You are on page 1of 3

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK SELEPAS 1963

SESI 2021/2022

Kuiz 1: Analisiskan secara ringkas intipati yang terkandung dalam


Perjanjian Malaysia 63 (MA63)

NAMA PENSYARAH: SIR AMRULLAH

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK


MOHD HAPI BIN BEN BA19170018
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah dibentuk dan ditanda tangani oleh pihak-pihak United
Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan, Tanah Melayu, Borneo Utara,
Sarawak dan Singapura pada 9 Julai 1963 di London. Perjanjian ini mengandungi 11 perkara
yang berfungsi sebagai perkara dan arah tuju yang harus diikuti, dipatuhi dan ditunaikan
oleh semua pihak yang telah menandatangani perjanjian ini. Hal ini dikatakan demikian
kerana perkara ini adalah asas kepada Akta 26/1963 untuk meminda perlembagaan sedia
ada iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu kepada Perlembagaan Persekutuan
Malaysia dan juga selaras dengan penggabungan bersama Borneo Utara (Sabah), Sarawak
dan Singapura.

Melalui perkara 11 yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963, terdapat di


dalam perkara 4 dimana Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapore telah diberikan
perlepasan hak kedaulatan oleh Queen hasil daripada penggubalan akta di parlimen United
Kingdom. Dengan ini, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapore dapat bergabung
dengan Persekutuan Tanah Melayu dan menjadi rakan sekutu untuk membina sebuah
Persekutuan yang bernama Malaysia. Melalui perjanjian ini juga, perkara-perkara ini
membincangkan mengenai peranan yang harus dilaksanakan oleh Persekutuan Tanah
Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan juga Singapore dalam penubuhan negara
Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap rakan sekutu mempunyai peranan dan
tanggungjawab sendiri dalam menjaga keharmonian dan keamaan negara Malaysia.

Asas perlembagaan dalam perjanjian Malaysia 1963, pada asalnya kedudukan taraf
negeri Sabah Sarawak dan Singapore adalah sebagai “rakan sekutu” dan tidak setaraf
dengan negeri-negeri di dalam persekutuan Tanah Melayu. Dalam erti kata lain, taraf negeri
Sabah dan Sarawak adalah sama dengan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapore. Hal ini
demikian, Sabah dan Sarawak bukanlah setaraf dengan negeri-negeri dalam Persekutuan
Tanah Melayu. Namun demikian, perlembagaan telah digubal pada 27 Ogos 1976 yang
menyatakan taraf rakan sekutu iaitu negeri Sabah, Sarawak dan Singapore sama taraf
seperti negeri-negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu. Melalui pindaan ini,
menampakkan penurunan kedudukan taraf Sabah, Sarawak dan Singapore daripada rakan
sekutu menjadi anak dalam negara Malaysia. Perkara ini masih berlaku sehingga kini dimana
negeri Sabah dan Sarawak seolah-olah dijadikan anak tiri dalam negara Malaysia. Borneo
Utara telah membuat memorandum 20 perkara dimana mengusulkan syarat-syarat dengan
Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapore dalam membentuk sebuah negara
Malaysia. Memorandum ini bertujuan memelihara hak dan kepentingan rakyat Sabah dan
Sarawak agar tidak tergugat apabila menyertai Malaysia.

Kesimpulanya, bekas perdana menteri kelapan iaitu Tun Dr. Mahathir telah berucap
pada tahun 2018 lalu dan beliau menyatakan komitmen untuk mengembalikan taraf negeri
Sabah dan Sarawak sebagai status rakan sekutu sebagaimana yang telah termaktub dalam
perjanjian Malaysia 1963. Namun demikian, usaha itu tidak dapat dilaksanakan akibat
berlakunya perpecahan kerajaan pada ketika itu dan sehingga kini taraf rakan sekutu negeri
Sabah dan Sarawak masih belum dikembalikan seperti mana dalam perjanjian Malaysia
1963.

You might also like