You are on page 1of 9

PENGENALAN

Pada tanggal 6 Januari 2020 Dunia digemparkan dengan satu pandemik penyakit koronavirus
2019 (COVID-19) yang sedang melanda seluruh dunia berpunca daripada koronavirus sindrom
pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Kes COVID-19 yang pertama di Malaysia telah
disahkan pada 25 Januari 2020 yang melibatkan para pelancong dari China yang tiba di Johor
melalui Singapura. Kes-kes yang dilaporkan pada awalnya kekal rendah dan sebahagian
besarnya terbatas kepada kes-kes yang diimport, sehinggalah beberapa kluster tempatan muncul
pada bulan Mac 2020. Dengan meningkatnya kes di Malaysia kerajaan Malaysia memutuskan
untuk mengadakan PKP iaitu perintah kawalan pergerakan bagi megekang wabak ini terus
merebak ke seluruh pelusuk negara. Dengan berlakunya PKP ini maka semua perniagaan diarah
tutup sepanjang tempoh PKP dilaksanakan termasuklah semua sektor selaian sektor-sektor yang
hanya berkepentingan kepada Negara. Jadinya bagi peniaga-peniaga kecil agak terkesan dengan
berlakunya PKP ini dimana sumber pendapatan utama mereka terpaksa ditutup dan tidak
dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini.

Seorang sahabat penulis juga termasuk salah seorang yang terkesan akibat daripada
perlaksanaan PKP di Negara kita ini, beliau merupakan seorang peniaga kecil yang hanya
bergantung harap dengan perniagaan baju bundle nya untuk menyara keluarga beliau. Dalam
tempoh perlaksanaan PKP ini dia sangat terkesan bilamana perniagaan beliau terpaksa ditutup
maka tiada lah sumber pendapatan utama bagi keluarga beliau. Akan tetapi dengan bantuan
daripada pihak kerajaan dengan mungumumkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) bagi
membantu peniaga-peniaga kecil maka dapatlah beliau menggunakan wang itu bagi tujuan
membayar sewa kedai dan juga membayar gaji pekerja beliau. Sahabat penulis menjalankan
perniagaan menjual pakaian terpakai atau lebih dikenali rakyat Malaysia iaitu perniagaan
pakaian BUNDLE. Beliau mula berniaga hanya di bazar larut malam di perda pada tahun 2009
sebelum beliau menyewa kedai yang beralamat di NO 1 Gerai Baru , MPKK Jalan Serdang
Kelang Lama ,Kulim Kedah pada tahun 2013. Kedai beliau diberi nama QEDOT STORE
dimana ia sangat dikenali oleh peminat-peminat pakaian terpakai daripada Jepun dan juga USA.
Saudara Encik Mohd Syihan Bin Zain sangat dikenali didalam arena baju vintage kerana sudah

1
lama beliau menceburi diri didalam bidang perniagaan pakaian terpakai ini. Dalam tempoh PKP
berlangsung perniagaanya mencatatkan pengurangan keuntugan sebanyak 40% hingga ke 50%
berbanding sebelum negara ini dilanda wabak COVID-19 ini. Namun situasi beliau kini berubah
kembali kepada asal hasil jualanya kembali meningkat semenjak saya mencadangkan beliau
untuk membuat jualan secara langsung di INSTAGRAM milik kedai beliau.

LATAR BELAKANG RUNDINGAN

Akibat daripada situasi COVID-19 yang melanda negara kita sekarang ini, maka semua
para-para peniaga kecil mahupun organisasi yang besar haruslah berfikir dan juga bertindak
dengan lebih berinovasi supaya perniagaan yang dijalankan dapat bertahan di dalam situasi yang
melanda negara kita sekarang ini. Sebelum ini sahabat penulis hanya menjalankan perniagaan
menggunakan kaedah jualan langsung sahaja , dengan nasihat dan perbincangan yang diberikan
oleh penulis kepada beliau supaya mencuba membuat perniagaan beliau melalui atas talian
dengan menggunakan platform sosial media seperti Facebook dan juga Instagram bagi
meningkatkan hasil jualan pakaian terpakai yang dijual di QEDOT STORE. Ini kerana pakaian-
pakaian terpakai ini mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri dan juga mereka dapat
membeli pakain yang berjenama dengan harga yang lebih murah daripada membeli pakaian yang
baru. Setelah berbual dan berbincang mengenai cadangan yang penulis berikan kepadanya iaitu
mebuat jualan secara langsung di Instagram dan juga Facebook ,beliau akhirnya bersetuju untuk
menggunakan kaedah tersebut bagi meningkatkan lagi hasil jualan di kedai beliau.

