Sabah. Mereka
menuturkan banyak dialek dalam bahasa Kadazandusun. Walaupun terdapat
perbezaan ini namun ianya masih dalam rumpun suku kaum Kadazandusun. Dengan
adanya pendidikan Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah kini, maka bahasa
Kadazandusun ini akan dapat di mertabatkan dan dikekalkan serta dapat dipelihara
daripada pupus.
           
2.3       Makanan Tradisi

            Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu
kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun. Biasanya
kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta
Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.

            Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung,
masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. Kita juga
dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti
perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun. Antara
makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava,
Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk
Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut
kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazandusun.

            Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza
dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu
ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Masyarakat Sabah telah
dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaan semulajadi
bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan.
            Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang
dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar,
herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan
Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi. Kebiasaan ini diamalkan
oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara
hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.

            Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara


pemakanan Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara
makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava,
Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan
dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.

2.3.1   HINAVA

            Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum


Kadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan
( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia,
bawang merah , limau kapas dan garam.

2.3.2   NOONSOM
            Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat
beberapa jenis Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun. Antara
yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan Noonsom
Tuhau.

            Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan
dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Campurkan kesemua
bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua
belas hari sehingga boleh dimakan.
            Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji
buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan
dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama
seminggu sebelum dimakan.
            Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan
cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan
biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

2.3.3   PINAASAKAN
            Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air
tawar/ikan air laut ) , dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang
telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk
perasa dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering.
2.3.4   SUP MANUK LIHING
            Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu.
Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih
dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia. Cara menyediakan,
rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia,
garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul
lembut sebelum dihidangkan.
            Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita
yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari ini
boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi
penduduk tempatan.
            Selain dari itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan
'Hinava' sebagai hidangan khas untuk para pengunjungnya. Keunikan dan
kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah
hari ini merupakan salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu
ini.
2.4       Muzik Tradisional
            Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli.
Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak
diperbuat daripada buluh.

            Alat lain seperti gambus, kompang


dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada
kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman,
sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan kepada ;
         Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)
         Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
         Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang atau
tontog).

2.4.1   GONG
            Gong merupakan tulang belakang dalam
kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua
upacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut
keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu
bersama untuk menseragamkan iramanya.

            Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi.
Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan
perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada
membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini. Gong yang
lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar,
ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.

2.4.2   BUNGKAU
            Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai
polod oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan
tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum
Dusun.
            Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya
dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan
meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun
(bunyi yang berbalik).
            Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta
kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub
buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

2.4.3   SOMPOTON (Erofon)

            Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik


di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu
yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan.

            Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai


bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut.
Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian
harmoni yang merdu.

            Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar
tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada
sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah. Kepingan kecil polod diletakkan di dalam
labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan.

            Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis.
Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga
daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga
lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih
panjang dengan jari tangan kiri.

            Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian
atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan sukukaum
Kadazandusun.
2.4.4   TOGUNGGAK (idiofon)
            Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di
kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu
paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-
pesta.

            Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh
(tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai
satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut
gong sebenar yang dimainkan.

2.4.5   KULINTANGAN (Idiofon)


            Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei
tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa
suku Dusun/Kadazan. Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan
seperti majlis perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi oleh gong-
gong tradisional.

            Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap
daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gong-
gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu
rendah. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan barisan gong
sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.
2.5       Pakaian Tradisi

            Kadazandusun terkenal dengan kaum yang mempunyai banyak sub-etnik yang
kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun
mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Setiap etnik dalam
kaum kadazan-dusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri Contohnya pakaian
tradisi bagi etnik dusun bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza
dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota
Marudu.

            Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan seperti pesta kaamatan dan
juga upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum
Kadazandusun akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya
pertandingan unduk ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Antara perbezaan
pakaian suku kaum kadazan-dusun ialah seperti berikut: Pakaian tradisi suku kaum
Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainan diantara
satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini
mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya.

            Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di
Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga
Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai
keunikannya yang tersendiri.

