You are on page 1of 8

Abstrak

Gejala buli ini kian membara sehingga hangat dibicarakan di dada-dada akhbar dan media massa
sejak akhir-akhir ini. Gejala buli ini sering dikaitkan dengan masalah disiplin. Buli merupakan
sejenis perlakuan salah laku yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan
emosi dan kemajuan akademik pelajar yang dibuli. Ia boleh dikategorikan kepada dua iaitu buli
secara fizikal dan secara mental. Gejala buli yang telah dilaporkan menunjukkan betapa perlunya
tindakan segera oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab agar ia tidak terus menular. Hal ini
melihatkan keadaan gejala buli amat membimbangkan. Kertas kerja ini selain membincangkan
tentang isu yang terlibat, ia bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah kegiatan buli dalam
kalangan mahasiswa di universiti dengan mengaitkan pendekatan Ibn Miskawayh. Selain itu, ia
juga akan mengutarakan punca dan kesan mahasiswa melakukan aktiviti membuli serta langkah
yang boleh diambil untuk menangani isu buli. Ini juga bertujuan untuk memahami tentang gejala
buli dalam kalangan mahasiswa di sebuah universiti. Oleh yang demikian, isu ini perlu
dibanteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan dan keharmonian
sesebuah universiti. Ibu bapa dan para pensyarah seharusnya memainkan peranan dalam
membantu dalam menangani mereka untuk mengurangkan serta menghapuskan budaya buli
dalam kalangan mahasiswa sama ada di university ataupun asrama.

3.0 ISU SEMASA

Zulfarhan didakwa telah didera oleh sekumpulan rakan sepengajiannya pada 21 hingga
22 Mei 2017 kerana didapati telah mencuri komputer riba. Beliau telah ditekap dengan seterika
wap di seluruh tubuh badannya. Seutas tali pinggang, hos getah dan penyangkut baju juga telah
digunakan. Kesalahan itu didakwa dilakukan di asrama Jebat Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia (UPNM) antara 2.30 Pagi dan 5.30 pagi pada 21 Mei dan 1.30 pagi hinggan 5.45 pagi
pada keesokkan harinya.

Seminggu kemudian, pada 27 Mei, 2 daripada rakan sekumpulannya telah membawa


Zulfarhan ke sebuah klinik di Bangi bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Mereka juga
membawa beliau ke klinik yang sama pada 31 Mei. Manakala, pada 1 Jun iaitu 11 hari selepas
serangan pertama, Zulfarhan akhirnya dibawa ke hospital. Beliau meninggal dunia sebaik sahaja
tiba walaupun terdapat dua cubaan yang dilakukan oleh pihak hospital untuk menyelamatkan
badannya yang telah rosak.

4.0 PUNCA BERLAKUNYA GEJALA BULI SECARA FIZIKAL


Faktor utama bagi masalah buli dalam kalangan mahasiswa ialah kurangnya didikan
agama. Sebagai insan yang bertanggungjawab dalam mencorakkan anak-anak, ibu bapa
seharusnya sedar bahawa penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak lebih berkesan
jika dididik dari awal. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak
mempunyai masa yang terluang untuk berkomunikasi dan memahami anak-anak akan
menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang pemantauan dari ibu bapa. Akibatnya,
anak-anak akan terjebak dalam kegiatan buli oleh disebabkan kurangnya nilai-nilai murni
dan didikan agama dalam diri anak-anak. Rasulullah SAW bersabda:

‫ أَ ْو َولَ ٍد‬،‫ أَ ْو ِع ْل ٍم يُ ْنتَفَ ُع بِ ِه‬،‫اريَ ٍة‬


ِ ‫ص َدقَ ٍة َج‬
َ :‫ث‬ ٍ ‫ان ا ْنقَطَ َع َع َملُهُ إِاَّل ِم ْن ثَاَل‬
ُ ‫ات اإْل ِ ْن َس‬
َ ‫إِ َذا َم‬
ُ‫ح يَ ْد ُعو لَه‬
ٍ ِ‫صال‬
َ
Maksudnya: "Jika seseorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalannya, kecuali

tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya."

(HR. Muslim).

