You are on page 1of 11

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI

KREATIF (ASTiF)
UNIVERSITI MALAYSIA
SABAH AT20503
REVOLUSI INDUSTRI DAN KAEDAH
PENYELIDIKAN

NAMA NUR AIDIL SYAZWINA BINTI MOHAMAD YUSOF

NO. MATRIK BA 20110126

TAJUK TUGASAN PERKEMBANGAN BENTUK DAN STRUKTUR TEKS


TEATER DI MALAYSIA

PENSYARAH ENCIK VICTOR PANGAYAN

TUTOR CIK TOH MIN MIN

KLUSTER TEATER
ISI KANDUNGAN

Bil. KANDUNGAN MUKA SURAT


1. PENGENALAN
2. PERMASALAHAN KAJIAN
3. SOALAN KAJIAN
4. OBJEKTIF KAJIAN
5. METODOLOGI KAJIAN
6. LOKASI KAJIAN
7. SOROTAN LITERATUR
8. KEPENTINGAN KAJIAN
9. LIMITASI KAJIAN
10 PENUTUP
11. RUJUKAN
semak smula susunan subtajuk

1.0 PENGENALAN

Teater merupakan tempat persembahan-persembahan kesenian yang akan dilakonkan


di hadapan khalayak ramai orang yang secara langsungnya menggunakan kombinasi
pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan pelbagai aspek lain yang dapat
dikategorikan dalam teater. Teater yang dahulunya menggunakan alat-alat kesenian lama
seperti wayang kulit, pantonim dan opera. Namun teater terkini telah digunakan banyak
konsep transformasi. Sebagai contoh, teater yang dahulunya hanya pelakon lelaki sahaja
yang dibenarkan beraksi di atas pentas, namun kini perubahan zaman dan abad telah
membesarkan lagi konsep dan penggunaan teater itu sendiri. Sebagai contoh, perempuan
juga telah boleh beraksi dan mempersembahkan teater dipentas. Seni teater merupakan
suatu karya seni yang rumit dan kompleks. Antaranya gabungan seni yang dicipta oleh
penulis, sutradara, penata artistic dan pelbagai lagi. Teater ini memerlukan Kerjasama
yang tinggi supaya semuanya berjalan dengan serentak dan seirama serta memerlukan
hamonisasi dari keseluruhan krew kumpulan. Walaupun berbeza bentuk dan struktur teks
teater, namun dalam pementasan teater krew kumpulan perlu memainkan peranan
masing-masing bagi menjayanya sesuatu pementasan. Dalam kajian ini pengkaji
memfokuskan kepada prolog dalam sesebuah pementasan teater di Malaysia. Prolog ini
mempunyai pengertian, fungsi, jenis, cara membuat dan contoh-contoh khas dalam
pementasan teater di Malaysia. Seterusnya, kajian terhadap bentuk-bentuk perbualan
setiap watak bagi setiap dialog untuk teknik-teknik orientasi, konflik dan penyelesaian di
Malaysia dan pencerita akan memberikan naratif semula berkenaan amanat atau
pengakhiran dalam pementasan teater berikut.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam struktur teks teater biasanya prolog dipanggil bahagian pembukaan. Pembukaan
dalam bentuk penceritaan yang dibaca oleh pencerita semasa pementasan. Prolog
merupakan teks awal karya bertulis. Fungsinya adalah untuk memperkenalkan karya,
memudahkan pemahamannya atau menghargai dalam konteks budaya tertentu.
Sebarang jenis karya boleh membawa prolog iaitu sebagai karya sastera, drama, karya
muzik, buku sejarah dan banyak lagi. Pemain prolog bertindak sebagai pihak berkuasa
mengenai subjek yang ‘mempersembahkan’ pengarang dan karya, dan menjelaskan
nilainya dari sudut pandangan yang berbeza. Persoalannya, siapakah yang akan
melakukan prolog dalam sesebuah pementasan teater di Malaysia?