Pada permulaan jualan atas talian beliau telah memberi tahu penulis bahawa kaedah yang
diberi oleh penulis sangat berpotensi dan juga boleh meningkatkan hasil jualan beliau, dimana
pada hari pertama jualan atas talian secara langsung yang dibuat oleh beliau di akaun Instagram
QEDOT STORE mendapat sambutan yang tinggi oleh pelanggan-pelanggan beliau yang
mengikuti beliau di akaun tersebut. Oleh itu saya memberi pendapat lain lagi supaya, semasa
jualan langsung tersebut beliau membuat bidaan secara langsung bagi baju-baju dan juga seluar
yang menjadi sebutan dan juga yang dianggap bernilai tinggi oleh peminat-peminat pakaian

2
terpakai ini. Jika beliau menggunakan kaedah ini maka lagi ramai peminat-peminat pakaian
terpakai ini akan mengikuti dan juga melihat siaran langsung yang dibuat beliau sekaligus dapat
menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang lain untuk turut serta membuat bidaan bagi barang
yang mereka anggap bernilai untuk disimpan dan juga untuk diguna pakai. Setelah berbincang
dengan beliau saya menawarkan untuk membantu mempromosikan perniagaan beliau dengan
menghebahkan kepada rakan-rakan yang juga meminati pakain-pakaian terpakai ini dengan
menggunakan kaedah yang sama iaitu menggunakan platform sosial media ini. Jadi beliau
bersetuju jika pelanggan yang membeli darinya itu adalah hasil daripada rujukan penulis, maka
beliau akan memberi diskaun kepada setiap pakaian yang ingin dibeli oleh penulis sebanyak 30%
daripada nilai harga barang tersebut.

Setelah beberapa bulan beliau tidak dapat berniga di premis, selepas dapat membuka
kembali pernigaan beliau secara terus , beliau lebih memilih untuk membuat pernigaan beliau
secara atas talian sosial media. Ini kerana QEDOT STORE telah mempunyai pengikut yang
ramai dan juga pengikut yang berpotensi di akaun sosial media milik beliau. Melalui perkongsian
dengan beliau serta sedikit rundingan bagi memajukan dan membantu beliau kembali berniaga,
rundingan tersebut dianggap sudah berjaya dengan sedikit penawaran yang diberikan serta
pengurusan organisasi untuk perniagaan yang diusahakan terus berjaya walaupun negara masih
berdepan dengan situasi tidak menentu pandemik Covid-19 ini.

PENGALAMAN DAN PENGAJARAN

Hasil daripada perjumpaan dan juga perbincangan yang dijalankan mendapati perniagaan
yang dijalankan oleh beliau sudah kembali beroperasi dengan terus konsisten walaupun negara
masih melaksanakan PKP yang telah menghadkan semua sektor ekonomi yang dibenarkan untuk
beroperasi. Antara pengalaman yang boleh dipelajari adalah setiap tindakan yang dilakukan perlu
dilaksanakan dengan betul dan bagi setiap peniaga, risiko yang perlu mereka ambil mampu

3
dijadikan sebagai satu langkah untuk terus maju ke hadapan walaupun berdepan tempoh sukar
seperti sekarang. Ini dapat dilihat dalam diri sahabat saya iaitu En Mohd Syihan Bin Zain
seorang peniaga muda yang sanggup mengambil risiko dan juga tidak pernah kenal erti
mengalah dan beliau terus bangkit dengan pelbagai cara untuk menyelamatkan perniagaanya
yang merupakan sumber utama pendapatan bagi menanggung keluarga beliau. Semua peniaga-
peniaga kecil mahupun organisai yang besar menghadapi masaalah dan juga situasi yang sama
seperti sahabat penulis. Disini kita dapat lihat semua peniaga akan berfikiran dan juga
mengambil langkah yang lain bagi menghadapi situasi didalam norma baharu sekarang ini.
Selain itu juga, melalui rundingan yang dijalankan bersama pemilik perniagaan QEDOT STORE
mendapati bahawa para peniaga di Malaysia sentiasa ingin memajukan perniagaan yang mereka
jalankan hanya dibatasi dengan beberapa kekangan yang boleh diatasi jika dilakukan dengan cara
yang tepat.

Didalam tempoh PKP ini juga beliau juga mendapat masaalah dari segi pengumpulan
semula barang-barang yang ingin dijual ini kerana, sebelum ini pakaian-pakaian yang dijual
beliau dibeli daripada pemborong yang berada di THAILAND. Jadi beliau tidak dapat
mengambil barang disana disebabkan PKP ini semua warganegara tidak dapat merentas keluar
Negara bagi apa-apa tujuan sekalipun. Setelah berbincang dengan beliau penulis memberi
pendapat untuk beliau mencari pemborong yang berada di Malaysia dahulu bagi membolehkan
perniagaan beliau berjalan seperti biasa. Beliau menerima pandangan tersebut dan juga telah
menjumpai pemborong di Malaysia ini yang mengambil barang terus dari pasaran Jepun dan
juga USA.