            Kebanyakan daripada mereka telah mengekalkan corak dan warna pakaian
tradisi yang asli. Warna yang amat popular ialah warna hitam. Warna ini banyak
digunakan kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah hanya bergantung
kepada beberapa jenis tanaman dan sayuran untuk dijadikan cecair pencelup kain.

            Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warna seperti
merah, oren, putih serta hijau sebagai perhiasan tambahan. Pakaian tradisi juga
termasuklah manuk-manik antik yang dijadikan kalung, tali pinggang, barangan antik
berukiran berwarna perak dan tali pinggang yang diperbuat daripada wang syiling dolar
berwarna perak. Kesemuanya ini merupakan khazanah turun-temurun yang sangat
berharga serta tinggi nilainya.
            Berikut adalah beberapa keterangan tentang pakaian tradisi suku kaum
kadazansusun yang amat popular di negeri Sabah.

2.5.1   Suku Kaum Kadazandusun Penampang


      i.        Ciri-ciri pakaian tradisi.
         Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga).
         Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur.
(Sinompukung)
         Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya
'bobohizan'(kinoingan).
         Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki.
         Sarong (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna hitam
         Siga - pelbagai corak dan motif pada tenunan

    ii.        Perhiasan pakaian.


         renda 'siling' utama keemasan pelbagai corak.

   iii.        Barangan kemas


         Himpogot - wang syling berwarna perak.
         Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad awal
20-han.
         Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan
berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.
         Gelang (gohong)
         Rantai leher (hamai)
         Anting-anting (simbong)
         Cincin (sinsing)
         Kerongsang berwarna keemasan
2.5.2   Rungus Di Kudat
      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi
         Blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil 'Banat
Tondu'.
         Sarong(Tapi Rinugading) hingga ke paras lutut sahaja.
         Kain hitam berukuran lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di bahu
dan berjuntai ke lengan berbentuk pakaian berlengan.
         Baju Kemeja hitam berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki.
         Siga

    ii.        Perhiasan Pakaian


         Kain bercorak, tenunan halus pelbagai corak.
         Cincin tembaga serta manik-manik antik disarungkan dalam 'togung ' menjadi tali
pinggang berwarna-warni yang dipanggil 'orot'.
         Manik-manik dipanggil " lobokon " digantung di pinggang.
         Sepasang selendang (pinakol) berukuran 6-8 sm lebar. Ia diperbuat daripada manik-
manik berunsurkan corak purbakala.

   iii.        Barangan Kemas


         Rantai leher (sandang) diperbuat daripada kulit kerang (Kimia) berwarna putih
berkilauan dan tulang haiwan.
         Sanggul (titimbok)
         'Burambun' dan 'Giring' barangan antik yang diperbuat daripada logam emas berbentuk
loceng.
         'Sisingal' - manik-manik serta kulit kerang diikat bersama membentuk rantai yang diikat
di bahagian dahi.
         Cebisan kain dijahit membentuk tocang (rampai) berwarna-warni, diikat di tengkuk.
2.5.3   Kadazandusun Papar
      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi
         Blaus baldu hitam berlengan panjang (siya)
         Blaus putih (baju dalam)
         Sarong (gonob) baldu hitam hingga paras lutut.
         Siga (lelaki)
         Baju kemeja baldu hitam berlengan panjang.
         Siung (wanita)
    berbulu binatang (burung) berwarna apa sahaja untuk wanita bujang.
    berbunga-bunga untuk golongan wanita sudah berkahwin.
    tiada perhiasan di siung .

    ii.        Perhiasan Pakaian


         Butang berwarna keemasan (kubamban) sebanyak 8 pasang di dada.
         Renda keemasan (siling) dan labuci (dijahit disekeliling lipatan tangan dan leher)
         8 pasang butang berwarna keemasan dijahit di lengan blaus.
         Tenunan 'rinangkit ' bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang
pada sarong (gonop).

   iii.        Barangan Kemas


         3 bentuk kerongsan antik keemasan berbentuk duit syiling.
         Gelang (belilit) perak.
         Tali pinggang berwarna perak (rupiah) berbentuk duit syiling.

   iv.        Cara Pemakaian.