Selain itu, struktur teks bagi dialog merupakan perbualan antara beberapa watak
seperti orientasi, konflik dan penyelesaian. Dalam karya sastera, teks teater mempunyai
ciri-ciri yang mengandungi dialog atau perbualan yang disampaikan oleh pelakon dan
drama. Struktur teks mempunyai arahan khusus yang dilakukan oleh pelakon dalam
menyesuaikan ekspresi (marah atau gembira atau sedih). Persoalannya, apakah bentuk-
bentuk perbualan setiap watak bagi setiap dialog untuk Teknik-teknik orientasi, konflik
dan penyelesaian di Malaysia?

Akhir sekali, epilog adalah struktur terpenting dalam setiap teks teater di
Malaysia.
Epilog dipanggil sebagai penutupan dan atau pengakhiran drama atau teater mahu pun
sesebuah pementasan tersebut. Epilog ini kebiasaannya menunjukkan bahagian akhir pidato
atau esei untuk rumusan ringkas akhir idea yang dikemukan dibuat, hujah dan kesimpulan
asas atau perkara utama disintesis contohnya dalam karya teater, novel atau filem.
Persoalannya adakah pencerita akan memberikan naratif semula berkenaan amanat atau
pengakhiran dalam teater di Malaysia?

3.0 SOALAN KAJIAN

i. Siapakah yang akan melakukan prolog dalam sesebuah pementasan teater di


Malaysia?

ii. Apakah bentuk-bentuk perbualan setiap watak bagi setiap dialog untuk teknik-teknik
orientasi, konflik dan penyelesaian di Malaysia?
iii. Adakah pencerita akan memberikan naratif semula berkenaan amanat atau
pengakhiran dalam teater di Malaysia?

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa objektif :
1) Mengetahui siapakah yang akan melakukan prolog dalam sesebuah pementasan
teater di Malaysia.

2) Mengetahui bentuk-bentuk perbualan setiap watak untuk Teknik-teknik orientasi,


konflik dan penyelesaian teater di Malaysia.

3) Mengetahui bahawa pencerita akan memberikan naratif semula berkenaan amanat


atau pengakhiran dalam teater di Malaysia.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam bahagian ini akan menghuraikan tentang kaedah kajian yang akan digunakan
dalam esei ini. Penghuraian akan berkaitan dengan kaedah pengumpulan data. Esei ini
akan menggunakan beberapa cara pengumpulan data iaitu :

a) Pengumpulan data mentah yang berkaitan dengan objektif kajian yang


menggunakan kajian jenis laporan kendiri atau ‘self-report’. Kaedah kajian ini
dipilih disebabkan oleh pengkaji mahu mendapatkan kajian sebenar mengenai
bentuk dan struktur teks teater di Malaysia.

b) Penggunaan maklumat melalui data yang kedua melibatkan bentuk dan struktur
teks di perpustakaan, laman-laman jurnal yang diiktiraf dan naskah-naskah teks
untuk melakukan perbandingan dan perbezaan terhadap kajian dan metod yang
dilakukan terdahulu dalam sebuah pementasan teater atau kajian lepas.

c) Kajian yang dijalankan adalah dalam bentuk tinjauan dalam talian (Google Form)
dalam kalangan pelajar seni di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif untuk melihat
sejauhmanakah bentuk dan truktur teks teater ini dapat dibezakan. Kajian ini
dilakukan adalah untuk mendapatkan data mengenai pengetahuan mereka
terhadap bentuk dan struktur teks teater serta unsur-unsur yang mereka perolehi
apabila menjalankan pementasan teater.

d) Kajian yang dijalankan adalah secara temu bual. Temu bual ini akan digunakan
secara alam maya dengan pautan ‘google meet’ dan secara fizikal khasnya kepada
pensyarah Akademi Seni dan Teknologi Kreatif untuk mendapatkan rujukan dan
pandangan yang lebih tepat.
6.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti
Malaysia Sabah. Lokasi ini memang menjadi tumpuan pengkaji untuk mendapatkan
sumber rujukan dan kajiannya . ASTiF adalah salah satu fakulti seni yang baru
sahaja ditukar Namanya setelah mendapat persetujuan dan perbincangan antara
dekan dan canselor UMS. ASTiF merupakan satu-satunya fakutli yang tidak
menggunakan pangkal nama Fakulti sebagai tempat mahasiswa mahasiswi
laksanakan pembelajaran. ASTiF juga mempunyai beberapa kos di dalamnya iaitu
seni kreatif, seni muzik dan teknologi seni visual. Dalam seni kreatif terdapat 3
pengkhususan program iaitu penulisan, teater dan tari. Pengkaji akan menjalankan
kajiannya di ASTiF dan kawasan sekitarnya di Universiti Malaysia Sabah.