Punca lain berlakunya gejala buli dalam kalangan mahasiswa universiti ialah kurang
perhatian asas daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana, persekitaran di mana mahasiswa
berkenaan dibesarkan adalah tulang belakang kepada siapa dia akan menjadi. Sekiranya,
persekitaran mahasiswa berkenaan adalah positif, maka tingkah laku yang akan ditonjolkan
adalah positif. Jika persekitaran yang dilaluinya adalah negatif, maka remaja berkenaan akan
membesar dengan dengan mempunyai tingkah laku yang negatif. Sebagai contoh, remaja
tersebut memerhatikan ibu bapa atau adik beradiknya mempamerkan tingkah laku buli,
berkemungkinan remaja berkenaan turut terjebak untuk melakukan kegiatan buli ketika dia
berada di alam universiti. Bukan itu sahaja, remaja yang kerap menerima hukuman fizikal di
rumah, mereka lebih cenderung untuk mewujudkan tingkah laku negatif di universiti dengan
membuli orang lain yang lebih lemah berbanding mereka. Walau bagaimanapun, dalam
sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah R.A, beliau meriwayatkan dari Nabi Muhammad
SAW, baginda bersabda:

g‫ ْد‬gَ‫ ق‬g‫ ي‬gِ‫ ت‬gْ‫ أ‬gَ‫ ي‬g‫ َو‬g‫ ٍة‬g‫ ا‬g‫ َك‬g‫ َز‬g‫ َو‬g‫م‬gٍ g‫ ا‬gَ‫ ي‬g‫ص‬ gَ g‫ص‬
gِ g‫ َو‬g‫ال ٍة‬ gَ gِ‫ ب‬g‫ ِة‬g‫ َم‬g‫ ا‬gَ‫ ي‬gِ‫ ق‬g‫ ْل‬g‫ ا‬g‫ َم‬g‫و‬gْ gَ‫ ي‬g‫ ي‬gِ‫ ت‬gْ‫أ‬gَ‫ ي‬g‫ ي‬gِ‫ ت‬gَّ‫م‬gُ‫ أ‬g‫ن‬gْ g‫ ِم‬g‫س‬ gَ gِ‫ ل‬g‫ ْف‬g‫ ُم‬g‫ ْل‬g‫َّن ا‬g gِ‫إ‬
g‫ ا‬g‫ َذ‬gَ‫ ه‬g‫ ى‬gَ‫ ط‬g‫ ْع‬gُ‫ ي‬gَ‫ ف‬g‫ ا‬g‫ َذ‬gَ‫ ه‬g‫ب‬ gَ gَ‫ ف‬g‫ َس‬g‫و‬gَ g‫ ا‬g‫ َذ‬gَ‫ ه‬g‫ل‬gَ g‫ ا‬g‫ َم‬g‫ َل‬g‫ َك‬gَ‫ أ‬g‫ َو‬g‫ ا‬g‫ َذ‬gَ‫ ه‬g‫ف‬
gَ g‫و‬gَ g‫ ا‬g‫ َذ‬gَ‫ ه‬g‫ َم‬g‫ َد‬g‫ك‬
gَ g‫ر‬gَ g‫ض‬ gَ g‫ َذ‬gَ‫ ق‬g‫ َو‬g‫ ا‬g‫ َذ‬gَ‫ ه‬g‫ َم‬gَ‫ ت‬g‫َش‬
َ g‫ ْق‬gُ‫ ي‬g‫ن‬gْ gَ‫ أ‬g‫ َل‬g‫ ْب‬gَ‫ ق‬gُ‫ه‬gُ‫ت‬g‫ ا‬gَ‫ ن‬g‫ َس‬g‫ح‬gَ g‫ت‬
gِ‫ ه‬g‫ ْي‬gَ‫ ل‬g‫ َع‬g‫ ا‬g‫ َم‬g‫ ى‬g‫ض‬ gْ gَ‫ ي‬gِ‫ ن‬gَ‫ ف‬g‫ن‬gْ gِ‫إ‬gَ‫ ف‬g‫ ِه‬gِ‫ت‬g‫ا‬gَ‫ ن‬g‫ َس‬g‫ح‬gَ g‫ن‬gْ g‫ ِم‬g‫ ا‬g‫ َذ‬gَ‫ ه‬g‫و‬gَ g‫ ِه‬gِ‫ت‬g‫ا‬gَ‫ ن‬g‫ َس‬g‫ َح‬g‫ن‬gْ g‫ِم‬
gِ‫ر‬g‫َّا‬g‫ن‬g‫ل‬g‫ ا‬g‫ ي‬gِ‫ ف‬g‫ح‬ gَ g‫ ِر‬gُ‫ ط‬gَّ‫م‬gُ‫ ث‬g‫ ِه‬g‫ ْي‬gَ‫ ل‬g‫ َع‬g‫ت‬ gْ g‫ َح‬g‫ ِر‬gُ‫ ط‬gَ‫ ف‬g‫ ْم‬gُ‫ه‬g‫ا‬gَ‫ي‬g‫ ا‬g‫ط‬ َ g‫خ‬gَ g‫ن‬gْ g‫ ِم‬g‫ َذ‬g‫خ‬gِ gُ‫أ‬

Maksudnya: Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah sesiapa


yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa, dan zakat. Dia juga datang
dalam keadaan pernah mencela orang ini, menuduh orang ini, memakan harta
orang ini, menumpahkan darah orang ini, memukul orang ini . Maka diberikan
kepada orang-orang tersebut kebaikan-kebaikan dirinya. Sekiranya kebaikannya
sudah habis dalam keadaan perhitungan ke atasnya belum lagi habis, maka
diambil kejahatan-kejahatan mereka itu tadi lalu dicampakkan kepadanya dan
kemudiannya dia dicampak ke dalam neraka.