         3 pasang untuk wanita bujang.
         2 pasang untuk wanita berkahwin.
         1 pasang untuk wanita berstatus balu atau golongan berumur.
         Tali pinggang kecil berwarna perak untuk menunjukkan si pemakai dari golongan
berada.
2.5.4   Lotud Tuaran
" Lorud "(Blaus berlengan panjang)
a) Dipakai oleh Lotud Tantagas semasa upacara rasmi.
      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi
         Blaus hitam berlengan panjang (sukub kopio), bercorak warna merah sebagai warna
utama. Tinobugi berwarna merah, kuning keemasan dijahit pada pergelangan tangan,
tepian blaus dan di dada.Corak bermotif bambu (Ukob)berwarna merah,oren, biru dan
hijau dijahit tangan di atas jahitan warna keemasan di pergelangan tangan.
         " Gonob " pula bercorak warna merah dijahit ditepi kiri (bangkit) serta tinobugi dijahit
melintang diparas betis. Ukuran gonob adalah dibawah paras lutut.
         Sandai. Ia sejenis kain skaf panjang yang dipakaikan disekeliling bahu.

    ii.        Perhiasan Pakaian


         Kain putih (haboi) sebagai tali pinggang .
         Tali pinggang (loti) putih dan perak. Ditambah dengan 2 kelepak ikatan hitam untuk
wanita sudah berkahwin.
         Rambut disanggul seperti 'Sinulug' (atas) 'Sinungkok' (bawah) "Ginuli" pula dililitkan di
sekeliling sanggul 'sinulug'.
         Sigar dan siwot.
    Sigar - Ia diperbuat daripada daun nipah serta mempunyai daun emas. Brunei yang
diukir tangan. Tepian sigar dihias dengan rotan yang dicelup dengan warna merah.

    Siwot - Ia terdiri daripada ikatan 4 helai bulu ayam putih diikat dengan kain merah .
Setiap bulu dilekatkan pada cebisan bambu nipis. Beberapa helai bulu hitam disertakan
juga. Helaian 1 dan 4 mesti mempunyai rantai manik emas dan biru berhiaskan cebisan
kain merah.

   iii.        Barangan Kemas


         Himpogot wang syling berwarna perak.
         Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad awal
20-han.
         Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan
berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.
         Gelang (gohong)
         Rantai leher (hamai)
         Anting-anting (simbong)
         Cincin (sinsing)
         Kerongsang berwarna keemasan.

2.5.5   Dusun Tindal Tempasuk Kota Belud


      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi
         Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam.
         Gonob (sarong) paras lutut.

    ii.        Perhiasan Pakaian


         Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus.
         Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan berbagai
corakl kain berenda.
         Kain hitam berlapis-lapis dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan)
disandang di tangan sebelah kanan.
         2 pasang selendang merah.
         Kain dastar sebagai kolar baju.(selindang lolopot)
         Gonob ditenun sendiri oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan kain tenunan dari
hasil pemprosesan pisang larut (textil musa)

   iii.        Barangan Kemas


         Manik-manik antikb)Tali pinggang yang lebar (Kinokogis)a) Sinipogot - 4 gelang
sinipogot yang diperbuat daripada wang syiling dolar perak.
         Gelang Perak ( Saring Perak ).
         Anting-anting Perak.
         Beg kecil berwarna perak (pouch) diukir tangan beserta rantai leher (kiupu). Ia dipakai
sebagai rantai leher.

2.5.6   Murut Tagal Dari Daerah Keningau


      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi.
         Blaus tidak berlengan ( sampayau pinongkoh ).
         Sarung ( tapi ) berwarna hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan manik-manik
berwarna-warni dan bercorak secara melintang dan menegak di seluruh bahagian
depan dan belakang blaus serta sarung.

    ii.        Perhiasan Pakaian


         Manik-manik bercorak serta berwarna-warni seperti warna merah, putih, oren dan
hijau.