7.0 SOROTAN LITERATUR

Sorotan literatur merupakan tanggungjawab awal yang perlu dilakukan oleh


pengkaji dalam menghasilkan kajian. Ini juga merupakan satu proses untuk mendapatkan
maklumat penting sebelum menjalankan kajian secara keseluruhan. Hasil kajian dapat
dihasilkan dengan baik dan mudah. Pengkaji akan melakukan tinjauan ke atas karya lain
yang berkaitan dengan bentuk dan struktur teks teater di Malaysia. Oleh itu, menurut
(Ayu Rifka, 2021) struktur teks drama adalah prolog, orientasi, komplikasi, resolusi dan
epilog. Prolog merupakan ayat atau kata pembuka, pendahuluan atau cerita latar, yang
biasanya disampaikan oleh dalang atau watak tertentu yang telah ditetapkan dalam teks
drama. Selain itu, orientasi ia merupakan pengenalan dan latar aksi dan tempat yang
merangkumi pengenalan watak, menyatakan situasi dan jalan cerita, hingga permulaan
dalam mengusulkan konflik yang akan berlaku dalam cerita yang dipersembahkan dalam
drama. Komplikasi pula disebut sebagai bahagian tengah cerita yang mula berkembang
konflik. Dalam bahagian ini watak utama akan menemui pelbagai halangan antara dia
dengan matlamat atau keinginannya. Watak juga sering mengalami pelbagai salah faham
dalam perjuangan mereka menghadapi rintangan tersebut. Seterusnya, resolusi
(Denouement) iaitu selesainya komplikasi atau pelbagai halangan yang menghalang watak
utama. Bahagian ini mesti muncul secara logik dan sesuai dengan pelbagai komplikasi
atau klimaks (kemuncak konflik yang memisahkan komplikasi dan penyelesaian) yang
telah dibentangkan sebelum ini. Akhir sekali, epilog ia merupakan bahagian penutup
drama dalam bentuk kata penutup yang mengandungi kesimpulan atau amanat
berkenaan keseluruhan isi drama. Bahagian ini biasanya disampaikan oleh dalang atau
watak tertentu.
Selain itu, menurut (Fazilah Husin, 2007) sebagai bentuk dan struktur teks yang
berbeza dengan naskah lain, teks teater mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antaranya,
mengandungi dialog atau perbualan yang boleh disampaikan oleh pelakon atau lakonan.
Selain itu, mengandungi cerita, cerita, atau naratif yang disampaikan melalui dialog atau
perbualan antara watak. Seterusnya naskah teks mempunyai arahan khusus yang mesti
dilakukan oleh pelakon contohnya menyesuaikan ekspresi (marah atau gembira),
mengambil tindakan (berlari/melompat), dan pergerakan. Akhir sekali, teater itu secara
eksklusif menggunakan dialog sebagai isi kandungannya, penulisan ucapan tidak perlu
menggunakan tanda petikan (“ ").

8.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting kerana dapat menjelaskan tentang pelajar teater mengetahui dan
menganalisis perbezaan struktur dan bentuk teks yang digunakan dalam seni teater
di Malaysia. Kesukaran pelajar mengenalpasti struktur dan bentuk teks juga dapat
diatasinya. Selain itu, menerangkan dengan lebih jelas tentang struktur dan bentuk
teks yang menjadi kesukaran pelajar teater untuk dijadikan sebagai ilmu pada
kajian masa akan dating. Sekaligus, dapat menjadikan kajian ini sebagai platform
kepada bakal pengkaji lain untuk dijadikan rujukan literatur dan dapat memahami
konsep pengumpulan data tentang struktur dan bentuk teks teater di Malaysia.
Seterusnya, kepentingan kajian ini dapat mengetahui siapakah yang akan
melakukan prolog dalam sesebuah pementasan teater di Malaysia. Dengan itu, hasil
kajian ini boleh memberi gambaran kepada pelajar teater dalam meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan dalam bentuk teks teater. Melalui kajian ini ianya
dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek seperti dapat
mengenali inti pati prolog dalam sesebuah pementasan teater ini.
Selain itu, hasil kajian ini dapat meninjau tahap bentuk-bentuk perbualan setiap
watak untuk teknik-teknik orientasi, konflik dan penyelesaian teater di Malaysia. Hal
ini dikatakan demikian kerana, sesetengah produksi atau pelakon tidak
menggunakan teknik-teknik yang betul untuk menghasilkan pementasan yang
terbaik. Oleh itu, dengan kajian ini mereka dapat menjalankan bentuk-bentuk
perbualan dengan menggunakan teknik yang betul.