Semasa menggunakan kaedah jualan atas talian beliau telah bersikap lebih inovatif
dengan melakukan jualan secara pukal kepada penjual semula baju-baju terpakai ini dapat dilihat
dengan jelas melalui pengikut-pengikut di akaun sosial media kedai beliau semakin bertambah
dari hari ke hari. Ini menunjukan sesuatu kaedah yang sangat memberangsangkan bagi peniaga-
peniaga lain untuk mengikuti langkah-langkah yang telah diambil oleh beliau. Sebagaimana
umum mengetahui bahawa para peniaga merupakan antara golongan yang terlibat secara
langsung dalam membayar cukai tidak langsung berikutan pembelian barangan keperluan

4
perniagaan yang dilakukan secara harian. Hal ini juga menjelaskan bahawa golongan peniaga
boleh dianggap sebagai antara penyumbang utama kepada cukai tidak langsung negara dalam
menjana pendapatan negara. Hasil pengajaran yang didapati daripada perbualan tersebut juga
menyebabkan hasil pendapatan cukai tidak langsung negara sedikit menurun disebabkan para
peniaga tidak mampu untuk menjalankan perniagaan dalam masa PKP yang menyebabkan
barangan keperluan perniagaan tidak banyak terjual dan menjejaskan kutipan cukai tidak
langsung. Namun setelah sektor ekonomi negara kembali dibuka kita dapat melihat para peniaga
kembali dapat menjalankan perniagaan mereka seperti biasa dan lebih ramai peniaga yang
memilih untuk menjalankan perniagaan secara atas talian.

Melalui perbualan dengan beliau En Mohd Syihan Bin Zain telah berkongsi dengan penulis
apa yang beliau lakukan memberi pengajaran bahawa dalam setiap kesusahan akan muncul
kesenangan sekiranya sentiasa berlapang dada untuk menerima dan belajar ilmu baharu malah dalam
masa yang sama beliau juga turut berkongsi ilmu yang beliau dapat bersama peniaga yang lain dalam
usaha untuk sama-sama membantu golongan yang terkesan untuk berdepan dalam tempoh yang
sukar sebelum negara berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok. Selain itu juga, hasil daripada
perbualan bersama beliau, terdapat banyak perkara yang sentiasa diutamakan antaranya termasuklah
bahawa sebagai seorang peniaga, pemikiran secara kritis perlu diterapkan agar perniagaan yang
dijalankan sentiasa mampu untuk berkembang dan maju di masa hadapan walaupun berdepan detik
dan situasi sukar sebagaimana yang dilaluinya sekarang. Hal ini juga membuktikan bahawa cabaran
yang dihadapi oleh para peniaga lebih tinggi dan mencabar berbanding golongan lain kerana
pendapatan yang diperoleh secara harian akan terkesan teruk sekiranya tidak mampu untuk
menjalankan perniagaan bagi suatu tempoh yang lama sebagaimana yang pernah beliau laluinya pada
tahun 2020. Selain itu juga, pembujukan yang berjaya dilaksanakan melalui rundingan secara
penawaran dimana beliau sudi untuk memberikan potongan harga sebanyak 30% di atas setiap
pembelian barangan di kedai beliau jika penulis memberi pelanggan kepada beliau.

5
KESIMPULAN

Secara kesimpulanya dapat kita lihat disini apa-apa boleh berlaku hanya sekelip mata sahaja
dimana tiada siapa menjangka dan tahu yang dunia akan berhadapan dengan wabak COVID-19
ini yang mampu mengoncang ekonomi satu dunia dan juga negara kita tidak terkecuali daripada
kepincangan ekonomi semasa ini. Namun hal-hal sedemikan tidak dapat melumpuhkan semangat
dan juga inovasi diri didalam semua peniaga-peniaga kecil mahupun organisasi untuk berpikiran
lebih inovatif dan juga kreatif untuk mengekalkan pernigaan yang telah dijalankan selama ini
supaya mampu bertahan. Namun dengan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan memberi
sinar harapan baharu kepada para peniaga ini untuk bertahan dan memberi suntikan positif untuk
para peniaga berfikir secara inovatif bagi mengembangkan pernigaan mereka. Terlalu ramai dan
banyak peniaga yang terkesan semasa tempoh PKP dilaksanakan di Negara kita ini tetapi itu
semua tidak sama sekali mematahkan semangat juang yang ada didalam diri setiap peniaga , ini
termasuklah sahabat penulis pemilik QEDOT STORE iaitu En Mohd Syihan Bin Zain. Kita
dapat melihat kebangkitan semua para peniaga ini dengan drastiknya menggunakan media sosial
sebagai satu medium baharu bagi menjalankan perniagaan mereka.

6
LAMPIRAN

7
LAMPIRAN

8
9

You might also like