   iii.        Barangan Kemas


         Tali pinggang ( tirol ringgit ) yang diperbuat daripada wang syiling antik dolar warna
perak.
         Tali pinggang ( sukayan ) diperbuat daripada manik kristal berwarna merah / coklat
( sapulu ).
         Manik-manik warna biru ( botina ) dipakai ( berjuntai ) pada pinggang.
         Tali pinggang ( bungkas ) diperbuat daripada manik-manik yang berlapis-lapis
berwarna putih yang sukar didapati sekarang. Bungkas merupakan warisan turun
temurun ahli keluarga dan bernilai RM 10 000. 00.
         Rantai leher berwarna putih biru dan merah yang diperbuat daripada manik dan ukiran
kayu.
         Gelang tangan yang diperbuat daripada manik dipakai di atas paras siku.
2.6       Tarian Tradisional

            Setiap etnik  menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan tarian. Tarian
Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh
Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran
yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala,
menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-bapa/keluarga
dapat menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi.

            Irama Sumazau adalah perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gong dan
gendang. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah
kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan
dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau
ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.Antara jenis tarian
suku kaum Kadazandusun di Sabah adalah sepeti berikut :

i.        Liliput
         Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan secara
berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh jahat
daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara ini hanya akan
ditamatkan setelah semangat orang itu kembali ke badannya.

ii.        Menangkuk
         Tarian ini dipersembahkan oleh kaum Kadazandusun Kota Marudu di utara negeri
Sabah. Ia biasanya ditarikan semasa perkahwinan dan upacara-upacara lain. Penari
akan mempersembahkan tarian ini dengan menggunakan piring yang diletakkan di atas
telapak tangan.
         Tarian ini ditarikan dengan melenggangkan punggung tanpa menjatuhkan piring.
Sekiranya piring itu jatuh, ianya menunjukkan petanda yang buruk, terutamanya
semasa tarian ini dipersembahkan semasa hari perkahwinan. Kadang-kadang lilin yang
dinyalakan akan letakkan diatas piring tersebut untuk membuatkan tarian itu lebih
menarik.

iii.        Mogunatip
         Mogunatip adalah tarian yang dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman Sabah
termasuk kaum Kadazandusun dari Tambunan, Kwijau Dusun dari Keningau dan
beberapa kumpulan daripada suku kaum Murut. Mogunatip diambil daripada perkataan
"atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan.
         Penari mogunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari
melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian
tersebut. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara
yang tertentu untuk menghormati tetamu.

iv.        Mongigol Sumundai


         Mongigol Sumundai adalah tarian daripada daerah kudat dan Pitas yang
dipersembahkan oleh suku kaum Rungus . Kedua-duanya dipersembahkan oleh suku
kaum Rungus. Kedua-duanya dipersembahkan sekaligus semasa perayaan dan
upacara pemujaan semangat. Tarian ini ditarikan oleh 3 hingga 8 orang penari
perempuan dan diketuai oleh penari lelaki.
         Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakan
pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut. Pakian yang
digunakan oleh penari perempuan adalah pakaian tradisional suku kaum Rungus.
Tarian ini diiringi dengan 4 gong dan gendang yang dinamakan ' Tontog'.

v.        Paina
         Paina merupakan tarian suku kaum Kadazandusun dari daerah Membakut. Ianya
dipersembahkan semasa upacara kesyukuran terhadap semangat padi.
         Ia biasanya dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Pakaian yang
dipakai oleh penari perempuan adalah serba hitam dengan dihiasi butang yang terang
dan menyerlah manakala penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala dan ' sandai '
yang tergantung dari leher.
vi.        Sumayau ( Mongigol Tuaran )
         Tarian ini merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku kaum Dusun Lotud di
daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara ' Rumaha ' ( Upacara
memuja tengkorak kepala ), ' Magahau ' ( Upacara pemujaan semangat Tajau ).
         Sumayau dipersembahkan lebih daripada 8 orang pasangan yang berpakaian serba
hitam dengan lengan panjang dan selendang yang panjang mengelilingi leher. Penari
perempuan pula memakai bulu burung di bahagian kepala yang digabungjalinkan
sementara penari lelaki memakai ' sigar '.
         Penari perempuan menggerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan , sementara
penari lelaki berdiri dan menggoncangkan ' giring ' atau loceng kecil ang dilekatkan
pada pakaian mereka.