Riwayat Muslim (2581)

Selain itu, mahasiswa yang merasakan diri mempunyai kuasa juga merupakan
punca mengapa kejadian buli semakin berleluasa dalam kalangan mahasiswa di
universiti. Hal ini demikian kerana, pembuli berkenaan menyedari bahawa
terdapat kekurangan yang ditonjolkan oleh mahasiswa yang akan menjadi
mangsa buli. Sebagai contoh, mahasiswa tersebut mempunyai fizikal yang lebih
kecil berbanding pembuli, mangsa buli tidak pandai melawan apabila dirinya
dibuli, dan mangsa buli juga tidak mempunyai rakan dalam jumlah yang ramai.
Mahasiswa yang sering membuli mahasiswa yang lain akan merasakan bahawa
dirinya puas apabila melakukan buli terhadap mahasiswa lain. Semakin mangsa
berasa takut terhadap pembuli, semakin tinggi kepuasan yang dirasai oleh
pembuli. Akibatnya, mangsa akan mengalami ketakutan, stress yang
berpanjangan, tidak tenteram atau mengalami kecederaan sekiranya pembuli
bertindak mencederakan mangsa secara fizikal mahupun psikologi.

Seterusnya, faktor yang mendorong untuk membuli pelajar lain adalah


melalui pengaruh media massa. Hal ini demikian kerana, pelbagai genre filem
dan drama bersiri luar negara yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan
budaya asing yang sememangnya berbeza dengan budaya tempatan. Program-
program yang diimport masuk dari negara-negara barat yang kebanyakannya
berunsurkan aksi-aksi ganas akan menyebabkan mahasiswa terdorong dengan
perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang dipaparkan. Walaupun banyak usaha
yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan melalui FINAS bagi menyekat
kebanjiran filem asing terutamanya dari negara seberang seperti Hong Kong,
Thailand, Indonesia, Hollywood dan Singapura, tetapi masih ada lagi segelintir
masyarakat yang cuba membawa pengaruh filem berkenaan. Lambakan filem aksi
yang ada di pasaran mempengaruhi golongan remaja untuk membeli dan
menonton filem ini. Akibatnya, pembuli akan terpengaruh dengan filem-filem
berkenaan dan seterusnya bertindak ke atas mangsanya tanpa memikirkan padah
yang bakal mereka hadapi.

Akhir sekali, pengaruh daripada rakan sebaya juga merupakan punca


mahasiswa membuli pelajar lain. Hal ini demikian kerana, mahasiswa pada masa
kini lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka. Mereka juga
lebih mempercayai rakan yang yang seusia untuk berkongsi masalah. Kejadian
membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan kebiasaannya mereka adalah
sebaya. Tekanan yang diberikan oleh rakan sebaya akan mendorong pelajar
terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli. Hal
ini bertepatan dengan surah Al-Furqan ayat 29:

‫ان َخ ُذواًل‬
ِ ‫ان لِإْل ِ ْن َس‬ َ ‫ضلَّنِي َع ِن ال ِّذ ْك ِر بَ ْع َد إِ ْذ َجا َءنِي ۗ َو َك‬
ُ َ‫ان ال َّش ْيط‬ َ َ‫لَقَ ْد أ‬
"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia
disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang
menjadikan dia sahabat karibnya)". (29)

5.0 KESAN BERLAKUNYA GEJALA BULI SECARA FIZIKAL

Secara umumnya, gejala buli akan memberi kesan yang mendalam


terutamanya kepada mangsa buli. Mangsa buli akan menghadapi kesan jangka
pendek dan jangka panjang. Kesan perbuatan buli bukan sahaja memberi kesan
kepada fizikal atau emosi, malah memberi kesan kepada system pembelajaran dan
pengajaran di sekolah.

5.1 Kesan Buli Jangka Masa Pendek

1. Kesan Fizikal

Kesan ini menyebabkan pelbagai kesukaran yang akan dihadapi oleh mangsa buli.
Teicher et.al (2010) telah mengkaji kesan fizikal buli kepada mangsa. Dalam kajiannya,
beliau mengatakan bahawa mangsa buli akan menunjukkan keadaan yang tidak normal di
dalam otak di mana bahagian tersebut yang menghubungkan antara otak kiri dan otak kanan.
Bahagian ini adalah penting dalam proses penglihatan, ingatan dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, mangsa buli akan berhadapan dengan masalah kesihatan dan fizikal
seperti hadapi masalah psychosomatic contohnya, pening kepala, sakit perut dan masalah
gangguan tidur. Mangsa-mangsa buli juga menunjukkan simptom-simptom ke arah
permasalahan kerehan dan juga kemurungan. Permasalahan ini juga telah dibuktikan dengan
kajian yang telah dilakukan oleh Arseneault, Milne, Taylor (2008), bahawa buli adalah salah
satu faktor yang akan menyebabkan seseorang mangsa buli berhadapan dengan permasalahan
dalam secara sedar atau tidak.