Akhir sekali, pencerita akan memberikan naratif semula berkenaan amanat atau
pengakhiran dalam teater di Malaysia. Pengkaji akan mengkaji sama ada setiap
pencerita (narrator) akan memberikan amanat atau pengakhiran cerita dalam
naskah teater yang dipentaskan. Maka, pengkaji akan dapat menyimpulkan bahawa
kajian ini sahih dan boleh dijadikan sebagai rujukan pada masa akan dating.

9.0 LIMITASI KAJIAN

Dalam pelaksanaan kajian ini, terdapat beberapa had kajian yang dihadapi oleh
pengkaji. Masalah utama yang dihadapi adalah kekurangan sokongan dan
Kerjasama daripada responden dalam pengumpulan data dan maklumat. Dalam
proses pengedaran borang soal selidik, pengkaji telah memberikan masa yang
Panjang untuk memberi maklum balas. Namun begitu, kebanyakan responden tidak
menjawab borang soal selidik tersebut ketika proses pengutipan dijalankan atas
sebab kekangan rangkaian internet yang tidak begitu baik.

Di samping itu, had kajian yang dihadapi pengkaji dalam menjalankan kajian ini
adalah semasa proses penghasilan kajian literatur. Kekangan ini dihadapi
disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang berkaitan dengan topik kajian. Hal
ini dikatakan demikian kerana, kebanyakan kajian lepas dijalankan hanyalah
memfokuskan kepada teater eskperimental, teater realisme dan penghasilan vokal
dalam teater. Justeru itu, dengan kekurangan bahan rujukan ini menyebabkan
pengkaji mengambil tempoh yang lama bagi menyiapkan kajian ini.

10.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, dalam kajian ini dinyatakan analisis secara jelas terhadap
bentuk dan struktur teks teater di Malaysia. Seperti sedia maklum, terdapat
beberapa contoh teks teater yang biasanya dipentaskan. Setiap teks yang
digunakan mempunyai perbezaan bentuk dan struktur teks. Antaranya teater
dramatik, teater muzikal, teaterikal puisi, teater Gerakan dan teater boneka.
Kesemua jenis teater tersebut menggunakan perbezaan elemen-elemen bentuk dan
struktur teks. Teater dramatik dilaksanakan dengan teks yang terperinci, bermula
dengan jalan cerita cerita, watak, dan peristiwa. Oleh itu, fokus teater dramatik
adalah untuk membuatkan penonton betah dengan cerita yang dipentaskan.
Seterusnya, drama muzikal persembahannya yang menggunakan teks dan
nyanyian. Ianya menggabungkan dengan teater, muzik dan tarian. Selain itu,
teaterikal puisi bentuk dan struktur teksnya menggunakan puisi sebagai skrip
teaternya. Keindahan bentuk teks itu datang daripada bait-bait puisi yang
dilontarkan oleh pelakon. Tambahan lagi, teater Gerakan lebih memfokuskan
kepada Gerakan dan jarang dipakai untuk masa ini. Akhir sekali, teater boneka
biasanya digunakan di kawasan Indonesia dan lebih tertumpu kepada wayang kulit.

11.0 RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Prolog. Dipetik daripada

https://prpm.dbp.gov.my/Cari?keyword=PROLOG

Seni Teater

https://www.mapel.id/seni-teater/

You might also like