vii.        Sumazau Papar


         Tarian ini berasal dari daerah Papar, Sabah. Ianya biasa ditarikan oleh gabungan
penari lelaki dan perempuan.
         Keunikan pergerakan tapak kaki penari perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari
bertemu ibu jari. Ini membuatkan tarian ini lebih unik dan serta menarik. Penari
perempuan memakai pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun dari daerah Papar,
dengan ' seraung' yang diletakkan atas kepala dan bulu berwarna-warni atas ' seraung '
yang dipanggil ' senaundung '.
         Penari lelaki pula memakai ' siga ' pada kepala mereka dan juga skaf / selendang yang
dikenali sebagai ' sandai '.

viii.        Sumazau Penampang


         Sumazau Penampang adalah tarian tradisional suku kaum Kadazandusun. Tarian ini
biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat
padi ( Bambaazon ).
         Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari
lelaki dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan mengikut
paluan gong. Dengan ' pangkis ' dari penari lelaki biasanya, ini menandakan pertukaran
corak tarian akan dilakukan. ' Pangkis ' dari penari lelaki ini akan lebih memeriahkan
lagi suasana tarian ini.
         Pakaian yang dipakai oleh penari ini ialah pakaian serba hitam dengan jalur kuning
emas. Penari perempuan memakai ' tangkong ', ' tinggot ', dan ' Himpogot '. Penari
lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala. Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gong atau
pun ' togunggu '.

ix.        Titikas
         Titikas adalah tarian tradisional suku orang sungai di kawasan Kinabatangan,
Sandakan. Tarian ini biasanya ditarikan untuk menyambut ketibaan tetamu kehormat
dan juga semasa perayaan.

         Pergerakan tangan semasa menari ialah sama seperti permainan ' Ingki-ingki '. Alar
muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini dikenalai sebagai ' titikas ', ' gabang ', '
kantung ' , dan juga gong.
2.7       Perayaan

2.7.1   Pesta Kaamatan

            Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan


tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta
Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31
Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau,
tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"

            Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan


juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun. Kadazan
percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus:
Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup
kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang
telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).

            Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan


(Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah
sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi
Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai
bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

            Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka
dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras)
dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama
mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.
Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara
perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini
adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman.
            Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta
Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan
Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang
bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai
Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM.
SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Asal Usul Magavau


            Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi
suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang
sama.
            Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai
seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-
orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang
mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka
Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat
selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis
benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih
tumbuhan itu ialah padi.
            Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi,
maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama
"Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan
upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini.
Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik
dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang
selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas
tempat menyimpan padi.
            Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa
penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya
( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk
menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
Lagu - lagu Pesta Kaamatan
Kasaakazan Do Bambaazon
Toun haid tumahib
Au opiumanan
Toun vagu noikot no gontob
Tadau kalamazan

Chorus:-
Kotobian do Toun Vagu
Doid songovian
Ada tokou pogivovogu
Ondomo kovosian
Kanou no manaandak Mohoing dazanak
Tadau tagazo do Kaamatan
Kinasakazan Bambaazon

Chorus:-
Kotobian om kounsikaan
Hasa sopiampun
Miiso doid kasanangan
Ingkaa daa tikid toun

Chorus:-
Misompuru Id Koubasanan
Osodu noi koniab , Gontob tanong di aki,
Natalup no i ralan, Nantadon tulun tokou,
Upus nu om upus ku, Koubasan gulu-gulu,
Orubat au poinsurat tungkusan sinakagon

Chorus:-
Tobpinai kanou pogi,
Mi-iso id koubasanan,
Mogiampun-ampun tokou ,
tumabi toiso-iso
Misompuru id koubasanan
Tadau do kaamatan, tadau do koubasanan,
Pogirot piombolutan, tukad do ingkokoton,
Soira po wagu tokou mamasi koubasanan,
Miobpinai toiso-iso, iso rikoton tokou.
Kesimpulan
Masyarakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang harmoni dan
saling  bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan keunikan bagi negeri
Sabah. Masyarakatnya hidup dalam  keadaan  kepelbagaian  budaya dan menarik
perhatian ramai pelancong luar  ke negeri ini.

You might also like