2. Kesan Emosi
Buli fizikal boleh mendatangkan kesan kepada emosi mahasiswa. Hal ini
demikian kerana, mereka yang dibuli selalunya mempunyai perasaan rendah diri yang
tinggi, malu dan tertekan dengan situasi yang berlaku. Pernyataan ini disokong oleh
kajian (Beran & Li, 2005) di mana penyelidikan awal telah menunjukkan bahawa mangsa
buli dapat memberi kesan negatif terhadap psikologi dan emosi.

3. Kesan Pembelajaran

Mangsa-mangsa yang telah menjadi mangsa buli sering berasa takut dan bimbang
setiap kali berada di universiti. Hal ini menyukarkan mereka untuk melibatkan diri secara
aktif di dalam proses pembelajaran. Disebabkan oleh ketakutan yang melampau, mangsa
buli akan ponteng kelas seterusnya berada di luar kawasan universiti supaya dapat
mengelakkan diri daripada dibuli. Terdapat beberapa kesan akibat kejadian buli kepada
pelajar dan sekolah, antaranya ialah hubungan pelajar dengan pelajar dan pihak universiti
akan terjejas dan tahap ketidakhadiran pelajar yang dibuli akan meningkat. Pelajar yang
sering dibuli juga tidak dapat fokus dalam pelajaran. Masalah buli boleh menyebabkan
suasana pembelajaran yang kurang sihat dan tidak memberangsangkan kepada mereka
yang terlibat sama ada pembuli, mangsa atau penonton kejadian buli (Amin Al Haadi,
2013).

5.2 Kesan Buli Jangka Masa Panjang

1. Kesan Fizikal

Kesan jangka panjang secara fizikal terutamanya tahap kesihatan mangsa buli
menunjukkan kesan yang ketara. Mangsa yang dilaporkan dan dilihat mengalami masalah
kesihatan seperti mengalami kesakitan badan, menghadapi masalah pening kepala dan
juga masalah lambat pulih dari kesakitan. Mangsa buli juga menunjukkan beberapa
simptom masalah lain yang menyumbang kepada masalah fizikal jangka masa panjang
seperti masalah kemurungan. Kesan-kesan ini bukan sahaja memberi kesan kepada
biologi atau tubuh badan seseorang tetapi kepada fizikal bagaimana seseorang berfungsi
dalam masyarakat.

2. Kesan Pembelajaran

Antara masalah yang telah ditemui oleh pengkaji-pengkaji ialah mangsa buli tidak suka
menghadiri kelas, mempunyai masalah perhubungan dengan rakan-rakan dan pihak
universiti serta mengalami masalah yang melibatkan kesihatan jangka masa panjang.
Mereka juga menghadapi masalah konsentrasi dalam pelajaran serta dalam menguasai
kemahiran yang diajar ketika di universiti. Mangsa juga ada menghadapi kesan-kesan lain
seperti tidak pergi ke kelas secara kerap atau mengelakkan diri dari menghadiri aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak fakulti. Mahasiswa juga lebih gemar untuk berada di luar
kawasan universiti kerana mereka beranggapan bahawa di luar lebih selamat berbanding
di dalam kawasan universiti.

RUJUKAN

Ada Mary Juliana, Okoli Georgina, Obeten, Okoi Okorn, Akeke, M. N.G. Journal of Education
and Practice (2016). Prevalence, Causes and Effects of Bullying in Tertiary Institutions in Cross
River State, Nigeria. Universiti Of Calabar.

Amin Al Haadi (2013). Intervensi Kaunseling Kelompok Terapi Tingkah laku Kognitif dalam
Membantu Mangsa Buli di Sekolah. Tesis tidak diterbitkan
Ngo Yew Yung, Nasharuddin & Muhammad Afiq (2019). Gejala Buli Secara Fizikal Yang
Semakin Berleluasa Di Sekolah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nor Junainah, Mohd Sobri & Amelia (2019). Masalah Buli Dalam Kalangan Pelajar: Apa Kata
Pendidik? Bullying Problems Among Students: What Do Teachers Say? Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Umar Mukhtar Mohd Noor (2016). Bayan Linnas Siri Ke-51: Buli: Bagaimana
Penyelesaiannya ? https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1832-bayan-
linnas-siri-51-buli-bagaimana-penyelesaiannya

You might also like